Monday, February 6, 2012
Panas: Ahli Politik Hadiah Kereta Mewah Kepada Blogger Supaya Tutup Mulut Menjelang PRU-13 !!
KUANTAN, 6 Feb - Ini satu berita panas yang baru kami terima. Khabarnya seorang blogger terkenal "pro rakyat" yang dikatakan antara yang paling aktif di Pahang telah "dihadiahkan" sebuah kereta mewah jenama Nissan Teana (foto) oleh seorang ahli politik setempat. Difahamkan hadiah tersebut adalah sebagai "usaha" pemimpin terbabit untuk "menutup mulut" blogger berkenaan yang terlalu "lantang" mendedahkan berbagai kepincangan yang berlaku di kawasannya bahkan di Parlimen Jerantut itu sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah blogger berkenaan menerima habuan tersebut, sedangkan dalam masa yang sama beliau kononnya berjuang untuk rakyat. Niat untuk membela rakyat akhirnya akan memusnahkan dirinya sendiri. Difahamkan, ahli politik terbabit menghadiahkan beliau kereta tersebut bagi membolehkan blogger berkenaan tidak lagi menghentam kepimpinan beliau atau membongkarkan isu-isu rakyat di kawasan beliau. Difahamkan blogger terbabit juga akan hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah MyVo1ce Negeri Pahang yang akan diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini. Kami akan cuba menyiasat maklumat ini dengan lebih lanjut untuk didedahkan kepada umum. Soalnya, siapakah blogger dan ahli politik itu?. [Difahamkan, kenderaan itu (Nissan Teana) kini berharga mencecah hampir RM170,000. Jika benar dakwaan ini, maka sahlah pemimpin berkenaan mahu "mulut" blogger berkenaan ditutup menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apapun, kami amat terharu mendapat maklumat ini kerana ia jelas satu penghinaan terhadap dunia blogger itu sendiri sebenarnya. Bahkan, hingga ke saat ini krew-krew kami menjalankan tugas dengan sukarela dan tidak langsung mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Bertuah benar sekiranya blogger itu dilayan sedemikan rupa oleh ahli politik terbabit].
"Ceroboh Tanah Rizab Kubur", PAS Pahang Desak Pihak Berkuasa Siasat Ada Unsur Penyelewengan!

Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta
Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan
Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek
Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit
[Biar pun sudah lebih seminggu isu ini didedahkan, namun anehnya tiada satu pun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya memperjuangkan Islam tampil untuk mempertahankan tanah rizab kubur ini. Kami hairan melihat apa yang berlaku, malah pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan isi ini. Soalnya, kenapa tanah ini boleh diluluskan untuk pembinaan bangunan komersial?. Kes ini sama seperti apa yang terjadi kepada pencerobohan tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana, Indera Mahkota satu ketika dulu. Pencerobohan berlaku apabila ada pihak yang "makan duit" dan tidak takut kepada balasan Allah di akhirat kelak. Mereka tergamak menjatuhkan maruah demi kerana wang yang diberikan oleh pihak berkenaan. Kini senario yang sama berlaku lagi. Pihak kami tidak teragak-agak akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kealpaan ini. Maka itu, MPK di gesa bertanggungjawab dan mengeluarkan kenyataan terhadap isu ini. Jangan biarkan rakyat terus diperbodohkan oleh mereka-mereka yang berkuasa. Maka itu, carilah jalan penyelesaiannya sekarang juga. Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya!].
Panas: Dr.Hassan Ali Di Jangka Hadir Ke Program Bicara Ummah Di Temerloh, Jam 2.30 Petang Ini !!


Sunday, February 5, 2012
'Tengku Mahkota Pahang' Bertitah Supaya Orang Islam Bersatu, Untuk Bincangkan Masalah Umat !

[Sesungguhnya seluruh rakyat Pahang berbangga dengan titah ucapan Tengku Mahkota Pahang, Tengkua Abdullah Sultan Ahmad Shah ini. Walau apa jua komen yang dilontarkan, namun rakyat melihat titah beliau itu sungguh baik untuk difikirkan oleh semua pihak. Tidak perlu membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap "istana" kerana mereka juga mahukan satu kehidupan yang aman dan selesa buat rakyat sebenarnya. Justeru, rakyat amatlah berharap agar pihak istana dapat menyatukan seluruh rakyat dengan "perpaduan Islam" dan bukannya atas dasar "bangsa" seperti yang diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Islam adalah agama untuk penyatuan, maka itu kita wajar kembali ke jalan kebenaran. Rakyat mendoakan agar Tengku Mahkota Pahang dapat melakukannya satu hari nanti. Sesungguhnya "istana" akan tetap disanjung dan menjadi payung kepada rakyat untuk kembali ke landasan kebenaran. Apapun, kami di Pahang Daily Online menyanjung tinggi titah ucapan baginda semasa merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang hari ini].

Dato' Tuan: Pakatan Rakyat, Akan Selesaikan Isu Tanah Jika Di Beri Kuasa Perintah Negeri Pahang

Sebahagian daripada orang ramai yang memenuhi lokasi program terbabit
Kaum Tionghua juga hadir, bersama team ABU promosikan T-Shirt mereka

Saturday, February 4, 2012
"Majlis Perbandaran Kuantan", Bercadang Untuk Ambil Kakitangan Baru Dalam Tempoh Terdekat !
KUANTAN 4 Feb - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bercadang mengambil kakitangan baru bagi memenuhi beberapa jawatan dalam tempoh terdekat ini. Ketua Pegawai Perhubungan Awam MPK, Haslinda Hassan berkata, pengambilan tersebut dibuat bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Menurutnya, antara perkhidmatan itu adalah bagi mengutip cukai taksiran yang tertunggak selain menyelesaikan aduan penduduk. Jelasnya, dalam hal berkaitan pihaknya terpaksa menambah kakitangan untuk jawatan Pembantu Penilaian yang akan ditugaskan mengutip bayaran cukai taksiran tertunggak sehingga kini mencecah kira-kira RM18 juta. "Kami terpaksa mengutip cukai itu kerana ia dilihat tidak adil kepada mereka yang membayar cukai setiap tahun. "Mereka yang tidak membayar cukai itu turut mendapat perkhidmatan daripada MPK sedangkan ia diberikan kepada mereka yang membayarnya sahaja. Jadi ini dilihat tidak adil dan mahu tak mahu kita kena kutip juga," katanya di sini baru-baru ini. Haslinda berkata, MPK juga memerlukan kira-kira 20 orang untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pekerja Awam dan 12 lagi sebagai Pembantu Kesihatan Awam. Tambahnya, antara tugas lain dilakukan adalah menjalankan kerja-kerja di bawah unit tindakan khas dengan kebanyakannya berkaitan aduan penduduk di dalam kawasan pentadbiran MPK seperti pokok tumbang, banjir kilat, jalan rosak, kerosakan lampu isyarat dan sebagainya. "Kesemua jawatan itu akan diiklankan dalam masa terdekat ini dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.mpk.gov.my," katanya.
[Tindakan MPK untuk mengambil kakitangan baru bagi memudahkan urusan yang berkenaan adalah wajar, namun dalam masa yang sama mereka haruslah meningkatkan kualiti perkhidmatan itu sendiri. Banyak aduan rakyat berkaitan pokok tumbang, sampah tidak dipungut dan jalan rosak di sana-sini begitu lambat untuk diperbaiki oleh pihak berkenaan selama ini. Maka itulah, jika penambahan ini bertujuan untuk melancarkan urusan mereka maka warga Kuantan amatlah menyokong. Namun, jika penambahan itu bertujuan untuk mendera rakyat maka mereka akan terus bangkit menentang. Namun, dalam masa yang sama, MPK digesa menyelesaikan segala masalah yang berkaitan sebelum mahukan rakyat mengikut undang-undang yang telah mereka tetapkan. Perkhidmatan berkuali akan menyebabkan sesebuah Majlis Tempatan itu terus dihormati. Justeru, lakukanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat].
Panas: Polemik Lynas Berterusan, AJK Himpunan Hijau 2.0 Kesal Keputusan LPTA Luluskan Lesen !

AJK Himpunan Hijau 2.0 kecewa tindakan LPTA meluluskan lesen Lynas
Friday, February 3, 2012
Gempar: Rumah Pemimpin PAS Johor Di Bakar, Di Percayai Perbuatan Khianat Musuh Politik Beliau!
JOHOR BAHRU 3 Feb - Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad (foto) di Jalan Kemajuan Taman Universiti di sini sekitar jam 3.30 pagi terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat. Dzulkefly ketika ditemui berkata, dia yakin kejadian itu lebih kepada motif politik kerana tidak mempunyai sebarang musuh perniagaan. Difahamkan, dalam kejadian itu rumahnya telah terbakar teruk dan kereta BMW beliau dipercayai diletupkan. Walau bagaimana pun semua ahli keluarga beliau dipercayai berada dalam keadaan selamat. "Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah. "Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya. Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak. Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar. "BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki. "Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis. Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh. "Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini. "Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.
Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau. Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan. "Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis jalankan siasatan terperinci," katanya.
[Pahang Daily Online (PDO) ucapkan salam tazkiah kepada beliau atas kejadian ini. Semoga semangat perjuangannya akan bertambah dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini hendaknya. Sesungguhnya tragedi yang berlaku ke atas mangsa adalah sungguh memalukan sama sekali. Ada manusia tergamak melakukan perbuatan khianat seperti ini terhadap seteru politik. Apakah ini caranya berpolitik alaf baru?. Selepas episod fitnah dan tuduhan skandal seks, maka kini sudah menghampiri episod yang lebih ganas apabila ada yang tergamak melakukan perbuatan khianat seperti ini. Apapun, kita amatlah berharap agar pihak polis dapat melakukan siasatan yang rapi secara profesional tanpa ada unsur-unsur politik. Semoga mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini akan dapat dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera].
AELB "Meluluskan" Pemberian Lesen Kendalian Sementara (TOL) Setelah Ambil Kira Semua Aspek

[Walau apa jua alasan yang diberikan oleh AELB, namun rakyat tetap mempertikaikan kelulusan yang diberikan kepada Lynas ini. Aspek apa yang diambil kira agaknya?. Sedangkan kontraktor utama dari Belanda menarik diri kerana tidak yakin dengan aspek keselamatan dan kesihatan kilang terbabit. Maka, sepatutnya AELB menangguhkan dulu pemberian lesen berkenaan dan menyiasat dakwaan tersebut. Tindakan memberikan lesen dengan penuh kontroversi ini seolah-olah mengesahkan bahawa memang ada unsur-unsur "meragukan" dalam keputusan ini. Maknanya AELB terpaksa akur dengan kehendak orang atas, sedangkan mereka sendiri tahu banyak syarat yang tidak dipatuhi oleh Lynas itu sendiri. AELB sepatutnya membatalkan operasi Lynas kerana mereka terus menjalankan kerja biar pun kajian demi kajian masih dilakukan. Jika ini keadaannya, maka rakyat terus ditipu dengan tindakan mereka. Meluluskan lesen ketika kontroversi sampai ke kemuncaknya, bermakna AELB sengaja mengundang bahaya dan bakal berhadapan dengan penentangan rakyat yang lebih besar selepas ini. Rakyat pasti akan menjatuhkan kerajaan UMNO BN pada PRU-13 ini, gara-gara kesilapan ini].
Thursday, February 2, 2012
Panas: Bob Lokman Pelawa Catriona Masuk PAS !
Panas: Fuziah Salleh Pertikaikan Syarat AELB Beri Lesen Yang Sepatutnya Di Tolak Itu Kepada Lynas

Tolong, Janganlah Jadikan Rakyat Tikus Makmal
Salah seorang pejuang Lynas mengangkat poster "kami bukan tikus makmal"
semasa perhimpunan aman di perkarangan masjid Balok tahun 2011 lalu
Panas: NGO Bantah Lynas Bakal Cabar Keputusan AELB Meluluskan Lesen TOL Kepada Syarikat Itu !
KUANTAN, 2 Feb - Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) semalam yang telah meluluskan lesen kendalian sementara (TOL) untuk projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng, Kuantan. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) berkata SLC akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman sivil untuk semakan kehakiman itu. "Saya benar-benar terkejut dengan keputusan AELB walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, semalam dilaporkan berkata keputusan akan dibuat beberapa hari lagi."Saya telah menjangkakannya, terutama selepas membaca kenyataan (ketua pengarah AELB) Raja Aziz Raja Adnan, akhir-akhir ini," katanya ketika diajukan reaksinya mengenai pemberian lesen itu. Mengenai artikel di akhbar New York Times dua hari lalu yang menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu, Fuziah berkata AELB telah menyenaraikan keperluan yang perlu dipatuhi oleh Lynas. Dari situ sahaja, kata beliau, telah menunjukkan bahawa AELB menganugerahkan lesen dalam situasi di mana pihak kawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan yang jelas dari Lynas. "Pada asasnya, dengan mengeluarkan lesen itu, ini bermakna AELB sedia mengabaikan isu-isu keselamatan dan mempertaruhkan keselamatan rakyat sekitar Kuantan," katanya. AELB lewat petang semalam mengumumkan mereka telah memberi lesen kendalian sementara (TOL) untuk Lynas mengendalikan loji memproses nadir bumi.[Nampaknya, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan kelulusan tergesa-gesa oleh AELB ini sebenarnya. Tambahan pula ia dibuat ketika seluruh dunia mempertikaikan tentang soal keselamatan dan kesihatan kilang terbabit apabila kontraktor utama yang berkaitan tiba-tiba menarik diri. Bukankah ini membuktikan kepada kita memang ada sesuatu yang tidak kena dala kontroversi ini. Soalnya, kenapa dalam masa yang pantas AELB meluluskan lesen TOL kepada Lynas. Kenapa Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berdiam diri dan tidak mengarahkan satu siasatan yang rapi diadakan terlebih dahulu sebelum kelulusan diberikan. Ternyata ada "misteri" yang meragukan rakyat dalam hal ini. Makanya, tindakan Fuziah dah NGO terbabit untuk mencabar keputusan AELB ini ada kewajarannya. Justeru, kerajaan perlu fikirkan rakyat dalam merancang sesuatu dan bukannya secara tergesa-gesa begini. Rakyat Kuantan sudah pasti akan bertambah marah dan kecewa dengan senario yang berlaku ini].
Pembayar Cukai Taksiran, Di Gesa Jelaskan Cukai Mereka Sebelum 29 Feb Untuk Elak Tindakan MPK

[Mulai hari ini, kami akan paparkan beberapa info terkini yang membabitkan pihak berkuasa tempatan untuk diwar-warkan kepada orang ramai. Justeru, kepada pihak berkenaan yang mahu paparan dibuat sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com. Paparan yang kami siarkan adalah khas untuk umum dan tidak bertujuan komersial. Kami amatlah mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk menambahkan lagi trafik blog ini agar ia benar-benar menjadi portal rakyat Pahang yang paling popular di alam maya. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan berharap agar isu-isu yang kami dedahkan serta bongkarkan dapat dipantau atau disiasat oleh pihak yang berkenaan. Kepada seluruh rakyat Pahang yang mempunyai sebarang maslaah berkaitan perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh menghantarkan masalah anda untuk dipaparkan di blog ini. Kami berharap dengan cara ini masalah boleh diselesaikan dengan lebih mudah apabila pihak yang berkenaan mengambil berat akan hal-hal ini. Semoga kita akan dapat hidup dengan lebih aman dan selesa di masa akan datang].
Panas: Parti KITA Bakal Di Bubar Untuk Buktikan Sokongan Kepada Pembangkang Pada PRU-13 Ini!
KUALA LUMPUR, 2 Feb - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui usul Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) mereka tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim (foto). Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan mengelakkan sebarang kesangsian bahawa mereka memang benar-benar menyokong pembangkang. "(Ini) khususnya ketika sesetengah ahli kita di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka begitu kritikal terhadap Pakatan Rakyat,” katanya. Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu. Sebelum ini KITA bahagian Melaka dibubarkan 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.[Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil. PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Namun, anehnya ada pula penyokong pembangkang yang mengutuk tindakan Zaid ini. Kononnya Zaid tidak layak untuk diterima kembali bersama rakyat. Walhal Zaid keluar PKR dan tidak pernah sertai UMNO kembali atas dasar prinsip perjuangan untuk rakyat. Semoga masa depan Datuk Zaid Ibrahim akan lebih cerah selepas ini hendaknya].
Panas: Kontraktor Keselamatan 'Tarik Diri', Tidak Wajar Kerajaan Lulus 'Lesen TOL' Kepada Lynas !
KUANTAN, 2 Feb - Orang ramai, terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses rare-eart milik Lynas Corporation di sini kecewa dengan tindakan kerajaan memberikan lesen TOL kepada syarikat terbabit untuk beroperasi. Biar pun lesen itu berbentuk sementara dan Lynas perlu mematuhi beberapa syarat ketat yang ditetapkan, namun rakyat tidak nampak Lynas syarikat terbabit akan diarahkan menghentikan operasi mereka andainya gagal mematuhi syarat tersebut kelak. Ini kerana, pemantauan hanya akan dilakukan oleh kerajaan dan rakyat sebenarnya tidak akan tahu langsung apakah yang dipantau oleh pihak terbabit nanti. Rakyat akhirnya akan tertipu dan terpaksa menanggung akibatnya kelak. Inilah yang berlaku kepada sebuah lagi syarikat Australian yang diberikan lesen melombong emas oleh Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Koman Raub dulu. Syarikat terbabit, Australian Raub Gold Mining Sdn Bhd dikatakan beroperasi dengan pemantauan yang cukup rapi. Namun, rakyat di kawasan sekitarnya terpaksa menghadapi berbagai penyakit dan menderita akibat kegagalan syarikat itu mematuhi syarat yang ditetapkan. Malah ada diantara mereka mengalami kecacatan gara-gara penggunaan racun Cyanide pada operasi kilang terbabit. Kini, apakah perkara yang sama akan berlaku pula kepada penduduk Kuantan setelah kilang Lynas dibenarkan beroperasi?. Kerajaan akan menikmati hasilnya, tetapi rakyat tetap akan menanggung risikonya kelak. Apa yang lebih mengejutkan ialah Kelulusan untuk Lynas beroperasi diberikan di sebalik berita bahawa kilang RM2.5 bilion itu dilaporkan akan masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru. Ini berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda iaitu firma AkzoNobel dari projek tersebut. Menurut akhbar New York Times (NYT) semalam, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh CEO Lynas Corporation iaitu Nicholas Curtis. AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan. Soalnya, kenapakah lesen diberikan ketika isu keselamatan dipertikaikan?.
[Pusat memproses bahan nadir bumi di Pahang itu akan menjadi antara pusat di luar China. Logam berkenaan akan digunakan dalam peralatan berteknologi tinggi bermula dari peluru berpandu untuk telefon bimbit. Lynas telah memberi jaminan bahawa pusat di Pahang yang akan memproses bahan nadir bumi yang diimport dari Australia adalah selamat, tetapi pengkritik tetap tidak berpuas hati dan berkata sisa radioaktif boleh terlepas dan mengancam keselamatan rakyat serta alam sekitar. Kerja memproses yang pada asalnya ditetapkan untuk bermula pada suku ketiga tahun 2011. Bagaimapun akibat bantahan daripada rakyat pelbagai latar pada Oktober tahun lalu di Kuantan, kira-kira 18 kilometer dari tapak kilang, tergendala seketika. Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius. Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil. Soalnya, apakah rakyat Kuantan akan terus berdiam diri dengan senario terbaru ini. Isu keselamatan dan kesihatan tetap diragui!].
Biar Pun Dapat Bantahan Rakyat, Kerajaan Tetap Berikan Lynas Lesen TOL Untuk Mulakan Operasi

[Ramai yang terkejut dengan keputusan kerajaan untuk memberikan lesen TOL kepada Lynas ini sebenarnya. Ini kerana kelulusan itu dibuat dengan tidak mengambilkira bantahan rakyat yang selama ini berjuang untuk masa depan mereka. Apa saja keputusan kerajaan, kini sememangnya ia amat diragui oleh majoriti rakyat. Hanya sebahagian kecil sahaja penyokong kerajaan yang beriya-iya mahu kilang itu wujud di negara ini, sedangkan majoritinya tidak mahu berhadapan dengan risiko radioaktif yang akan terhasil akibat sisa buangan bahan rare earth terbabit. Kini, rakyat terpaksa menerima takdir dan kenyataan bahawa apa jua yang dilakukan oleh mereka namun kerajaan akan tetap bertegas mahu kilang itu wujud di negara ini. Jalan terbaik ialah melakukan perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Hanya itu sahaja cara untuk membolehkan nasib mereka didengari dan terbela sebenarnya. Fikirkanlah untuk masa depan].
Wednesday, February 1, 2012
Panas: Ramai Kecewa, Pemimpin UMNO Tawar Lot Tanah Untuk Pancing Undi Kaum Cina PRU-13 Ini
[Kami akan menghantar beberapa orang krew untuk memantau isu ini. Jika benar dakwaan yang dinyatakan maka kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan gambar pemimpin terbabit. Kasihan benar kepada orang-orang Melayu terutamanya dari UMNO yang sudah berpuluh tahun memohon tanah di kawasan terbabit tapi hingga ke hari ini masih belum diberi layanan setimpal oleh pemimpin UMNO setempat. Kini mereka lebih berselera untuk menjaga kaum lain demi mendapatkan undi pada pilihanraya umum akan datang. Tindakan ini adalah tidak wajar dan jika benar UMNO membela nasib orang Melayu, kenapa mereka tidak dibela?. Demi undi mereka tergamak mengadaikan maruah bangsa sendiri. Apakah ini perjuangan UMNO yang mahu diagung-agungkan itu agaknya. Kami akan membongkarkan isu ini demi keadilan kepada orang-orang Melayu yang amat memerlukan tanah itu. Lakukan perubahan pada PRU-13 nanti].
Panas: Politik Azan Ismail 'Semakin Pudar', Tiada Tempat Di Terengganu Dan Pahang Pada PRU Ini

Azan Gagal Yakini Rakyat Dalam Perjuangannya
Azan kini khabarnya tidak lagi berpeluang untuk bertanding dalam mana-mana kerusi di negeri Terengganu walaupun beliau adalah Pengerusi Negeri. Ini kerana, pimpinan PAS Terengganu merasakan PKR tidak cukup bersedia dari segi tenaga dan jentera untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 ini sebenarnya. Malahan, di Terengganu sendiri sememangnya rakyat lebih selesa berada bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS) sama seperti di Kelantan. Masalah Azan dengan kepimpinan PAS Terengganu kini sudah sampai ke kemuncaknya, hingga beliau kemungkinan besar tidak punyai kerusi untuk bertanding di sana. Terdapat ura-ura Azan mahu melobi kerusi DUN Bandar yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Tambahan pula Azan memang dipercayai berasal dari kawasan itu. Namun, segalanya kini terletak ditangan rakyat di kawasan terbabit. Malah, difahamkan kini Azan sudah tiada "kuasa" lagi untuk menentukan calon PKR di Trengganu. Kuasa sepenuhnya kinis udah diambil alih oleh pusat melalui Fuziah Salleh (Naib Presiden) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik). Maknanya, Azan kini bukan sahaja terbuang malah imej dan popularitinya kian merudum. Beliau hanya dilihat hebat ketika berhujjah di Parlimen dalam isu-isu berkaitan kewangan namun di kawasan sendiri beliau gagal melakukan yang terbaik untuk rakyat. Paling malang, Azan gagal menjuarai "isu Lynas" yang dibantah oleh sebahagian besar rakyat di Parlimen Indera Mahkota sendiri. Hanya Fuziah Salleh sahaja yang dilihat terkehadapan dalam isu terbabit. Inilah yang menyebabkan rakyat Indera Mahkota kini tidak yakin lagi dengan perjuangan beliau sekarang ini.[Persoalannya sekarang, jika senario begini maka ke manakah lagi hala tuju Azan Ismail selepas ini?. Beliau sudah tidak diterima lagi oleh penyokongnya di Indera Mahkota, malah ramai orang-orang kanannya di Indera Mahkota sendiri telah meninggalkan beliau termasuk menyertai UMNO Bahagian itu. Ini bermakna, Azan tidak mungkin boleh kembali ke Indera Mahkota. Masalah juga timbul bila mana PKR Pusat melalui Timbalan Presiden, Azmin Ali kini seolah-olah memberi "greenlight" kepada bekas Pengerusi PKR Pahang sebelum Dato' Fauzi iaitu Zakaria Abd Hamid untuk mengambil alih tempat Azan di Indera Mahkota. Malah, tugas beliau sebagai "care taker" di parlimen itu dilihat cukup berkesan mutakhir ini. Berbagai-bagai aktiviti dan program telah dianjurkan dengan kerjasama PAS dan DAP di kawasan terbabit. Makanya, peluang Azan untuk bertanding semula di Indera Mahkota mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Maka, langkah terbaik ialah beliau berundur dari politik dan menumpukkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti yang diidam-idamkan. Kami akan mendapatkan maklumat lanjut isu ini dalam masa terdekat. Malah, kami juga akan mendedahkan tentang beberapa pertemuan sulit antara YB Azan Ismail dengan pemimpin UMNO BN. Apakah Azan akan bersama rakan-rakannya dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk berjuang bersama UMNO, nantikan pendedahan panas ini].
UiTM Pahang Mencatatkan Sejarah Menjadi Juara Keseluruhan Bagi Anugerah Kualiti Naib Canselor
JENGKA, 1 Feb - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mencatat sejarah apabila dinobatkan juara keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) UiTM di kampus induk Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. Rektornya, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman (foto) berkata, kejayaan itu dicapai sempena sambutan Bulan Inovasi UiTM yang merupakan program tahunan bagi membina budaya inovasi serta kreativiti pensyarah dalam pelbagai cabang disiplin ilmu. Menurutnya, pembentangan akhir produk inovasi itu diadakan di kampus induk tersebut membabitkan semua wakil UiTM dari seluruh negara. "Kejayaan itu meletakkan UiTM Pahang lebih disegani," katanya. Katanya, antara anugerah yang diterima oleh kampus itu ialah juara keseluruhan AKNC dengan menerima hadiah RM20,000 serta juara AKNC di peringkat kampus negeri. Selain itu tambahnya, UiTM kampus Shah Alam turut menerima Anugerah Inovasi, Anugerah Hasil Pencapaian dan Anugerah Tumpuan kepada tenaga kerja. Jelasnya, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UiTM Pahang turut muncul juara keseluruhan KIK Optima, juara KIK Inovasi Proses Terbaik dan juara KIK Inovasi Kaedah P&P terbaik. "Kejayaan mencapai status juara keseluruhan AKNC dan muncul tempat pertama dalam beberapa pertandingan itu dianggap luar biasa dan beri kebanggaan kepada warga UiTM Pahang," tambahnya.[Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang atas kejayaan ini. Semoga ianya akan menaikkan imej universiti terbabit dan mengharumkan nama negeri ini. Tahniah juga kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan projek berkenaan. Komitmen dan kesefahaman yang wujud telah berjaya menjadikan UiTM Pahang kini semakin di segani. Harapan kami agar, para pelajar dan semua golongan pendidik di UiTM Pahang dapat lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. Bukan sahaja di bidang inovasi, ko-kurikulum malahan juga bidang pendidikan itu sendiri. Harus diingat Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dulunya adalah merupakan pensyarah di UiTM Pahang di awal kewujudannya dulu].
Panas: Gara-Gara Azan, Pakatan Rakyat Mungkin Akan "Hilang" Kerusi Parlimen Indera Mahkota !!

[Difahamkan Azan bersama-sama pimpinan PKR Cabang Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Besut, Ulu Trengganu, Dungun dan yang lain mahu PKR mendapat lebihan agihan kerusi di sana. Susulan tindakan itu, kini sebahagian besar pemimpin PAS di Terengganu menolak Azan. Susulan daripada itu, Azan khabarnya telah melobi Anwar Ibrahim untuk kembali ke kerusi asalnya di Indera Mahkota berdasarkan faktor "calon menang dikekalkan". Apapun, kini nama YB Azan semakin tenggelam akibat kelibatnya yang jarang kelihatan di Parlimen Indera Mahkota. Ramai yang berpendapat, jika Azan dikekalkan maka harapan untuk pertahankan kerusi parlimen itu pasti akan berkecai. Jika Azan kembali ke Indera Mahkota, bagiamana pula dengan calon harapan Azmin Ali iaitu Zakaria Hamid (bekas Pengerusi PKR Pahang) yang sudah lama mengatur program dan buat kerja di kawasan terbabit. Difahamkan, beliau akan dipilih menggantikan Azan selain Dato' Fauzi Abd Rahman di parlimen itu pada PRU-13 nanti. Apapun, PKR harus lebih berhati-hati agar masalah dalaman mereka tidak dihidu oleh UMNO BN kali ini. Jika tidak, harapan untuk kekalkan kerusi parlimen itu pasti akan tinggal kenangan kerana UMNO BN sudah pasti akan meletakkan calon popular pada kali ini. Jika ini berlaku, BN mungkin dapat rampas kerusi tersebut].
Tuesday, January 31, 2012
Isu NFC: Tipu RM1,755 Juta Cepat Mahu Di Dakwa, Tapi Bila Tipu RM250 Juta Diam Membisu Sahaja !
KUALA LUMPUR 31 Jan - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta. Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau. Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi. Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan. Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November tahun lepas. Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember tahun lepas. Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Shamsulbahrin diwakili oleh Zarina Ismail.
[Memang sungguh memusykilkan bila kita melihat isu NFC ini. Bayangkan, isu lain yang dihebohkan tiba-tiba isu lain pula yang mahu dibawa ke mahkamah. Mana pegi persoalan pokok RM250 juta peruntukan kerajaan kepada syarikat milik keluarga Sharizat Jalil untuk projek lembu itu?. Mana pergi isu beli kondominium dan buka restoran mewah yang diperkatakan itu. Kenapa keluarga Shahrizat tidak didakwa sedangkan isu dibongkar menerusi Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya oleh pembangkang ketika itu. Tiba-tiba isu wang RM1.755 juta pula yang cuba dihebohkan. Persoalannya, kenapa suami Shahrizat begitu bodoh boleh ditipu atau beliau memang layak untuk ditipu kerana dia telah awal-awal agi menipu rakyat Malaysia. Maka itu, kita wajar melihat isu ini dari kontek sebenar dan bukannya isu RM1.755 juta ini. Rakyat harus bijak menilai dan tidak wajar berdiam diri dengan isu ini. Jangan biarkan mereka sewenannya merompak wang rakyat sesuka hati lagi. Nyahkan mereka pada PRU-13 ini].
Panas: 'Tanah Rizab Kubur' Jadi Pusat Komersial, Ramai Keliru Logo MPK Pada Papan Tanda Projek

Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta
Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan
Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek
Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit





















