Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Isu Liwat: Perbicaraan Bersambung, Apakah Nasib Anwar Kali Ini Berpihak Padanya?

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bakal membacakan semula sebutan kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 10 September lalu kes ini telah dipindahkan kepada 24 September (hari ini) ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Menurut Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998. Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.
Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu. Hakim Komathy kemudian menetapkan tarikh hari untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu. Anwar akan didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu. Sebelum itu, beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.
Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara. Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Sementara itu pada 10 September lalu juga, beberapa Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya ikat jamin terhadap Anwar dibatalkan. Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru bila-bila masa dari sekarang dengan bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan menyertai Pakatan Rakyat.
Jika dilihat kepada senario terkini, apakah kes yang bakal disebut hari ini dapat berjalan dengan adil atau apakah Anwar akan ditahan jika ikat jamin terhadapnya dibatalkan oleh mahkamah. Semua ini menghantui fikiran penyokong Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku, apakah akan terjadi kepada "peralihan kuasa" yang dicanang oleh Anwar selama ini. Kita amatlah berharap agar hakim berlaku adil terhadap Anwar, dan bukannya hakim "correct, correct, correct" yang menjalankan tugas bagi kepentingan pihak pemerintah. Masa kian hampir untuk kita melihat perubahan. Maka itu marilah kita sama-sama berdoa agar Anwar akan selamat dari segala malapetaka yang bakal menimpa dirinya hari ini. Yakinlah, kemenangan jua akan tercipta kiranya semangat perjuangan ini diteruskan. Jangan biarkan Anwar terpenjara kerana mereka bakal melakukan apa sahaja untuk kepentingan dan keselamatan diri masing-masing.
Sebelum ini terdengar desas-desus yang Ketua Pembangkang itu akan ditahan ISA atas kerana melakukan huru-hara dan mengancam keselamatan negara. Namun, semuanya hilang begitu sahaja setelah beberapa ketika. Namun, hari ini adalah masa terbaik sebenarnya untuk mereka melakukan agenda tersebut. Pastikan semua ini tidak terlaksana. Ayuh sekalian rakyat kita berikan sokongan kepada Anwar Ibrahim agar beliau tetap tabah dan selamat dalam menghadapi perbicaraannya hari ini. Nantikan laporan di Pahang Daily untuk perkembangan terkini di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta hari ini.

[Jika dilihat kepada situasi semasa, segalanya memungkinkan untuk pihak kerajaan mempergunakan mahkamah sebagai jalan terakhir bari menghalang Anwar ke Putrajaya. Jika ini berlaku, apakah rakyat akan berdiam diri. Kes Saiful yang kian menyepi kini bakal bergegar semula di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Apapun kita mengharapkan keadilan bakal tertegak dan Anwar akan terselamata dari segala fitnah jahat puak-puak UMNO Karat ini. Amin]

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]