Paparan Terbaik Gunakan Internet Explorer (IE) : Ada Info Dan Masalah Sila Emailkan Ke pahangdaily@yahoo.com
Sila Tonton Video Eksklusif Siaran Rancangan IKS Di RTM Berkenaan Jussulin Ini
Anda Berminat Untuk Mencuba Produk Jussulin Ini?. Info Lanjut Sila KLIK DI SINI
----[ Kod Iklan PDO004, Tempoh Tamat Iklaneka: 11/04/2013-11/05/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO005, Tempoh Tamat Iklaneka: 14/05/2013-14/08/2013]----
----[ Kod Iklan PDO006, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
----[ Kod Iklan PDO0007, Tempoh Tamat Iklaneka: 12/05/2013-12/06/2013 ]----
Get the Flash Player to see this player. CMK FM CMK FM
SILA KLIK STOP ATAU PAUSE PADA LOGO SPEAKER UNTUK MATIKAN RADIO INI
[Jika Anda Ingin Mendengar Video Youtube Yang Di Paparkan Di Dalam Blog Ini]

Cyberita: Gempar, Rosmah Habiskan RM7 Juta Untuk Membeli 14 Utas Jam Tangan !!

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong? Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya di [sini]. Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada beberapa individu di beberapa kementerian. Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat. Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu.

Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin. Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya.

[Jika benar kenyataan ini, maka sememangnya isteri TPM Rosmah Mansor cukup "luar biasa hebat". Gara-gara sikap borosnya ini, maka beliau layak dinobatkan dalam buku rekod dunia sebaagai wanita paling boros. Apa yang kita nampak disini juga ialah, apa akan terjadi kepada negara jika suaminya menjadi PM suatu hari nanti. Maka semakin banyaklah agaknya Rosmah akan memborong lagi].

1 comment:

Anonymous said...

Datin Seri Rosmah Mansor membeli 14buah jam tangan di Hong Kong dengan nilai RM7 juta sebenarnya bukan untuk dirinya tetapi untuk diagih-agihkan kepada orang tertentu sebagai cenderamata (rasuah).