Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Cyberita: Ulasan Rangkuman Berita, Isu Terkini Hal Ehwal Semasa Dari Pelbagai Sumber Media !!

Video Sidang Media: Boikot Pengulungan Bajet Oleh Najib
[Video Ini Adalah Ikhsan Dari Blog Malaysiakini]

Bajet 2009: Suntikan RM7 Bilion Dibatalkan?

PARLIMEN: Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan RM7 bilion untuk menyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Najib Razak semalam dibatalkan. Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan. Suara Keadilan

[Sesuatu yang amat memalukan bagi sebuah negara demokrasi berperlembagaan seperti Malaysia, apabila seorang Menteri Kewangan ikut suka-suka hati dia buat suntikan bajet 2009. Kononnya, ia satu suntikan, walhal sepatutnya beliau hanya perlu menggulung bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Tiba-tiba pula dibuat penambahan, sedangkan Ketua Pembangkang membahaskan usul Bajet 2009 yang asal baru-baru ini. Jika ini terjadi kepada sebuah jabatan dan organisasi, sudah pasti pemimpin terbabit akan dicemuh dan dipecat oleh majikan. Sungguh memalukan !! Jika ia dibatalkan maka ini satu sejarah dan tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional. Rakyat akan hilang percaya terhadap Najib terutamanya yang sedang menunggu untuk menjadi Perdana Menteri. Jika sekarang beliau sudah "bohong kepada rakyat", apatah lagi jika sudah berkuasa].

Anwar: Najib Tiada Semangat Keparlimenan

KUALA LUMPUR: Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menganggap Menteri Kewangan Najib Razak bertindak di luar daripada batasan semangat Parlimen. Beliau mengeluarkan kenyataan itu berhubungan dengan tindakan kerana bakal Presiden Umno itu enggan membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan sewaktu beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009. “Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” jelasnya ketika ditemui oleh Suara Keadilan Online sejurus sidang media di lobi Parlimen semalam. Namun, tambahnya, keengganan beliau amat dikesali kerana beliau sanggup membelakangkan kepentingan umum. “Setelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Timbalan Perdana Menteri tetap berdegil dan enggan memberikan laluan,” ujar Anwar yang juga merupakan Ketua Umum KeADILan. Sambungnya, sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, tapi buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan. “Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati,” kata beliau dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam blognya. Semalam, semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selepas satu jam menunggu Najib membenarkan untuk sebarang celahan semasa beliau membuat penggulungan bajet 2009. Suara Keadilan

[Sungguh malang nasib rakyat Malaysia, bila seorang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan melakukan sesuka hati dalam isu pembentangan Bajet 2009. Beliau sangka bahawa parlimen tempat main-main, lantaran itu beliau boleh ubah sesuka hati. Ahli parlimen sudah membahaskan selama 2 minggu usul Bajet 2009 dengan angka sedia ada. Tapi, sungguh ajaib bila digulung oleh Najib beliau mengeluarkan angka-angka baru yang jelas sekali satu pengkhianatan terhadap parlimen].

Kerajaan Punyai Kredibiliti Pembentangan Fakta

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mempunyai kredibiliti dalam pembentangan mana-mana fakta kerana ia sudah dikaji secara mendalam, diteliti terlebih dahulu dan boleh dipertahankan. Beliau berkata jika sebuah kerajaan itu tidak mempunyai kredibiliti, badan-badan antarabangsa tentu sekali akan membuat teguran terhadap kerajaan negara ini. "Memang fakta yang kita (bentang) telah kita teliti, telah kita mengkaji dengan mendalam dan boleh dipertahankan," kata beliau pada program temubual khas dengan RTM mengenai pakej rangsangan fiskal kerajaan bagi Bajet 2009 yang disiarkan di TV2 malam tadi. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan anggota panel bahawa ada yang yang mendakwa fakta yang dibentangkannya adalah pembohongan.

Sementara itu, Najib berkata sistem pengangkutan awam di negara ini mempunyai banyak kelemahan dan hanya akan dapat diselesaikan sekiranya hanya satu badan yang menguruskannya. Beliau berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam yang akan ditubuhkan akan menjadi badan yang akan melihat kepada keperluan perkhidmatan itu secara lebih holistik dan komprehensif di bandar-bandar termasuk Kuala Lumpur. "Dari segi pengangkutan awam kita memperuntukkan RM500 juta di bawah program pakej rangsangan fiskal untuk penambahbaikan kepada sistem transit aliran ringan (LRT) dan perkhidmatan bas yang dilakukan serta merta. "Jadi maknanya apa yang perlu kita belanja serta merta kita akan buat," katanya. Menurutnya lagi peruntukan RM500 juta itu tidak termasuk penubuhan suruhanjaya berkenaan. Mengulas sama ada pakej berkenaan yang bertujuan meningkatkan pendapatan boleh guna turut disalurkan kepada golongan yang bukan bergaji bulanan, beliau berkata sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan untuk skim mikro kredit adalah untuk mereka.

"Jadi maknanya akses kepada mikro kredit diperluaskan. Jadi kumpulan peniaga kecil ini turut diberi pertimbangan dalam program pakej rangsangan fiskal ini," katanya. Selain itu, katanya petani dan nelayan juga mempunyai program yang sedang berjalan yang sudahpun diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mengenai sama ada kemungkinan kerajaan mengambil tindakan untuk mengurangkan kemasukan pekerja asing, beliau berkata kerajaan memang mempunyai sasaran untuk berbuat demikian. Katanya ia dengan memperkenalkan sistem Industrialised Building System (IBS) yang boleh mengurangkan bilangan pekerja sebanyak 60 peratus. Bernama

[Mimpi agaknya Najib Razak ini, punyai kreadibiliti konon. Pak Lah bentang fakta helikopter pun boleh tersasul angka sebenar. Jika fakta dibentang adalah benar dan tiada pembohongan, kenapa tidak dikemukakan dua hari sebelum itu di parlimen. Tiba-tiba bentang benda lain. Fakta dan termaktub dalam Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Pak Lah. Adakah wajar beliau menukarnya secara tiba-tiba dan kata ada kreadibiliti? Inikah ciri-ciri seorang PM yang diidamkan oleh puak-puak UMNO karat?. Sungguh memalukan, satu dunia melihat perkara ini. Bahkan kita yakin Ahli Parlimen BN juga pening dengan pembentang Najib yang telah menyalahi fakta itu. Semoga mereka akan sedar bahawa Najib tidak layak jadi PM dan akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini hendaknya. Fakta sebenarnya ialah najib syok sendiri dan beliau tidak layak menjadi Menteri Kewangan hatta Perdana Menteri].

[ Sila Sign Buku Pelawat Kami Di Sini ]

KLIK PROJEK BLOGGER USAHAWAN
[ Satu Lokasi Hanya Untuk Seorang Wakil Pengurus Agensi ]

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Saudara,

angkanya RM7 bilion bersamaam dengan RM7,000 juta bukannya RM700 juta seperti yg saudara tuliskan.

adnan,

pahangdaily said...

terimakasih..tapi kami rujuk kepada yag disiarkan di Suara Keadilan.. Harap Maklum.. Namun begitu kami sudah ubah kepada RM7 bilion ok.. komen anda amat dihargai

aZRoy said...

Bukan kebodohan kau, kejelikan kau, kemomokan kau semua yang aku ketawa sinis, tapi rasa teraniaya dengan kekuasaan di tangan kau.

Kuasa di tangan, pasti kamu semua betul. Doa insan teraniaya mujarab makbulnya.

(................. amin)

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]