Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
Lazada Philippines
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI


November 2, 2008

Eksklusif: Isu Felda, Selamatkan Felda Holdings Sdn Bhd Dari Tangan Dato' Bakke Salleh !!

Pendedahan kami tentang isu penyelewengan dan rasuh Felda baru-baru telah mendapat respond yang positif dari kalangan pembaca terutamanya warga Felda sendiri. Kami ucapkan terima kasih kepada anak-anak Felda yang terus berkunjung dan memberi sokongan kepada blog ini. Semoga pembongkaran ini akan memberi "impak yang positif" ke arah perubahan dalam syarikat GLC itu. Kita tidak mahu manusia yang "khianat" terus diberi kuasa untuk mentadbir agensi terbabit. Sebenarnya banyak lagi penyelewengan kuasa berlaku. Kenapa dibawa masuk Dato’ Bakke Salleh (foto bawah) dan kuncu – kuncunya? Kita sudah kenal siapa Dato’ Bakke iaitu orang yang menjahanamkan Tabung Haji bukan? Maka itu kita menjangkakan Felda Holding akan berkubur dalam masa 1 tahun lagi jika ia masih diterajui oleh Dato’ Bakke. Setelah Dato’ Bakke dimasukkan dalam Felda, banyak pembaharuan telah dibuat. Felda Holding seperti dilanda Tsunami. Orang-orang kanan Felda yang tidak sehaluan dengannya dibuang, Pejabat Wilayah di tutup, Ladang telah di cantum, Sistem kontrak yang diamalkan Felda telah dimansuhkan. Semua kontrak kecil-kecil ditamatkan dan semua kerja telah dilakukan oleh Ladang. Apakah Motif Dato’ Bakke ?? Di sinilah drama bermula , antaranya :-
  • Buruh Bangla di bawa masuk – Siapa punya?
  • Logistik tidak mencukupi seperti lori , mini traktor dan berbagai kenderaan, Siapa yang beli kenderaan terbabit?
Apabila Ladang di ambilalih dan diurustadbir sendiri , maka bermulalah system cekrol yang amat membebankan pihak pengurusan . Bayangkan setiap Ladang mempunyai 250 – 400 orang pekerja, bagaimana nak menguruskannya, Pihak pengurusan ladang ibarat "telur di hujung tanduk". Silap sikit dalam cekrol maka sampailah UKKA yang hanya bertujuan mencari kesalahan orang lain. Mana mahu ditempatkan pekerja? Tempat tinggal tidak mencukupi untuk pekerja dan jangan terkejut jika ada yang tinggal di kongsi-kongsi buruk yang tidak ada kemudahan . Maka bermulalah tekanan kerja di peringkat Ladang , Kebajikan dan sosial pekerja asing perlu dijaga. Bayangkan pekerja Bangladesh diberi gaji tidak kurang RM 26.00 sehari, sedangkan gaji Mandor dan pekerja tempatan hanya RM 20.00 sehari. Apakah orang atasan Felda Holding hari ini tidak nampak perkara ini atau ada diantara mereka mendapat komisyen dari pengambilan pekerja Bangladesh ini?

Dengan gaji yang tak seberapa, kakitangan Ladang dikerah bekerja tanpa mengira masa, Hari- hari minggu orang lain beristirehat, kakitangan pula terpaksa ke ladang-ladang bekerja di hari minggu dan ada juga terpaksa bekerja di hari Cuti Am. Bayangkan pekerja perlu dijaga , rekod perlu disiapkan, cekrol perlu dimasukkan hari-hari, bila target tak sampai atau berlaku kesalahan dalam pembayaran gaji , maka berduyun – duyun surat sampai beserta lawatan- lawatan eksekutif yang terdiri daripada Ketua Zon , Bahagian Projek Khas , Inspektoriat dan audit-audit UKKA yang sememangnya mencari kesalahan dan bukan memperbetulkan yang salah. Silap sikit , ambil tindakan buang kerja . Cuti tahunan tiap-tiap tahun tidak dapat dihabiskan sampai hangus begitu sahaja .

Cuba bayangkan , kami difahamkan kakitangan tidak mencukupi. kakitangan yang sedia ada pula dibebani dengan tugas dan ada yang terpaksa menjaga 500 – 1000 hektar seorang . Justeru itulah kita tidak hairan, banyak kakitangan yang dibuang , DIC dan sejak akhir-akhir ini ramai penyelia berhenti kerja kerana tidak tahan lagi dengan karenah-karenah orang atasan Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB). Apabila mereka datang sahaja untuk membuat pemeriksaan, semua orang bekerja tidak betul . Inilah bekerja di bawah bumbung Dato’ Bakke. Mengikut kajian dibuat , lebih 95% kakitangan FPSB menyokong pembangkang kerana tidak tahan karenah orang atasan FPSB yang tidak prihatin terhadap orang bawahannya. Bekerja di bawah Dato’ Bakke ibarat Sistem Tanaman Paksa seperti di amalkan Belanda di Indonesia. Orang-orang atasan yang kaki Bodek akan mengikut sahaja apa arahan yang diberikan walaupun menyalahi akta pekerjaan . Manakala itu CEO FPSB boleh dikatakan hanya boneka sahaja, tiada kuasa untuk membuat keputusan. Perkara-perkara dibangkitkan mengenai kebajikan kakitangan sehingga kini tidak dapat diselesaikan .

Apakah Dato Sri Najib tidak prihatin terhadap masalah ini? Apakah beliau mahu melihat Felda Holding hancur baru timbul kesedaran . Justeru itu kita harapkan agar orang- orang besar Felda, bangun dan sedar secepat mungkin dan mengambil tindakan agar Felda masih lagi relevan dimata dunia. Kini Felda mencapai usia 51 Tahun dan lebih 120,000 peneroka dapat ditingkatkan taraf dan diakui oleh Dunia. Tanpa khidmat Dato’ Bakke dan kuncu-kuncunya. Selamatkanlah Felda Holding terutama FPSB yang mempunyai asset dan keuntungan yang besar dan dapat membantu peneroka dan kakitangan yang mempunyai asset 51 % di bawah Koperasi Permodalan Felda (KPF). Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Kerana ia sudah lama membelenggu pihak terbabit semenjak Dato' Bakke mengambil alih kepimpinan Felda Holdings Sdn Bhd . Semoga, pemimpin yang menjaga Felda iaitu Najib Razak dapat memahami masalah orang bawahan ini, terutamanya harapan mereka supaya Gaji dan Kebajikan petugas diberi perhatian serius. Baliklah kepada matlamat asal pembukaan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dulu agar Felda lebih maju selepas 51 Tahun merdeka.

[Mahu mengharapkan Najib Razak menyelamatkan Felda, jauh panggang dari api. Sebabnya, kerana Najiblah yang mengambil Dato' Bakke rakan sekuliah Rosmah Mansor untuk memimpin Felda Holdings Sdn Bhd itu. Jika dulu, ayahanda mewujudkan Felda dengan hasrat memberi peluang memiliki tanah dan rumah seluas 10 ekar kepada para peneroka. Namun kini, sejak Najib mengkopratkan badan itu. Semua itu sudah tiada lagi. Jangankan 10 ekar, sekangkang kera pun belum tentu lagi. Bagi Najib, rugi beri rakyat tanah 10 ekar seorang, lebih baik dibuat ladang dan mereka akan dapat untung sampai bila-bila dengan mengambil pekerja kontrak. Maka itulah kasihan benar melihat nasib orang Melayu yang merempat dibumi sendiri.

Mereka ibarat "pendatang asing di bumi sendiri". Sama tarafnya seperti buruh-buruh Bangladesh yang diangkut bekerja disitu. Mereka diberi rumah dan bekerja secara kontrak, sejak 30 tahun lalu. Ini menyebabkan mereka tiada hak untuk memiliki tanah. Jika mereka memberontak, maka Felda Plantations akan memberi amaran akan memasukkan lebih ramai buruh asing dari Bangladesh dan Indonesia ke situ. Akhirnya terpaksalah mereka berdiam diri bagaikan
"hidup segan mati tak mahu". Maka untuk merubah nasib mereka, hanya ubah kerajaan. Bila kerajaan sudah bertukar dan Najib tidak lagi memegang Felda maka itu barulah semua ini dapat dipulihkan semula. Melainkan Najib sudah insaf dan sokong Pakatan Rakyat (foto). Yakinlah, perubahan akan tiba jua akhirnya].

25 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Kemasukan pekerja Bangladesh bukan meningkatkan produktibiti tetapi meningkat perbelanjaan over head.Mana tidaknya sakit ,luka , calar sikit macam rupa nak mati minta hantar hospital atau klinik hinggakan doktor di klinik dan Hospital naik pening.Dah lah tu tak percaya Doktor Malaysia.Dia kata ubat tak bagus lah doktor tak pandailah.Menyentuh tentang produktibiti kerja menuai 67% penuai Bangladesh produktibitinya antara 20tan hingga 24 tan seorang sebulan bermakna tak sampai 1 tan seorang sehari.Inikah keistimewaan membawa masuk pekerja Bangladesh?Malah ini memeningkan kepala petugas ladang dalam memburu target hasil sebagaimana kehendak CEO dan eksekutif Felda Plantations.Kegagalan itu seratus dipersalahkan kepada petugas ladang konon tak pandai mengurus pekerja.Kalau tak mahu menerima pekerja Bangladesh pihak Jabatan Tenaga Kerja Felda Plantations kata ini arahan Datuk Tahir kalau berani cakap dengan Datuk Tahir sendiri.Datuk Tahir memanglah nak masukkan seberapa banyak pekerja Bangladesh kerana kouta penganbilan yang dijanjikan Datuk Tahir masih belum penuh.Tak penuh maka tak ada lah komisyen biarlah Ladang hancus dan bermasaalah janji masyuuuk.Probleem probleem cogankata pekerja Datuk Tahir.

Cegah sebelum parah said...

D. Bakke Salleh ialah General Managing Director atau Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holding.

Dia meminta gaji lebih tinggi dari gaji terakhir di Tabung Haji iaitu lebih tinggi dari RM40,000/sebulan kerana kononnya diminta pergi ke FELDA. Beliau adalah kenalan Rosmah.

Konsep FELDA sebelum ini ialah penjimatan kos. Sehingga berjaya menabung RM4 billion. Oleh kerana itu FELDA tidak menonjol sebagai syarikat conglomerate besar lain walaupun mengeluarkan minyak sawit mentah CPO sehingga bernilai RM300 Juta sebulan.

Orang-orang baru masuk ke dalam FELDA tanpa mengetahui perjuangan hidup warga felda semasa hutan-rimba dahulu. Orang-orang baru menyalahkan warga felda tidak global dan masih BERFIKIRAN KATAK DIBAWAH TEMPURUNG FELDA. (Tempurung felda ialah tempurung yang lebih besar sedikit dari tempurung kelapa, tetapi masih dibawah tempurung seperti kata Halim Ahmad CEO Felda Kilang).

Orang-orang baru akan membelanjakan duit tabung felda ini dengan projek-projek REBRANDING dan GLOBAL. Seperti kerugian syarikat kapal dulu iaitu Felda Sutrajaya Shipping. Dato' Ahli koporat dari **** dibawa masuk felda dan melarikan wang lebih kurang RM30juta ringgit.

Konsep pengurusan mereka adalah mudah. Iaitu mengubah apa yang ada dengan mengatakan felda dibina selama ini adalah tidak cekap.

Penekanan diberikan kepada warga Felda dibawah dengan melabelkan mereka tidak cekap dan perlu dihukum. Human Resources diupgradekan untuk menjadi WITCH- HUNT dan menghukum walaupun perkara-perakara kecil. Semua pekerja syarikat felda disarankan bertukar ke Jabatan Sumber Manusia(IBHR) jika mahu selamat dari dipecat dan dihukum. Pekerja IBHR menjadi pekerja 'high status' berbanding pekerja-pekerja jabatan lain walaupun mereka tidak menyumbang banyak keuntungan kepada syarikat Felda.

Dengan menyalahkan pekerja bawahan maka mereka dapat melakukan apa sahaja mereka suka. Walhal mereka lebih tidak pandai melaksanakan kerja yang mereka hendak pekerja-pekerja projek lakukan dengan sempurna.

Anonymous said...

Apa yang berlaku dalam Felda kini merupakan satu dari kesan perubahan yang dilakukan oleh Pengurusan Baru. Dalam membuat perubahan memang ada yang menentang dan ada yang menyokong. Sebagai pembaca yang berfikiran terbuka dan kriktikal, kita perlu melihat apa yang dipaparkan dari berbagai perseptif. Lakukan analisis secara kritis dan buat kesimpulan sendiri.
Sebelum angkatan pengurusan baru masuk ke Felda, Felda telah hampir mati di mana bilangan kakitangan dikurangkan, kenaikan pangkat hampir tiada dan tiada usahaniaga yang baru.
Apabila angkatan pengurusan baru hadir di Felda segalanya berubah dan Felda bernafas kembali dengan pelaburan dalam usahaniaga yang baru. Ramai yang terkejut dengan langkah drastik ini.
Pernahkah genarasi petugas Felda hari ini merasa gusar dan risau dengan perubahan yang dibuat pada rahun 70an dulu,sebagaimana petugas yang ada pada masa itu. Pembukaan tanah yang begitu rancak mengudang pandangan negatif dari banyak pihak. Tapi masa itu tak ada blog untuk mencurahkan rasa seperti hari ini. Selaku orang lama dalam Felda, saya pernah ditanya apakah akan jadi dengan Felda bila peneroka dimanjakan (sebelum tahun 60an, peneroka dibawa masuk dan bekerja sendiri di tanah. Dalam tahun 70an peeroka tak perlu membuka hutan tetapi masuk ke rancangan setelah pokok berhasil). Banyak keluhan pada masa mengecap Felda "ala komunis". Kakitangan yang bekerja dipendalaman terasa ditekan dengan penuh rasa kecewa. Kita setelah 50 tahun berlalu, tiada lagi suara sumbang kedengaran. Bahkan mereka ini mendabik dada mengakui mereka adalah pejuang membangunkan Felda.
Secara umumnya, perubahan harus dilaksanakan. Bagi mereka yang bersetuju dengan perubahan, mereka akan kekal dalam Felda. Bagi yang menentang mereka akan meninggalkan Felda. Perkara ini pernah berlaku dalam Felda dalam masa 50 tahun yang lalu.
Kepada angkatan baru dalam pengurusan Felda, jangan cepat melatah. Kuatkan semangat dan terus berjuang membawa perubahan. Jasa anda akan dikenang dalam 50 tahun akan datang.

Anonymous said...

Jangan memandang rendah pengurusan felda yang lama. Sebelum kedatangan felda, felda tidak akan mati. itu cuma alasan orang baru masuk felda dan menabik dada meminta gaji sampai RM80,000 ringgit.

Sebelum ini felda sudah ada rancangan 5 tahunan untuk usahaniaga yang baru. Semua rancangan usahaniaga orang baru ini cuma tiru sahaja. Malah mengambil kesempatan komisyen dan salah-guna kuasa. Tidak dinafikan segelintir individu lama dalam felda juga ada ambil komisyen dan salah-guna kuasa.

Beberapa pelaburan berguna dicampur-adukan dengan pelaburan untuk komisyen dan rasuah. Ini tidak menghalalkan tugas tersebut.

Setelah 50 tahun berlalu felda telah matang. Tetapi sekarang timbul semula tsunami merosakan 'akar-umbi' tetapi menjulang 'pucuk' yang megah tinggi.

Perubahan sepatutnya lebih baik. Bukan mengulang kesalahan yang telah felda lalui dulu.

Kalau produktiviti menurun dari 20mt seorang kepada 1mt seorang sehari. Itu bukan berfikiran terbuka, tetapi luas-terbuka-bodohnya-fikiran.

Perubahan baik disokong dan perubahan buruk dinasihat. Isteri berubah menjadi sihat disayang tetapi isteri berubah jadi sakit dicerai. Itu bukan perangai orang felda. Kalau sakit perlu diubat. JANGAN CABAR WARGA FELDA DENGAN BEGITU.

Angkatan baru sedang menghalau tonggak felda supaya mereka dapat mengutip hasil wang felda sesuka hati tanpa dinasihat.

CEO-CEO Angkatan baru ini bukan orang muda, semasa wujud felda mereka duduk disyarikat lain. Masa itu felda amat susah. Bila felda dah kaya dan matang mereka masuk memungut duit untuk enjoy dengan mercedes, lexus, elaun amat tinggi, komisyen dan lain-lain. Ketua felda dulu hanya volvo murah sahaja.

Bila umur hampir bersara ceo-ceo baru buat akta baru, untuk sambung lagi gaji khidmat mereka itu. Bila felda tak ada duit dan rosak, diserahkan kembali pada warga felda lama. Kemudian berkokok itulah yang berlaku bila aku keluar.

mencari bahagia said...

Saksikan syarikat kilang felda pula. FPISB telah membawa keuntungan kepada felda amat menakjubkan. Tetapi adakah kebajikan pekerja-pekerja dijaga.

Kebanyakan kilang pekerja tidak mencukupi. Pekerja kilang PBH dengan gaji permulaan RM15/sehari. Baru bekerja 1 minggu atau 1 bulan sudah berhenti. Kerja adalah overload dan berat. Kemalangan sentiasa berlaku setiap tahun. Dan adalah antara syarikat tertinggi kemalangan di malaysia.

Jika kemalangan berlaku, pekerja akan dipersalahkan 100%. Iaitu dengan tuduhan global, 'TIDAK MENGIKUT TATACARA KERJA YANG BETUL'. Tetapi tiada siapapun yang dapat menunjukkan latihan dan cara tatacara kerja yang betul tersebut.

Tiada hari keluarga yang dirancang oleh syarikat. Pengurus kilang perlu merancang sendiri dan banyak halangan dari HQ&WILAYAH. Supaya Familys Day tidak dapat diadakan. Tiada sambutan dari HQ&WILAYAH untuk meraikan kebajikan pekerja di hari family day ini. Tidak seperti syarikat sawit yang lain, family day mereka meriah dan bahagia.

Kebajikan pekerja akar umbi perlu dijaga supaya pihak atasan juga bahagia.
sekian terima kasih.

Anonymous said...

Pekerja Bangladesh adalah pekerja Mat Tahir. Nak ubah budaya Felda kononnya.

Anonymous said...

Minta tolong tok najib,tengok tengok kpi oleh holding.Kalu prestasi gaji dapat e,naik gaji ciput,bonus pun dapat sikit.Kesian lah pada orang kilang gaji hari.Ramai dari mereka ni dah lama keja,lulus jah 6.Nak naik pangkat dan tak boleh.nak cari keja lain,umur dah lanjut,anak dah ramai.Kesian la sikit.Kalu gaji dah dapat ciput,bonus bagi lah lebih sikit.Jangan lah utamakan yang gred A saja,dah lain nak gaji makan x habis,dapat bonus pun lumayan.Double reward,double penalty ni tak bagus la,yang gaji mahal mcm GMD,CEO dapat berkoyan koyan,yang gaji hari dapat,cukup cukup boleh beli baju import ( dari siam & cina),nak bawak gimakan sate pun tak berapa nak cukup.

Anonymous said...

Baca komen orang baru 3.Nov.amboi...mu tak raso macamana jadi peneroka dulu...jadi manager dulu,jadi GM dulu...sapa kata felda dah nak mati ? Kilang sejak jalan,tak pernah rugi.Cuma tanya raja lias,berapa billion duit felda kena korek untuk bail out.Cuma dulu kita keja bukan nak glamour,nak ngampu mcm sekarang.Dulu orang masuk Felda nak kerja,Sekarang masuk kerja ditarik oleh kuasa ghaib,sebab tu bila buat perubahan,macam dah tak ingat untuk apa felda ditubuhkan.Kalau dah bagus sangat kerja kat luar,ngapa cabut dan masuk felda?Kerja lah kat luar.Macam ketua odit 2 dan kuncu kuncu nya,ada dari ioi,ada dari guthrie,buat apa cabut kalau sana dah bagus?ni semua masuk felda cuma nak tunjuk pandai.Nak buat macamana,ramai yang dok kat atas,masuk masuk terus dok atas,tak tahu sejarah felda.Tak tau macamana kita yang lama tu susah payah buat keja,set sistem dan buat perubahan sampai jadi Felda sekarang.Dulu Felda dah pun terkenal dan global dah pun.Cuma kita orang tak nak glamor je.Felda tak pernah rugi pun dari dulu.Gaji felda dah bertahun guna duit sendiri.Tak caya tanya raja lias.
Jadi sebagai persediaan ekonomi meleset,x payah lagi la ambik orang dari luar,kena bayar gaji mahal,bagus X bagus belum tau.jangan ingat orang dalam x leh buat kerja.Selama ni sapa yang naikkan felda,ubah dari felda saja kepada berbelas syarikat.Dari ada 1 kilang sampai ada 70 puloh kilang.Dari perbadanan sampai jadi sdn bhd? X perlu ambik GMD,SCEO dari luar pun.Cukup dengan aziz zakaria jadi GMK dan raja lias jadi chairman.
Sekian.....

Anonymous said...

Kenapa melihat dari segi negatif sahaja tentang pembaharuan yg telah dicapai dari 2006?

Lihat kepada perkara-perkara positif dan sebahagian darinya adalah seperti berikut:

SEBELUM 2007 - KAWASAN MATANG

1. Pencapaian Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) tersenarai salah satu syarikat GLC yg pencapaian hasil/hektarnya berada ditahap paling rendah tidak melebihi 17mt/ha.
2. OER yang dicapai oleh kilang2 juga rendah tidak melebihi 17.5%.
3. Kebersihan kawasan kebanyakan ladang berkeadaan memalukan dan industri memandang rendah prestasi FPSB.
4. Moral kakitangan FPSB berada ditahap rendah kerana jauh ketinggalan dari rakan sejawat di syarikat swasta.

KENAPA TERJADINYA BEGITU?

1. Kerja-kerja utama seperti mengawal rumpai, membaja dan penuaian dijalankan 100% cara kontrak sejak dari mula FPSB diwujudkan yang terbukti tidak memuaskan walaupun kos bayarannya tinggi.
2. Kualiti hasil rendah kerana kurangnya komitmen apabila kerja penuaian dipikul oleh kontraktor.
3. Pernahkan tercapai terdahulu dari ini penuaian melebihi 2.5 hingga 3.0 pusingan/bulan?

KAWASAN TANAMAN SEMULA

1. Terdapat beberapa tanaman semula 2004/2005 yg tidak mencapai dirian maksima. Malahan ada beberapa ladang yang hanya mempunyai dirian sebanyak 86 dan 102 pokok/hektar iaitu jauh lebih rendah dari sebelum ditanam semula.
2. Terdapat tanaman semula getah tahun 2005/2006 yang memalukan kerana menggunakan planting materials bermutu rendah (dibeli dari pembekal luar) dan akibatnya pertumbuhan yang tidak seragam.

SELEPAS 2007 - KAWASAN MATANG

1. Hasil sudah mula meningkat dari pokok yang sama tetapi sistem pengurusan yang berbeza. Misalnya sistem penuaian lebih canggih dilaksanakan, pusingan menuai ditambah kepada 2.5 hingga 3.0 pusingan/bulan, sistem kawalan hasil dilaksanakan melalui quality control. Perubahan tadi tidak akan dapat dilaksanakan jika perkara basic tidak diubah iaitu dengan mengambil alih semua kerja-kerja penting dari kontraktor. Memang diakui kerja pegawai bertambah tetapi setimpal dengan peningkatan hasil dan mutu hasil .
2. Kualiti hasil juga meningkat melalui sistem checkroll dan OER di kilang turut meningkat. Bukankah ini matlamat yang hendak dicapai melalui perubahan?
3. Kebersihan ladang sudah bertambah baik yang hampir sama dengan ladang-ladang swasta. Malahan sudah ada orang-orang swasta yg memberikan komen tentang perkara itu.Semuanya berlaku apabila kerja-kerja utama seperti mengawal rumpai dan membaja dijalankan sendiri oleh ladang yang seharusnya memerlukan tenaga kerja dan peralatan.

KAWASAN TANAMAN SEMULA

1. Mutu kerja sudah bertambah baik sejak 2007 dan malahan ada yg melebihi standard ladang-ladang swasta.
2. Dirian juga mencapai di antara 128 hingga 130 pokok/hektar di kawasan berteres yang tidak pernah dicapai terdahulu dari ini.
3. Spesifikasi kerja sudah diubah/perbaiki dua kali sejak 2006 untuk mendapatkan mutu kerja tertinggi.
4. Confidence level Pengurus-pengurus ladang sudah mula meningkat walaupun kerja bertambah tetapi mereka mendapat kepuasan.
5. Ada beberapa semaian anak sawit sudah dipilih oleh MPOB sebagai model dan tempat latihan untuk kursus-kursus mereka. Pernahkah ini terjadi sebelum dari ini?
6. Satu ladang tanaman semula getah di utara telah diberi markah tinggi oleh Lembaga Getah Malaysia yang mampu mengeluarkan anak getahnya sendiri dan bermutu tinggi dengan kos yang jauh lebih rendah.
7. Felda sendiri telah membuat beberapa lawatan ke ladang ini untuk latihan awal sebagai persediaan untuk tanaman semula kawasan peneroka mulai 2010.
8. Malahan ladang ini akan mengeluarkan anak getah untuk tanaman semula kawasan peneroka mulai 2010.
9. Mutu tanaman 2008 adalah jauh lebih tinggi dan target ladang ini supaya mula menoreh di antara 4 hingga 4 1/2 tahun dari tarikh ditanam.

Perubahan (change) memang susah dan adakalanya menyakitkan tetapi Felda Plantations tidak ada pilihan tetapi tetap melakukannya untuk berdaya saing dan sebagai persiapan menghadapi cabaran masa depan. Kehadiran "orang luar" hanya untuk sementara sahaja dan bertujuan berkongsi pengalaman untuk masa depan Felda Plantations dan industri.

Orang-orang Amerika juga sanggup membuat perubahan dengan memilih seorang Presiden berkulit hitam yang sebelum ini dimonopoli oleh yang berkulit putih sahaja. Walaupun perubahan seperti ini sudah lama "overdue" tetapi tetap berlaku kerana "change is a must for betterment".

RAMLI ABD MAJID

Anonymous said...

Memang diakui ada perubahan dari segi basic asas amalan.Tetapi apa yang dipersoalkan ialah sikap pehak atasan terutama CEO melaksanakan sesuatu tanpa mengambil kira pulangan diperolihi?Pengambilan pekerja Bangladesh tidak membantu dalam mempertingkatkan produktibiti malah membawa kepada kerugian banyak belanja kebajikan tapi kurang pendapatan.CEO tidak hendak bertanya kepada orang terdahulu kerana kita telah memperolihi pengalaman kerana kemasukan pekerja Bangladesh telah kita bawa masuk sekitar tahun 1994.Bayangkan berapa ribu tenaga kerja Bangladesh dibawa masuk dengan cara kerja yang tak produktif.Dan perkara ini akan berlarutan selama 3 tahun ( tempoh asas perjanjian pengambilan pekerja )Tapi itu tidak diambil kira yang dikira berapa bolih dapat komisen.Sekian untuk RAMLI ABD MAJID

Anonymous said...

how are you rakan-rakan dan sahabat-sahabat .malaysia adalah negara kita sebagai rakyat kita semua ada tanggung jawap atas segalah isu yg tidak betul atau penipuan pemimpin yg telah berlaku atas negara kita. isu felda sudah berlaku sejak PM (P-Lah) pegang negara malaysia tetapi betulke?? TPM terlibat.ini nampa macam perangkap utuk TPM. tak kan TPM tidak tahu?????? bersambung nanti

Anonymous said...

memang tidak dinafikan kemasukkan pekerja Bangladesh menimbulkan banyak masalah namun saya tertanya-tanya juga kenapa pekerja bangladesh di bawa masuk ke felda. tahun 2006 jumlah pekerja yang berkerja di Felda hanya ada 60%. Pokok dah dibaja, diracun tetapi tak boleh dituai sebab buruh tidak mencukupi. Buruh Indonesia banyak yang lari dan tidak mahu kerja dengan Felda. Temuduga di Indonesia hanya 20-30 orang datang yang lain dengar nama Felda tidak mahu. Mantan CEO dahulu terpaksa masuk siaran televisyen lombok menerangkan bahawa perubahan akan dibuat. Puncanya sistem kontrak yang dibuat dulu tidak memikirkan kebajikan pekerja. Gaji dibayar rendah berbanding harga kontrak, makan dan minum pekerja semua diserahkan kepada penyelia yang urus, hujung bulan kontraktor ambil payment. penyelia kalau dah bertahun-tahun buat kerja orang lama-lama rasa bosan juga. TKI pun rasa dah macam hamba kat dalam Felda maka tahun 2006 TKI boikot masuk Felda. Felda Holdings kena sediakan duit untuk nak beri kepada peneroka bantuan,setiap tahun makin bertambah komitmen. Bonus Hari Raya, Bantuan Persekolahan, bantuan infrastruktur dan lain-lain yang melibatkan bukan 1 atau 2 juta tapi ratusan juta. Mana nak cari duit kalau buruh tak ada nak kerja. Orang tempatan kan ada? betul juga.. tapi kenapa ramai buruh asing yang kerja kat tempat peneroka, hingga ada yang offer buruh asing yang gelap kerja di tempat mereka. Jawapan mudah.. orang tempatan tidak mahu kerja di ladang kalau ada pun terlalu sedikit dari jumlah yang diperlukan. Kita kena akur perkara ini. Saya suka menkaji Felda ini kerana saya dibesarkan dan dilahirkan dalam Felda. Kesimpulan yang saya boleh buat jika tidak mahu orang mangambil kesempatan pada kita, kita sendiri kena tahu dan baiki kelemahan kita agar orang tiada ruang untuk mengambil kesempatan. Tentang kebajikan petugas Felda saya setuju agar diberi perhatian. Kekadang saya tertanya-tanya Rancangan awal memang peneroka yang buat tapi awal 1980-an mereka masuk pokok sudah ditanam, rumah dah didirikan. Siapa yang bertanggungjawab untuk itu, mestilah petugas Felda yang mulakan dulu. Keprihatinan barisan baru ini saya rasa akan memngambil tindakan drastik selepas ini.
Petugas Felda, kalian memang bagus dan berkomitmen tinggi. Saya puji tapi kekadang perlu juga tengok kat luar, orang lain yang berbekal SPM di Jabatan Kerajaan contohnya mati gaji RM1,250 paling tinggi tatapi di Felda saya pasti perkara ini tidak berlaku.. berapa ramai penyelia ladang yang SPM tetapi gaji melebihi RM2,000.00 khususnya di Plantations, Technoplant dan FASSB. Berjuang untuk dapatkan gaji lebih baik tidak salah tapi kena juga kena berjuang untuk berkerja atas nilai yang sama baru adil. Satu perkara lagi.. kenapa bangladesh dipilih atas sebab agama.. buruh Nepal, Cina, India banyak nak masuk tapi kita pilih Bangladesh kerana mereka seagama dengan kita.. sekurang-kurangnya tidak ada lah tengahari kita lalu berhampiran asrama bau biawak goreng atau gulai kari anjing. Faham-faham lah maksud saya ini.

Anonymous said...

kebajikan pekerja tidak berjaga di Felda Holdings kisah benar. Di Plantations Pengurus Kanan IBHR minta audit periksa. Dengar kata beli kek lapis sampai 70 ribu tapi tidak boleh dimakan. Kos pengangkutan kek lapis lebih 50% dari harga kek. Kenapa nak bawa dari Sarawak? semua kek yang diberikan kepada petugas pada Aidilfitri yang lepas tidak dimakan kerna berkulat. Pengurus Kanan IBhR dengar dah tahu perkara ini tapi minta buang bahagian yang berkulat dan bakar semula lalu berikan kepada kakitangan. Kesihatan petugas dan keluarga bukan yang menjadi tanggungjawab mereka. Kakitangan dapat tahu dan tidak makan kek itu, jika tidak hari raya di hospital kakitangan dan keluarga. share value pengurus kanan IBHR ini baik pada pandangan Tajudin Karim. 10 tahun kenaikan gaji tidak kurang 1200 bukan perkara biasa yang perlu ditolak tepi. Kami kakitangan hampir 100%tandatangan untuk menolak Pengurus Kanan IBHR ini tapi kenapa masih ada lagi?. Di Ladang kalau silap 2 tiga ribu kena siasatan dalaman, turun pangkat, tiada bonus. Tapi kenapa Pengurus IBHR ini kebal dari undang-undang? Mana Keadilan? kami penat cari hasil tapi dibuang di tong sampah.

keris panjang said...

gua lasa ha..itu sibuk2 tak puas hati, itu malas punya olang..mana ada tatak babut dia olang masuk..semua pun mabut jugak..untung pun atak baik..bonus pun kasi tinggi..dulu mana atak..mau wang lebe,mau bonus lebe, keleja musti mau lajin la..kalu malas kompeni mana mau untung maaaa..mana atak olang mau belenti..gua tau olang sudah patut pencen pun lagi tak mau pencen loooh..lagi sambung2..tapi itu sambung sambung mesti koloni punya laaa..lagi satu aaa, dia olang mesti angkat masuk dia punya tim lar..balu sok keleja..olang bukan tim mesti mau kelua la..kasi buang jauh jauh itu sana apa nama itu tempat haa itu samalinda lar sana indonesia lekat punya..

lagi satu ha..lu kobun punya olang bikin keleja kobun laa..jgn campur dia olang punya hat..dia olang mau bisness bangla ka apa ka, dia punya hal..lu jgan sebuk maaa..keleja lajin2..gua tanam sayuk aa lajin jugak..untung pun manyak jugak..

berubah baik sahaja said...

Dia orang ni. 2 tiga kerat yang berlaku dari perubahan itu bukannya bermakna semua perubahan dalam syarikat telah baik. Ini teknik penipuan korporate.

Kebajikan pekerja terbawah ini perlu dijaga. Pekerja teratas yang sudah bergaji tinggi (dan rasuah) tak perlu dibela.

Banyak perubahan yang merugikan dan perubahan yang nampak baik. Tetapi perlu dikaji adakah perubahan nampak baik itu hanya pada angka laporan sahaja.

Gaji pekerja kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan pekerja felda. Tugas kerani di jabatan kerajaan tidak sampai 10% tugas kerani di kilang.

Dengan sistem KPI sekarang. Pekerja eksekutif tinggi akan kekal cemerlang dan pekerja eksekutif diprojek akan dijadikan kambing hitam. HR dari dulu lagi tidak efektif dan salah-guna kuasa. Itulah sebab kenapa ketidak-cekapan berlaku sehingga hari ini. Jawatan HR tiada pertukaran, kekal dan kebal. Perlu ada perubahan bukan setakat nama sahaja ditukar IBHR.

keris panjang said...

Saya suka merujuk komen "berubah baik sahaja"..dan juga komen2 yg lain...

Secara umumnya saya bersetuju dgn komen anda..kecuali bab rasuah..saya tak pasti perkara ni berlaku dlm FPSB..kalau ada pun mungkin dlm bentuk lain..tetapi secara amnya pengurusan FPSB bebas dari amalan ini..yg saya tahu dan percayalah..

Bab HR ni mungkin ada betulnya barangkali..drp apa yg saya dengar..kalu dh masuk ke jabatan ni, maka jawabnya sampai beranak bercuculah dia kat situ..bukan semua tetapi sekerat dua sahaja..begitu kebalnya..kalau nak dikatakan kerja excellent sgt tu, tanyalah orang yg ada berurusan dgn jabatan ni..atau pun pengalaman sendiri secara umumnya..

Mmg betullah, kakitangan di lapangan lah yg sentiasa jd kambing hitam, baik di FPI mau pun FPSB..perkara ini secara jujur saya rasa tidak ada siapa yg boleh nafikan....HQ hanya pandai mengarah tanpa memperdulikan masaalah kakitangan dilapangan..oh, alangkah enak bertugas di HQ…begitulah keadaannya..bagi mereka yang merasakan dirinya hebat tu, cubalah bekerja dilapangan tguk..nak tahu hebat tidaknya seseorang tu bekerjalah dilapangan…disitulah sebaik-baik tempat untuk menguji diri..

Bebanan kerja yg berat di Ladang/kilang pun mmg betul berlaku..daripada kerani hingga lah kepada ketua unit/Pengurus..kalau kerani di FPI atau di FPSB tu jgnlah nk bandingkan dgn kerani dijabatan kerajaan..tak salah kalau saya katakan jauh panggang dari api..mereka ni sepatutnya diberi tangga gaji yg lebih baik, kenaikan gaji yg bersesuaian serta peluang kenaikan pangkat yg lebih luas....kalau HR nk tau berat tidaknya t/jawab mereka, hah, cuba buat kerja mereka..tetapi segelintir pekerja yg malas tu pun ada juga..

Satu perkara lagi dlm post2 yg terdahulu, ada yg kondem Yang Berbahagia Dato' Bakke Salleh (GMD)..ini saya tak setuju..tidak patut kalau kita tidak tahu keadaan sebenarnya..beliau ada misi dan visi tersendiri..saya percaya byk kemajuan yg dh dicapai serta perkara baik yg berlaku sejak dibawah pengurusan beliau..beliau juga mengambil berat kebajikan kakitangan bawahan..cubalah secara jujur kita buat perbandingan antara dulu dan sekarang...jgn tipu,cuba tanya kat hati anda yg terletak jauh di lubuk tu! Jgnlah terlalu taksub dgn “orang dalam”…kemasukan “orang baru” byk membawa idea2 baru yg kita tak terfikir sebelumnya..

Saya juga percaya beliau ikhlas dalam tugasnya..beliau pun saya dgr seorg yg "beragama"..bagi kita, untuk mendapatkan imbuhan yg baik, kita kenalah bekerja keras, tekun, bersungguh2, sabar, tahan menempuh cabaran dsb..takkan lah kita nakkan imbuhan yg pelbagai sedangkan tahap kerja kita masih di takuk lama..sungguh pun begitu, masaalah yg anda nyatakan mungkin berlaku kerana masaalah "orang tengah" yg menilai anda..mungkin disitu ada yg tidak jujur, maka berlakulah ketidakadilan..tapi tak mengapalah, anda bersabar sahajalah dan berserah kpd ALLAH kerana jika benar anda dianiaya, mereka jawablah nanti dikemudian hari..

Yang dikhuatirkan sekarang ini ialah harga CPO telah jauh merosot..ketika harga baik, org politik kita memberi pelbagai insentif kpd peneroka..baguslah tu, mereka pun hampir keseluruhannya bangsa kita..tetapi bagaimana apabila harga dh jd spt skg ini..tetapi saya percaya mereka telah buat kajian secara mendalam mengenainya..

Seperkara lg mengenai kemasukan pekerja bangla..FPSB sebenarnya sudah tidak ada pilihan..TKI sudah tidak berminat lg bekerja dgn pemborong di dlam FPSB..jd siapakah yg nak diharapkan menuai BTB/BTS..yg setiap hari melalui proses kemasakan? Takkan nk tuai 1psg sahaja/bulan kot..tetapi skr ni saya difahamkan dh dpat 2.5,2.8 atau 3 psg/bulan..dulu perkara ni hanya ilusi, kecuali kpd beberapa ladang yg perancangan dan pengurusannya dibuat dgn baik..produktiviti tu jgn lah dijadikan isu..lama kelamaan dia akan bertambah cekap dan produktiviti akan meningkat..anda mula2 bekerja dulu pun tak tau apa juga kan? skg mungkin dah cekap dan mahir..samalah tu..BTB/BTS tu bukankah hasil FPSB/FELDA untuk bayar gaji kakitangan dan pekerja ladangnya serta memberi pulangan kepada FELDA saperti yg di kehendakinya? takkan nk biarkan busuk dipokok sahaja kot..Ldg juga yg nnt teruk kena belasah..Jd pengurusan atasan sudah mengambil kira semua itu..inilah bentuk bantuan yg mereka beri kpd Ladang supaya hsil boleh dikeluarkan..perkara ini tidak berlaku sebelumnya..jd jgnlah anda semua risau..mereka org berpendidikan tinggi serta berpengalaman luas..gaji dan pelbagai imbuhan yg dibayar kpd mereka bukan sia-sia..mereka dh ambil kira semua untung/ruginya sebelum keputusan dibuat..kita ni siapa nk main congak2 sahaja..kalaulah kita ni teror sgt takkan lah kita ada kat sini..jd percayalah kpd mereka..jgnlah buat tohmahan yg bukan2..gaji yg dibayar serta imbuhan2 lain yg mereka terima sudah memadai kpd mereka dari mengambil wang haram yg tak seberapa tu..rasionallah sikit..

Dan akhir sekali saya nk sentuh golongan peneroka pula..mereka ini mendapat menafaat secara langsung dari pulangan FPSB kpd FELDA..diperhatikan sebahagian besar dari mereka tidak mengambil iktibar dari suasana kejatuhan harga komoditi pd tahun 80an dulu..sebahagaian besarnya tidak mengamalkan sikap suka menabung..inilah yg dibimbangkan..dgn harga spt ini skg dan mungkin merosot lg..apa jd dgn motor2 baru, kereta2 baru dan pelbagai lagi yg baru2 yg mereka bayar secara beransur..balik2 nnt bangsa kita juga yg akan kecundang..KPF membayar dividen dan bonus yg begitu baik pd tahun lalu sepatutnya boleh dijadikan motovasi untuk menambahkan tabungan..pakai kereta mahal2 dan baru2 pun mereka bukan pergi kemana..hanya jalan dekat2 dan lap hari2 bg tak kena habuk dan last sekali nnti dia akan reput begitu sahaja..tidak juga mahu ambil iktibar dari kesah sebahagian peneroka2 yg jualkan tanah nk jd jutawan segera..inilah nasib bangsaku yg tidak mahu megamalkan budaya berfikir secara mendalam terhadap satu2 perkara sebelum keputusan dibuat..

Sori terpanjang pulak..

Wallahualam bissawab..

Anonymous said...

Mari Kita Renungkan Sejenak:

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Sekian...

Anonymous said...

Sila siasat pembelian hotel felda di Tanah Suci. Kedengaran penyelewengan telah berlaku ketika urusan jual beli!

perabis duit semo pandai said...

Duit banyak takpe RM4000juta ada 2 tahun lepas. Pakai sampai habis cash money tu. Habis duit tu cipta alasan macam-macam untuk dihebahkan.

ikhlas lah sikit said...

Kroni sudah mula masuk ke dalam syarikat-syarikat felda. Melalui Felda Holding yang telah kita bincangkan selama ini. Contohnya pembelian diari teka-teki yang tidak mengikut prosedur perolehan dulu. Ramai kerani khidmat sokongan di DI sebab tidak mengikut prosedur perolehan. Tetapi mereka tidak.

Pembelian barang-barang tertentu akan diwajibkan kepada 1 syarikat sahaja. Walaupun barang itu akan lebih mahal, tiada kualiti dan lambat sampai. Contohnya kertas cetakan untuk kilang sawit FPISB. Sebuah kilang akan membeli sehingga RM2000 sebulan untuk kertas tiket timbang. Kali dengan 72 kilang = RM140,000/sebulan. Sesiapa tidak mengikut arahan Jabatan Perolehan Felda Holding akan dikenakan tindakan, arahan mesti dipatuhi. Yang penting kroni bukan kecekapan sebenarnya. Kalau prestasi menurun, label sahaja selama ini pun felda tak cekap.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat yang mengatakan beban kerja peringkat operasi meningkat, tak sepadan dengan kenaikan, yang di HQ tahu memerintah aja. Kuli batak IBHR HQ ni adalah FPI dan FP.

Di mana nilai professionalnya kalau terdapat penilaian yang berat sebelah
antara admin dan operasi?

KPI konon... HQ mesti lepas target, yang sangkut saya berani bet, mesti level operasi punya...

Bawak masuk orang luar bayar berjuta total, apa individu asal Felda dapat? retrenchment, DI, warning letter.

Target nak tinggi , reward tak sepadan dgn usaha.

Sapa yang tak tahu kes bangunan baru Felda? kroni politician juga yang dapat, kan? beratus juta tuh..Ramai tak tahu buat julung kalinya Felda mengalami defisit bagi 2009 , pertama kali dalam sejarah.

Konon holding wujudkan IBHR nak selaraskan anak syarikat, apa yang jadi? Anak syarikat tercekik. Sentiasa cari salah tanpa ada usaha beri idea. Ada ka masuk akal daily paid worker pon kena kelulusan HQ? berapa lama baru lulus? Nak cangkul tanah sekilo perlu ke guna jengkaut? aa otak pikir la skit.

Apa yang staff mintak adalah agar kekayaan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Ini tak, settlers nak apa pun dapat. HQ buat regulation semua kena melalui dia. yang field OPS dapat tulang aja.

Saya bukan orang bodoh. Ramli majid tu cakap macam bagus aja. Kontrek ladang pun hancur nak jadi advisor. semua yang elok dialah pioneer. yang buruk semua staf felda buat. Cakap kasar , suka menghina kerja orang. Tapi amik juga sebab datuk Bakke kawan dia, betul tak? tahir , auditor, Taj, dan ramai lagi tu semua kroni la. Sapa yang tak tau. pirahhhh...

Kroni pun kroni la, nak untung pon amik la, tapi tak payah la bunuh org yang sedia ada.

Jangan terkejut nanti ramai yang pangkah pembangkang nanti.. korang agak berapa ramai staf yang layak mengundi.....

Wat la Survey said...

Memang tak dinafikan terdapat perubahan yang berlaku setelah pentadbiran baru masuk. Kebajikan Staff telah ada perubahan. Tapinya...

ITU SEMUA PENIPUAN KORPORAT
ITU SEMUA KONSPIRASI TERANCANG
ITU SEMUA .......

1) Yang di beri bukan tahap emas, beras pun jauh sekali, tahap gula-gula aja.

2) Pengurusan baru beri 10 ambik/perah/paksa 100, tak adil langsung.

3) Keuntungan meningkat majoriti disebabkan oleh kenaikan komoditi, bukannya sebab sistem kerah tenaga ni.

4) Mengharapkan kebajikan staff lebih terpelihara tetapi apa yang jadi kebajikan Pegawai atasan yang lebih terjaga.

5) Mengharapkan sistem lebih teratur tapi apa yang jadi laporan aja yang makin banyak. Semua orang senior management nak tunjuk yang dia buat kerja.

6) Urus sendiri buruh memang baik, tapi pengurusan kena faham bila urus sendiri kena ada pihak yang khusus menguruskan buruh tersebut, kalau tak work load tinggi. Ini tak, orang itu jaga ladang, org tu juga jaga makan pakai, orang tu juga sakit pening, org tu juga buat report. bukan sorang dua tapi beratus orang. Mati kejang lah kalau macam tu..

7) Nak lawat, audit, inspect, apapun, buatlah. Tapi pada masa yang sama guide juga lah. Jangan asyik punishment aja yang staff dapat.

8) Tolong jangan banding dengan staff kerajaan, saya dah pernah kerja kerajaan dan saya dah kerja Syarikat Felda. Tak boleh nak banding langsung. Not even close.

9) Kenapa ramai sangat sekarang senior exec masuk Kumpulan Felda? Nak bawa perubahan , kan? Mukan nak memeras..Kenapa Superscale Exec kurang dari kalangan staff Felda? Staff Felda tak perform langsung ke? Kalau yang luar datang kerja masuk Felda tu bagus sangat kenapa di a masuk tempat yang tak bagus ni? Kenapa tak kekal di kompeni lama yang bagus lagi dari Felda tu? Sebab Felda sesuai bagi opportunis. Felda Untapped resources banyak. Duit banyak, ruang untuk peningkatan banyak, semua banyak. Pada yang faham, fahamlah, ya? yg tak paham tu, tak mengapa. Biar Pengurusan Syarikat Felda yang baca ni faham cukup.

10) Berubah demi ke arah kebaikan tak mengapa. Nak berubah tu memang sakit. Tapi tak perlu bersikap zalim.

Kepada pengurusan Felda, TOLONG bertolak ansur dan tolong bertimbang rasa.

STK

Anonymous said...

Sekarang "law of the jungle". Yang kuat akan menang. undang-undang binatang dan tiada lagi silaturrahim sebagai insan manusia. kita kena burukkan orang lain kalau kita tidak mahu kita diburukkan.

Anonymous said...

RAMLI ABD MAJID memang sokong habis Dato' Bakke sebab dia pun "pendatang asing" dapat habuan dari Felda Holdings..

Anonymous said...

APA DAH JADI DGN FELDA?? KAN SAYA DAH CAKAP.

felda sekarang sedang ketirisan dan diserang parasit. 4billion duit dikumpul dulu sedang kehabisan.

Kalau otak macam Ramli Majid memang hancurlah felda. Felda Holding tidak akan mempunyai apa-apa tak lama lagi. Pemilikan saham KPF dan Goverment dalam felda akan lesap. Semuanya akan dimiliki oleh pemilik saham FGVH. Dengan kata lain pemilikan bumi akan bertukar tangan kepada milik asing dan konco-konconya.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]