Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


November 14, 2008

Isu Pahang: Berita Tergempar !! Ahli Parlimen Rompin Mengamuk Di Masjid Felda Keratong 4 !!

KERATONG: Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat hari ini. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Kathib Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap khatib terbabit yang membaca khutbah perihal isu "Keadilan Dalam Islam". Khatib yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya. Menurutnya selepas selesai mengimami solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya.

Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid. Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. Melihat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato'.. kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "penuh emosi" diluar. Mungkin bagi mereka, sekejap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Khatib yang membaca khutbah solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar dari masjid, akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi. (Foto: Lihat gambaran jika JJ menjadi Imam Solat Jumaat)

Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.

[Nampaknya kes ini bakal menjatuhkan resputasi JJ yang khabarnya sedang mengintai untuk menjatuhkan Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang tidak lama lagi. Kami difahamkan JJ sedang membina kekuatannya, kerana beliau tahu bila Najib Razak menjadi Perdana Menteri nanti sudah pastilah namanya akan naik sebagai calon yang paling sesuai ke jawatan MB Pahang itu. Team Adnan harus berhati-hati dengan kelibat dan gerakan "grass root" yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rompin yang paling biadap ini. Jika tidak negeri Pahang akan berada dalam "kegelapan" kerana ditadbir oleh kaki "raba punggung" dan "kaki skandal seks" seperti beliau itu].

62 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam,
Saya kira elok jika tuan imam solat hajat memohon petunjuk dari Allah. Doakan semoga orang seperti itu diberi hidayah.

aKuSaKsI said...

Puak yg LEMAS memang selalu MELATAH...Tapi rasanya tak perlu takut...sebab sekarang nih apa tindakan pun akan cepat tersebar...
negara ada undang2....kalau mati pun seorang pendakwah....terus boleh tau sape n apa puncanya....dunia tanpa sempadan.....rakyat dah tau apa makna FREEDOM OF PRESS....tegakkan yg HAK....dan tentang yg BATIL...

Anonymous said...

aku sokong aku naik saksii...teruskan perjuangan !!

Anonymous said...

Salam.. Rakan Muslimin Muslimat sekalian..saya kira ada kekeliruan pada maklumat diterbitkan.. Pertamanya, Mengapa Khatib menyatatakan MALAYSIA INI LEBIH TERUK DARI ISRAEL.. kEDUANYA, MENGAPA X BACA TEKS MAIP.. KETIGA.. MACAMMANA ORANG LAIN SELAIN KHATIB ASAL BOLEH BACA KHUTBAH TANPA KEBENARAN.. TEGAKKAN KETELUSAN, KETEPIKAN SENTIMEN POLITIK..

Suhaimi Said said...

Tolong sikit, mcm mane org mcm si gila nih boleh jadi wakil rakyat?

Anonymous said...

Orang BN hanya nak unjuk pada orang ramai dia kaki Masjid, tapi bila dia di KL, dia mabuk dan picit punggung pempuan. Entah apa-apa lagi mereka buat.

Anonymous said...

Kami BN, kami memerintah Negeri, pembangkang apa ambil hal? Suka hati kami lah!

aloha2 said...

anonymous no 4 dgn anonymous no 7

Esok depan tuhan nak cakap kebenaran kena pakai teks ka?ha?bodoh mcm ungka...teks puji melangit kerajaan walaupun kerajaan menipu rakyat...pi tgk youtube sajak kematian ...bg cuci sikit hati tuh...

woi no 7...bab negeri hang kata suka hati hang...nih no 4 dgn 7...dia nk baca tak ikut teks...suka hati dia la...ngok...

aku cakap kasar pasai bahasa tuh layak ckp dgn hampa...khaakkk ptuihhhh

aKuSaKsI said...

Anonymous Anonymous said...

Kami BN, kami memerintah Negeri, pembangkang apa ambil hal? Suka hati kami lah!

November 14, 2008 5:31 PM


Sbb korang kata SUKA HATI laa.....org kata korang BODOH!...
hidup beragama pun ada PANDUAN...nak ikut suka hati.....pegi la duduk di bumi lain selain BUMI ALLAH...
ada gak yg nak kena pelangkung nih!

Anonymous said...

Kawan-kawan, Kita ni idup kena ada aturan.. nak ke Negara kita Huru hara Macam negara-negara luar yang konon agungkan sangat kebebasan tu, walhal porak peranda.. Kita ada Majlis Agama yang sediakan teks, Ikut la,.. Bukannya Teks tu Mengutuk pembangkang pun.. Jadi la Neutral Sket,.. Jangan tutup pintu ati dengan politik bang..

Anonymous said...

Kadang-kadang kita ni mudah nampak kotor pada pakaian orang, tapi kita lupa lumpur yang ada pada baju kita.. Kenapa kita Lebih mudah mencari musuh dari sahabat.,, kenapa kita suka mencari silap dari kebenaran.. I Think betul apa yang JJ cakap.. Saya ada di Masjid tadi.. Ramai jemaah kurang selesa dengan khutbah.. Bukan sebab ia disampaikan oleh orang Pas, Tapi isu disampaikan x kena dengan suasana.. ini bukan ceramah politik.. Hari ini MAIP sediakan teks tentang tanggungjawab ibu bapa untuk didik akhlak anak sempena cuti sekolah.. kan ok tajuk tu, yang dok menyimpang tu buat apa.. saje suka2 nak cari pasal...

bonzer jengka said...

hidup melayuu

aloha2 said...

anonymous 10 dgn 11

awat...masjid hang saja ada kutbah?awat dh xdak idea org mcm hang nak bandingkan?

kempeng pilihanraya bley la temberang...makcik kena syukur negara kita aman makmur...tak macam negara luar...berapa negara dh hang pi melawat...takat tgk tv3 ngan paper?

aku tak taksub dgn politik...tapi aku benci org yang mcm hang cuba nak teggakkan walaupun kekufuran...

dalam islam ajar tahan tanpa bicara?klau israel zalim...tahan org tanpa bica x zalim?klau hang cerita aku xdak dlm kutbah tu aku mengaku...tp aku bley agak imam tuh baca mcm mn...aku org islam...aku paham...aku taktau la hang kot2 islam yg tolak mcm mak pak masuk tv3 pasal sajak kematian tuh...

nak cerita mati pun takut...nk ckp pasal islam xkena tempat?WOI...nak ckp time bila?maal hijrah,tilawah setahun sekali?

tggjwb mak bapak anak cuti sekolah...ya la anak cuti...mak pak kena banting tulang dgn cara UMNO faraid harta nih mcm mak bapak depa punya...termasuk hang la...nada UMNO x payah chong...

aku bukan taksub PR...tp aku golongan muda yang meluat penipuan...awat hang tak letak nama hang dgn no tel...senang aku nk cek hang tuh UMNO tok tok yang mengaku rakyat marhaen...

tuh aku ada blog...pi tgk dlm blog aku...bukan takat pemimpin pas...pkr pun aku sapu...aku bukan taksub...tp aku tak fanatik perangai mcm hang....

sekali lagi aku nk ckp...pasai apa aku kasar?pasal layak ckp dgn org mcm hang dgn bahasa kasaq mcm nih...khaaakkkk ptuiihhhhh...jgn buat mcm aku tak reti hari jumaat makmum bukan 10 orang yang hang kata tak puas hati dgn imam baca kutbah...

klau takat hang sorang tak puas hati...jgn nak jaja kata semua jemaah tak suka...jemaah yang hati benak mcm hang sj tak suka...pi mengaji dulu bagi habis...jgn nk chong auta kat sini...

Anonymous said...

Sebab tu lah ramai khatib jadi DUNGU. Asyik baca teks saja. Tak leh nak cakap yang betul walaupun nampak kebathilan depan mata. Sepatutnya baca khutbah ni tak payah nak berteks-teks. Dan khutbah adalah berperanan untuk mngingatkan para jemaah. So, apa masalahnye nak cerita pasal keadilan dalam Islam ?

Anonymous said...

Biasnya orang yang buat salah akan tak senang duduk bila kita cerita pasal kebenaran. So, sudah terang lagi bersuluh. Siapa makan cili dia terasa pedas...

aKuSaKsI said...

Weh...jgn kata semua khatib DUNGU....abah aku imam yg baca khutbah...tadi tgk dia hepi je pegi balik masjid....
memang la ada teks yg diberi....tapi tuh cuma panduan....PANDUAN....yang memvariasikan isi2 penting penyampaian...bergantung pada kita yang menyampai tu laaaa.....
kot nak ikut tekssssss aje....
silap taip pon dibacanya jugak...
Fikir2kan laa...

aloha2 said...

akusaksi..

ahaks....bila plak ko nk jadi khatib...kira ambik berkat bapak...maklumla kat mn lagi klau kuah x tumpah kat nasi...hehehe

aKuSaKsI said...

mana boleh laa....
kalo boleh..dah lama Ahli Parlimen Raub nih seorang PEREMPUAN MELAYU....
hehehe...berkhatib dalam paper je la....kat sini pon boleh gak...
BASUH sket org2 yang tah pape tu...
hehehe

aKuSaKsI said...

Wahai MANUSIA...
Kamu boleh hidup sebebas mana kamu mahu...
tapi makan dan minumlah kamu selain dari REZEKI ALLAH...
buatlah sesuka hati kamu di atas muka bumi SELAIN dan BUMI ALLAH...
tidurlah, berkawanlah dan berkeluargalah kamu SELAIN dari KEPUNYAAN ALLAH...

haaa...
pi la lari kat luar TUJUH CAKARAWALA sekali pun..cari la dunia yang disediakan SELAIN DARI ALLAH....

Time nih nak buat apa2 pon bole...selagi kamu bukan HAMBA ALLAH....

hehehehe....
kan USTAZ SUHAIMI bahaskan apa yang IBU BAPA (pemimpin) perlu buat apabila anak-anak (RAKYAT) cuti.....
haaaa...

pandai2 la apply TEKS tuh....

anti jj rendah moral said...

nasib baik la pak lah pecat jj jd menteri..kalo x, angkasawan kita duk bkwn dgn mnteri gila seks, samseng..rosak angkasawan kita nnti..jj ni ak xphm la, apsal lah rendah sgt moral dia..nk tanding naib pres umno konon..tp xpe, ada jj lg rosak umno..lg cpt la pr take over..tunggu la dia ari isnin ni kt parlimen, kn hentam nye kt mp2 pr..xsbr ak nk tgk.

Anonymous said...

Kami dapat khabar laman blog ini ditaja oleh JJ. Pandai strateji hentam JJ sikit2 ye?
Susah lah kalau JJ makan keliling!

Anak Bulan said...

Salam Pahangdaily,

Minta maaf kutuk orang pahang.

Sewaktu menjadi menteri yg bertanggungjawab kepada MCMC@SKMM (S/jaya komunikasi dan multimedia), JJ dilihat amat rapat dgn tokey hartanah TS Mustafa kamal.

Sebuah resort di Cyberjaya milik Mustafa menjadi port JJ bermain betina meneguk air kencing setan dan menghisap curut.

Turut didakwa berpeleseran bersama JJ adalah KP BPR Ahmad Said Hamdan.

Minta Pahangdaily siasat dan bongkarkan supaya lahanat ini tidak berterusan merosakkan akhlak gadis-gadis melayu.

terima kasih

Anak Bulan
Bulan Penuh 2012

Anonymous said...

salam.
saya rasa terpanggil untuk menulis comment di sini mengenai kejadian yang berlaku di keratong 4.saya merupakan jemaah yang turut sama berjemaah di masjid tersebut dan merupakan peneroka felda keratong 4.
saya begitu terkejut apabila didalam blog ditulis berlainan sekali dengan apa yang berlaku di masjid tersebut.
saya sungguh terkejut seseorang yang mengelarkan diri seorang ustaz dan timbalan yang dipertua pemuda pas pahang sanggup menyebarkan fitnah dan didalam islam fitnah itu adalah lebih teruk dari memakan daging saudara sendiri.

saya pada mulanya terkejut dengan keterbukaan kerajaan barisan nasional yang sanggup memberi peluang kepada pemimpin besar pas pahang untuk memberikan peluang kepada beliau. ini menunjukkan keterbukaan kerajaan bn -umno.

saya selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit.

beliau memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik.

khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah.

oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri j.j mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut.

dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.

ingatlah ustaz mungkin ustaz boleh menipu rakyat yang berada di luar sana tetapi ustaz tidak mampu untuk menipu YANG MAHA ESA.fikirkanlah ustaz.

mr neutral said...

ak kalau ckp org felda susah sket nk caye..ak tau org felda ni cmne..org felda ni pengampu kerajaan..mana tak nye, duit ditabur di felda je..dah byk najib umumkan bonus dan saguhati untuk org2 felda ni..tu yg lemak jadinye..mereka ingt, umno je yg boleh buat mereka jd kaya..selain umno xdak dah..ni la doktrin yg dimainkan oleh najib, jj dan konco2nye..umno byk mng pru ari tu sbb org felda je dan juga undi pos dari tentera..sebabnye najib dan jj la.

aloha2 said...

errr.....wroffff...wrooffff...

cukup2 la nk bodek...mudah sj.klau kutip duit utk isteri Jemaah Islamiah dgn Darul Islamiah...dia bukan isteri JJ klau kena tahan pun banyak harta...

wrofff...wrofff...uik anonymous...tel JJ suruh saman sj tuan empunya blog nih klau dh cakap fitnah...kenapa?takut ramai jemaah jadi saksi ek...mgkin ada rekod kan...ahaks...pegi tel YB Rompin...la pun dh jadi jaguh dalam parlimen setelah lama menyepi...

ahaks....wrofff...wroffff

U Must Not Object (UMNO) said...

xpayah nk bela jj la org felda..kalo yg slalu ikut perbahasan kt parlimen, tau la perangai jj ni cmne..moralnye org cukup2 kenal dah..org felda je bengap, xtau isu..tu la, yg mereka dgr rtm,tv3, bh, utusan..tu la jd bengap sgt tu..satu lg jj ni prinsip dia politik suku agama suku..dia ingat org agama xbley ckp politik..kalo tgk kt youtube mcm mn dia hina tok guru hj hadi kt parlimen..padahal bila kita ckp pasal agama scr xlangsung kita dah sentuh bab politik..bila kita ckp politik, xlangsung kita ckp pasal agama..satu lg, masjid zmn Rasullullah dulu dijadikan tempat perbincangan politik bkn sahaja tempat beribadat..minta tlg la org2felda khususnya bapak2 UMNO ni semak blk sirah2 nabi..jgn jd bengap dan bangang sgt..apa yg dikatakan lebih teruk dr yahudi dan guantanamo tu memang betul dan aku setuju 100%..mana tak nye, yahudi dia kafir buat zalim pada org islam, normal la tu sbb dia musuh islam..tp kt malaysia ni, org islam sendiri yg buat zalim pd org islam..itu yg dikatakan lebih zalim dari yahudi..biar paham sket

Anonymous said...

hm yg bagi statement cakap anjing
semua tu baik ke
wat tambah dosa aje kawan2
nak kritik n nak bagi komen boleh
tapi kritikan yg ok
kitakan masyarakat melayu
lemah lembut berbudi bahasa
mcm ini hilang identiti melayu

Anonymous said...

ape ke gila kamu ni
cakap lebih baik dari israel dan guatonomo

kau ada statistik ke ada berapa org islam dalam isa
jgn pandai cakap aje
jgn sebab anak tuan guru kamu dalam isa nak katakan pada semua or islam.
ini yg dikatakan marah nyamuk, bakar kelabu

Anonymous said...

hai hai hai
kawan2 kawan2
semua.aku pun pergi gak PARLIMEN
tiap2 hari lagi aku pergi.
xde mnegarut ngarut pun ape yang j.j cakap tu betul aje
yelah dok cakap pasal kebebasan akhbar tapi nak saman utusan
mcm mane tu.tu bukan name kebebasan akhbar tu name nak cari peluang kaut duit.

Anonymous said...

ai
betul kawan
aku sokong cakap kamu
kebebsan akhbar
kalau kena dekat diorg melalak
ingat diaorg aje semua betul

Anonymous said...

aku tau kan
16 SEPTEMBER
xkan jadi kenapa
nak tahu x kawan2
sebab masa ANWAR
jumpa AGUNG.
AGUNG tanya kamu jadi pm sape jadi TPM
xleh jawab anwar
sebab calon dia cina.
dah kalau cina
habislah org melayu
yang nak lompat pun org cina n india.
X CAYE tanyalah anwar sendiri.
suruh wat pengakuan bersumpah pun x berani
cian dian
biarlah ANWAR ngan labu-labunya

U Must Not Object (UMNO) said...

ish2, org umno ni xpenah nk paham..otak dah biru pekat sgt dh..xbley trima kebenaran dah..ada ke islam ajar tahan org tanpa bukti, tanpa bicara..undang2 islam mn yg diajar ni??sekalipun kpd org bkn islam, ia adalah ditegah sama sekali..inikan pula terhadap org islam sendiri.

dlm prinsip islam, xde yg bersalah sehinggalah ia dibuktikan bersalah..kalau dia betul2 bersalah, cr bukti bawa pergi mahkamah..biar mahkamah tentukan, bukannya hukuman dgn sign menteri jer..org yahudi betullah dia xmengaji bab islam, tp org islam yg amalkan undang2 zalim cmni cmne??xke lbih truk dari yahudi tu???

ada plak yg kata isa ni undang2 pencegahan..kalau btul2 nk cegah, undang2 ALLAH tu lebih bersifat pencegahan daripada undang2 manusia..buat je la UNDANG2 JENAYAH ISLAM..knp, manusia dah pandai sgt, lebih tahu daripada ALLAH, tolak undang2 ALLAH cipta undang2 sendiri yang ZALIM.

undang2 manusia yg ada hr ini bukannye bersifat mencegah tp bersifat menggalak..tgk berapa ramai banduan yg keluar penjara dan mengulangi balik jenayah mereka..malahan mereka keluar dr penjara dengan ilmu jenayah yg lbih hebat dr sblumnya..kerana apa???kerana penjara dijadikan tempat seminar penjenayah2..mereka berbincang, berdiskusi berkongsi ilmu jenayah..sebab tu lah semakin ramai yg dipenjara semakin menjadi2jenayah.

kerana apa???kerana tak mendapat berkat, rahmat dan pertolongan dr ALLAH..dahla dpt dosa, rahmat dan berkat pn xde..kalau laksanakn hukum ALLAH, nescaya mendapat rahmat, berkat, pahala dan pertolongan drp ALLAH..pertolongan mcm mn???pertolongan drp pencegahan..sbb kita buat tu undang2 ALLAH, maka sudah tentulah ALLAH akan tolong kita.

kepada pengundi2 UMNO DAN BN, sedarlah sebelum terlambat..bertaubatlah sebelum terlambat..sbb tgn2 kita yang memangkah lah yang membenarkan pemerintah mendaulatkan undang2 zalim dan menolak sama sekali undang2 ALLAH yg MAHA ADIL.

RENUNG-RENUNGKANLAH.

Pok Long Pas Pahang said...

slm...
Orang luar dari parlimen MP Rompin ni mmg x tau keegoan JJ ni..kami di Rompin dah tau dahhhh...( ikut dailog Upin )10 tahun dulu camni gak...dia melenting bile imam hentam mungkar & zalim..last2 imam tu dibeli dgn harga yg murah...maka jadila mereka bersaudara....imam2 di Rompin ni 70% dah JJ dapat beli...Ini menampakkan IMAM TAK SEMESTINYA ADA IMAN...bile harta diletak depan mata....

Pok Long Pas Pahang said...

Saya suka cadangkan...JJ datang minggu depan dan baca khutbah lak... atau... kita cabar JJ jika dia berani buat debat terbuka dgn tajuk 'Peranan Masjid kepada masyarakat'...

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Sudahlah UMNO......... Umno dah tak terajui BN dah. Parti korup, hasad, buta Islam, laknatlah kau. Aku ni anak Pahang tapi bukan taik UMNO.... Mu fikir tembolok mu je JJ, Najib, Adnan, Tan, Khalil, etc2... Aku wakil anak peneroka Pahang sampai mati takkan maafkan mangkuk mangkuk ni... diorang ingat rezeki dari diorang je... rezeki dari Allah. Allah turunkan al-quran untuk apa? Mana dia yang nak tolong rakyat? PakLah pun tak hingin kat kau JJ.. Lu doktor pegi rawat orang lagi afdal... baghal

Ibnu Ali said...

asik macam JJ tu mana layak baca khutbah, apatah lagi nak jadik imam. Kalau dia jadik Imam jangan jadi makmum dia, kalau jadik makmum dia, sama fasik ler cam dia.

Anonymous said...

JJ NI MELAYU KE SIKH ?

Nisa' Kuantan said...

KEBENARAN YG TIDAK BERPERANCANGAN AKAN DIKALAHKAN OLEH KEBATILAN YG BERPERANCANGAN....JD KITA SEMUA KENA SENTIASA BERHATI2 DGN PUTAR BELIT UMNO.SYABAS USTZ SUHAIMI KERANA BERJAYA MENGAWAL EMOSI DAN BERLAPANG DADA MENDENGAR NASIHAT PARA SAHABAT AGAR TIDAK KELUAR DR MASJID.KLU TIDAK,INSIDEN TERUK BERLAKU TP KITA YG DISALAHKAN OLEH PUTAR BELIT MEDIA.SABAR ITU IMAN...

PenerokaFeldaBukanPengampu said...

TO Anonymous...apasal xguna nama betul?takut ke?ni lah masalah org felda.xsedor2 lg geng2 peneroka kat jengka tu dah lah nak kena halau,sempat lg mengampu JJ.Mu tau dok,KUTIPAN DERMA ISA tu bkn semata2 untuk TAHANAN ISA,TP UTK ANAK2 BINI TAHANAN ISA YG ADE SAMPAI X G SEKOLAH XDOK DUIT.APE KE BANGANG CAMPUR BAHLUL LAH Anonymous NI.DLM TAHANAN ISA tu klu hari2 duk mkn telur rebus ngan timun,ade ke yg sanggup?melainkan insan2 yg terpilih oleh Allah.Mu nih memang bengap campur tolol tau dok.PENEROKA FELDA HOK BANGANG DUK MAKAN TAIK UMNO TU YG OTOK BENGAP LEMBAP DOK LEH PIKIR KEDEPAN.NABI PUN BERPOLITIK MASE NAK WUJUDKAN PIAGAM MADINAH!DOH MEMANG BETUL ISA NI KEJAM,SALOH KE HAH BAHLUL?

zaidi7676@yahoo.com.my said...

kepada si org umno tu, aku minta la ang p baca buku "UMNO Dalam Politik dan Perniagaan" tulisan jamaie hamil, lect UKM, biaq terbuka sikit otak ang yg dah tesumbat dengan duit, org yg mencabul kehormatan anak melayu sendiri pun still nksokong ka? kalau adik ang ka mak ang ka yg kena raba mcmana? bodoh..

Ust Suhaimi said...

Ust Suhaimi

Saya terkejut dengan komen beberapa pengunjung yg kononnya ada di masjid mendengar khutbah saya. Isi Khutbah boleh rujuk blog saya. www.najwasuhaimi.blogspot.com

(Kata beliau selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit.")

Jawapan saya : Saya tak pasti sama ada betul atau tidak beliau ada dlm masjid, tapi berdasarkan apa yg beliau tulis saya pasti beliau hanya menerima laporan dari pekakas UMNO kat situ. Kalau betul beliau ada pun mungkin beliau tidur masa tu

(Tuduhan : beliau (ust suhaimi) memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik.)

Jawapan saya:
Terus terang memang saya buat 2 perbandingan. Saya stop setakat perbandingan Military Order 378 dengan ISA. Saya tak menggunakan lafaz MALAYSIA LEBIH TERUS DARI ISRAEL. Demi Allah ayat itu tidak keluar dari mulat saya. Perbandingan itu sudah cukup untuk membuktikan siapa zalim tanpa kita sebut lafaz itu.
Tentang kem Guantanama - saya katakan, penyokong ISA, apabila mempertahankan ISA mereka cuba menghalalkan tindakan itu dengan merujuk Amerika juga ada kem guantanamo. Saya persoalankan kenapa dlm soal keadilan kita merujuk pada negara kafir. Islam Ada prinsip keadilannya.Bila pulak saya kata lebih teruk dari Guantanamo.

Tentang Obama saya tak kata obama baik apa yg saya kata, Kini Presiden Baru Amerika Barack Obama mengumumkan akan menutup kem tersebut. Apa pula alasan kita.
Saudara ada betul ke dalam khutbah tu... tuduhan saudara Tak sama dengan apa yg saya ucap.

Tuduhan: khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah.)

Jawapan saya: saya tak tuduh saya ceritakan fakta kebenaran. Politik yg saya sebut adalah politik Islam Prinsip keadilan dalam Islam.

Tuduhan : oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri jj mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut.

Tak benar saya melenting. Ahli karyah masjid yg ada dalam masjid ketika itu. JJ pada awal memang cool bersalam dengan saya. Saya reti adab dengan manusia. Bila JJ kata minggu depan dia nak Khutbah macam saya, saya katakan silalaa datuk khutbah sebab saya pun nak dengar khutbah dato. menyebabkan JJ melenting dan dengan nada yg marah ajak saya keluar dengan alasan untuk berbincang. Saya tak nampak perbincangan boleh berlangsung dengan baik dalam keadaan marah marah. Sebab uti saya ajak beliau duduk untuk bincang. Mana mungkin kalau saya melenting saya nak ajak dia duduk. Org yang melenting tengah duduk pun dia akan berdiri. Nabi mengajar tempat yg paling baik untuk muzakarah adalah masjid, sbb kita akan sentiasa jaga adab muzakarah bila kita duduk dlm rumah Allah.

(Tuduhan: dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.)

Jawapan saya: Ini menunjukkan jelas beliau tak ada dalam masjid atau beliaun tertidur. Saya tak lancar derma untuk mangsa ISA. Saya sebut dlm Khutbah kedua, kita menghampiri musim persekolah 2009, disana ada anak-anak dan isteri mangsa ISA yang hidup dalam kedaifan, maka saya mohon sumbangan untuk kita bersama ringankan beban mereka, meringankan beban mereka untuk menghadapi sesii persekolahn akan datang. Di Keratong itu pun ada salah seorang tahanan ISA yg masih belum bebas dan anak isterinya hidup dalam kedaifan.

Buat apa nak kutip derma untuk tahanan, kalau kutip pun kita tak boleh nak serah pada mereka kerana jeriji besi dan tembok tinggi manghalang kita. Saya lancar derma untuk anak dan isteri tahanan ISA bukan untuk anak isteri JJ.

Saya cadangkan saudara ziarah lah anak dan isteri ISA. tengok kesusahan mereka. majoriti mereka beragama Islam.

Kesimpulan
Nampak sangat saudara berbohong. Saudara tak hadir atau mungkin tidur. lepas tu menulis berlagak alim... Betul laa penyokong ISA ni akan sangup menipu, bohong, fitnah untuk menegakkan benag basah. Ingat kita semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Kalau saudara tak sangup terimapun kenyataan ini jangan buat dosa fitnah, bohong,

Renungan
Seorang ulama terkenal sezaman dengan Imam Nawawi iaitu Imam Izzuddin Abd salam menegur Raja Zahir Baiber pemerintah Memluk di Mesir dalam Khutbah. Belau menegur pemerintah yg cuba menaikan cukai kerana perbelanjaan tak mencukupi bagi menghadapi peperangan.

Imam Izzuddin Abd Salam menyebut "Haram kutip cukai dari rakyat sebelum kamu jual perhiasan mewah dalam istana". Iman Izzudin menambah "Jual diri kamu sebelum kamu jual rakyat kamu."
Lagi keras peringatan ini

Nak tahu kisah sebenar kunjungi blog saya. www.najwasuhaimi.blogspot.com.

aKuSaKsI said...

Kalo ust suhaimi sndri dah menjawab...
aku rasa ada baiknya ust menjawab dalam media (SINAR HARIAN)....
tak gitu "aloha"?
jgn biarkan puak2 berkepentingan je gunakan media utk putar belitkan fakta....kalo media itu dijadikan senjata....guna aje la senjata yg sama utk tegakkan kebenaran...
jawab...jgn tak jawab.....
kat blog ni pun ye....golongan tertentu je baca...
kat paper tu...org kampung pon baca...sanggup kuar pagi nak belanjakan singgit...tapi dapat berita dari JJ aje....
come on ust suhaimi....
we will be by your side....
hehehe....

Anonymous said...

aku org keratong 04, mmg dari zaman pas pegang masjid dibuat tempat politik so skrang aku tak heranlah kalo diorg buat gitu gak walaupun tempat tu bukan diaorg yang pegang. aku nak tanya sepeggal korang pegang keratong 04 apa kemajuan yang ko bawa kat sana??? dan satu lagi apa hukumnya letak gambar org kat masjid????

Anonymous said...

jamaludin najis nak jadi imam???!!!
apa????....jage2..time dia sujud jangan lak g rabe dia...cian dato' raba2

pemuda kedah said...

"tumpang lalu...
opss..hoii!sape yang rabe bontot aku ni???celaka sungguh..gila seks!!siall je raba bontot aku!!..najis mughallazoh punya org tua...tak sedar diri, geli bontot aku diraba lelaki berbulu ni"- mgkin inilah kata2 orang yg diraba Dato' tu..org mcm tue pon ade hati nak baca khutbah..pigi dahhh..

aloha2 said...

betul tuh akusaksi...

hari ini bersaksikan akusaksi...anonymous pecacai UMNO cuba nak tutup malu n pekung...wroff...wrofff...dia ingat hebat sgt kot dok kira dia punya melayu...org yang tak sokong UMNO kononnya tak melayu...

Piraahhhhh,hang takmau panggil aku melayu pun sudah...aku sikit pun tak heran la bengong woiii...

bila hang kata aku tak berbahasa sopan atau hormat kononnya melambangkan melayu...aku rasa mcm hang mai geletek telor aku...geli plak rasa...adeh...adeh...geli oooiii...

aku tak heran manusia mcm hang benci aku...aku paling takut kalau ALLAH benci aku...jadi buat anonymous balaci UMNO...sekali lagi di muka hampa...slrupppp....khakkk ptuihhhh

Anonymous said...

ustaz
masih lagi nak menipu pengunjung yea
ustaz menjawab persolan ini adalah kerana ustaz terasa kepanasan isu tersebut. ini kerana ustaz sudah melakukan sesuatu yg salah.

ustaz Yang Maha Kuasa mengetahui apakah sebenar yg ustaz cakapkan

ustaz tidak baik untuk memutar belit kan isu ini ustaz.

org keratong 4 semua tahu kebenaranya ustaz.apa kata kite tanya jemaah keratong 4 diorg tahu cerita sebenar.sapa yg betul dan yg salah.

saya seorang pemuda yg melihat parti mana untuk saya sertai.saya memang berminat untuk menyertai pas namum begitu bila mendengar ceramah ustaz saya sgt terkejut

khutbah di politikan
adakah ini seorang yg digelar ustaz.terus saya memadankan hasrat saya untuk mengisi borang pemuda pas kerana PAS sekarang di dokong oleh pas sekular berlainan dengan ajaran pas yg original.

pergolakkan dalam pas pun turut diketahui.saya berharap agar kempimpinan pas tidak menerima lagi kepimpinan semacam ustaz ini.kerana ia akan menjadi barah kepada pas dan terpesong dari matlamat sebenar perjuangan pas

http://parlimenrompin.blogspot.com/

aKuSaKsI said...

Hmmm...
ayat2 lembut menusuk jiwa ala2 'sopan' tapi mengena nih...memang slalu dijadikan senjata dek org yg agak kurang ilmu untuk menjadi DA'I...saya pon slalu terima sms ala2 ugutan BALASAN TUHAN atas perbuatan saya yg bongkar kepincangan individu berkepentingan...kadang2 bila kita kenal pengirim sms tuh....aduhai....berkepuk2 harta rakyat dalam gedung rumah dia....tapi UPSR pon tak lepas....mana dia dapat semua harta tu?
kalo x kenal...bole la nak rasa gerun..tapi kalo kenal semua 'anonymous' nih.....kita boleh nilai....iskh...
ntah la..nak cakap apa pon taktau dah....
P/S : Aku bukan ahli PAS,PKR,DAP, ataupon UMNO....

Anonymous said...

Aku pun ada masa khutbah tuu.. Dan apa yang ustaz jawab tu memang itulah yang dia kata dalam khutbah... Apasal pulak kau kepanasan tuduh orang menipu...

Tak pecayalah aku.. hanya kerana dengan khutbah tu... Khutbah tu pulak cerita kezaliman tahan tanpa bicara... tetiba kau tak jadi masuk PAS. Nak bohong pun biar munasabah... Betullah telahan ustaz, dah memang dasar pembohong...memang akan bohong sokmo

Nasib baik aku tergolong dikalangan tak pandai khutbah... kalau tak atas mimbar tu aku kata UMNO jahat kerana mempertahankan ISA...

Aku akan sebut jangan bagi undi pada tangan yang raba bontot orang... Nasib baik laaa aku tak pandai khutbah kalau tidak nahas JJ aku maki masa tu.

Anonymous said...

Ceh.. mana-mana barua UMNO, bila dia menulis nak hentam PAS, dia akan kata dia minat pada PAS kemuadian dia akan guna TAPI....

Aku pun bekas UMNO juga. Itulah cara aku dan kawan-kawan nak tolak PAS. Bagi alasan keras sangat laa... bagi alasan macam macam. hakikatnya memang tak nak ke PAS...

Aku puji ust gentalman jawab guna indentiti sendiri.. bukan macam org tu... mengaku jadi pemuda Keratong... tapi aku tahu... siapa orang nya...

Anonymous said...

If you wish to have a professional shared hosting quality in a free hosting package, come and host with 000webhost.com and experience the best service you can get absolutely free.

Founded in December 2006, 000webhost.com has a trusted free hosting members base of over 60,000 members and still counting! Offering professional quality hosting, support, uptime and reliability, we have a great community of webmasters, you'd love to be a part of!

Register now and get it all free:
*** 1500 MB of disk space
*** 100 GB of data transfer
*** PHP and MySQL support with no restrictions
*** cPanel control panel
*** Website Builder
*** Absolutely no advertising!

Join us now: http://www.000webhost.com/95646.html

Anonymous said...

KALAU BETUL BERITA TU , KENAPA TAK REPOT SAMA POLIS. BODOH BETUL ORANG PAS NI HAHAHAHA.
DULU KATA SANGAT KAT UMNO SEKARANG NI BILA PKR BUAT PERANGAI DAN DAP BUAT PERANGAI DIAM SAJA. ORANG PAS MEMANG TAK ADA TELOR.
TELOR DAH DIMAKAN BABI. ISU PENGKID ISU MAJLIS PEGUAM ISU BABI DAN ISU MAKANAN HALAL TERUS DICANAG OLEH DAP TAPI PAS BODOH DIAM SAJA SEBAB TAKUT.
TAK APA JANJI BOLEH BAGI HANCUR UMNO CUKUP LEPAS TU MARI KITA SEMBAH TOKONG BERSAMA GUAN ENG.
PEMUDA PAS PENANG LEMBAB GUAN ENG NAK PERBESARKAN SEMUA TOKONG DALAM PENANG PAS PENANG SENYAP JE, TAK ADA TELUR NAK CAKAP. TAK PERCAYA TANYA SAMA MPSP SEKARANG. PAS SEKARANG NI DAH JADI PEGECUT SEBAB TAKUT PADA GUAN ENG KOMUNIS DAN ANWAR AL JUBURI

Anonymous said...

Anda penyokong2 PAS cuba la bawak bertenang.. tak perlu maki hamun org lain.. tak perlu menokok tambah kat mane yg kurang.. cerita tu dah sedap dah didengar.. tak perlu ditambah2 la..
dengan anda maki hamun org ni.. mane perginya keíslam'an yg anda katakan parti anda pegang ni?
tak pelu la ceritakan keburukan org tu ke.. org ni ke.. cermin la sikit diri kita wahai sahabat2ku sekalian.
kita tingkatkan amal ibadah kita. anda tak habis2 kutuk manusia bergelar JJ ni kenapa? adakah anda rasa anda lebih islam dari dia?

rukun islam yang 5 tu anda rasa anda dah selesaikan semuanya?

jangan jadikan diri kita taksub pada parti lebih dari ketaksuban kita pada ALLAH S.W.T.

aKuSaKsI said...

Iskh....
meleret2 dah jadinya di sini....
sampai mencarut2 pulak...
tak ilmiah langsung ayat yg digunakan....
nak baca pon x best..last2 jadi x baca...
pastu rugi la korang bila pengunjung terus scroll down jer...
buat penat korang je mencarut2....
AKU TAMPO KANG!

Anonymous said...

BAGUS LAH TU KAU ORANG MELAYU SEMUA BODOH DAN NAK MENJAHANAMKAN MALAYSIA HAHAHAHA,PERGI MAMPUS LAH KAU ORANG UMNO DAN PAS JUGA KEADILAN,SEMUA MELAYU BODOH..BAGUS HAHAHA..BERGADUH LAH LAGI ,AKU SUKA SANGAT..MELAYU KAU SEMUA MELAYU BODOHHHHHHH

Anonymous said...

melayu bodoh ke cerdik ke xpnting..yg pnting ISLAM sentiasa benar..kita nk bwk ISLAM ke akhirat, bkn melayu.

HIDUP PAS MATI KAFIR said...

Jangan takut pada sesiapa. Ini tanah melayu bukan bangsa cin dankeling yang punya, mereka datang dan menumpang disini tetapi kita yang memberi muka kepada mereka. Bukak ladang babgui besar-besar dekat masjid pun boleh.Surau tu kita runtuhkan dan bina kelab judi untuk bangsa cina ni. Ini tolak ansur kita . Anak-anak dara kata pun boleh kepada mereka buat jadi pelacur. Kan ke kita ni bangsa yang bertolak ansur. Tuntutan tu berbuat baik kepada bangsa lain.

Anonymous said...

Selesaikan masalah dengan menyelesaikan puncanya. Puncany disiniadalah bacaan khutbah. Apakah benar tiada niat hasutan dalam khutbah yang dibaca itu. Masalah dengan PAS adalah menjadikan mesjid sebagai pusat kegiatan politik. Islam adalah agama dan PAS adalah parti politik. Namun masih banyak orang yang buta mata dan hatinya dengan melihat bahawa PAS adalah islam dan islam adalah pas. Apakah bukan islam merekayang di arab saudi , iraq dan negara arab lainnya yang tiada parti PAS? Huh!

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Bodoh Ustaz Suhaimi ni, kalau dah sebut ISA dalam khutbah, memang bermotifkan politik la. Nama jer Ustaz, tapi bangang. Tak payah lah menegakkan benang yang basah.

Kalau aku jadi JJ, dah lame ko kene.
Korang dengki dengan JJ kenapa?Sebab PAS tak menang2 kat kawasan Rompin. Dah keje wat fitnah jer, mane nak menang.

Insaflah wahai orang2 PAS bodoh!

Anonymous said...

This is the first time I heard such thing happen, not a good example as a leader to do such thing

yusof.s.a said...

Kami BN,kami memerintah kami boleh buat apa pun orang lain apa ada hal.ni pekataan yang amat bodoh langssung tak berakal. adakah ni mewakili seluruh BN?.fikir dulu sebelum bekata kata sebab otak kita dikepala bukan dilutut. jangan sampai orang kata kita KENTUT IKUT MULUT BECAKAP IKUT DUBUR..Harap maaf jika terkasar bahasa..pandan ikhlas dari saya.

Anonymous said...

Anak dia pun perangai buruk.. slamba je bela anjing..

http://sandiwarabuana.blogspot.com

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]