Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA
061114Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Duit Raya Terhebat !! DI SINI
310814Promosi Lampu Hiasan Dari Kedai Lampu2u, Khas Untuk Hari Raya DI SINI



December 17, 2008

Bongkar: Kuantan Hatyai Pantai Timur, Kegiatan Seks Dan Pelacuran Pelajar IPT Semakin Parah !!

KUANTAN - Pihak Jabatan Agama Islam Pahang dan Kerajaan Negeri menerusi exco Agama diminta untuk memantau beberapa buah hotel yang dikatakan menjadi lokasi kegiatan maksiatdi bandar itu. Ada sumber mengatakan kegiatan "seks terlarang" kini semakin menular di Kuantan setelah wujudnya banyak kolej-kolej swasta di sana. Laporan ada mengatakan, ramai pemimpin politik, orang kenamaan dan VVIP yang kini gemar melanggan para pelajar IPT terbabit. Ada yang dilanggan secara bulanan ada juga yang dilanggan secara harian. Mereka yang terlibat ini adalah terdiri dari kalangan anak-anak gadis orang Melayu yang beragama Islam. Mereka datang dari seluruh negara dan membawa budaya baru kepada masyarakat di bandar itu. Perkara ini tidak disedari oleh pihak pengurusan kolej terbabit, memandangkan para pelajar mereka kebanyakkannya menyewa rumah di luar kampus. Ini menyebabkan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa sebarang kekangan. Kegiatan "seks atau pelacuran" dikalangan pelajar IPT ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan anak-anak orang berada, namun turut melibatkan pelajar yang datang dari kampung dan ceruk rantau desa. Mereka ini mudah terjebak dengan aktiviti tidak sihat itu, tambahan pula mereka memerlukan wang untuk belanja.

Krew kami di Kuantan akan mendapatkan fail-fail sulit pemimpin tertentu di Pahang yang mempunyai hubungan dengan para pelajar IPT ini. Sememangnya budaya ini tidak lepas lari dari kalangan mereka yang "berduit". Mereka bebas menabur kemewahan kepada para pelajar terbabit tanpa rasa bersalah langsung. Gejala seks bebas yang melanda kini sudah semakin parah dan amat mengejutkan. Kami juga mendapat maklumat ada juga pensyarah di sebuah IPT di Kuantan yang menjadi "ibu ayam" menjadikan pelajar mereka sebagai "pelacur terhormat". Siasatan masih dijalankan dan kami akan membongkarkan setelah segala maklumat diterima. Apa yang pasti, IPT terbabit ada hubungan dengan Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Soalnya, mengapakah perkara begini boleh berlaku?. Mungkin dek kerana kurangnya pemantauan dan didikan agama yang diajar di IPT terbabit. Kami melihat perkara ini adalah serius dan edisi siasat Pahang Daily Online terpaksa dilakukan demi maruah dan agama Islam itu sendiri. Kami juga mendapat banyak maklumat sulit tentang kegiatan ini. Bahkah ada juga perniagaan seks di Jalan Air Putih yang melibatkan pelajar sekolah menengah dengan kadar harga RM200. Kami sedang menjejaki lokasi terbabit untuk didedahkan.

[Kami juga berharap agar pihak-pihak terbabit dapat memantau beberapa buah hotel "cap ayam" dan hotel mewah yang menjadi port utama kegiatan seks di bandar itu. Tunggu laporan seterusnya edisi "Kuantan Hatyai Pantai Timur" seperti yang pernah didedahkan oleh sebuah majalah dulu. Kami juga kan membongkarkan kegiatan seks dan pelacuran yang berlaku di sekitar Kuantan terutamanya di Jalan Wong Ah Jang yang menjadi sasaran utama kegiatan tersebut. Terkadang kami terfikir, kenapakan terlalu ramai orang Melayu yang minum arak dan mengahbiskan masa dalam pub, disko, lounge, kelab dangdut dan sebagainya. Namun, pihak berkuasa agama gagal untuk menjalankan tanggungjawabnya. Maka sebagai Exco Agama, MB Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob harus memikul "Dosa-dosa ini" jika beliau gagal untuk menutup premis terbabit. Apalah gunanya Islam Hadhari jika maruah agama rosak dan gejala sosial serta pelacuran terus tumbuh bagaikan cendawan mutakhir ini. Siapa harus dipersalahkan?].

PENGUMUMAN: Anda Yang Berminat Dan Mempunyai Bisnes Serta Produk Untuk Dipromosikan, Bolehlah Menempah Iklan Di Blog Ini. Kami Menawarkan Kategori Iklan Berbaris Seperti Ini Atau Iklan Seperti Di Sebelah (Imej). Kadar Harga Yang Ditetapkan Adalah Paling Minima Iaitu Iklan Berbaris (RM50 X 3 Hari) Dan Iklan Banner (RM150 Sebulan). Kami Juga Sedia Menerima Tempahan Membina Blog Usahawan Untuk Anda Yang Mempunyai Bisnes Sendiri. Jika Berminat, Sila Email pahangdaily@yahoo.com Untuk Mendapatkan Info Lanjut. Tkasih

IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]


4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Hatyai Pantai Timur said...

Jaga-jaga kalau nak buat edisi siasat kat kawasan-kawasan "red light" di Kuantan ni. Jangan sampai kena hambat dengan bapuk! Hahaha

CUCU TOK KEDU said...

Tengok-tengoklah kok-kok nampak ada orang kita kenal.

egen sinar said...

Ada satu lagi pusat pelacuran,
kat pusat rawatan traditional
BAI NIAN berhampiran hotel Citi view,
kebanyakan pekerja sex terdiri dari
warga cina yg menggunakan pas pelawat, mereka tinggal diatas bangunan naim bundle, mereka akan kepusat rawatan tersebut, setelah ada pelanggan datang untuk melanggan.

al0ng said...

hotel2 cap ayam biase sgt doh kene serbu tp tak prnah lg dengo hotel2 mewah kene..ape nk jd la...

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]