Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA PARA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM SEANTERO DUNIA


December 10, 2008

Edisi Pahang: Laporan Tidak Adil, Sinar Harian Perlu Siasat Wartawan Jadi Exco Puteri UMNO !!

MARAN - Mutakhir ini isu kebesan media sering diperkatakan oleh ramai orang. Akibat lunturnya pengaruh akhbar arus perdana dalam melaporkan berbagai isu dan permasalahan rakyat, maka mereka terpaksa mencari sumber lain untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya blog menjadi semakin berpengaruh dan sebahagian daripada kehidupan manusia hari ini. Di Malaysia kemunculan blog kini sudah hampir mencecah 700,000. Namun masih ada ramai diantara kita yang memandang enteng akan kewujudannya. Rakyat juga sudah muak untuk membaca akhbar arus perdana dan memilih media alternatif berbentuk tabloid sebagai bahan bacaan mereka. Ini menyebabkan syarikat akhbar itu sendiri semakin mengalami kerugian, akibat daripada pemboikotan dan sebagainya. Akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian serta RTM dan TV3 sudah lagi tidak mendapat tempat dihati rakyat. Kerana mereka tahu, kesemua media inilah yang telah banyak menghancurkan perpaduan kaum serta merosakkan kepercayaan rakyat di negara ini. Banyak berita yang dipaparkan adalah lebih bersikap provokasi dan hanya berdasarkan kepada sebelah pihak semata-mata. Media seperti ini lebih banyak berperanan untuk memesongkan fikiran rakyat. Akhirnya rakyat jemu dan meluat dengan paparan yang dibuat itu, dan menyatakan kekecewaan mereka menerusi keputusan Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Ini bermakna rakyat tidak harus terus diperbodohkan oleh pihak kerajaan. Rakyat sudah mula cerdik dan bijak menilai sesuatu isu.

Namun, sejak kemunculan media alternatif baru Sinar Harian harapan melihat "pembebasan minda rakyat" kian tercapai. Ini kerana akhbar terbabit lebih kritis dan neutral dalam menyampaikan berita kepada rakyat. Akhbar harian itu kini lebih mendapat tempat, dek kerana ia memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak menyuarakan pandangan serta memaparkan aktiviti masing-masing. Hasilnya, jualan akhbar Sinar Harian terus meningkat dari sehari ke sehari. Ini memberi impak yang positif terhadap akhbar kompak seperti itu. Rakyat seolah-olah melihat, telah muncul satu wadah alternantif sebagai wacana minda mereka. Maka mereka boleh membaca kedua-dua maklumat baik dari kerajaan mahupun pembangkang dalam satu media baru seperti itu. Sinar Harian juga dilihat, tidak terlalu terkongkong dan terikat dengan bahan berita sebelah pihak semata-mata. Tahniah kita ucapkan kepada penerbit Sinar Harian, iaitu Karangkraf atas iniseatif yang cukup bertanggungjawab ini. Di Pahang, rakyat mula memilih akhbar itu sebagai bahan bacaan alternatif mereka. Sinar Harian juga bijak menjiwai rakyat dengan menampilkan bahan berita dari seluruh negeri. Mereka menempatkan krew mereka yang dikenali sebagai Skuad Cakna Sinar di seluruh daerah di Pahang. Dibekalkan dengan kenderaan dan segala bahan berkaitan, maka krew terbabit ditugaskan mendapatkan bahan berita setiap hari untuk tatapan pembaca. Tahniah juga diucapkan kepada wartawan mereka yang bertungkus lumus untuk memberikan informasi berguna kepada rakyat.

Namun, apa yang ingin diperkatakan disini ialah sikap segelintir Skuad Cakna Sinar Harian yang masih lagi terikat dengan sentimen kerpartian. Skuad terbabit ialah Skuad Cakna Sinar Harian Maran. Kami mendapat maklumat daripada rakan-rakan dan pimpinan Pakatan Rakyat di daerah itu, wartawan terbabit lebih banyak menfokuskan isu dan paparan berita serta aktiviti yang melibatkan Parti UMNO semata-mata. Manakala, bagi Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR, paparan berita mereka seolah-olah dipinggirkan begitu sahaja. Jika ada pun, sekadar melepaskan batuk ditangga dan itupun mungkin seminggu atau sebulan sekali. Menurut maklumat, pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS kawasan telah banyak kali mengundang dan memohon agar Skuad Cakna terbabit datang membuat liputan aktiviti mereka. Namun, alasan yang diberikan ialah sibuk, tidak cukup masa, sedang buat liputan dan macam-macam alasan lagi. Hinggakan berita-berita berkaitan aktiviti besar yang melibatkan pimpinan tertinggi parti terabai begitu sahaja. Sikap ini amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku, diketika akhbar terbabit mengatakan mereka bersikap neutral dalam mengetengahkan isu-isu rakyat di kawasan terbabit.

Siasatan telah dibuat, maka fahamlah Pahang Daily Online kenapakah wartawan terbabit tidak mahu untuk bersikap "neutral" dalam melaporkan berita bagi daerah Maran itu. Kami difahamkan yang wartawan wanita terbabit adalah merupakan anak kepada pemimpin kuat UMNO di daerah itu, dan juga pernah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Bahagian Maran dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu sebelum ini. Justeru itu, atas dasar dan prinsip kewartawan kami amatlah berharap agar pihak berkenaan di Sinar Harian mebuat siasatan akan perkara ini. Jika benar beliau terlibat dengan politik kepartian, maka ia amatlah tidak adil kepada pembaca yang menganggap akhbar terbabit "neutral". Wajarlah beliau dikenakan tindakan demi masa depan akhbar terbabit. Seharusnya, para wartawan tidak boleh menampakkan sangat mereka terlibat dengan parti politik tertentu baik kerajaan mahupun pembangkang. Jika ini berlaku sudah tentu beliau akan berlaku tidak adil kepada sesetengah pihak tertentu. Kami menyeru agar pihak Sinar Harian memantau perkara ini, dan mengambil tindakan tegas terhadap wartawan wanita terbabit. Beliau boleh memilih sama ada mahu bekerja sebagai wartawan atau politiknya dalam Puteri UMNO?. Berikan jawatan itu kepada mereka yang lebih telus, adil dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas berkaitan.

[Sinar Harian harus bertegas dalam perkara ini. Jangan biarkan rakyat akhirnya memboikot akhbar terbabit seperti yang pernah berlaku terhadap akhbar arus perdana yang lain sebelum ini. Jika mahu benar-benar telus dan adil, cakna dan dinamik maka lakukan tanggungjawab itu. Mana mungkin seorang Exco Puteri UMNO Bahagian boleh berlaku adil kepada laporan berita parti lawan?. Sudah semestinya beliau akan "bias" dalam melaporkan segala bahan berita berkenaan. Ini terbukti dengan paparan berita yang dibuat selama ini. Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Jika tidak pasti jualan akhbar ini akan menurun dari kebiasaannya akibat protes rakyat terhadap isu ini. Kami akan mendedahkan perkara ini sekiranya terdapat rungutan lagi dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat di Maran].

PENGUMUMAN: Anda Yang Berminat Dan Mempunyai Bisnes Serta Produk Untuk Dipromosikan, Bolehlah Menempah Iklan Di Blog Ini. Kami Menawarkan Kategori Iklan Berbaris Seperti Ini Atau Iklan Seperti Di Sebelah (Imej). Kadar Harga Yang Ditetapkan Adalah Paling Minima Iaitu Iklan Berbaris (RM50 X 3 Hari) Dan Iklan Banner (RM150 Sebulan). Kami Juga Sedia Menerima Tempahan Membina Blog Usahawan Untuk Anda Yang Mempunyai Bisnes Sendiri. Jika Berminat, Sila Email pahangdaily@yahoo.com Untuk Mendapatkan Info Lanjut. Tkasih

IKLANEKA II: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]


23 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Alamak tuan PDO... Macam mana ni???

Tang orang lain, u minta mereka 'neutral' (berkecuali) kononnya berpegang pada prinsip kewartawanan yang u all juga kata u all bukan graduate atau tak ada ambil kursus dalam bidang tu.

Tapi, yang PDO dok asyik lapor berat sebelah - menyebelahi pembangkang lalu asyik menghentam Kerajaan BN bagaimana pula? Neutral ke tu???

Inilah yang boleh kita namakan, pemberitaan 'at one's own convenience' atau pemberitaan 'ikut apa yang selesa dengan seseorang'. Tak betul sangat tu...

TUMPANG LALU

Skuad Rakyat said...

pembangkang pun ada keburukan dia. tapi baru-baru, x serius mcm UMNO dan BN yg dah 51 tahun perintah. Maka banyaklah kepincangan yg boleh didedahkan. Soal Sinar Harian itu adalah akhbar arus perdana dan bukannya blog peribadi. PDO adalah blog peribadi, kami mendedahkan kepincangan yg berlaku didepan mata. Sebab rakyat melihat semuanya. Kepincangan dlm pembangkang juga ada. Tapi ia tidak serius dalam aspek merompak, menyeleweng, rasuah, korupsi, serta lain-lain. Pembangkang mana ada dapat projek atau kawasan balak mcm puak-puak UMNO. so mcm mana nak komen. PDO hanya sedarkan rakyat bahawa, UMNO BN sudah tidak layak lagi menjadi kerajaan di Pahang ini. Maka alternatifnya ialah Pakatan Rakyat. Rakyat harus buat perubahan mulai sekarang. Sebarkan maklumat dan pendedahan yang dilakukan. Puak-puak UMNO akan kata 'Fitnah", "Fiksyen" dan sebagainya. Sebab apa? Sebab anda selesa dengan keadaan ini. Anda dapat projek, dapat tanah, dapat balak maka anda selesa, Anda tidak terasa keperitan rakyat ...maka itu anda tanggunglah segala kepedihan rakyat yang PDO akan paparkan dari masa ke semasa. Harap "Tumpang Lalu" puas hati dengan penjelasan ini. TQ

Anonymous said...

Bagaimana tuan boleh kata tuan blog peribadi bilamana tuan juga yang kata sebelum ni, tuan ada 'krew-krew' di serata pelosok negeri.

Kalau begitu, tuan sudah jadi sebuah portal berita. Kalau portal berita, sewajarnya ia melaporkan berita yang tidak berat sebelah!

TUMPANG LALU, lagi

Anonymous said...

Sekurangnya bila ada Sinar Harian ada jugalah berita dari seluruh pelosok Pahang dalam akhbar... kalau harap akhbar arus perdana, putih maatalah orang Pas dan PKR. Itupun tak syukur lagi?

Waris Pahlawan Pahang said...

Apekehal plak nak babitkan SH dengan PDO nih?Tak abih2 nak ngutuk orang...Aku pon pelik laaa, nih dah bukan kira PENDEDAHAN..tapi dah masuk bab BUSUK HATI....org dok bantai PDO..dia pi TARIK org lain plak...konon ada lebih burok dari dia...apekedehal gini jadinya....
kot sehari tak mengorek dalam kain org tak boleh ker?huahuahua....
siap ugut2 lagi...
aku bangga gak bila SH wujud, budak kecik pon tau...org tua pon tau...dapat merasa tumpang kancil sinar....seminggu aku tido tersengih...
aku ada nampak Sinar Maran angkut sorang pakcik buta yg tggu teksi...gatal nak tau, rupanya dia bawa pakcik tuh sampai depan umah....nak tau kat mana? tuh...ulu kampung dah nak masuk Bera dah...
PDO tau yg zahir jer...tapi aku tgk Sinar Maran tak pernah siar dalam paper kata dia IKHLAS berkhidmat....
kalo ada kelulusan, aku pon nak jadi macam dia...tapi apa boleh buat,
aku cuma lulusan SPM yang bekerja lepastu sambung blajo...baru la celik IT...

kalo ko nak ruang dalam SH, ko kasi je la gambo n sikit info...aku gerenti dapat siar....aku dah buat dah...
takde bayaran, majlis dapat liputan, kampung aku hepi....
sesama tolong la weh....
tapi aku salute, walaupon skuad maran tu pompuan, jaga kawasan BAPAK LA BESOR NYER....kena kutuk sebab page tak kaler...tapi dia keja gak....sales kedua tertinggi selepas T'merloh tu...
korang jgn semberono je nak hentam..

apekehal suka cari musuh...patutnya berkawan....ikut la resmi padi...makin berisi makin tunduk...

punya la aku minat nak jadi wartawan SH...aku selidik semua skali...baru aku nilai...

iskh...ape aku nak cakap nih.....

Waris Jugak said...

Ntahnyer.....
aku pnh nmpk Sinar Maran hulur duit kat org miskin kat tpt dia buat liputan.....sembunyi2 lagik...
yg aku pelik, dia keja pagi smpai mlm, org x nmpk...
aku rasa hampir semua skuad Sinar tuh disukai n disayangi ramai termasuk aku....hihi...
aku cakap terus terang, kalo ditukarkan atau naik pangkat, aku sanggup hantar petisyen kat bos depa...
mana nak cari anak bangsa bertugas kat tpt sdri seikhlas ni...

lagi satu aaa...emph...nanti la ckp.

apapun, tahniah SINAR HARIAN PAHANG...

Waris Pahang said...

Setakat ini PDO anti Sinar Harian Maran dan Raub.

Moh kita anti/benci PDO. Mereka hanya mahu cari publisiti murahan jer.

Selamat lawat blog saya :
http://www.warisanpahang.blogspot.com

aKuSaKsI said...

Saya tak kisah kalo pahangdaily nak anti saya pon....sebab saya tak bertindak sendirian, dan tindakan ANTI dari pahangdaily boleh makan diri..selagi takde bukti kukuh...jangan dakwa sebarangan..saya nih agresif...kalau pahangdaily ada waris MAT KILAU...SH ada waris MAHARAJA PERBA JELAI...tapi oppss...tak boleh agung2kan darah hanyir nih yer....lupa pulak..semuanya hak ALLAH SWT...mcm bab alunan Raihan dalam lagu IMAN mereka....perkara tersebut tak dapat DIWARISI...
semua manusia di muka bumi ni adalah PAHLAWAN sebab menang dalam pertarungan bersama jutaan lagi 'benih' untuk melihat BUMI...

apa2 pon, saya setuju dengan Waris Pahlawan Pahang dan Waris Jugak...
apa yang pasti....usaha, ikhlas, tak perlu diperbesarkan....kalau kerja terlebih dari gaji yang bos kasi, Allah balas ganjaran tu...

(tak pasal2 pulak ter'cakap')...

apa2 pon, SILENT READER yang menambahkan jumlah hits kat pahangdaily ni, bukan semua suka...kami kunjung hari2 pun sekadar hiburan jer...buat perbandingan....

1 lagi, kalo nak kutuk Sinar Maran tu pon, tengok2 la sikit JASA yg dia dah bagi kat pahangdaily, korang dok scan, cut n paste gambar DATO TAN yg hitam putih tu pon tau amik dari page Maran...dia tak saman pon...

ntah la pahangdaily,
taktau nak cakap apa dah...

sman said...

PDO, declare saja blog ini kepunyaan peribadi,tapi pro PR.Tak ada siapa pun boleh marah.Apa yg sdr tulis di sini 80% memang patut,kalau tidak puak-puak Umno /BN ni tak cermin diri,mereka sangka mereka boleh buat apa saja.Nak harapkan media perdana,hanya slot Karam Singh Walia saja yg boleh pakai.

Lagi satu,Negeri Pahang memang memerlukan pemantauan yg serious,kalau mahu membangun.Selama ini pemimpin bertukar silih beganti,tapi pahang macam tu je macam kura-kura pergerakannya.Agensi dan syarikat milik kerajaan negeri Pahang tak ada pun yg berjaya.ASPA, Permodalan Pahang,LKPP,SJSB,LKNP,PASDEC,Mentiga Bhd.Jengka3segi,Ibam SB,Yayasan Pagang,KSB,Perbadanan CH,DARA, mana hasil nya?.Ada yg dah hilang tanpa nesan ,ada yg masih berfungsi tapi hanya memberi faedah kpd segelintir individu,ada yg sudah di tutup tapi kekayaannya di bolot oleh individu tertetnu.

Jadi PDO,teruskan melapur ,biar pun kelihatan bias,pedulikan kuncu-kuncu Umno yg sedang kelemasan itu.Hak Rakyat terbanyak perlu di bela dan di pertahankan.Kita hancurkan UMNO dan BN,yg sudah tidak boleh berubah lagi.

Anonymous said...

Alahai PDO......
Apa la korang ni dok selak kain org...kalu betui tu xpe lah gak...ni dah menfitnah ni....
aku ade gak bc sinar harian dan penah tengok yg sinar maran papar isu pembangkang....tp aku tgk PDO ni hanya papar isu pembangkang...ape ke hal ni yop...
terus terang aku ckp....sinar harian maran tu baik gilerrr...ade tu aku tgk dia hadir dalam program pembangkang...siap berhujan lagi tu...tapi aku tgk xde pun yang entertain dia....cian dia...
aku setuju ngan waris jugak...aku pun penah tertgk wartawan maran tu bagi bantuan waktu banjir tahun lepas dan baru-baru ni member aku ckp dia hulur duit kat sorang warga emas dan aku dpt tau kalu terserempak dengan mana-mana fakir miskin(minta sedekah) pasti dihulurkan tidak kira di pasar tani mahupun di pasar malam.....ader PDO camtu????
Apapun aku akan tetap menyokong SINAR HARIAN...he he he

Anonymous said...

EN. Sman,
dalam ruang komen utk isu nih, masalahnya pahangdaily KAW2 heret Sinar Harian....bukan kata parti politik dah...tapi perjuangan utk rakyat yg dibuat Sinar Harian pon sengaja ditutup mata....
dia nak bela pembangkang 100% pun, hak peribadi...dia nak bela BN 101% pon hak peribadi...undi adalah RAHSIA...hehehe...
Tapi tolong la cermin apa yg dah buat sebelum ni..sebab org lain menilai...

mana tau, sebelum ni kita pernah tumpang tido, makan pakai kat tempat org tu...tapi sampai masa dibantainya org tuh cukup2...ape kes.................

ntah laaa....

sinar maran said...

kepada pahangdaily..kita ada peranan dan perjuangan msg2..dan bg skuad maran sy tak pernah kacau dan jg tepi kain anda,,tp ternyata pihak anda tak btanggung jwb & asyik nak cr kesalahan org lain...anda kt anda natural tp sebenarnya anda tak ubah mcm duri dalam daging..gunting dalam lipatan..dah la cedok news orang dan tanpa segan silu letak byline..kalau anda tuduh sy berat sebelah sy rs itu tak berasas kerana org PAS dan PR baik dengan sy..malah sy sendiri alu berita mereka tp malang bg sy krn kurang jemputan dan makluman..klu dpt pun last minute..adakah utk memenuhi undangan mrk sy kena cancel semua janji yg dibuat lebih awal...nak tanggung dosa munafik sy ke...sbg pahang daily yg kononnya membela... saya harap hentikanlah sikap mencemuh dan menuduh ..apa yang penting cermin diri sendiri...sy juga kesal bila pahang daily yg kata ada krew di merata tempat sanggup ciplak gambar dan berita dari maran...awk mmg bekerja tp semua hrp datang ke mulut dan terus makan tanpa bc bismillah...teruk...psl tuduhan sy exco puteri..nampak sangat ketinggalan zaman dan berita lapuk...sy dah tak terlibat dalam puteri sebab th peranan sy sebagai petugas sinar harian...malah org atasan sendiri th perlakuan sy...buat susah je pahang daily...dan tlg jangan libatkan keluarga sy...krn terbukti pahang daily tak profesional...sentuh bab cucu mat kilau dari jengka 7..sy kenal dia...dan th peribadi dia...mg pahang daily sedar...kepada insan yang menyokong sy..terima kasih..sy akur pd kelemahan diri dan bersamalah kita perbaiki demi kejayaan dunia dan akhirat....terima kasih teman...dan kepada musuh dalam selimut..insaf2lah...

Anak Jantan said...

Insaflah PDO...
Jgn dok cr salah org je....korek sana, korek sini tup tup dpt cerita lapuk...padan muka...he he...
aku solute sh maran...aku penah jemput dia utk cover program ko tau ape dia ckp....insyaallah sebab time tu dah ader org lain invite die..tp bila sampai majlis aku tu terkejut gak cos suami dia yang tolong cover..siap pakai camera and kereta sendiri lagi tuu... respect btl aku....
ko timbang-timbangkanlah kejujuran dan keikhlasan orang....bukan mcm korang...dok ciplak hak orang jerr..pastu dok fitnah sana fitnah sini...tak baik tau...buruk betul perangai korang...

aKuSaKsI said...

Liza, (skuad sinar Maran)
aku taktau la kalo pahangdaily nih dok sebut bab keluarga n libatkan urusan keja kita...camner plak dengan situasi aku, Tengku Puji n Tengku Yusop org kuat Pas Raub tu pangkat pak sedara aku, arwah Tengku Paris (YB Batu Talam sblm Aziz Kiram)..pangkat pak sedara aku, bekas speaker arwah tengku mustapha tu pon pangkat pak sedara aku, Dato' Syed Ali bekas YB Batu Talam tu pon pangkat pak sedara aku..Ayahnku semua, dari parti berbeza...Pas Umno PKR....pakcik wahid ketua PKR Raub tu baik dgn aku..YB Choong Siew Onn (DAP)baik gak...Raju DAP pon sama...
kalo gitu la senario kita nih kan...
pahangdaily nak 'cop' aku apa pulak yer?
hehehehe....

come on friends, fight for your right....

Budak Jengka 2 said...

akum..joint skali. wey korang ni apedahh..biler masa pulak Pahang Daily Online bantai Sinar Harian kaw2...dia suruh pantau wartawan yang terlibat politik. salah ker?. Tak der pulak aku baca dia bantai..Cuma kes Maran ni, aku sebagai anak Jengka memang aku akui wartawan Sinar Maran ada sedikit masalah dalam melapor berita. Asyik2 pasal UMNO jer..kita org call n buat appointment beberapa kali. Tak datang..malah pernah program libatkan pucuk pimpinan tertinggi parti buat program pun x dtg..kami memang dah frust dengan dia.Memang dia rajin bekerja, tapi dek kerana hubungan dia dengan UMNO tu masih kuat..maka No wonder dia terpalit ayat "engko jgn siarkan byk sgt berita pembangkang di Maran"..maka dia mesti ikut cakap UMNO...Logik akal lar sikit kan.. So sinar Maran kena muhasabah diri dalam hal ini. jangan melatah..jika betul x bersalah, pertahankan dalam Sinar Harian..U ada wadah untuk menyuarakan pandagan u. Cuma ingat yer..Pahang Daily Online ader perisik khas dalam UMNO itu sendiri. Mintak maaf dan akui kesilapan. PDO pun sama..jangan siar tepat sangat, kesian kat Sinar Maran..apa pun u all sama-sama bermaafan lar. PDO bukan dapat maklumat "bodo mcm tu jer" . ini diberikan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kawasan..so..nak marah kat PDO pun tak guna yerrr...

sman said...

PDO,teruskan kerja mereka dah pening dan panas.Hantam mereka kuat-kuat.Yaa hooo.Kerajaan Pahang dah miskin,saman lebih RM 60 juta belum bayar,tak lama puak-puak bloger mereka ni Denan kena keluar duit poket sendiri utk bayar gaji,biar Denan lak yg bankrup.Kah,kah,kah..

Apek Celik IT said...

Kesimpulannya,
PDO ko buat keja ko, Sinar Harian buat keja dia...
ko tak terikat dengan sape2...Sinar Harian tak terikat sape2...
ko banyak lebih pembangkang...Sinar Harian lebih kerajaan...hak sendiri...
ko tak payah selak kain SInar Harian, sbb Sinar Harian tak pernah TERINGIN nak glamerkan ko dalam paper dia...
bagi aku, ni dah adil...
buat keja memasing...kot nak komplen, ko komplen menda2 yang WAJIB utk rakyat...Sinar Harian buat menda yg dirasakan sebagai BONUS utk rakyat...
ko tak puas hati, banyak lagi paper lain ko bole jemput..harakah ke..keadilan ke...watan ke...wasilah ke...sin chew daily ker...china press ker...
korang yang pembangkang nih tak cuba panggil paper lain macam Metro ker?Berita Harian ker?Utusan ker?apasal kalo diorang tak datang majlis korang, korang tak maki hamun pon...tapi bila Sinar Harian tak datang ke majlis korang, nak maki hamun plak...apa beza Sinar Harian dengan paper lain?PELUANG utk pembangkang kan?apsal tak thanks aje sebab ada PELUANG..syukur la bila ada ruang utk pembangkang yg ada parti kerajaan nak baca...banyak songeh pulak...berapa banyak SHARE / SAHAM korang dalam Sinar Harian?
wawawawawa.....

Sinar Malam said...

Apek Celik IT ...ko ni cakap mcm org tak sekolah lar.. Masalahnya Sinar Harian yg kata dia Neutral dan lantik wartawan di setiap Daerah. Apsal plak sinar Kuantan dan daerah2 lain OK jerr..bab Sinar Maran jer masalah, sebab dia ada hubungan dgn UMNO (Bekas Exco Puteri UMNO dan mungkin masih lagi). Itu jerr..ko nak suruh pembangkang guna Metro, Utusan & Berita Harian...ko ni memang lerr..ko ingat apa..ada ker paper tu kata NEUTRAL..sinar harian jer jadi harapan Rakyat.. Ramai ahli-ahli PAS, PKR dan DAP mula beli sinar harian, sebab ada sinar kat situ...yg lain tu mana boleh harap weyy..sebab tu kita nak Sinar Harian Maran "bersikap telus" dlm berita politik. Isu rakyat takpa..itu umum..politik lain... asyik keluar UMNO jerrr...sepatutnya dia hubungi juga pemimpin Pembangkang dapatkan maklumat aktiviti. Jgn tunggu call jer..ini tidak..UMNO punya program berlari datang! bila PAS punya program mcm2 alasan..itu jer yg dikomplen PDO..kalu dia dah OK maka x ada masalah...Tak kan itu pun ko k pahamm..

Anak Jantan said...

Wahai Sinar Malam...
rasenyer ko ni jarang2 bc sinar kot...he he..tp berlagak tahu semua...aku ni pelanggan tetap sinar cos mmg aku tgk akhbar ni betul2 neutral di segenap daerah...Sinar maran pun penah cover program pas,pkr dan Umno...k lah tu..baru2 ni pasal matau kat jengka pun ada isu pasal pas gak..apalah ko ni.lain kali bc waktu siang biar terang sikit...ni malam2 ko bc buat aper...story dah lapok...he he he..aku raselah...kalu parti2 lain rase nak menonjol gak..banyak2kan buat program and bagitau kat dia dan forward kat bos dia..kalau dia xdpt dtg pasti bos dia hantar org lain kalu program tu betul2 gah laaa..xpun just hantar gambar and statment kit kat wartawan tu..pasti tersiar..aku dah buat tu yang aku bagitau tu...bukan mcm korang nak mkn suap je..ikhtiar la sikit..nak masuk akhbar ni bukan kena bayar pun ..satu lagi mohon mane2 yang xpuas hati tu ko slowtalk lah ngan dia...manusia ni ader kelemahan dan kekurangan masing2.kita xtau aper hal sebenarnya...insaflah..buat dosa je korang ni..

Jelas & Ikhlas said...

PDO berfitnah lagi…

Salam untuk semua. Pak Tam terpanggil untuk turut menyiasat satu lagi artikel berbaur fitnah yang cuba dilemparkan oleh pahangdailyonline. Kali ini melalui tajuk Edisi Pahang: Laporan Tidak Adil, Sinar Harian Perlu Siasat Wartawan Jadi Exco Puteri UMNO.
Pokoknya jelas bagi pahangdaily, sesiapa sahaja yang dilihat tidak bersetuju, menyokong atau bersimpati dengan PKR atau PAS atau DAP akan dituduh jahat, berat sebelah atau apa sahaja yang membawa maksud ‘dibeli’ atau dikuasai oleh UMNO. Inilah dasar PDO yang kita nampak paling ketara.
Tuduhan terhadap wartawan Skud Sinar Harian Maran Saudari Siti Nor Hasliza Yaakob, kononnya beliau tidak bersikap ‘neutral’ dalam melapor berita terutama tentang pembangkang serta mengelak untuk hadir dan melapor berita tentang pembangkang, satu lagi fitnah terancang yang di lakukan oleh puak-puak PDO.
Pak Tam memang tidak gemar kepada fitnah dan pembohongan, lantas Pak Tam melakukan siasatan secara sendirian untuk mengetahui perkara sebenar apa yang dituduh oleh PDO itu.
Jawapannya amat mudah. Pas dan PKR marahkan Sinar Harian terutama skud Maran kerana baru-baru ini wartawannya Siti telah ‘membongkar’ cerita sensasi di Matau. Atas dasar itu puak-puak PKR terutama Pas mula ‘naik angin’ kerana segala pembohongan mereka mula dikesan oleh Sinar Harian.
Tentang tuduhan Siti ‘berat sebelah’ kerana terlibat dalam Puteri Umno, ini satu lagi ‘kerja’ wartawan PDO yang tidak bertauliah. Pak Tam nasihatkan, lain kali buatlah siasatan yang betul atau dapatkan maklumat yang tepat dari ‘agen’ di Maran. Jangan sebar fitnah yang tidak berasas.
Saudari Siti adalah anak kepada Encik Yaakob Mahadi, bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Maran. Dalam pemilihan baru-baru ini Encik Yaakob tidak mempertahan jawatan kerana kesihatan beliau tidak mengizinkan.
Siti sebelum menjadi wartawan Sinar Harian adalah Exco lantikan Puteri UMNO Bahagian Maran. Pemilihan baru-baru ini beliau tidak mempertahan jawatan kerana tidak mahu terlibat dalam Puteri Maran atas faktor beliau menjadi wartawan Sinar Harian.
Tidak timbul beliau masih Puteri Maran setelah menjadi wartawan Sinar Harian. Manakala berita yang dipaparkan oleh Skud Sinar Harian Maran Pak Tam lihat agak seimbang dan tidak memihak pada mana-mana parti politik.
Inilah sikap puak-puak PKR dan PAS. Kalau akhbar tersebut menyiar dan memihak kepada mereka akan dianggap kawan meskipun jarang berterima kasih.
Lihat la cara Umno berpolitik. UMNO jauh lebih matang dari puak-puak setahun jagung ini. Jika dikatakan Utusan Malaysia itu ‘akhbar Umno’, masyarakat boleh menilai tentang berita Utusan. Tidak semua berita tentang Umno itu dilapur baik dan Umno tidak pernah mempersoal etika kewartawanan Utusan. Umno faham dan sedar peranan akhbar dalam melapor sesuatu berita.

petikan dari : www.pahangdaily.com

Apek Celik IT said...

Aku la Apek paling bagus skali rasanya....ko nih nak harap skuad sinar datang kat program tanpa jemputan?ko gila ke apa?ko igt semua skuad sinar tuh ada kuasa bionik?teliga bole dengar program ko?idung bole bau ko dari jauh?cheh?bos dia letak no phone tuh reason dia utk ko jemput dia la..dah bagi kemudahan tanak guna...reporter paper lain ada no phone tersiar?dah tu, ko salah gunakan..elok utk jemput2 function...korang bantai sms maki2,kutuk2....ko igt skuad sinar tu batu?kayu?takde perasaan?tak rasa penat?....timbang rasa la sket...
ko nak banding2 dgn kuantan...skuad kuantan ada brape?cuba ko kira..boloh la lu...

Apek Celik IT said...

aku pk la paper lain pon takde nak buat cadangan mcm ko la....paper lain tak penah datang function kalo takde jemputan rasmi...kalo stakat prgram kecik2..jgn harap nak datang..tapi mujur la ada sinar yg dtg amik hati korang...dah bagi servis bagus, minta mcm2 lagik...korang nih jenis manusia tak tau untung!..tau nak senang jer...
dah kasi liputan free pon nak demand lagik...
aku apek aaa...aku salute keja skuad sinar semua...boleh masuk geng cina....kerja kuat...
korang plak lemak..tau komplen jer...
cuba pk sket kalo korang kat tpt dia....
abah aku cakap " Try to put yourselves in their shoe "..then u'll know laa...how hard to be 'skuad sinar'...

pahlawan terpilih tu...

Anonymous said...

sinar harian ini akhbar yang langsung tak dapat mengembangka pengetahuan tolonglah siarkan berita yang menarik bukan setakat dalam pahang


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter