Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM

December 15, 2008

Eksklusif: Bongkar, Mentiga Corporation Berhad Sebuah Lagi Anak Syarikat Kerajaan Pahang Yang Bakal Gulung Tikar Gara-Gara Penyelewengan !!


PEKAN - Setelah beberapa siri pembongkaran dibuat terhadap isu rasuah korupsi, kronisme dan penyelewengan dibuat terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang baru-baru ini, maka kami amatlah berharap agar rakyat Pahang yang berada di seluruh dunia dapat menerima maklumat sebenar dan menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain tentang perkara ini. Selama ini, tidak banyak pihak yang sanggup tampil ke depan bagi menyatakan kebenaran biarpun ia terlalu pahit untuk ditelan. Kami beranggapan itu adalah asam garam kehidupan, mana mungkin mereka yang terlibat dengan semua itu berani menyatakan kebenaran biarpun "hingga ke titisan darah yang terakhir". Mereka ini lebih rela mati dalam "kekotoran dan kelalutan" hanya sebuah kemewahan dan keseronokan duniawi yang dimiliki hari ini. Justeru itulah, kami tidak hairan pabila segala pembongkaran yang dilakukan oleh PDO selama ini dianggap sebagai fitnah, fiksyen, dongeng dan pembohongan oleh puak-puak UMNO juga Barisan Nasional. Mungkin mereka terkejut kerana selama ini rakyat Pahang hanya berdiam diri melihat segala kepincangan yang berlaku. Namun, dengan adanya wadah perjuangan seperti PDO ini, ia diharap dapat menjadi satu sumber dan peluang terbaik untuk kita membongkar serta membicarakan tentang segala kerakusan dan ketirisan kewangan yang berlaku dalam Kerajaan Negeri hingga menyebababkan bajet yang dibentangkan saban tahun senantiasa mengalami defisit. Ini bukan kesalahan yang terletak di bahu Menteri Besar Pahang sendiri, tetapi sebaliknya adalah barisan pentadbiran (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) yang pincang dan gagal berfungsi dengan baik sebenrnya. Mereka merahsiakan apa yang harus didedahkan untuk makluman dan tindakan pihak berkenaan, bahkan lebih rela bersekongkol demi sebuah kehidupan yang telah mengorbankan nasib rakyat dan generasi akan datang.

Pembongkaran terbaru yang ingin kami dedahkan ini lebih panas dan sensasi daripada yang kita dengar sebelumnya. Ini berkaitan dengan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, iaitu Mentiga Corporation Berhad yang mana adalah salah sebuah syarikat yang cukup terkenal di negeri ini dulu dalam urusan pembalakan, kilang pengeluaran kayu, pengeluaran hasil berasaskan perkayuan seperti papan lapis, plywood, softwood, hardwood, perladangan sawit, penasihat perladangan dan pelaburan. Difahamkan, syarikat ini banyak mendapat kontrak kerajaan, namun sejak puluhan tahun yang lalu Mentiga Corpration Berhad ini, didapati sebuah syarikat yang "Gagal" dan "hidup segan mati tak mahu". Hampir 400 orang pekerja syarikat ini yang kini beroperasi di Pekan Pahang dikatakan hanya "makan gaji buta" tanpa ada sebarang operasi bersepadu yang melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri itu. Menurut laporan, pihak pengurusan tidak berani untuk memecat dan menamatkan kontrak pekerja terbabit kerana khuatir dengan bayaran pampasan yang besar kerana sebahagian daripada mereka sudah bekerja di situ sejak puluhan tahun yang lalu. Maka itulah, pihak itulah pihak Mentiga Corporation Berhad dipercayai terpaksa memelihara kesemua pekerja terbabit biarpun operasi syarikat berkenaan sudah tidak berfungsi dengan memuaskan sejak beberapa tahun yang lalu.

Kilang operasi Mentiga Corporation Berhad ini, boleh didapati di Peramu Jaya, Pekan. Ia tersergam indah disitu disamping deretan industri yang lain di pintu masuk ke Pekan Bandar DiRaja itu. Namun, tidak ramai yang mengetahui rahsia sebenarnya yang terdapat dan melibatkan syarikat tersebut kerana kebanyakkannya mungkin hanya mendengar "khabar angin" dan cerita belakang daripada pihak-pihak berkenaan. Mungkin juga puak-puak UMNO dan BN Pahang sendiri gagal untuk menjejaki kisah dibelakang tabir syarikat ini, atau mereka sudah tahu tetapi "dipekakkan telinga" masing-masing sejak dulu, kini dan selamanya. Maka itulah kami telah mengarahkan krew kami di Pekan untuk menjejaki dan mendapatkan maklumat terkini tentang syarikat ini buat tatapan pembaca sekelian. Ini adalah satu tamparan hebat yang bakal dianggap dongeng, fiksyen dan pembohongan oleh mereka yang tidak mahu menerima kebenaran selepas ini. Kami yakin, ia pasti berlaku terutamanya bagi golongan pengampu yang berjuang untuk kepentingan peribadi dan periuk nasi masing-masing. Maka itu, demi "rakyat yang tidak berdosa" kami mengambil peluang ini untuk memaparkan beberapa kisah menarik yang pasti meruntun jiwa kita semua selepas ini.

Gaji Pengarah Urusan RM38,000 Sebulan

Kami difahamkan, biarpun Mentiga Corporation Berhad tidak beroperasi dan berfungsi dengan baik sejak puluhan tahun lalu. Namun, agak menghairankan pabila mendapat laporan bahawa gaji yang diperolehi oleh Managing Director (Pengarah Urusan) syarikat terbabit yang dikenali sebagai Encik Muhammad Nasir mencecah sehingga RM38,000 sebulan. Itu belum lagi termasuk segala elaun dan insentif lain. Bayangkan, kemungkinan besar pendapatan purata yang diperolehinya ialah antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan. Ini adalah suatu pembaziran wang rakyat yang amat nyata. Tambahan pula syarikat terbabit adalah merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang. Gaji yang diterima oleh Pengarah Urusan itu lebih tinggi daripada yang diterima oleh Pengarah Urusan hatta Pengurus Besar agensi lain sekali pun. Kami difahamkan Pengurus Besar, Amanah Saham Pahang (ASPA) yang lebih banyak bidang perniagaannya sekalipun tidak sampai mencecah RM20,000 sebulan. Ini amatlah mengecewakan rakyat sebenarnya. Kenapakah perkara ini dibiarkan?. Harapan kita agar YAB Menteri Besar Pahang selaku ketua pentadbiran negeri dapat memantau perkara ini. Mana mungkin gaji seorang Pengarah Urusan syarikat yang gagal beroperasi dengan baik boleh mencecah sebegitu tinggi diketika kegawatan dan kemelesetan ekonomi global yang sedang melanda mutakhir ini. Perkara ini perlu dibongkarkan dan didedahkan kepada rakyat!!

Mengubah Skop Perniagaan Dari Bidang Asas

Mentiga Corporation Berhad juga kini dipercayai telah mengubah skop bisnesnya daripada bidang asas perkayuan kepada perlombongan dan perumahan. Ini amatlah tidak bertepatan degan fungsi asal syarikat terbabit yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pahang selama ini. Walhal, dalam bidang perkayuan selama ini, Mentiga muncul sebagai sebuah syarikat gergasi yang amat digeruni di negeri Pahang termasuk di Malaysia amnya. Namun kini, mereka telah mengubah skop bisnes tersebut demi kepentingan periuk nasi beberapa kerat pemimpin tertentu. Ini perlulah dikaji dengan teliti, kerana kepakaran yang ada kepada mereka ialah dalam bidang perkayuan sebenarnya. Memang tidak janggal dan strategi bisnes, mana-mana syarikat akan mengembangkan operasi perniagaan mereka untuk mencari keuntungan. Namun, Mentiga Corporation mengubah skop dalam keadaan mereka mengalami kerugian dan membazirkan wang rakyat. Mereka juga telah disabitkan dengan penyelewengan pembinaan perumahan di Perkampungan Sungai Isap Damai, Kuantan dulu. Di mana akibat masalah tersebut, hingga kini kawasan terbabit mengalami banjir besar dan terburuk pada tahun 2001 yang lalu. Penghuni rumah di kawasan berkenaan sebelum ini berhasrat untuk menyaman pemaju terbabit iaitu Mentiga Corporation Berhad, namun campurtangan pihak atasan menyebabkan ia gagal dilakukan. Maka, kini para penduduk di kawasan terbabit terpaksa hidup dalam "trauma". Semua ini dilakukan gara-gara penipuan urusan pembinaan kawasan terbabit yang "penambunan tanahnya" dibuat rendah dari yang sepatutnya. Kami turut mendapat maklumat bahawa syarikat ini juga akan diberikan hak untuk membangunkan projek kedai perniagaan diatas tapak tanah "Matau di Bandar Jengka" yang kecoh menjadi isu sekarang ini. Apakah syarikat yang gagal seperti ini berjaya mendapat projek-projek anugerah oleh Kerajaan Negeri seperti itu?

Kawasan Pembalakan 24,000 Ekar Diseleweng

Mentiga Corporation Berhad difahamkan telah menerima banyak kawasan pembalakan daripada Kerajaan Negeri Pahang. Ia dipercayai akibat hubungan "Akrab" antara Pengarah Urusan syarikat terbabit dengan seorang individu yang tertaraf "Adik Menteri Besar Pahang". Pihak Badan Pencegah Rasuah dimintan agar menyiasat perkara ini demi kepentingan rakyat Pahang secara keseluruhannya. Difahamkan atas desakan "Adik MB" maka, Mentiga mendapat kelulusan kawasan balak yang luas. Antara kawasan terbabit ialah 12,000 ekar di kawasan Hutan Simpan Berkelah, Paya Bungor, Maran pada tahun 2006. Manakala satu lagi kawasan terbaru ialah di kawasan Hutan Sg.Rimau, Sungai Lembing yang luasnya juga adalah 12,000 ekar. Masalahnya disini ialah kelulusan balak 12,000 ekar di kawasan terbabit, tetapi tiada satu batang balak pun yang dihantar untuk diproses di Kilang Mentiga Corporation Berhad yang terletak di Pekan Pahang. Ini amatlah memusykilkan !! Ke mana pergi kayu balak terbabit?. Apakah ada perompak yang telah membawa lari balak itu sebelum ia sampai ke kilang?. Jika ada sekalipun, maka mungkin kesemua sekali dicuri. Rakyat Pahang harus tahu kisah ini sebenarnya. Manakala itu bagi kawasan balak di Sg.Rimau, Sungai Lembing pula ia dipercayai diluluskan untuk urusan perladangan Kelapa Sawit. Namun penyelewengan telah berlaku apabila 12,000 ekar hutan balak dibawa keluar tetapi hanya 3,000 ekar sahaja yang ditanam kelapa sawit , termasuk hutan. Inilah bukti jelas bahawa harapan yang terletak dibahu rakyat Pahang telah diselewengkan oleh pihak terbabit sebenarnya. Hubungan rapat antara Pengarah Urusan dengan Adik MB menyebabkan YAB Menteri Besar Pahang terpaksa memberi kawasan berkenaan kepada syarikat terbabit. Apakah MB pernah menyiasat segala penyelewengan yang berlaku ini?.

Pembaziran Wang Mesyuarat Di Luar Negara

Mentiga Corporation Berhad adalah syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang. Maka sepatutnya segala operasi dan perjalanan syarikat terbabit perlulah diteliti dan dipantau oleh YAB Menteri Besar Pahang. Dato' Seri Adnan Yaakob. Beliau kononnya "jijik" dengan amalan rasuah "politik wang dalam UMNO". Tetapi dalam masa yang sama beliau lupa betapa banyaknya amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam urusan pentadbirannnya selama ini. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kami kepada rakyat Pahang untuk membongkar segala kepincangan yang berlaku ini. Supaya beliau celik mata dan mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan ini. Langkah pembaziran wang rakyat terus berlaku setiap bulan di Mentiga Corporation Berhad ini. Biarpun mereka dilihat "hidup segan mati tak mahu" di Pekan Pahang. Namun kenapa pejabatnya tersergam indah di Kuala Lumpur. Tidak bolehkan Mentiga membina pejabat di ibu negeri Pahang di Kuantan?. Ini semua adalah untuk pembaziran yang nyata sebenarnya.Tambahan pula semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat difahamkan senantiasa mengadakan mesyuarat pengurusan di luar negara. Apa yang mereka buat sebenarnya?. Lokasi pilihan ialah di Pulau Bali Indonesia. Mesyuarat mungkin hanya sehari sahaja, tetapi masa yang diperuntukan ialah 4 hingga 5 hari untuk tujuan bersantai sambil "bermain golf". Bukankah ini satu pembaziran wang rakyat sebenarnya. Tidak bolehlah mereka bermesyuarat di dalam negara?. Dalam usaha kerajaan untuk berjimat cermat dan belanja prihatin, mereka di Mentiga Corporation Berhad telah sewenang-wenangnya mempergunakan wang rakyat untuk tujuan berkenaan itu.

Harapan Rakyat Pahang Kepada Kerajaan Negeri

Justeru itu, dengan pendedahan ini besarlah harapan kami agar perkara ini dapat disiasat oleh YAB Menteri Besar Pahang, selaku ketua negeri. Tambahan pula Mentiga Corporation Berhad adalah Anak Syarikat Kerajaan Negeri sendiri. Soal fitnah dan fiksyen tidak harus ditimbulkan disini oleh pihak-pihak berkaitan. Cukuplah kami nyatakan bahawa banyak lagi fail-fail sulit melibatkan kepimpinan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang akan didedahkan selepas ini. Justeru itu, sila prihatin nasib rakyat Pahang yang ramai lagi yang terpaksa menderita dan berada di paras kemiskinan "tegar" seperti yang didedahkan oleh pihak media selama ini (foto). Kami amat sedih dengan apa yang berlaku. Rakyat tersiksa dan menderita, sebaliknya ada pihak yang bersuka ria dan bergembira merompak dan menyelewengkan wang rakyat sesuka hati mereka. Apakah ini namanya "Tradisi Membela Rakyat". Kami tahu, akan ada pihak yang diupah akan mempertahankan lagi kisah yang kami dedahkan ini. Namun begitu, jangan sampai kami membongkarkan lebih banyak penyelewengan selepas ini. Kepada YAB Menteri Besar Pahang sendiri, kami harap anda mengotakan janji anda bahawa tidak akan melibatkan "kroni, adik beradik" atau sesiapa sahaja saudara menikmati kekayaan dan projek kerajaan. Namun kini, setelah dua pendedahan dibuat, ternyata kedua-duanya melibatkan "Adik Menteri Besar Pahang" itu sendiri iaitu dalam kes Astana Golf dan Mentiga Corporation ini. Maka itu, jangan hanya "indah khabar dari rupa", kerana ada rakyat prihatin yang akan bangkit untuk menegakkan kebenaran. Kami juga mendapat maklumat bahawa Pengarah Urusan Mentiga Corporation bukanlah "Anak Jati Pahang" sebaliknya adalah orang luar dan merupakan bekas pengurus sebuah bank sebelum ini.

Dato' Seri, Jadilah MB Untuk Rakyat Pahang


Dengan pendedahan demi pendedahan yang dilakukan ini, maka kami sebagai rakyat prihatin menyeru supaya YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dapat berubah minda dan fikiran selepas ini. Anda dipilih oleh rakyat menerusi cara demokrasi pilihanraya. Maka itu anda menang dan memerintah. Rakyat yang mengundi anda atau tidak adalah "Rakyat Pahang" yang perlu anda bela. Jangan jadikan mereka yang menyokong pembangkang sebagai "musuh". Pembangkang bukan "komunis" yang mahu senantiasa di "attack". Anda harus jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Ingatlah, tugas sebagai Khalifah di muka bumi ini amatlah berat untuk ditanggung. Jangan terikut-ikut dengan budaya UMNO dalam kerajaan. UMNO, PAS, PKR, DAP dan sebagainya adalah parti semasa pilihanraya. Selepas pilihanraya semua rakyat Pahang adalah "amanah anda". Kenapa harus dibeza-bezakan dari segi kebajikan, peruntukan, pertolongan serta lain-lain kemudahan?. Apakah anda fikir anda akan hidup sampai bila-bila?. Ingatlah "mati" itu akan menjemput kita bila-bila masa sahaja. Lihat apa yang berlaku di depan mata?. Ada yang mati ketika bermain badminton, ketika memandu dan sebagainya. Apakah jawapan anda di akhirat kelak. Bila ditanya apakah tanggungjawab Khalifah di mukabumi ini telah dilaksanakan. Anda menjawab "sudah" tetapi kepada siapa?. Anda menjawab hanya kepada "puak-puak UMNO dan BN". Inikah jawapan yang anda inginkan. Ingatlah, sesuatu boleh berlaku dalam politik, mahu dihalang dan ditolak mungkin boleh. Tetapi, jika perubahan itu dimahukan oleh rakyat maka ia pasti akan terjadi. Lihatlah apa yang berlaku di negeri lain sebelum ini. "Kebenaran adalah umpama sebiji bola yang ditekan ke dalam air, semakin ditekan maka semakin kuat ia menolak. Jika bola itu dilepaskan, maka bola akan melambung ke udara". Inilah sebenarnya yang anda harus ingat dan jadikan pedoman dalam kehidupan. Rakyat akan bangkit buat perubahan suatu hari nanti !!.

[Ingatlah, bahawa penyokong pembangkang juga membayar cukai dan segala-galanya. Tetapi "politik bermusuhan" yang diamalkan oleh UMNO dan BN telah meletakkan mereka setaraf dengan "komunis" yang tidak harus dibela. Inikah prinsip hidup anda sebagai orang Islam. Justeru itu, sebagai rakyat prihatin kami berjanji akan bersama rakyat untuk membela nasib mereka serta membongkar segala penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan selama ini. Untuk makluman, kami difaham terdapat beberapa kumpulan akan menubuhkan "Suara Pembela Rakyat Malaysia (SPRM)" di Pahang dalam masa terdekat ini. Ia dianggotai oleh parti politik serta NGO yang akan bersama-sama membongkarkan lebih banyak isu di negeri ini. Justeru itu, kami amatlah berharap agar Kerajaan Negeri Pahang lebih bersikap terbuka dalam menangani isu-isu rakyat selepas ini. Jangan hanya tahu bercakap tetapi perlaksanaannya "nothing". Marilah kita bersama-sama membina sebuah negeri yang adil, makmur, sejahtera dan saksama].





IKLANEKA: Dapatkan Produk Jimat Minyak Terbaru Dipasaran. Teknologi Jerman. Jaminan 1 tahun. Telah Teruji Menjimatkan Minyak Hingga 45%. Tahan Lama 5 Hingga 10 Tahun. Agen Diperlukan Di Seluruh Negara. Jika Berminat Sila Klik Sini Untuk Info Lanjut.

[Sokong Blog Ini, Sign Buku Pelawat Kami]

15 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

fuady said...

Memang kebanyakan mereka mereka yang menerajui dan mengetuai syarikat syarikat yang berkaitan dengan kerajaan adalah mereka yang selalu main golf atau yang berkait rapat dengan pemerintah! Mereka ni bukan lah di lantik olih kerana kelayakan atau komitmen untuk berhidmat! Ye la pemimpin kita pun bukan memang mementingkan diri dan bukan untuk berhidmat dan orang yang rapat dengan mereka pun geng yang sama dan mereka lah yang di lantik mengetui syarikat syarikat tersebut sebab tu la syarikat syarikat yang berkaitan dengan kerajaan ni hancur! punah ranah! mereka cuma hendak kan habuan jer bukan untuk berhidmat dan memberi manaafat kepada syarikat dan rakyat!

keris panjang said...

salam,
pembongkaran demi pembongkaran..tetapi hasil tidak ada apa2 nampaknya..saya sendiri ragu2 sama ada betul atau tidak isu yg ditonjolkan..

oleh yg demikian agar posting2 yg dikeluarkan ada kewibawaan, perlu lah PDO memikirkan agar setiap isu yg dikemukakan ada penghujungnya..kalau ada bukti, buat aduan polis, bpr, upah peguam..dan bawa ketengah..kita tguk apa kesudahannya..kita mmg benci kpd penyelewengan dan sikap tamak yg tidak sudah2..serta gagal memenuhi amanah yg pikulkan..hal kroni tak habis2..

sungguh pun begitu, kalau setakat diwar2kan sahaja..org spt saya (dan yg sewaktu dgnnya) tidak akan dgan mudah boleh menelan bulat2 segala isu yg ditimbulkan..pembaca2yg neutral (spt saya) juga akan mula menyampah dgn bolg yg nnt akan dianggap sebagai "penipu" dan "pemfitnah"..

untuk lebih adil, saya sendiri percaya memang ada diantara isu2 dibangkitkan oleh blog ini ada kebenarannya..

PDO said...

salam saudara keris panjang... tkasih atas komen. Untuk makluman, kami hanya mendedah dan membongkarkan. Tindakan yg sepatutnya dilakukan adalah anda sendiri membuat laporan polis. Kami tidak yakin dengan BPR serta lain2nya. Dulu Dato' Fauzi ada membuat laporan polis trhadap Khalil Yaakob..namun apa berlaku? Fail ditutup dan Dato Fauzi yg dikenakan tindakan siasatan.. Ini adalah senarionya di Malaysia. Justeru itu kami hanya membongkar untuk rakyat prihatin. Kami tidak suruh ada percaya, tetapi anda buat penilaian sendiri. Niat kami supaya rakyat yg bijak dan celik mata dpt membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Kuasa yng dikuasai amat sukar untuk kita laksanakan.Justeru itu, kita perlu dptkan kuasa untuk kita lakukan perubahan.. PDO hargai komen anda. Namun, anda boleh katakan ini semua fitnah..jika fitnah..kenapa kami mendapat maklumat yang hampir tepat ini... Sudah kami katakan, ada dikalngan pemimpin UMNO sendiri sudah muak dengan kepimpinan negeri skrg. Maka itulah anda jgn percaya lagi dekat siapa disekeliling anda. sama-samalah kita difikirkan...anda berhak membuat penilaain...tkasih

Pejuang said...

salam,

nampaknya sekali lagi isu yang tidak tahu asal usul dikemukakan. saya rasa PDO ni, kena study betul2 dulu tttg isu yang nak dikeluarkan , saya takut nanti kena saman pulak. Cite ttg kroni dan salahguna kuasa mmg sedap dihebohkan, tapi x de pun yg saya nampak dgn bukti jelas ditunjukkan, cuma 'hearsay' aje, mcm perangani DeeJay yg lama tu aje..hello bro, jgn suka ngata orang, tgk sikit 'rumahtangga' awak tu, byk yg dah 'busuk' tau, jgnlupa tgk blog kawaih yeh...

Keris Tak Bertuan said...

Si Bab% ni nak tutup kesilapan 'najis' yg dia dah buat, so dia bukak la kononnya ada penyelewengan bla bla bla... sumber brite u tak reliable dah sejak u fitnah arwah , PENIPU sucks!!!

Bogel said...

Salam...

Saya nampak blog PahangDaily ini lebih banyak mencari salah orang lain.

Pekerja Mentiga Corporation Berhad sendiri nampaknya lebih bersyukur apabila gaji mereka masih dibayar dan masih boleh meneruskan hidup kalau nak dibandingkan dengan banyak kilang papan Lapis yang lain yang telah ditutup.

Kalau bayar pun salah....terus tutup kilang lagi la salah sebab geng-geng barua PKR ini akan spin lagi isu ini dengan lebih dahsyat.

Tuan-tuan dan Puan-Puan di PDO, apa yang tuan-tuan laporkan kat PDO oleh wakil rakyat PKR ini...saya rasa wakil rakyat BN dan UMNO pun dah buat dan malah lebih banyak dan hebat lagi.

Tak yah nak kecoh-kecoh dah buat itu dan buat ini.

Sapa-sapa yang jadi MB pun, di mata PKR akan tetap salah jugak walau baik macamana sekali pun.

KECUALI, Menteri Besar itu ahli PKR. Semuanya akan okay dan baik-baik sahaja.

YB. Fairus KM 1 Pulau Pinang tu, takkan sampai 6 orang Pegawai letak jawatan.

Di Bagan Serai, takkan 1000 orang India keluar PKR sebab MP dari PKR tak perform dan lebih banyak auta dari yang betul. Padahal, di Parlimen lebih banyak menunding jari kat orang lain-mencari salah orang, diri sendiri ? Tak sedar orang kawasan dah mula mengamuk.

Jangan cakap blog ini, blog yang berkecuali. Tuan-tuan akan terus berdosa sebab berbohong. Lebih baik terus declare yang tuan-tuan semua sedang mempromosi PKR.

Saya ingat PAS lebih baik dari PKR dan lebih mulia. Kalau sapa-sapa yang belum ada parti dan nak join parti....lebih baik join PAS yang lebih jelas hala tuju dan berpandukan ajaran Al-Quran dan Rasulullah.

Jangan ikut parti cap ayam dan haprak macam PKR ni. !

Lanchang said...

1000 klr, yg msk 12000..amacam? mau bunyi lg ka 'Bogel'? ko ckp kt org, mcm la ko tu x crk slh org...mmg kena pn ltk nama 'Bogel', dh2 la tu, gie la pakai seluar, malu kat org..wahaha!!

Anak Pahang Jati said...

Ada ke patut tuduh pekerja kilang mentiga makan gaji buta! Baca blog kon kalau nak tau lagi dan ada pantun kon....

Mangkok ayon mangkok periok,
Buat hidangan si anak muda,
Wahai komunis jangan kamu nyorok,
Padahal kamu dah lama serenda!

Nanti awok wok!

Anak Pahang Jati said...

Daftar kata terbaharu..
PDO..ertinya.. apabila suka sangat menipu, menfitnah dan mereka-reka cerita atau membuat cerita dongeng.

Contoh ayat..Si Shukri telah bercakap PDO.Maka dia telah memPDOkan berita itu.

Ejaan lain kepada maksud yang sama...PeDO'ah!

Contoh cerita PeDO'ah:
Si Shukri dulu nya adalah penghianat kpd PKR bila isytihar keluar PKR utk menyokong BN. Setelah mendapat kontrek dll dr BN, dia pun pdokan BN dgn masuk semula PKR. Begitu lah al kisahnya!

seladang said...

Bloggers upahan Umno Pahang pembohongnya ..... cuba tutup pekong busuk pemimpin mereka ... dulu kata kelap golf tak ada kena sita, sekarang apa jadi? Hah! Hah! Hah! Ketawalah lagi ....

Anonymous said...

Pahang daily online,

Berita yang cuba disampaikan ini sememangnya sensitif, apa tah lagi orang yang membacanya ada tersangkut paut didalamnya. Bak kata pepatah siapa makan cili dia yang rasa pedasnya.

Apa yang kita faham, artikel ini adalah satu tuduhan terhadap seseorang. Walau bagaimana pun jikalau tiada bukti yang kukuh masakan PDO begitu berani menceritakannya...?

Sekarang kita tunggu orang yang dituduh menjawab bagi mempertahankan diri. Kalau PDO ni penipu, pasti orang dari Mentiga Corporation Berhad akan tampil dengan saman malunya. Nilai saman malu boleh mencecah berpuluh juta ringgit. Mampukah PDO membayarnya..?

Orang yang mencalonkan diri untuk menjadi pemimpin kepada orang awam maka dia mesti bertanggongjawab diatas apa jua yang berkaitan dengannya. Tidak kira orang itu datang dari parti mana.... kalau dalam bidang kuasanya ada orang yang melakukan kesalahan maka salah tetap salah.

Hari ini Adnan Yaakob dari parti UMNO adalah menteri besar pahang, maka dia adalah orang yang mesti bertanggongjawab diatas apa jua yang dituduh. Kalau esok orang dari parti PKR jadi MB pahang maka orang itu mesti dipertanggongjawabkan.

Anak Kechau said...

Tuan,
Setelah pihak tuan membongkar kedaifan Kg Kechau dan kini dijawab oleh pahangdaily.com siap dengan penjelasan yb, kenapa membisu. Apakah penjelasan pahangdaily itu tepat dan benar.

Seladang said...

Mentiga hanya makan dengan roti saja satu hari nanti.

Kepada bloggers pengampu umno teruskan anda mengampu kerana memang taraf anda semua mengampu tak habis-habis! Tapi ingat jangan terlampau ampu nanti terlingkup! Temberang pembodek umno tidak lagi dapat mengaburi mata rakyat! Rakyat tidak sebodoh mereka yang menjadi kuda tunggangan pemimpin Umno/BN.

Anonymous said...

assalamualaikum blogger PDO,

Ternyata kamu amat mengambil berat tentang isu penyelewengan yang berlaku di pahang. Saya mengerti akan perasaan 'caring' anda. Walaubagaimanapun, seperti komen2 yang diberikan yang lain, isu2 yang dibincangkan amatlah sensitif. Jadi kebenaran dan bukti hendaklah di tunjukkan sebelum bertindak. Kerana, nama individu2 yang dikaitkan di letakkan secara terbuka, bukan apa, tetapi, jikalau cerita/tuduhannya tidak betul, dan tidak berasas, tidakkah ia memalukan individu tersebut serta sesiapapun yang terkait dengannya? Silap hari, PDO di saman. Saya hanya berikan saranan sahaja, saya harap ia tidak di salah anggap.

atiputianting said...

pahang daliy serabut..

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]