Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO)MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


December 11, 2008

Analisis: Sekadar Renungan, Pelatih Institusi Pusat Serenti (IPS) Lebih Beruntung Daripada Graduan Dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) !!

KUANTAN - Sungguh terkejut dan memeranjatkan bila kami terbaca satu laporan sebuah akhbar arus perdana perihal "Kerajaan Belanja Hampir RM600 Sebulan Bagi Setiap Pelatih Serenti".. Untuk lebih tepat lagi kerajaan dikatakan telah membelanjakan RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan bagi setiap pelatih pusat serenti di seluruh negara. Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, kos yang ditanggung oleh kerajaan tersebut adalah bagi 6,447 penghuni pusat serenti di seluruh negara, setakat 30 Jun tahun tersebut. Laporan itu juga telah dikeluarkan dalam Sidang Dewan Rakyat ketika beliau menajwab satu soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen. Biarpun berita ini sudah lama, namun kami yakin senarionya tetap sama. Bahkan mungkin belanja pengurusan terbabit akan bertambah dari masa ke semasa. Maka kami tidak mahu mempertikaikan angka tersebut sebenarnya. Sesungguhnya maklumat yang didedahkan ini adalah sesuatu yang paling berharga untuk dinilai oleh segenap lapisan masyarakat. Umum selama ini hanya mengetahui kenyataan yang dibuat perihal perbelanjaan keseluruhan pusat serenti terbabit setiap tahun. Tatkala belanjawan dibuat pasti bajet untuk agensi berkaitan mencecah ratusan juta ringgit.

Namun begitu, apa yang menyedihkan ialah biarpun belanja jutaan ringgit telah didedahkan tetapi natijahnya tetap sama. Penagihan dadah terus meningkat dan yang paling mendukacitakan ialah majoritinya adalah orang Melayu sendiri. Inilah yang perlu kita fahami sebenarnya. Apakah ada agenda tersembunyi yang mahukan anak-anak Melayu ini terus dirosakkan dan dihancurkan dari mukabumi ini?. Kita biasa mendengar bahawa banyak masalah dan gejala negatif seperti dadah, samseng, maksiat, pelacuran dan sebagainya di negara Islam Malaysia ini sebenarnya didalangi oleh kaum lai.. Misalnya dalam hal dadah, mereka ini yang akan mengaut untung jutaan ringgit tetepi sebaliknya yang menjadi "tokan" atau pengedar bertauliah adalah anak-anak muda Melayu yang terkejar-kejar erti sebuah kemewahan. Anak-anak muda inilah yang membuat "marketing" untuk memasarkan dadah-dadah terbabit. Pasaran mereka begitu meluas di kawasan Felda dan juga penempatan Melayu. Ini harus dikaji dan diambil berat oleh pihak kerajaan. Siapakah dalang terbabit?. Apabila ditangkap sebagai pengedar dan mati akibat dadah sudah pastilah ramai anak-anak muda Melayu yang terlibat. Walhal hakikatnya mereka sebenarnya menjadi mangsa keadaan.

Tangungan Percuma Pelatih Serenti


Berbalik kepada isu perbelanjaan pelatih pusat serenti yang mencecah hingga RM600 sebulan. Bukankah ianya satu angka yang amat memeranjatkan kita?. Soalnya kenapa kerajaan sanggup menghabis belanja yang besar untuk menyediakan prasarana dan seterusnya memberi habuan yang begitu lumayan kepada para penagih dadah ini? Apakah aset mereka untuk negara sebenarnya? Mungkin ada yang selepas keluar dari pusat serenti dan menjadi orang yang berguna. Namun sedarkah kita majoriti pelatih pusat serenti ini pasti akan kembali ke lembah hina itu apabila bertemu kembali dengan rakan-rakan mereka yang berada diluar sana. Bukti ini cukup jelas dimana-mana, bahkan yang terpampang di depan mata kita sendiri hari ini iaitu penyanyi terkenal Jamal Abdillah dan juga Salem Iklim yang sudah beberapa kali masuk ke pusat serenti namun akhirnya memperhambakan diri semula dengan najis dadah. Ini bererti, apabila mereka ini telah terjerat dengan najis dadah. Minda serta jiwa mereka sudah tidak dapat lari lagi daripada hakikat itu. Bahkan kata Jamal Abdillah, apabila melihat Microfon ketika mahu menyanyi pun beliau terbayangkan dadah !!. Bukankah ini bermakna dadah telah sebati dalam diri mereka, dan sudah menjadi darah daging mereka. Justeru itulah kita jarang dapat mendengar mereka yang berjaya keluar dari kancah ini akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Tetapi, harus diingat juga memang ada kita ketahui terdapat individu yang berjaya melawan musuh nombor satu negara itu. Namun jumlahnya terlalu kecil.

Pun begitu mereka akan terjebak secara lebih profesional dan tidak diketahui umum. Caranya mereka akan mengambil "dadah" yang dibekalkan di klinik-klinik swasta ataupun kerajaan. Dadah gantian (Methadone) yang digunakan biarpun sepatutnya perlu menepati syarat dan kriteria Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , namun majoriti klinik-klinik swasta di negara ini telah membekalkannya kepada hampir semua penagih dadah tanpa ada kaunseling dan dikawal selia oleh mana-mana doktor. Ini kerana pasaran dadah gantian itu terlalu besar. Bahkan klinik terbabit dapat mengaut untung yang lumayan daripada penjualan dadah gantian itu, bahkan mereka juga sanggup membuka klinik pada hari minggu untuk menjual dadah gantian tersebut bagi mengaut keuntungan yang lebih. Inilah hakikatnya yang berlaku sebenarnya. Lain yang kita harapkan, lain pula yang berlaku. Isu perbelanjaan pelatih serenti yang mencecah hingga RM600 sesungguhnya satu berita yang amat mendukacitakan sebenarnya. Apa tidaknya, kerajaan sanggup menghabiskan jutaan ringgit setahun untuk menanggung manusia yang tidak memberi faedah lagi kepada negara. Bahkan penagih dadah juga boleh dikategorikan sebagai sampah masyarakat. Dengan perbelanjaan yang besar inilah, menyebabkan sebahagian besar daripada penagih ini lebih rela masuk pusat serenti daripada terbiar dijalanan. Bagi mereka di pusat serenti segalanya ditanggung beres. Justeru itu kita banyak mendengar berita, bahawa ada sesetengah pelatih yang telah tiga atau empat kali masuk pusat serenti namun tetap juga tidak berubah.

Apakah ini yang kita mahu sebenarnya. Generasi masa depan kita akan runtuh begitu sahaja apabila ada gerakan secara halus yang merencanakan strategi untuk memperdagangkan perkara ini. Bayangkan apabila pelatih semakin ramai, maka sudah pasti cadangan untuk mewujudkan pusat baru akan terlaksana. Maka yang mendapat projek jutaan ringgit sudah pastilah orang dalam dan kroni-kroni yang sekutu dengannya. Apa yang penting ialah bisnes tersebut. Sama juga dengan agensi-agensi lain yang ditubuhkan untuk memerangi gejala dadah ini. Saban tahun mereka akan menerima geran peruntukan dari kerajaan bernilai jutaan ringgit. Tetapi apa yang dibuat? Hanya menyediakan seminar motivasi, kolokium, kempen, dan karnival seperti "Enam Jahanam" yang pernah diadakan sebelum ini dan macam-macam lagi. Pendekatan semua pendekatan yang dilakukan ini langsung tidak memberi impak positif terhadap membenteras dadah di negara ini. Namun yang untung ialah individu yang mendapat projek tersebut. Jutaan ringgit dipunggah setiap tahun. Namun hasilnya tetap sama, penagihan dadah terus meningkat di seluruh negara. Cadangan daripada sesetengah pihak supaya penagih dadah dihantar dan ditempatkan di sebuah kawasan yang terpisah seperti di pulau misalnya terus disanggah oleh pihak berkenaan. Bagi mereka itu tidak relevan, walhal ianya tidak relevan untuk mengisi kantung mereka pada masa akan datang. Maka, dengan senario ini kita langsung tidak hairan bila adik seorang Menteri UMNO yang menjuarai isu dadah ini dulu pun pernah ditangkap kerana menjadi pengedar dadah. Bukankah ianya sesuatu yang melucukan.

Pinjaman Terhadap Mahasiswa

Setelah kita menilai dan menghayati perkara ini, maka sekarang cuba kita melihat pula perkara ini secara rasional. Iaitu perbezaan antara dua darjat yang berlaku kepada penagih dadah dengan graduan IPT di negara kita. Bayangkan jika seorang pelatih serenti menerima RM600 sebulan (RM593) untuk kos perbelanjaan mereka, maka bagi tempoh 6 bulan mencecah RM3,600 dan setahun RM7,200. Bayangkan jika mereka ini berada di pusat tersebut selama 3 tahun. Maka mereka akan menghabiskan wang kerajaan sebanyak RM21,348 (RM593 X 36 bulan) !! Sedarkah kita perkara ini. Insan yang tidak berguna dan merosakkan masyarakat dan masa depan negara ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh kerajaan, tetapi sebaliknya kita lihat pula apa yang berlaku kepada graduan Institut Pengajian Tinggi negara. Cuba lihat artikel dibawah ini yang pernah disiarkan dalam akhbar arus perdana itu :-
Pelajar peringkat ijazah sarjana muda perubatan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) akan menerima kadar pinjaman maksimum yang baru berjumlah RM30,000 setahun berbanding RM20,000 sebelum ini.Pelajar peringkat diploma di IPTS pula akan menerima kadar pinjaman maksimum berjumlah RM8,000 berbanding RM5,000. Kenaikan kadar maksimum itu yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan di sini hari ini adalah antara perubahan yang dibuat dalam skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)."Perubahan-perubahan ini akan dilaksanakan untuk pelajar baru yang memulakan pengajian pada atau selepas 1 Mac 2007," katanya. Mustapa berkata PTPTN akan memperluaskan skop pinjaman sedia ada kepada pengajian peringkat sarjana, doktor falsafah dan beberapa kursus peringkat profesional. PTPTN juga akan mewajibkan ibu bapa atau penjaga menjadi penjamin kepada pinjaman anak-anak mereka sekaligus menjadikan mereka bertanggungjawab sekiranya peminjam gagal menjelaskan bayaran balik."Langkah ini bertujuan memastikan ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka sama ada dari aspek pengajian ataupun bayaran balik pinjaman," katanya. Berkuatkuasa 1 Jan 2008, PTPTN turut mensyaratkan ibu bapa atau penjaga menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional sebelum anak-anak mereka layak memohon pinjaman PTPTN. Bagi keluarga berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, mereka disyarat menyimpan sebanyak RM3,000, manakala bagi keluarga yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,000 dikehendaki menyimpan RM500. Langkah ini bertujuan melibatkan penyertaan ibubapa atau penjaga dalam pembiayaan pengajian anak-anak mereka, katanya.Mustapa berkata PTPTN juga akan membuat kajian kadar yuran yang terlalu tinggi berbanding pendapatan yang bakal diterima oleh peminjam bagi menyesuaikannya dengan keperluan bayaran balik pinjaman. "Ini bagi memastikan agar pelajar tidak akan dibebankan dengan hutang yang banyak," katanya. Mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam tegar, beliau berkata mereka yang telah disenaraihitam sehingga ke peringkat tindakan mahkamah, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peminjam atau penjamin dengan kadar kos pentadbiran yang lebih tinggi."
Beza Jumlah Peruntukan Kerajaan

Dalam keadaaan negara yang sudah 51 tahun merdeka ini . Apakah taraf seorang mahasiswa dan graduan IPT lebih hina daripada taraf seorang penagih dadah yang pernah dicop sebagai sampah masyarakat?. Inilah yang perlu kita fikirkan sebenarnya. Masa depan anak-anak kita yang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi lebih hina daripada nasib pelatih pusat-pusat serenti. Bayangkan untuk mahasiswa IPT yang melanjutkan pelajaran ke IPT hanya diberikan pinjaman sekitar RM8,000. Ini bermakna jika program diploma biasanya dijalankan selama 3 tahun atau 36 bulan.


Kasihan, Mereka menerima segulung ijazah dan bil hutang PTPTN
Belanja sebulan yang berupa pinjaman mereka ialah sekitar RM222 sebulan !!!. Ini bermakna pelatih pusat serenti mendapat lebihan perbelanjaan RM371 sebulan (RM593-RM222) !! Jika kita bandingkan pula dengan mahasiswa IPT yang mengambil Ijazah dimana PTPTN memperuntukkan pinjaman sebanyak RM30,000. Maka kita andaikan mereka mengambil pengajian sekitar 4 tahun atau 48 bulan. Ini bermakna perbelanjaan sebulan ialah RM625 sahaja. Bagi pelatih serenti yang menerima RM593 sebulan, misalnya mereka berada di pusat tersebut selama 4 tahun juga macam ijazah. Apa yang berlaku ialah RM593 X 48 bulan = RM28,464. Ini bermakna perbelanjaan kerajaan untuk seorang pelatih berjumlah RM28,464. Beza perbelanjaan ialah RM1536 antara graduan IPT dengan pelatih serenti.

Graduan Terpaksa Bayar Balik PTPTN

Melihat kepada angka-angka tadi jelaslah kepada kita bahawa betapa bertuahnya menjadi pelatih pusat serenti di negara berdaulat ini. Layanan dan kelebihan yang cukup banyak dinikmati jauh sekali dengan apa yang berlaku kepada insan yang bertungkus lumus pergi melanjutkan pelajaran bagi menuntut ilmu untuk membangunkan negara dan generasi akan datang. Sekarang kita lihat pula apa yang berlaku selepas tamat pengajian di IPT dan juga Pusat Serenti ini?. Maka disini barulah kita akan menginsafi dan mengkaji diri kita sebenarnya. Apakah slogan "Tradisi Membela Rakyat" benar-benar diterapkan kepada rakyat Malaysia hari ini. Apabila sudah tamat belajar atau pun berada di pusat-pusat terbabit, graduan IPT terpaksa membayar balik semua pinjaman PTPTN terbabit. Bahkan mereka akan dicari hingga ke lubang cacing dan dibawa ke mahkamah untuk didakwa. Lebih menyedihkan ramai diantara graduan tersebut belum lagi mendapat perkerjaan yang sesuai dan masih belum bersedia untuk membuat bayaran balik pinjaman. Namun, nama dan alamat mereka akan disiarkan didada-dada akhbar yang mana akhirnya menyebabkan mereka malu dan terasa terhina sekali. Bahkan lebih hina daripada sampah masyarakat.


Putera dan Puteri UMNO juga turut terbeban dengan isu PTPTN ini
Sebaliknya apa yang berlaku kepada para pelatih pusat serenti ini? Apakah mereka ini akan diperlakukan sedemikian rupa. Bukankah mereka tidak perlu membayar walau satu sen pun duit yan telah kerajaan bazirkan untuk menanggung mereka selama ini? Sudahlah mereka diberi layanan yang selesa kini mereka lebih selesa lagi dan tak perlu untuk bersusah payah membayar balik duit tersebut. Adakah ini satu keadilan buat rakyat Malaysia? Bukankah dua-dua wang yang dibelanjakan adalah peruntukkan kerajaan. Maka apa yang membezakan pelatih serenti (IPS) dengan graduan IPT?. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelatih pusat serenti lebih untung daripada graduan IPT. Kerana apa, ini semua kerana mereka memikirkan jutaan projek mudah yang goleh dibolot menerusi peruntukan itu. Bahkan mereka perbanyakkan Pusat Serenti, untuk apa? Untuk menambah pelatih-pelatih, maka bagamana caranya untuk menambah pelatih ini?. Sudah pastilah menambahkan dadah dipasaran supaya ramai yang terjebak. Justeru itu kita dapati gejala ini tidak ada penghujungnya dan yang terlibat adalah anak orang semua orang tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Siapakah harus dipersalahkan sekarang?

[Justeru itu, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan kebajikan rakyat sebagai satu wadah perjuangan mereka selepas ini. Maka, kami menyeru kepada pihak kerajaan agar memansuhkan pinjaman PTPTN itu dan dijadikan sebagai biasiswa seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia 10 atau 20 tahun yang lalu. Apakah dengan kemajuan yang dicapai, rakyat yang sepatutnya dibela nasib terpaksa menanggung segalanya. Masalahnya, mereka yang turut terbeban bukan sahaja rakyat yang menyokong "pembangkang". Namun turut melibatkan anak-anak orang UMNO yang menyokong kerajaan BN itu sendiri. Bahkan lebih menyedihkan, anak-anak muda yang berjuang bermati-matian dalam Putera dan Putera UMNO tatkala pilihanraya itu juga turut terbeban dengan masalah ini. Maka, apalah guna mereka bertungkus lumus memastikan kerajaan UMNO dan BN memerintah. Sedangkan dalam masa yang sama mereka turut teraniaya selama 5 tahun. Maka itu kita melihat juga visi Pakatan Rakyat yang disuara oleh Anwar Ibrahim bahawa jika mereka memerintah maka PTPTN akan dihapuskan dan dijadikan biasiswa. Malahan pendidikan adalah percuma dari tadika sehingga ke peringkat universiti. Maka, buat anak muda yang bakal menjadi pengundi PRU-13 nanti berfikirlah sebelum bertindak].

Promosi Iklaneka Di Pahang Daily. Kami Akan Paparkan Iklan Banner & Info Ringkas Bisnes/Produk Anda. Cepat, Tempahan Dibuka Sekarang. Harga Promosi RM150 Sebulan Termasuk Design Banner. Promosi Sehingga 31 Disember 2008 Sahaja.Iklan Berbaris (Wording) Dikenakan Caj Sebanyak RM50 Untuk 3 Kali Siaran. Berminat Sila Email To Iklaneka [pahangdaily@yahoo.com]. Sila Sertakan Nama, Alamat, No.HP, Bisnes @ Produk Serta Website Anda. Design Akan Dibuat Segera Setelah Bayaran Diterima. Terima Kasih, Harap Maklum

12 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Ahli Sufi Semantan said...

Blum dpt kuasa, janji la mcm2 pendidikan percuma la, biasiswa la, ni bukan eksperimen weh...

puteraumno said...

ko ni Ahli Sufiii.. ko tak tengok ke anak Selangor...lahir jer lepas kerajaan baru perintah akan dapat tabung Rm100 sebulan hingga umur 18 tahun. itu baru negeri jerr, ko tak nak kerr... ko takut sgt apsal? tak kesian ker kat anak-anak dan adik-adik ko yg menanggung hutang PTPTN tuu...ko ni memang x ada hati perut. benda mcm ni ada kebenarannnya..bukan fantasi atau illusi semata-mata..ada faham?

puteraumno said...

kalau ko bagus sgt, desak lar kerajaan pahang laksanakan bagi tabung RM100 sebulan utuk anak2 Pahang hingga umur 18 tahun...ada berani? negeri BN kan banyak duit,,hehhhee. Aku akan letak jawatan Putera UMNO dlm masa terdkat ini. Bagus juga PDO dedah benda nii..barulah aku sedar siapa aku.. Hanya dipergunakan oleh korang untuk menang..lepas tu 5 tahun aku pun skali menderita ...

PUTERA GANO said...

wahwahwah...letak JAWATAN PUTERA UMNO?..hehehehe.....ko nak letak 'jawatan' ko tuh nanti ada org ganti ker? hehehehe...ke ko nak TUKAR KEAHLIAN?he he...

Anonymous said...

Ini bukan ekslusif nih...
ini namanya follow up...
hehehe....takpun analisis berita....

tapi nih satu kerja yang boleh dipuji.....

aku setuju dan sokong...

tengok, kalo ko buat keja bebetul, ramai setuju dengan ko...tapi kalo buat keja style 'busuk ati'....
org komplen laaa...

aku blah!

Ahli Sufi Semantan said...

RM100 je sebulan, nape sikit sgt sheikh, selangor negeri kaya, kilang arak berbondong2 up la, pahang pun boleh bg biasiswa sek rendah/menengah, bg ana tu hanya gimik je mcm janji nak bg one-off bantuan pd yg dpt masuk IPT (cube nak ambil contoh baik dr Pahang, Alhamdulilah iktiraf gak)tetiba je tukar syarat kena keluarga pendapatan rendah la, ishkk ishk iskh sudah2 la sheikh blum buat blum tau, dah buat mcm2 syarat ....renung2 kan lah

Anak Sufi Kuantan said...

Sikit ke banyak tak timbul Ahli Sufi Semantan, yg penting zaman BN perintah Khir Toyo ada bagi ker? heheheheh... Kalu Rm100 tu sikit selangor kaya, mcm mana pulak Pahang? RM10 sebulan x kan tak boleh bagi kot? sbb Pahang kan dah miskin. Soal RM1000 kpd pelajar tuu..Selangor bagi kat anak2 Selangor RM1,500 weyy...memanglah pilih golongan miskin dan berpendapatan rendah...sebb org kaya dan banyak duit. Sbb tu lah Pahang Bankrap...sebab bagi juga bantuan kat anak-anak orang kaya macam Ahli Sufi semantan..Memerintah ni kena pandai beza...ada yg boleh diberi ada yg tidak...soal bantuan IPT tuu..lebih elok beri kepada orang miskin dan berpendapatan rendah. Orang kaya cara lain pula... Jangan main hentam kromojerr ok..sebab tu kat Pahang orang yg dah kaya raya dapat balak bertimbun2, lepas tu dapat pulak lagii..lepas muka tu, ,muka tuu..mana Pahang tak muflis...

Ahli Sufi Semantan said...

Salam sheikh, nape melalut smpi balak, pahang bangkrap plak ni, sejak Tok Nan pegang Pahang RM400 juta!!!dah dibelanjakan untuk PENDIDIKAN & KEBAJIKAN, Selangor baru beberape bulan je sheikh tu pun byk janji2 PRU12 tak tertunai, ni pun terdesak nak perkenalkan dasar yg dia sendiri x mampu nak wat, kalu TS Khalid ok pun tp kiri kanan kaki belabun mcm Ronnie, Xavier, seme nafsu besar sheikh....tggu la sebulan dua lg nampak la tembelang.

Anonymous said...

Salam...

Ahli sufi bahasanya baik-baik.....
ahli sufi sangka buruknya tiada...

Salam...

Seladang said...

Ada orang mengaku ahli sufi tapi pertuturan lebih dari orang munafik! Namun tak hairan kerana mereka terdiri dari bloggers upahan Umno! Dia masih tak sedar diri! Umno nak lingkup dia masih lagi membodek tak tentu pasal untuk dapat sepinggan nasi!~ Cikkk! Malukan bangsa saja! Apa jenis manusia macam ni!

Kepada isu yang dipaparkan Baguslah!
dengan RM600.00 sebulan ianya boleh mengkayakan beberapa orang kontraktor bekalan yang terdiri dari kroni pemimpin Umno sendiri, aku setuju sangat kalau ditambah lagi menjadi Rm1,000.00 sebulan untuk tiap-tiap orang penghuni pusat serenti! Boleh juga mengisi tabung Umno untuk upah bloggers sengkek idea mereka!

Bagi anak muda lepasan pusat pengajian tinggi aku nasihatkan lupakanlah menyokong Umno/Bn! Meninggalkan beban hutang saja pada kamu semua!

Ucapkan selamat tinggal pada Umno/Bn!!!!

keris panjang said...

belia2 yg jd gitu bangsa kita..walau pun belanja besar kalu tak pulihkan apa nk jd pd mereka..emak bapak tak pandai jaga ank..biarkan anak2 berkawan dgn siap saja..belia2 bangsa kita pulak jenis tak tau dek untung..pikiran cetek sgt..tau nk sedap, nk khayal sahaja..lepas tu susahkan semua org..termasuk aku yg byr cukai ni..korang drp sebuk2 kata orang sana sini, lebih baik buat program macamana nk tarik belia2 ni supaya tak terjerumus dgan najis dadah ni..itu lebih baik dari sebuk jaga tepi kain orang..kalau tapi kain tu betul takper lar jugak..

Hassan said...

Tahukah anda apakah kesan penaggih dadah yang tidak dipulihkan? Mereka akan menjadi "kacang hantu" yang menyusahkan masyarakat dengan mencuri, meragut. Dan paling bahaya menjadi agen melatih beberapa penagih yang baru.
Elok mereka dikurung dan dalam kurungan itu pusat serenti bagi dua pilihan kepada mereka iaitu (1) jangan bagi makan dan kurung sampai mereka mati,(2)bagi mereka makan dadah banyak-banyak biar sampai mati.


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter