PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, January 31, 2009

Aktiviti: Program Sambutan Tahun Baru Cina PKR Kuantan Disambut Meriah Dalam Kesederhanaan

KUANTAN - Sambutan Majlis Tahun Baru Cina KeADILan Kuantan disambut meriah 29 Januari 2009 lalu. Berbagai acara telah diadakan bagi meraikan para tetamu di majlis berkenaan. Antaranya ialah tarian singa, demo kaligrafi tulisan Cina, menggaul "Yee Sang" dan juga ucapan khas oleh para tetamu kehormat yang hadir. Antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Dato' Fauzi Abdul Rahman, Ketua Bahagian dan selaku Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail, ADUN Beserah YB Tuan Syed Mohammad Syed Lonik, Naib Ketua PKR Bahagian Kuantan Saudara Siew Fook Chan dan lain-lain lagi. Program yang bermula sekitar jam 11.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 3.00 petang dan dihadiri lebih 300 tetamu. Semua tetamu khas jemputan ini telah disambut dengan tarian singa. Pelbagai hidangan dan makanan disediakan kepada para tetamu dari pelbagai kaum Melayu, Cina dan India. Mereka semua gembira dan penuh ceria meraikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina itu dengan penuh semangat perpaduan dan muhibah.


Kehadiran YB Fuziah Salleh telah disambut meriah dengan tarian singa

Tetamu kehormat , Dato' Fauzi, YB Fuziah, YB Azan, YB Tn.Syed Mohammad, Siew, Sim bergambar kenangan dengan memegang keratan tulisan kaligrafi

[Semangat muhibbah dan perpaduan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat kini semakin utuh dan bakal membawa perubahan yang besar dalam iklim politik negeri Pahang. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh parti perkauman UMNO sejak akhir-akhir ini. Mereka seboleh-bolehnya mahu mewujudkan permusuhan antara sesama kaum dalam Pakatan. Namun ternyata, politik alaf baru memerlukan semua itu. Akhirnya puak-puak UMNO menyendiri dengan politik perkauman mereka UMNO untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC India. Maka itu, kami amat yakin unuk masa akan datang politik perkauman seperti itu tidak akan mendapat tempat sewajarnya lagi dikalangan rakyat Malaysia berbilang kaum].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini: