PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, January 30, 2009

Cyberita: InfoTerkini Dari Pelbagai Sumber Media

MB Perak Nafi Dua Exco PKR Akan Sertai BN

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai Barisan Nasional. “Spekulasi mengenai Jamaluddin dan Mohd Osman itu adalah tidak benar. Saya berusaha untuk berhubung dengan mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa terdapat dua wakil rakyat daripada PKR akan keluar parti dan menjadi wakil bebas sebelum menyertai parti UMNO karat itu nanti.

[Dalam orang sedang sibuk-sibuk berbicara soal kemasukan Wakil Rakyat BN ke PKR atau PAS, tiba-tiba akhbar arus perdana itu membuat laporan yang salah tentang perkara ini. Semunya bertujuan sebagai provokasi bagi menghilangkan keyakina rakyat terhadap kepimpinan sedia ada sekarang].

Nik Aziz Anggap UMNO Pokok Hampir Mati

KOTA BAHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah. Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati. “UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

[Apa yang disuarakan oleh TG Nik Aziz itu ada kebenaran sebenarnya. UMNO sekarang memang sudah mereput di perngkat akar umbi dan memanti masa untuk tersungkur ke bumi. Bahkan puak-puak UMNO sendiri kini malu untuk mengaku mereka UMNO. Baik deri segi berpakaian atau sebagainya. Lantaran itulah masa untuk berubah kian menjelma].

MB N.Sembilan Nafi Ada ADUN Akan Lompat Parti

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan khabar angin kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menyertai pembangkang. “Kalau ada dakwaan, suruh dia bagi nama. Yang DAP Perak risau sangat pasal apa, jagalah negeri Perak itu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan DAP Perak yang tersiar dalam akhbar berbahasa Cina kononnya ada beberapa orang ADUN dari Negeri Sembilan yang akan melompat parti.

[Pepatah mengatakan "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang". Maknanya, jika tiada berita mengapa perkara ini dihebahkan. Samalah yang berlaku kepada ADUN Bota Perak, mula-mula khabar angin akhirnya jadi kenyataan. Sama juga dengan bekas MB Perak, mula-mula khabar angin dan beliau mati-mati nafikan akan letak jawatan. Tapi akhirnya perkara itu terbukti. Maka itu khabar angin biasanya akan berakhir dengan kenyataan kini].

Video Khas Kes Kematian Kuhan Di Lokap Polis

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Cerita Kita said...

Haiyo. Baru acah-acah jo dah mongolupor, jang! Apo hal? Biso bona ko soalan tu? Kok biso, jago-jago sikit. Banyak duit tobarai kek Labu tu, maklumlah nak buek lapangan torobang, mega projek, kan? Jangan punahkan pulak orang Labu tu. Dan orang Labu kono ingat-ingat sikit! Ular-ular mayo dah menjalar dah tu.