BOTA - Nampaknya segala keputusan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar dari UMNO dan menyertai PKR untuk bersama Pakatan Rakyat adalah satu tindakan yang bijak dan direstui sebenarnya. Beliau tidak keseorangan dan mendapat sokongan padu daripada rakyat di kawasannya. Semalam, lebih 15,000 rakyat datang berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan. Sementara itu kami difahamkan terdapat 11 cawangan UMNO yang dibubarkan iaitu Lambor Kiri, Bota, Parit, Kubang Candung, Kg.Selat Bota Kanan dan lain-lain lagi. Kesemua ahli UMNO terbabit bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat selepas ini. Senario ini merupakan satu lagi tamparan hebat tatkala Najib Razak mengambil alih tampuk pemimpinan UMNO Negeri menggantikan Tajol Rosli sebelum itu. Sementara itu Datuk Nasaruddin dalam ucapannya menyatakan bahawa tiada pangkat dan duit yang dijanjikan untuk beliau bersama Pakatan Rakyat. Semua itu adalah lahir dari keikhlasan hati setelah melihat berbagai kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam UMNO sejak akhir-akhir ini. Beliau juga terkejut dengan kehadiran ribuan rakyat dan secara sini menyatakan "jika dalam UMNO ketika saya berceramah, hanya kerusi sahaja yang lebih banyak dari orang yang datang. Tetapi dalam ceramah malam ini begitu ramai rakyat yang memberi sokongan" katanya.[Senario yang berlaku ini jelas membayangkan kepada kita bahawa jenama UMNO sudah tidak laris di pasaran sebenarnya. Hanya puak-puak UMNO yang "bangang" sahaja yang masih percaya UMNO akan terus hidup subur selepas ini. Walhal mereka sendiri pun malu untuk memperagakan jenama UMNO itu di mana-mana. Di Pahang kami mendapat maklumat beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Jerantut dipercayai telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan kempimpinan PKR di Kuala Lumpur. Apakah satu lagi kejutan akan berlaku di negeri Pahang selepas ini. Khabarnya ramai AJK Bahagian yang akan melompat ke PKR kerana mereka tahu dengan rasuah yang melibatkan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda dalam pemilihan bahagian itu baru-baru ini. Nantikan kejutan ini].
Program terbaru dan terhebat, sedang meletup di pasaran . Pengiklanan SMS (K-Advertising) dengan modal hanya RM90 sahaja anda berpeluang jana income sehingga 4 angka setiap hari. Anda boleh hantar SMS menggunakan Server Percuma, Guna Nama Korporat Anda kepada semua. Telefon Percuma untuk anda yang layak. Panggilan percuma (Unlimited) kepada semua ahli ads4bucks. Juga Dapatkan E-Book Percuma serta lain-lain kemudahan. Anda juga boleh mengiklankan produk anda dilaman ini secara percuma setelah berdaftar sebagai ahli kami. Usahawan diperlukan di seluruh Malaysia untuk bernaung di bawah PDO Network. Cepat daftar segera sekarang !! Sila SMS Nama_Alamat Ke 018-2206761. Mahasiswa dan Graduan Menganggur digalakkan sertai program ini. Klik imej untuk info dan refresh untuk kembali ke Blog Pahang Daily Online. Sertai kami sekarang, Nama, Lokasi dan H/P anda akan dipaparkan di blog ini dan iklaneka akhbar.













0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment