Perlantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru nampaknya bakal menyaksikan satu perubahan drastik dalam politik di Perak. Ramai pihak yang sebelum ini menganggap perlantikan Najib bakal mempercepatkan lagi kehancuran UMNO Perak. Kini mereka semakin sangsi dengan isu perlantikan tersebut, walhal Najib dilihat gagal menyakinkan rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional berdasarkan kepada prestasi dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu baru-baru ini. Namun, hakikatnya kita harus akui bahawa Najib mengambil alih jawatan itu dengan dua misi yang amat besar. Pertamanya, menumbangkan serta merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat dengan merasuah dan mengugut pemimpin-pemimpin tertentu. Manakala keduanya pula ialah membawa masuk semula mana-mana pemimpin UMNO yang didapati mula untuk menyokong dan berpihak kepada pembangkang termasuk juga ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim. Inilah dia dua agenda besar Najib yang gagal dilakukan oleh Tajol Rosli sebelum ini. Mengapa beliau percaya yang dirinya dapat melakukan semua ini. Kerana Najib adalah Menteri Kewangan sekarang, dan beliau juga bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Mac ini. Lantaran itulah beliau terfikir bahawa limpahan kemewahan dan kewangan wajar ditaburkan kepada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat dan BN yang mahu berhijrah. Tajol Rosli dilihat gagal kerana beliau tiada jawatan diperingkat pusat dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan ekonomi dan kewangan sebelum ini. Maka itulah tugasan ini diberikan kepada Najib.Datuk Nasaruddin Bakal Ditekan Dengan Ugutan
Langkah pertama yang pasti akan kita saksikan selepas ini ialah Najib dan orang-orangnya akan menekan serta mengugut ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim (foto). Mereka sudah pasti akan mencari dan membongkarkan segala isu yang berkaitan dengan ADUN terbabit. Bahkan lebih parah lagi selain ditekan dan diugut dengan rasuah, mungkin ugutan peribadi juga terpaksa dilakukan. Manakala jalan yang terakhir pula, sudah pasti beliau akan ditawarkan dengan wang dan kemewahan sekiranya sanggup kembali bersama UMNO. Najib kini sudah semakin kemaruk kuasa dan perlu membalas dendam kepada Pakatan Rakyat atas kekalahan memalukan di Kuala Terengganu. Beliau mesti merampas negeri Perak walau dengan apa jua sekali pun. Justeru itulah beliau mengambil alih pucuk pimpinan negeri, sedangkan di Perak ramai calon yang sesuai menggantikan Tajol Rosli sebenarnya termasuk Zahid Hamidi sendiri. Namun dek kerana Najib melihat, harapan beliau untuk menakluki Perak agak cerah kerana majoriti antara BN dan Pakatan Rakyat tidak jauh berbeza di Dewan Undangan Negeri. Maka itulah beliau yakin dengan statusnya sebagai Menteri Kewangan dan bakal PM itu, maka misinya ini akan berjaya. Sedangkan beliau lupa jutaan ringgit ditaburkan di Kuala Terengganu, namun rakyat tetap memilih Parti Islam PAS untuk menang di kawasan parlimen tersebut.Merasuah Dua Exco Perak Supaya Keluar Parti
Kami mendapat maklumat terkini bahawa inilah caranya Najib akan gunakan untuk memastikan nyawa UMNO dan BN hidup kembali di Perak. Khabarnya kini kedua-dua exco PKR Perak telah beberapa kali dilihat berada di rumah Najib Razak. Hingga kini sudah hampir dua minggu kedua-dua mereka gagal dihubungi. Apakah ini bermakna mereka akan terpedaya dengan tipu helah UMNO dan Barisan Nasional. Sebelum ini dua anggota Exco kerajaan negeri terbabit iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, dan Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu, 57, dituduh di mahkamah atas dakwaan meminta dan menerima rasuah untuk mempercepatkan kelulusan permohonan bagi membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.
Sedangkan kes tersebut sebenarnya langsung tidak wujud dan sengaja dimanipulasikan oleh puak-puak UMNO untuk menakutkan kedua-dua pemimpin terbabit. Kami difahamkan kedua-dua exco itu mempunyai dua pilihan sekarang, sama ada kekal dalam PKR dan bakal dipenjara dengan hukuman atas kesalahan yang tidak dilakukan itu. Atau pun mereka membuat keputusan untuk menyertai UMNO dan kes tersebut akan digugurkan disamping mereka pula menerima ganjaran kemewahan dan kewangan. Inilah yang sedang dilakukan oleh Najib sekarang. Kami pasti akan berlaku satu kejutan besar di Perak selepas ini. Tambahan pula kedua-dua exco terbabit kini sama ada diculik atau menghilangkan diri masih sukar untuk dikenal pasti. Apapun tunggu laporan seterusnya hal ini.
[Kami menjangkakan bahawa UMNO dan BN Perak akan menggunakan strategi yang lebih ganas selepas ini untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan di Perak. Apapun, seperti yang pernah diperkatakan oleh Najib sendiri bahawa "Suara Rakyat Suara Keramat". Maka mereka boleh menggunakan ugutan dan wang untuk merasuah sesiapa sahaja demi kepentingan survival politik masing-masing. Namun mereka juga harus ingat bahawa gelombang kebangkitan rakyat kini semakin membuak-buak bagai gunung berapi. Apabila ia meletup nanti pasti limpahan laharnya akan lebih dasyat dari gelombang tsunami sebelum ini. Maka itu, lakukanlah apa sahaja, namun sudah pasti rakyat juga yang pasti akan menentukan segala-galanya].













1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tok pikir Najib ingat imejnya akan kembali pulih setelah mengambilalih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.
Najib tentu melompat keriangan jika 2 exco PKR menyertai BN.
Itu hanya perancangan Najib.Belum tentu berjaya.Cuma Tok dah nampak betapa bahayanya Najib jika menjadi PM kelak.
Kes Altantunya,kes liwat saiful bukhari menunjukkan najib sanggup menganiaya bekas bosnya(Anwar Ibrahim) dan terkini cuba merasuah 2 exco PKR menyertai BN.
Pak Lah kena berhati-hati kerana ketika ini kem Najib sedang giat mengenakan orang-orang Khairi.
Eloklah Pak Lah tangguhkan dahulu rancangan penyerahan kuasa Mac ini.Buat rombakan kabinet dan singkirkan orang-orang Najib dalam kabinet.Masukkan pulak Khairi dan orang-orangnya.
Ismail Sabri sejak dapat gelaran Datuk Seri daripada Istana Pahang semakin menjarakkan diri daripada Khairi.
Saifuddin Abdullah juga turut berbuat demikian dan baru-baru ini Najib telah melancarkan buru yang ditulis saifuddin bertajuk New Politics di Putrajaya
Khairi semakin dipinggirkan.UMNO bukan sahaja kejam terhadap pembangkang tetapi lebih kejam terhadap rakan separti yang menjadi pesaingnya
Post a Comment