PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, January 31, 2009

Eksklusif: Isu Ahli UMNO Dikasari Pegawai SPRM, Satu Pasukan Khas Terpaksa Ditubuhkan Untuk Menyiasat Kesahihan Tentang Laporan Tersebut

KUANTAN - Nampaknya ahli UMNO yang membuat laporan bahawa beliau ditendang serta dikasari oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Halimi Kamaruzzaman yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran bakal berhadapan pula dengan tindakan selepas ini. Sama ada apa yang dilaporkannya itu benar atau tidak, namun kami tetap mempertahankan bahawa "tidak mungkin" pihak SPRM tergamak memperlakukan beliau sedemikian rupa. Jika SPRM itu adalah polis, mungkin juga ia masuk dek akal. Namun SPRM tiada kuasa hingga ke tahap itu untuk membelasah, mendera dan menyiksa mana-mana pesalah rasuah. Kami yakin dengan pihak SPRM dan tidak yakin dengan kenyataan serta laporan polis yang dibuat oleh Halimi. Tambahan pula mana-mana individu yang mengenali beliau sama ada di Bahagian Maran atau pun Pahang amnya pasti akan mengatakan memang Halimi adalah antara "perasuah tegar" yang perlu dihapuskan sebenarnya. Kami sudah mendedahkan siapakah Halimi sebelum ini. Justeru itu tidak ada keraguan lagi dan sememangnya terbukti bahawa laporan yang dibuat itu adalah berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kononnya dengan laporan tersebut kerajaan akan mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan SPRM campurtangan dalam hal dalaman UMNO. Menerusi sepanduk ahli-ahli UMNO yang membuat demonstrasi di Bangunan UMNO di lobi Menara Dato' Onn yang antaranya berbunyi "Jangan Ambil Hak Kami". Puak-puak UMNO ini takut SPRM mengambil hak mereka, iaitu menganggu mereka untuk "suburkan rasuah sebagai darah daging parti karat" itu sebenarnya. Maka itulah kes Halimi dijadikan sebagai "main point" untuk mereka mendesak pucuk tertinggi UMNO menghalang SPRM terlibat dan campur tangan hal dalaman UMNO kononnya. Inilah dia mentaliti dangkal puak-puak UMNO ini sejak dulu, kini dan selamanya jika tidak dibenteras dari sekarang. Mereka seboleh-bolehnya mahu mempertahankan hak-hak mereka untuk melakukan rasuah. Bagi mereka, tidak perlu ada mana-mana pihak yang menghalang aktiviti tersebut. Mereka mahu supaya amalan "rasuah" terus disuburkan dalam UMNO, justeru itulah mereka pasti akan menghalang dan memburuk-burukkan SPRM demi kepentingan politik.

SPRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Laporan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan seorang pemimpin Umno Maran didera oleh pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu. Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu menyatakan ia memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi dengan pegawainya yang terlibat sekiranya dakwaan itu berasas. "SPRM juga memberi jaminan penyiasatan ini akan dilakukan secara profesional dan adil. "Penyiasatan dalaman itu akan dipantau oleh Jawatankuasa Aduan yang dibentuk di bawah Seksyen 15 Akta SPRM 2009," katanya. Jawatankuasa Aduan itu terdiri daripada lima ahli yang dilantik (bukan pegawai SPRM) bagi memastikan sebarang aduan salah laku yang dikendalikan dengan bebas dan telus mengikut prosedur ditetapkan. Menurut agensi berita itu, SPRM juga meminta polis mengambil tindakan segera ke atas laporan Halimi Kamaruzzaman kelmarin berhubung dakwaan serius dan mengejutkan itu. "Sekiranya dakwaan itu tidak benar dan berunsur fitnah, satu tindakan wajar diambil ke atas pengadu yang telah membuat laporan palsu itu," katanya. Katanya, pegawai SPRM Pahang juga turut membuat laporan polis berikutan terdapatnya ugutan-ugutan bagi tujuan memburukkan imej suruhanjaya kepada pihak tertentu.

Dalam aduan polisnya, ahli jawatankuasa bahagian itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi". Halimi juga mendakwa beliau ditendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel. "Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," lapornya di balai polis Damansara, Petaling Jaya. "Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut. "Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya." Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

[Kami yakin bahawa laporan yang dibuat oleh Halimi ini adalah direka-reka oleh beliau sendiri memandangkan rekod peribadi beliau tidaklah sebaik yang disangka. Justeru usahlah beliau beriya-iya cuba untuk menajdi juara. Anehnya, setakat ini tidak kita tidak dapat melihat wajah sebenar Halimi Kamaruzzaman ini sebenarnya. Mungkinkah beliau takut untuk berhadapan dengan media agaknya. Atau beliau tahu yang segala yang dilakukan itu adalah hanya gimik semata-mata untuk menjatuhkan nama baik SPRM. Kami amat berharap agar pihak SPRM dapat menyiasat perkara ini dengan telus dan jangan benarkan pihak polis yang tidak jujur serta boleh dijual beli untuk terlibat sama dalam siasatan tersebut. Ini kerana, kita takut UMNO sudah membayar mana-mana pegawai polis untuk membuat laporan yang akan menjejaskan nama baik SPRM biarpun perkara sebenarnya adalah berbeza daripada yang dihebahkan].

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Cerita Kita said...

Masalah besar dalam umno ialah rasuah dikalangan pemimpinnya. Dari pemimpin kecil hinggalah ke pemimpin besarnya. Jahat rasuah. Ini tak boleh nafi dah. Ahli umno orang Melayu dan beragama Islam dan semua tahu rasuah tu haram dan berdosa. Kalau masih sokong umno bererti sokong rasuah. Bersubahat. Dapat dosa kering. Jadi tak perlu dah sokong umno ni. Badawi dan dua tiga pemimpin besar umno takut umno akan hancur. Cuba atasi dengan tubuhkan SPRM dan ambil tindakan atas pemimpin yang terlibat dengan rasuah. Aik! Ada pula pemimpin umno yang marah-marah bila SPRM jalankan tugasnya. Nak suruh SPRM tangkap orang lain ke? Orang lain mana ada buat kerja rasuah ni. Orang umno je! Tak sedar diri betul. Sombong dan angkuh. "untouchable" konon. Paria!

Seladang said...

Kalau benar SPRM jujur, bukan saja ikan bilis Umno kena siasat dan tangkap! Najib juga mesti disiasat!

Anonymous said...

yang gelabah sangat apa pasal, tunggu lah siasatan yang sebenarnya. Ini tambah pulak tuduhan pada orang yang belum dibuktikan bersalah... SPRM ni serupa jugak, melayu jugak , surupa la yang buat blog nie, kalau dengan orang melayu memang garang.. tapi kalau dengan cina dan india menikus tak tentu hala...