PETALING JAYA - Bekas pembantu khas kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh majikannya, berharap kesnya akan didengar tanpa penangguhan bagi membolehkan keadilan dipertahankan. "Minggu depan menandakan enam bulan sejak kes ini didengar," kata Mohd. Saiful dalam tulisan terbaru blognya. "Sehingga kini tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar kes ini. "Saya berharap dan berdoa agar kali ini tiada sebarang kelewatan untuk membolehkan keadilan dipertahankan," katanya lagi. Mahkamah Tinggi akan mendengar selama dua hari bulan depan bagi permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah memutuskan pendengaran bagi permohonan pendakwaan itu pada 5 dan 6 Februari ini. Anwar, 62, kini Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful , pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. Sementara menunggu perbicaraan, Anwar dibenarkan bebas doleh mahkamah Seysen dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000.
[Nampaknya sekali lagi adengan melucukan dan menghairankan berlaku. Saiful kemaskini blog peribadinya, terus media arus perdana melaporkan apa yang ditulis itu. Soalnya sekarang, apakah benar dia yang kemaskini atau ada orang lain yang diupah. Ternyata, Saiful tidak pernah mengemaskini blognya tapi ada wartawan yang mengambil alih peranan tersebut bagi pihaknya. Sebab itulah terus dipublisitikan bila sudah dikemaskini. Tentang perbicaraan yang mahu dijalankan secara adil, Saiful sebenarnya "buta sejarah" agaknya. Macam mana perbicaraan mahu dilakukan secara adil jika segala bukti dan keterangan yang dibuat oleh beliau sendiri "bercelerau dan mengelirukan". Saiful sebenarnya takut jika kesnya itu "basi" maka "wang yang dijanjikan" oleh pihak-pihak tertentu juga akan ditahan. Tambahan pula jika Anwar berjaya pula menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Justeru itu usahlah Saiful berangan-angan untuk dibicarakan secara adil kerana kes itu sendiri memang sudah tidak adil].












0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment