PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, January 31, 2009

Eksklusif: Perlantikan Dato' Najib Razak Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak Yang Baru Bakal Mempercepatkan Lagi Hancurnya Parti Itu

Perlantikan Dato' Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak biarpun dianggap baik oleh puak-puak mereka, namun percayalah bahawa senario ini bakal mempercepatkan "kehancuran parti UMNO Perak" itu nanti. Semalam, Najib dilantik bagi menggantikan Tajol Rosli untuk mengetuai UMNO negeri itu setelah dilihat gagal menangani permasalahan dalam parti itu mutakhir ini. Tambah mengharukan apabila ADUN Bota dari UMNO dan BN, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari parti karat itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Biarpun UMNO mengatur strategi bagi menarik balik beliau, namun ADUN Bota dalam sidang medianyua baru-baru ini mengesahkan bahawa keputusannya itu adalah muktamad demi kepentingan majoriti rakyat. Maka, membawa Najib bagi menggantikan Tajol Rosli sebenarnya bakal mengundang pada yang lebih besar. Tambahan pula Najib kini bukanlan "pemimpin harapan rakyat" yang diperlukan sangat di mana-mana sekalipun. Ramai rakyat sebenarnya tidak mahu pemimpin seperti Najib Razak yang dilihat penuh "skandal dan kontroversi". Biarpun semua skandal dan kontroversi itu dijawab sebagai "fitnah" oleh beliau, namun rakyat lebih yakin ianya adalah kebenaran bila melihat kepada perjalanan dan fakta kes berkenaan.

Maka itulah rakyat mengharapkan agar Najib Razak membersihkan dirinya di mahkamah dan bukannya "berkokok di luar gelanggang" bagi menjawab segala tohmahan. Kaitannya dengan kes-kes berprofail tinggi seperti Altantunya, Helikopter Caugar, Kapal Selam Scorpene, Jet Pejuang Sukhoi dan banyak lagi jelas membuktikan imej Najib sudah tercalar dan sukar untuk dibersihkan lagi. Lantaran itulah, sekalian hamba rakyat lebih rela Pak Lah terus memimpin negara daripada menyerahkannya kepada anak mantan PM Tun Razak itu. Imej Najib dengan Tun Razak, jauh panggang dari api. Ayahandanya itu lebih berjiwa rakyat dan merupakan pejuang UMNO sejati yang berhasrat untuk membela agama, bangsa dan negara. Tapi, Najib sudah jauh tersasar dari itu. Pejuangannya lebih kepada memperkayakan diri serta kaum kerabatnya dan langsung tidak nampak jelas hasrat nurani seperti Allahyarham bapanya itu. Memang wajarlah rakyat tidak mahu Najib jadi Perdana Menteri. Jika tidak, sudah pastilah Malaysia akan dimalukan sekali lagi. Maruah negara akan terus tercalar di persada antarabangsa jika perkara ini tidak dihalang. Bulan Mac ini maka segalanya ini bakal terjawab. Masa kian hampir dan kita sudah tiada masa lagi untuk bertindak.

[Apapun yakinlah bahawa perlantikan Najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak sebenarnya bakal mengahncurkan terus parti itu di sana. Rekob buruk Najib di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu menjadi bukti itu semua. Maka tidak hairanlah ramai rakyat yang sebenarnya gembira dengan senario ini. Di peringkat pusat pula kata mereka, perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri juga bakal mempercepatkan lagi kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah sebenarnya yang amat kita nantikan sangat. Maka itu, janganlah gusar atas segala apa yang bakal terjadi ini].

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Seladang said...

Adakah bila duduk di kerusi PM semuanya akan beres? Demikianlah agaknya kehendak Najib dan Rosmah agar Pak Lah cepat meninggalkan Putrajaya.