KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok. Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta. Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (foto) turut diura-urakan akan menyertai majlis pelancaran itu. Dihubungi hari ini, beliau bagaimanapun masih berteka-teki dengan berkata: "Awak tengoklah esok." Setiausaha GMP Hasni Abas memberitahu, tokoh-tokoh itu akan berucap menolak PPSMI dan program ringkas ini yang bermula jam 3 petang diakhiri dengan acara pelancaran oleh Dr Hassan sebagai pengerusi jawatankuasa induk GMP.
GMP merancang menganjurkan perhimpunan besar-besaran awal Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Majlis pelancaran itu yang turut disertai beberapa ahli politik PKR dan PAS akan dimeriahkan dengan bacaan sajak bertemakan perjuangan bahasa. Hasni, juga presiden Kesatuan Pekerja-pekerja DBP berkata, sebanyak 2,000 risalah menentang PPSMI akan turut diedarkan kepada orang ramai di sekitar kompleks tersebut. Mengulas sebab Sogo dipilih sebagai tapak pelancaran perhimpunan GMP dua bulan lagi, beliau berkata: "Tempat itu ramai orang. Perjuangan kita perjuangan rakyat. Kita kena pergi kepada rakyat." Tambahnya, majlis pelancaran itu tetap dilangsungkan walaupun tanpa permit polis. "Polis kena lebih faham. Kita pun warganegara juga yang ada hak (berhimpun)," katanya. Ahad ini, PAS yang bergabung dalam GMP akan mengadakan ceramah berhubung isu PPSMI di Markaz Tarbiyyah PAS, Gombak.[Dalam negara Malaysia ini, memang sepatutnya mana-mana himpunan yang bertujuan untuk membela rakyat sepatutnya mendapat sokongan dan pemantauan daripada pihak berkuasa terutamanya pasukan polis. Namun, dek kerana kepentingan politik mengatasi segalanya maka akhirnya pihak polis dijadikan "kambing hitam" untuk menyerang dan melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak berdosa dan hanya menyatakan suara mereka untuk didengari. Maka itu, kami yakin himpunan PPMSI yang bakal dilakukan di Sogo petang esok bakal menjadi satu lagi medan pertarungan antara pihak polis terutamanya FRU dengan rakyat marhaen].












2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tok dapat sumber berita 50 pendidik(guru,ustaz dan ustazah) seluruh Pahang telah ditukarkan dalam tempoh 24 jam pada awal tahun ini.
Ini kes naya.Berpisah dengan keluarga tersayang,terpaksa berulang jauh,rayuan dilengah-lengahkan dan macam-macam lagi.
Apa ke halnya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang bertindak sedemikian dengan menyusahkan bangsa sendiri.
Sejak Datuk Azmi,bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang menjadi Pegawai Khas Hishamuddin di Kementerian Pelajaran,semakin kuat UMNO menekan guru-guru yang menyokong pembangkang.Ramai yang tidak tahu Datuk Azmi ketika menjadi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.
SPRM kena siasat perkara ini kerana ada unsur salahguna kuasa.Terdapat cikgu-cikgu yang ditukarkan ini cikgu yang cemerlang prestasi kerjanya dan disayangi ibu-bapa murid-murid.
Tok cadangkan SPRM memulakan siasatan di Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.Ustaz Ishak,Penyelia agama Islam Pejabat pelajaran daerah Temerloh sedang disoalsiasat oleh SPRM berhubung rasuah politik melibatkan orang kuat Khairi, Norza Zakaria.Menurut sumber yang boleh dipercayai, ustaz Ishak ialah seorang ketua cawangan UMNO.
Jika kena gayanya,dua-dua kes ini dapat disettlekan oleh SPRM.Perluaskan skop siasatan kepada Ahmad Sanusi(abang Ismail Said,ahli parlimen Kuala Krau),Laily(bahagian pertukaran dan haji Nadzri(Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh).
Alang-alang menyiasat eloklah SPRM siasat sekali punca kelewatan menyiapkan bangunan baru Sekolah kebangsaan Jalan Bahagia yang sepatutnya sudah siap.
Tok juga mahukan kerajaan negeri Pahang dan kementerian pelajaran membersihkan sekolah kebangsaan Jalan Bahagia yang ketika ini sarat dengan nepotisme dan kronisme.ada yang sedara mara,sekampung tapi di sekolah yang sama.
Sekolah ini telah lama didominasi guru-guru yang kuat UMNOnya.Cikgu-cikgu yang menyokong pembangkang pernah ditukarkan serta-merta.
Tahun lepas,kes sms di antara cikgu yang kuat UMNO dengan cikgu yang pro pembangkang telah sampai ke pengetahuan pegawai pelajaran Daerah Temerloh,Hajah Narimah.Puncanya cikgu perempuan,Jamaliah yang kuat UMNO telah menghantar sms provokasi kepada cikgu yang menyokong pembangkang
Cikgu itu membalas semula sms dan smsnya telah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.Dia telah dipanggil ke Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh dan dibicarakan di depan Hajah Narimah,Sanusi dan Laily.
Pelik juga macamana sms itu sampai ke pengetahuan Pejabat pelajaran Daerah Temerloh.Rupa-rupanya cikgu wanita itu jiran sebelah rumah Ismail Said,ahli parlimen Kuala Krau.
Suaminya pula Mazlan,GPK sebuah sekolah di Jengka ialah pembantu khas YB Chua,ADUN Mentakab.
Tok heran pemimpin UMNO sekarang buta dan tidak reti membezakan kepentingan mendidik anak bangsa dengan kepentingan menyokong BN.
Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia suatu ketika dulu Aminuddin adalah guru besarnya.Aminuddin juga adalah bekas Setiausaha UMNO Bahagian temerloh dan bekas setiausaha sulit datuk Saifuddin Abdullah,ahli parlimen Temerloh.Dia pernah menukarkan uniform pengawas daripada hijau kepada biru.Penggantinya Mohd Ali,pernah menjadi seorang pegawai di Pejabat pelajaran daerah Temerloh berasal dari Rembau juga seorang yang kuat UMNO.
Di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia ini ada cikgu yang telah berada di sini melebihi 10 tahun dan ada kakitangannya yang telah bekerja lebih daripada 15 tahun.
Tok cadangkan mereka ini seperti Aminah,Jamaliah,Akbar,Azani.Sazali dan Ustaz Marzuki ditukarkan kerana tidak boleh langsung menerima kehadiran cikgu-cikgu baru yang pro pembangkang.Mereka berbicara politik dan buat provokasi di sekolah boleh.
Kakitangan sekolah seperti Shamsuddin dan Jamlus yang terlalu lama di situ juga patut ditukarkan untu mengembalikan imej baru Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia.Shamsuddin mempunyai sebuah kedai makan di Temerloh dan berasal dari Rembau.SPRM juga kena siasat kakitangan sekolah untuk mengelakkan tiada gejala pulang awal dari waktu pejabat dan bercuti ikut suka hati.
Bagi diri Tok sendiri apa guna berdengki dan iri-hati hanya kerana parti sendiri sudah tidak diterima anak bangsa sendiri.berlapang dadalah dan terima kekalahan dengan hati terbuka.
rakyat dan orang melayu dah muak dengan UMNO.Tindakan keras seperti ini akan hanya mempercepatkan kejatuhan UMNO dan BN.
Bila sampai musim Umno nak lingkup, tunggul pagar disangka meriam! bayang sendiri disangka hantu!
Post a Comment