PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, January 30, 2009

Eksklusif: Pergolakan Politik Perak Makin Parah, Biarpun Dinafikan Akhirnya Tajol Rosli Sah Letak Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri !!

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta. Kekosongan itu diisi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini. Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan pucuk pimpinan pusat Mac ini. Ia merupakan antara keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pukul 9 malam tadi. "Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta, jadi mulai sekarang Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak," kata beliau. Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata, alasan yang diberikan oleh Tajol ialah "adalah lebih baik orang lain memimpin Perak selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota menyertai pembangkang. Kita hanya menghormati kehendak dan keputusan yang dibuat (Tajol)," katanya lagi. Selain itu, Abdullah yang juga Pengerusi BN memberitahu, MT juga memberi penjelasan Tajol mengenai kedudukan Umno dan BN Perak khususnya mengenai ADUN Bota keluar parti.

[Pening melihat senario yang berlaku ini. Apa dah jadi dengan Tajol Rosli?. Dengan bersemangatnya beliau sebelum ini menafikan laporan muka depan Berita Harian bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak. Namun, tidak sampai beberapa jam selepas itu akhirnya berita itu rupanya adalah benar belaka. Berbelit-belit macam "ular kena palu". Pelik benar melihat apa yang berlaku ini. Seakan benar telahan semua pihak bahawa UMNO Perak memang akan "Karam" tidak lama lagi. Bahkan laporan yang mengatakan adanya beberapa orang lagi ADUN BN yang akan melompat ke PKR, biarpun dinafikan oleh pemimpin UMNO namun segalanya bagaikan akan terjadi selepas ini. Apakah mungkin dalam keadaan yang gawat ini maka Tajol Rosli sendiri akhirnya akan lompat parti].

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

faizsaaid said...

tu pun boleh jadi jugak, sebab kalau nak lompat parti, kena letak jawatan dulu

Cerita Kita said...

Tindakan sebegitu sepatutnya sudah lama dilaksanakan di Malaysia ini. Sesiapa yang memegang sesuatu jawatan dan gagal melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepadanya, mesti bertanggungjawab ke atas kegagalannya dan mesti meletakkan jawatan agar ada orang lain yang boleh melaksanakan tugas itu dengan baik.

Anonymous said...

Salam..
Sekejap nafi ........
Tetiba betul pulak.....
Tak faham betulla aku ngan orang politik........

Seladang said...

Seorang luncai telah terjun dengan labu-labunya! Biarkan! Biarkan! Lepas ini ke Noghori Sembilan pulak ke yang Pengerusi Perhubungan letak jawatan?