KUANTAN - Nampaknya "Wayang Trick" yang mahu dilakukan oleh puak-puak UMNO seakan mahu menjadi. Selepas salah seorang pemimpin mereka Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang. Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel. Maka semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno dikatakan telah bermesyuarat dengan sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang. Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini. Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka. Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda. "Dua atau tiga orang daripada mereka telah membuat laporan polis," kata beliau.Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah". Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di Menara Dato Onn kira-kira pukul 8.40 malam untuk mempengerusikan mesyuarat MT. Sebelum mempengerusikan mesyuarat MT beliau melancarkan sistem pendaftaran keahlian Umno atas talian di lobi Menara Dato Onn. Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak turut hadir. Semalam, salah seorang daripada 39 orang terbabit, Hilmi Kamaruzzman memfailkan laporan polis di Balai Polis Damansara kerana mendakwa didera oleh pegawai penyiasat SPRM semasa disoal siasat. Tambah Zuraidi, pucuk pimpinan parti perlu memandang serius mengenai perkara tersebut dan meneliti penubuhan SPRM. Katanya, masalah parti harus diselesaikan di peringkat dalaman. "Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga," katanya. Memorandum tersebut diserahkan kepada PM dan TPM serta anggota MT. Kumpulan itu beredar dari kawasan Menara Dato Onn selepas Abdullah dan timbalannya memasuki lif untuk ke dewan mesyuarat.
[Kami amatlah berharap agar SPRM bersedia dengan berbagai "trick" lagi yang akan dilakukan oleh puak-puak UMNO untuk menjatuhkan imej mereka. Jika benar Halimi ditendang dan diterajang, sila buat laporan doktor pakar untuk membuktikan kesnya itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim yang mengatakan dirinya ditendang dan diteranjang. Akhirnya siasatan mendapati ia dilakukan oleh mantan Ketua Polis Rahim Noor. Justeru itu, jangan terpengaruh dengan strategi licik puak-puak UMNO untuk memastikan SPRM tidak mengganggu hal dalaman mereka. Mereka fikir itu hal dalaman? Walhal pemimpin UMNO yang rasuah itu jugalah yang dilantik sebagai Wakil Rakyat dan Menteri untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan. Apakah ini bermakna hal dalam parti?. Punyalah bangang alasan yang diberikan oleh mereka dalam menutup isu sebenarnya yang sedang berlaku mutakhir ini sebenarnya].













4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
ORANG AMENO MANA BOLEH DI USEK,JENTIK PUN TAK BOLEH,YANG BOLEH GELITIK CELAH KETIAK DN KANGKANG SAJA
ALA..BARU KENA SIKIT DAN MENGAMOK..NYAMPAH..
Macam wajah mamak je semua yg hadhir demo tu,mentang-mentang ketua putra dari jenis itu.Mana Melayu tulin yg ada dalam Umno?.
Nampaknya PT "pemimpin tua" sudah peralatkan ahli parti dari pemuda dan puteri untuk menjerit bagi pihak mereka bagi menghalang SPRM menyiasat kegiatan rasuah mereka.
Tak lama lagi akan ada arahan menghalang SPRM dari terus menyiasat orang tertentu kononnya ahli parti adalah urusan parti.
Perkatan "jangan ambil hak ahli UMNO" bermaksud jangan halang kegiatan ahli UMNO melakukan rasuah.
Ahli yang memengang sepanduk itu adalah wakil kepada pemimpin dan ahli yang mengkhianat parti, agama, bangsa dan negara.
(Komen gambar)Inilah dia persembahan bakal2 pemimpin muda, pemimpin pelapis UMNO yang bakal mengambil alih 'teraju' pemerintahan negara...alahai..
Fikir-fikirkanlah...........
Post a Comment