PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, January 30, 2009

Kontroversi: Majlis Tazkirah Lebih Diutamakan, Pengurusan Masjid Tidak Membenarkan Upacara Memandi Dan Solat Jenazah Anak Ketua UMNO !!

KUANTAN - Nampaknya, kini isu politik sudah menjadi semakin parah bila hal-hal kematian turut dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu. Kejadian berlaku di perumahan Indera Mahkota I dekat sini semalam. Kejutan berlaku, apabila pihak Masjid Tengku Ampuan Afzan tidak membenarkan mandi dan solat jenazah diadakan di situ. Kes ini melibatkan anak kepada Ketua UMNO Cawangan III Indera Mahkota I iaitu Encik Ghazali Bin Sulaiman. Beliau yang sudah berpuluh tahun mendiami dan bermukim di kawasan itu telah dinafikan hak untuk mendapat kebenaran bagi mengadakan upacara mandi dan solat jenazah di masjid berkenaan. Menurut makluman, jenazah yang bakal diuruskan itu adalah arwah anaknya sendiri iaitu Allahyarham Sharizam Ghazali, 33 tahun. Beliau yang dipercayai meninggal dunia akibat penyakit paru-paru dan disahkan meninggal dunia di rumahnya petang semalam. Sekitar jam 5.00 petang selepas itu, pihak keluarga Allahyarham telah memohon dengan pegawai masjid untuk mengadakan upacara terbabit di masjid berkenaan. Namun, jawapan yang menghampakan diterima apabila permohonan tersebut tidak dibenarkan walhal jarak rumahnya dengan masjid tidak sampai pun 300 meter sahaja.


Daif, keadaan lokasi mandi jenazah di ruang depan rumah yang sempit

Sebagai orang lama dan pemimpin politik UMNO di kawasan terbabit, beliau amat kecewa dengan perkara ini. "Saya terpaksa menguruskan jenazah di rumah kediaman yang sempit dan ruang yang tidak cukup. Ini amat menyukarkan urusan berkaitan" katanya. Sementara itu, menurut anak lelaki beliau yang juga adik kepada arwah iaitu Sharul 23, berkata "Arwah abang saya menetap di Sg.Petani Kedah dan berkerja sebagai penoreheh getah membantu ibu di kampung. Sebelum ini arwah telah dimasukkan selama dua bulan di Hospital Sg.Petani, kemudian sebulan lagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan sebelum dibawa balik ke rumah. Arwah tetap dibawa menerima rawatan di hospital berkenaan biarpun keadaannya sudah semakin tenat ketika itu. Akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir petang semalam". Menurut Shahrul lagi, beliau amat terkejut dan kecewa bila dimaklumkan oleh pihak masjid bahawa mereka tidak membenarkan jenazah diuruskan di situ. Akhirnya terpaksalah diruruskan upacara tersebut di perkarangan hadapan rumah yang agak sempit. Ini amatlah menyedihkan, sedangkan bapa beliau adalah merupakan pemimpin UMNO setempat di kawasan itu. "Saya hairan kenapa urusan kematian juga mahu dipolitikkan oleh pihak berkenaan" tambah Shahrul lagi.


Tazkirah, kelihatan jemaah kusyuk mendengar tazkirah di masjid berkenaan


Menurut maklumat hanya terdapat beberapa kerat pemimpin UMNO yang hadir, itupun yang bertaraf biasa untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Turut hadir petang itu ialah YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Saudara Zulkamal, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan. Menurut YB Azan beliau amat hairan dengan apa yang berlaku. "Tidak munasabah dan masuk dek akal langsung, bila urusan kematian yang wajib dilaksanakan terlebih dahulu tidak diberi keutamaan. Sebaliknya urusan tazkirah Maghrib yang lebih diberi perhatian oleh pihak pengurusan masjid" katanya. Kami sempat singgah di Masjid Tengku Ampuan Afzan untuk memantau perkara ini. Ternyata, waktu yang sama terdapat seorang penceramah yang sedang memberi tazkirah berhubung dengan "Isu Palestin". Semua jemaah Maghrib didapati kusyuk mendengar tazkirah berkenaan, tanpa menikirkan bahawa ada perkara wajib yang perli diberi keutamaan. Akhirnya terpaksalah pihak keluarga dan jiran-jiran terdekat menguruskann jenazah sendiri dalam keadaan yang serba kekurangan. Jenazah di percayai dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Bukit Ubi, Kuantan malam semalam.

[Dalam hal ini kami tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Namun kematian adalah wajib dari mendengar tazkirah. Ia perlu didahulukan sebenarnya. Biarpun terdapat pertikaian urusan antara pihak Perkim dengan masjid berkenaan. Kononnya pengurusan masjid tidak bertanggungjawab kerana urusan itu telah diamanahkan kepada Perkim. Namun dek kerana keselesaan dan kesesuaian, tambahan pula jarak yang dekat dengan rumah terbabit apalah salahnya jika ia dibenarkan diadakan di situ. Bukankah ianya lebih afdal sebenarnya. Langkah tidak membenarkan ia dilakukan di masjid berkenaan amatlah memalukan sebenarnya. Tambahan pula ayahanda arwah adalah salah seorang pemimpin UMNO setempat yang amat dihormati. Jika hal-hal kematian seperti ini pun mahu dipolitikkan, maka lama kelamaan rakyat akan semakin terkeliru dan takut untuk membuat perubahan yang diharapkan. Semoga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di mana-mana tempat dalam Malaysia ini hendaknya].

# Untuk makluman lebih dari 100 orang ahli UMNO di kawasan terbabit dipercayai akan menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Nantikan laporan seterusnya selepas ini.

IKLANEKA: PROGRAM USAHAWAN K-ADVERTISING 2009

Program terbaru dan terhebat, sedang meletup di pasaran . Pengiklanan SMS (K-Advertising) dengan modal hanya RM90 sahaja anda berpeluang jana income sehingga 4 angka setiap hari. Anda boleh hantar SMS menggunakan Server Percuma, Guna Nama Korporat Anda kepada semua. Telefon Percuma untuk anda yang layak. Panggilan percuma (Unlimited) kepada semua ahli ads4bucks. Juga Dapatkan E-Book Percuma serta lain-lain kemudahan. Anda juga boleh mengiklankan produk anda dilaman ini secara percuma setelah berdaftar sebagai ahli kami. Usahawan diperlukan di seluruh Malaysia untuk bernaung di bawah PDO Network. Cepat daftar segera sekarang !! Sila SMS Nama_Alamat Ke 018-2206761. Mahasiswa dan Graduan Menganggur digalakkan sertai program ini. Klik imej untuk info dan refresh untuk kembali ke Blog Pahang Daily Online. Sertai kami sekarang, Nama, Lokasi dan H/P anda akan dipaparkan di blog ini dan iklaneka akhbar.


4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

SangPencinta said...

mereka semua tu tak faham Fardhu Kifayah kot. Tazkirah mengenai Palestin, patut ambil lah contoh sebab Fatah dan Hamas tak sehaluan, Islam dipancung. Nak kata buta celek, nak kata pekak mendengar, nak kata dungu berakal. Itulah susahnya jika hanya berpakaian Islam.

zeenTRG said...

Salam semua. Nak respons sikit.... Maybe ada sebab2 ttu yg menybbkan pihak masjid menolak permintaan tsb. Jgn t'lalu cepat buat judgement. Siasat betul2 dulu... REALITINYA, mmg ada sesetgh mayat tidak boleh dikendalikan oleh org awam (ATAS MASLAHAT UMUM), dan perlu diuruskan oleh jabatan ttu spt jab. kesihatan.
Namun begitu, jika pihak masjid menolak begitu shj, tanpa bagi jalan utk mempermudahkan pengurusan jenazah tsb, adalah suatu yg tak wajar. Begitu juga, utk mempolitikkan keadaan esp. utk SALAHKAN tazkirah, adalah tak patut bg seorg muslim.
Muhasabahlah diri kita, semasa hidup kita, adakah diri kita rapat dgn masjid atau tidak? Jgn lah pula, bila dah 'mati' baru nak 'dtg' atau dibawa ke masjid.
So, MUHASABAHLAH....SIASATLAH APA JUA BERITA DAN PASTIKAN KESAHIHANNYA.

Seladang said...

Inilah ajaran Islam Hadhari yang diamalkan oleh UMNO. TUnggu apa lagi saudara2ku dalam UMNO, ucapkan selamat tinggal pada Umno!

Anonymous said...

Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Apa alasan sekalipun oleh pihak masjid tidak boleh diterima. Ini bukan persoalan PAS, UMNO @ persoalan pribadi. Tetapi ini adalah hukum yang perlu dilaksanakan. Menguruskan jenazah adalah fardu kifayah ke atas masyarakat setempat. Cuma kejadian seperti ini perlu disiasat samada benar atau pun tidak? Mungkin berlaku salah faham. Harap pihak JAIP dapat membuat siasatan agar kekusutan dapat dijelaskan.