PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, January 31, 2009

Kemalangan: Memang Kurang Ajar, Bila Anak Saudara Presiden PAS Mati Dilanggar Polis, Tapi Pesalah Terbabit Tidak Pula Ditahan Reman !!

KUALA TERENGGANU - Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam. Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV (foto hiasan) nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu. Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut. "Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya.

Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya. "Malah, menurut anggota polis di beliau (Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan." Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya. Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian. Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian. Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.


[Ini satu lagi kejadian aneh dan double standard pihak polis. Mentang-mentanglah pesalah adalah polis dan menaiki kereta yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, maka beliau tidak direman biarpun menyebabkan kemalangan maut. Sungguh geram bila kita melihat perkara ini. Tambah marah lagi bila anggota polis terbabit bertindak sombong dan ego tatkala diminta memberikan kerjasama setelah kejadian itu berlaku. Sungguh malang bila kita sering menyaksikan adengan-adengan sebegini dalam pada polis mahu mempertingkatkan integriti mereka. Soalnya sekarang, kenapa anggota polis terbabit tidak ditahan reman untuk siasatan? Apakah beliau membuat laporan polis selepas kejadian?. Beliau meninggalkan kenderaannya tanpa berkunci dan terus lari ke Kuala Lumpur jelas menunjukkan mereka kurang ajar. Maka rakyat harus melakukan sesuatu dalam hal ini. Nyawa manusia mati tetapi mereka anggap seperti nyawa "binatang" dan tidak mahu langsung bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Jika terjadi kepada orang awam, sudah pasti kita akan ditahan reman untuk bantu siasatan].

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini: