PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, January 17, 2009

Pilihanraya Kecil: Pengundi Berdaftar Dihalang, Mungkinkah Terdapat Sesuatu yang Tidak Kena Dengan Tindakan JPN Dan SPR Agaknya !!

KUALA TRENGGANU - Satu berita "gempar" berlaku di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Ia berikutan terdapat beberapa orang pegawai SPR yang menjaga "kaunter semakan daftar pemilih" telah menghalang seorang pengundi berdaftar masuk mengundi. Kejadian melibatkan seorang pengundi yang dikenali sebagai Puan Wok Binti Long, dari Kg.Bukit Besar yang dihalang masuk atas alasan beliau sudah mengundi. Walhal pengundi terbabit baru sahaja keluar rumah untuk pergi menunaikan tanggungjawab tersebut. Kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini, menyebabkan sedikit kekecohan berlaku di pintu masuk ke pusat pengundian. Mujurlah pegawai pengiring pengundi terbabit iaitu YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), berjaya menyelesaikan masalah terbabit. Menurut Azan tindakan menghalang itu adalah tidak wajar, kerana mungkin ia adalah satu "trick" untuk membolehkan "pengundi hantu" mengundi bagi pihaknya selepas itu.



Terkilan, Puan Wok dinafikan hak oleh SPR untuk membuang undi

"Mek Wok nak pegi mengundi, saya mengiring dia sebab dia guna kerusi roda. Apabila tiba di pusat semakan daftar pemilih dalam kawasan mengundi pegawai petugas SPR Ecik Suhaimi Abd Rahman menyemak kad pengenalan yang dikemukan oleh Puan Wok Bt Long (310528-11-5014) (foto) dengan lokaliti 001, dan senarai pengundi nombor 55 diikuti dengan senarai nama 1710352. Pegawai petugas mengesahkan bahawa Wok Bt Long telah pun mengundi lebih kurang pada jam 9.00 pagi. Saya bertanya kepada Wok sama ada beliau mengundi atau tidak?. beliau agak kecewa kerana tidak mungkin berlaku kerana kad pengenalan beliau tidak pernah diambil oleh sesiapa pun dan beliau takut lalu membuat keputusan untuk pulang sahaja tanpa mengundi. Saya terus memanggil pegawai utama SPR yang bertugas dan saya desak supaya mendapat kepastian sama ada kertas undi telah dikeluarkan atau tidak. Pada masa itulah timbul sedikit kekecohan dan pegawai SPR membenarkan Wok mengundi tanpa sebarang ulasan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.


Bukti, pegawai SPR telah tandatangan pada surat berkaitan

Kad Pengenalan Mek Wok yang dipercayai telah diklonkan

Persoalannya, kad pengenalan yang digunakan pada jam 9.00 pagi iatu satu jam sebelum Wok datang telah disahkan oleh pegawai petugas SPR sebagai sah. Di sini timbul persoalan sekiranya Wok pulang dan tidak mengundi kerana takut, bermakna sebelah tengahari ada orang lain yang datang mengundi bagi pihak beliau. Di sinilah timbulnya keraguan di mana para pengundi yang telah dikenalpasti telah tidak mengundi pada dua pilihanraya lepas kerana keuzuran mereka berkemungkinan mempunyai dua indentiti iaitu dua kad pengenalan yang dipegang oleh mereka. Sekiranya saya tidak mendesak perkara ini, sudah tentu Wok tidak akan mengundi dan orang lain akan mengundi bagi pihaknya. Kalau satu kes yang cuba dibantu membukti wujudnya keadaan seperti ini, bermakna ada kemungkinan besar terdapat kes-kes yang lain di mana pengundi dipercayai takut untuk mendesak supaya semakan telus diadakan semula " tambah beliau lagi.

[Justeru itu Jabatan Pendaftaran Negara harus bertanggungjawab untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada wujudnya dua kad pengenalan telah dikeluarkan menggunakan indentiti yang sama. Kreadibiliti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang membenarkan pejabatnya dibuka sehingga jam 10.00 malam membuktikan bahawa sememangnya wujud. Kita amat kecewa kerana untuk mendapatkan undi dan kemenangan mereka sanggup menggadaikan maruah dan keselamatan negara seperti mewujudkan identiti dan kad pengenalan yang tidak sah. Perkara ini perlu dikenakan tindakan tegas demi keadilan dan ketelusan termasuk mengenakan tindakan tahanan ISA terhadap mereka yang bersekongkol dalam hal ini].

Mulakan Perniagaan Internet Bersama PDO: Anda Sering Tertipu Dan Terpedaya Dengan Perniagaan Internet Yang Diceburi. Tetapi Anda Masih Berminat Untuk Meneruskan Peluang Menjana Pendapatan Menerusi E-Dagang. Kini Dibuka Peluang Untuk 100 Orang Terawal sahaja. Di Seluruh Negara. Jadilah Usahawan Pahang Daily Online Sekarang. Modal Hanya Serendah RM320 Sahaja, Anda Akan Mendapat Satu Produk Pilihan Dan Laman Blog Peribadi Percuma www.NAMA ANDA.blogspot.com. Sila Email Kami Untuk Info Lanjut Sekarang. Taipkan Nama_Alamat_HP Anda Untuk Dihubungi, Hantarkan Ke pahangdaily@yahoo.com. [Roadshow Mulai Februari 2009]

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Amuraria said...

INILAH KERJA DAJAL LAKNATULLAH !

VoidDance said...

klon mykad tidak mustahil boleh berlaku kerana cuma data di atas permukaan mykad saja yang berubah. hakikatnya SPR tidak pernah menggunakan alat pembaca mykad untuk membuktikan mykad tersebut benar mykad asli atau tidak.

sedang jpn melalui sistemnya tidak boleh menghasilkan kad klon secara terus melainkan kad lama terbatal secara automatik bila dilakukan juga.

penipu dari kalangan orang indonesia dan bangladesh pun boleh buat mykad klon dari kad yang hilang atau dicuri. apatah lagi pakar-pakar IT BN tu...

jadi apa bukti jpn yang klonkan kad nenek tersebut?

ingat, bersangka buruk tanpa bukti adalah fitnah.

penyokong PR,
kakitangan jpn

Anonymous said...

gempar jer lebih petugas pkr phg ni. jaga negeri phg pun tak menang. jaga dun ladang pun kalah jugak. dun lain semua menang. syok sendiri jer la hj suhaimi ni tulis dlm blog mcm2. petugas sukarela pkr phg yg dtg jauh2 nak tido kat markas pkr pun hj suhaimi bising2...mcm bagus sangat!!!
kami dtg nak membantu bukan nak cari nama dan jawatan nak mengampu dato fauzi!!!

Jentera PKR Phg syok sendiri!!!

nasib baik pas cerdik.

abu said...

sejarah disabah..........
hampir 25 ribu KP dileluarkan
untuk menjatuhkan pairin katingan
dlm pilhanraya, macamana ini
bolih berlaku?