PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 26, 2009

Cyberita: Speaker DUN Perak V.Sivakumar Amat Kecewa, Ternyata SPRM Memang Tidak Nampak Profesional Dalam Menjalankan Tugas Mereka !!

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar (foto) berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah. "Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam. Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Excon kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta. Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat". Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang. Sivakumar seterusnya berkata siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

[Dalam kes ini, ternyata nampak benar piahk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan berpandukan kepada arahan pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka sebenarnya tidak layak untuk berbicara soal "profesional" jika segala tindakan yang dilakukan masih diragui oleh rakyat jelata. Justeru itu, SPRM janganlah terikut-ikut budaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini telah menjadi parti komponen Barisan Nasional ke-12. Apakah SPRM juga mahu menjadi parti komponen BN yang ke-13 agaknya. Semuanya ini bakal terjawab sekiranya tindakan mereka masih mengikut telunjuk puak-puak UMNO dan BN selepas ini. Jika mereka telus, kenapa tidak siasat segala dakwaan rasuah yang dilaporkan oleh rakyat terhadap pemimpin UMNO dan BN selama ini. Apakah masih tidak cukup bukti atau sengaja tidak mahu mendapatkan bukti untuk pendakwaan demi menjaga "periuk nasi" masing-masing sebenarnya]. - takbernama

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Seladang said...

Dulu Polis dan SPR senjata utama Umno/Bn, agaknya kedua agensi ni pun tak boleh diharap sangat oleh Umno?Bn, maka SPRM pulak menjadi senjatanya.

Jangan sampai senjata makan tuan!

Anonymous said...

Polis yang membuat siasatan telah berkata tindakan speaker dewan R.Siva adalah sah.. SPRM pula nak tunjuk pandai depan Najib Razak untuk menyiasat salah guna kuasa speaker pula.

Apakah kita akan dengar SPRM akan berkata bahawa dia telah cukup bukti untuk mendakwa speaker di mahkamah...?

SPRM sememangnya "LEMBU"

Anonymous said...

tidak manis & molek utk mempertikaikan kewibaan SPRM... kerana speaker sendiri telah membelakangkan DUN dlm membuat keputusan.... sila rujuk perlembagaan tubuh negeri perak

sam see said...

Pakatan Rakyat diketuai oleh Ir NIZAR MB buangan dinasihatkan menabalkan Sivakumar menjadi salah sseorang Raja, manalah tahu satu hari nanti dapat jadi Sultan,,Raja Selat Pangkor,Raja Bukit Gantang,Raja Hutan Belum, Raja Tasik Kenyir dan Raja Temenggor masih belum ada penyandangnya..

Anonymous said...

PR tabal aje Sivakumar jadi Raja samaada Raja Hutan Belum ke,Raja Tasik Kenyir ke, Raja Bukit Gantang ke, Raja Parit ke, Raja Durian ke atau Raja-Raja yang baru, manalah tahu nasib baik nanti dapat diangkat jadi sultan dan berkuasa penuh ke atas Perak Darul Riduan,boleh apa yang disukainya,,,