PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 26, 2009

Bongkar: Exco Kerajaan Pahang Tan Aminuddin, Di Minta Keluar Dari Kediaman Timbalan Menteri Besar Kerana Jawatan Itu Kini Sudah Lama Tiada

TEMERLOH - Kerajaan Negeri Pahang diminta buat penafian maklumat "bekas Timbalan Menteri Besar Pahang", Dato Tan Aminuddin Ishak (foto) masih mengunakan kemudahan sebagai Timbalan Menteri Besar termasuk mendiami rumah rasmi Timbalan Menteri Besar di Taman Gelora, Kuantan. Tan adalah bekas Timbalan kepada Menteri Besar Adnan Yaakob, namun selepas BN mendapat mandat baru pilihan raya umum Mac 2008 ltahun alu, Tan tidak dilantik semula sebagai timbalanya dan jawatan itu belum diisi sehingga hari ini. Menurut sumber, meskipun jawatan Timbalan Menteri Besar itu kosong, namun Tan masih dianggap sebagai Timbalan dan bertindak sebagai wakil kepada Menteri Besar malah kepada rakyat khususnya ahli UMNO di DUN Chenor, Tan masih Timbalan Menteri Besar Pahang walaupun hakikatnya jawatan itu telah dimansuhkan Adnan. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal mengulas isu berkenaan berkata, kerajaan negeri perlu manafikan spekulasi kononya bekas Timbalan Menteri Besar itu masih mendiami rumah rasmi Timbalan Menteri Besar dan menggunakan segala kemudahan yang bukan haknya lagi. Katanya, jika dakwaaan itu benar, Tan harus mengosongkan rumah berkenaan kerana beliau bukan lagi Timbalan Menteri Besar. Ini akan memberi laluan kepada Timbalan Menteri Besar baru menduduki rumah berkenaan.

Difahamkan hubungan Adnan dan Tan tidak begitu mesra, bagaimanapun Adnan didakwa tidak berani untuk meminta Tan mengosongkan rumah berkenaan kerana Adnan "malu alah" dengan Tan. Itulah sebabnya Adnan tidak melantik timbalanya yang baru. Justeru, jawatan Timbalan Menteri Besar dibiarkan kosong sehingga kehari ini. "Jika dakwaan ini benar, eloklah kerajaan negeri menafikanya atau Tan sendiri menafikanya," katanya. Sementera itu, desas desus mengenai Pahang akan mendapat Menteri Besar selepas perhimpunan UMNO Mac depan sudah mula kedengaran. Adnan didakwa akan diminta mengosongkan kerusi Menteri Besar bagi memberi laluan kepada perlantikan Menteri Besar baru bagi menyegarkan Umno BN Pahang. Ini kerana Adnan sudah terlalu lama menjawat jawatan berkenaan tanpa membawa perubahan besar terhadap negeri Pahang malah menambah senarai kegagalan bagi kerajaan negeri. Antaranya termasuklah kegagalan Adnan meningkatkan hasil negeri, defisit bajet semakin meningkat, penjualan aset-aset negeri seperti kilang simen, tanah milik Umno kepada bukan bumiputera, kerajaan negeri hampir muflis, kegagalan kerajaan disaman Seruan Gemilang Makmur dan Agro Bank yang membabitkan pampasan berjumlah RM60 juta dan Agro menyita harta kelab golf milik anak syarikat kerajaan negeri dan bayak lagi.. Renteten kegagalan Adnan itu dikatakan memungkinkanya terpaksa meninggal kerusi panas Menteri Besar sebaik pentadbiran Najib mengambil alih Putrajaya. (basironwahab HRKH)

[Terkadang kami pun naik hairan dengan sikap Adnan Yaakob yang tidak peka dan takut untuk menghalau Tan Aminuddin dari rumah kediaman Timbalan Menteri Besar yang terletak di Taman Gelora Kuantan itu. Bayangkan kiranya ini terjadi kepada pemimpin Pakatan Rakyat, bukankah ia akan dihebohkan dalam media arus perdana. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin baru-baru ini. Beliau diarahkan meninggalkan kediamannya kerana sudah ada MB baru. Kenapa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang tidak berbuat demikian?. Ini kerana Tan Aminuddin bukan lagi Timbalan Menteri Besar Pahang. Ini jelas sekali telah membuktikan wujudnya penyelewengan harta kerajaan sebenarnya. Malah jika melalui kawasan rumah terbabit, ia dilihat lebih besar dari kediaman Menteri Besar Pahang sendiri. Kenapa Adnan tidak berani menghalau Tan Aminuddin ini?. Apakah dek kerana Tan telah cuba menampar beliau ketika namanya tidak terpilih sebagai calon BN dalam Pilihanraya Umum ke-11 lalu agaknya. Justeru itu kami menjangkakan satu laporan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat ini tentang penyelewengan kemudahan kerajaan negeri Pahang ini. Bayangkan berapa banyak kos penyelenggaraan kediaman terbabit digunakan sewenang-wenangnya oleh Tan Aminuddin yang sudah tidak bergelar Timbalan Menter Besar Pahang sebenarnya].

ebulksms

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, WR81, WR61, WR76 dan WR67. Harga dari RM10K-RM20K (boleh runding). Berminat sila email pahangdaily@yahoo.com

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Siapa pula yang bayar bil letrik dan air? Harap SPRM siasat dan ambil tindakan jika ada penyelewengan.

Anonymous said...

apalahh korang ni, isu dato tan pun nak jual.. settle ar dulu isu AMK dengan Dato Fauzi tu,. korang tahu tak Jawatan Timbalan MB di Pahang di bukan Jawatan Wajib, Jawatan tu tak pernah diwartakan pun, so sistemnya sama macam di johor or Melaka, mana ada Timbalan, cuma atas budi bicara MB je tu,. Sebelum ni jawatan tu jadi BUDAYA sebab terikut2 dengan MB yang lama.. Pasal MB tak halau dato tan tu, napa perlu jadi batu api?? nape nak banding dengan perak ?? bangang sunggunh la.,. perak tu bertukar kerajaan.. memang le kena keluar, jauh panggang dengan api dengan kes dato tan ni.. rumah Timbalan tu atas kuasa MB,. daripada rumah tu kosong biar la dato tan duduk, nak dengki buat apa,, ke korang nak duduk...

Anonymous said...

La korang tak tau kerrr, Tan tu kamceng dengan sultan Pahang mana siadnan berani nak penggal tan tu, nak mamposssssssss

Anonymous said...

Yang nak memfitnah, silalah.. kita di akhir zaman, Allah maha berkuasa.Orang yang memfitnah ni akan kena balasannya. Allah'Akbar.Ini bukan hanya untuk kes ini, tetapi untuk semua perkara dan hal.Sesiapa yang tak tau citer sebenar, jgn nak keluar statement. Dato' Tan tau bila dia akan keluar,dan akan keluar..tak perlu ade pihak yg sakit hati..tak perlu layan suara-suara sumbang yg baru nak berjinak dengan politik ni..
Jgn babitkan DYMM Sultan Pahang. Jgn nak buat cerita hubungan antara Dato' Tan dan Dato Sri Adnan.