ALOR SETAR - Belum pun sampai seminggu UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak "merampas kuasa" di negeri Perak, kini khabarnya mereka sudah mula melebarkan sayapnya pula ke negeri "Jelapang Padi" Kedah Darul Aman. Najib seboleh-bolehnya akan menggunakan segala kekuatan, jentera dan kewangan untuk "membeli" serta "memaksa" ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Agenda beliau jelas, dimana Najib mahu seboleh-bolehnya tiga negeri utama yang dikuasai Pakatan Rakyat dengan "majoriti mudah" seperti Perak, Kedah dan Selangor dirampas semula secara paksa sebelum beliau mengambil alih kuasa. Biarpun rakyat kecewa dan melihat senario ini, namun itulah wajah sebenar anakanda mantan PM Allahyarham Tun Abdul Razak ini. Kelibatnya jauh sekali bagai "langit dan bumi" jika mahu dibandingkan dengan ayahandanya itu. Kini Najib menggerakkan seluruh kekuatan juak-juaknya untuk mengganyang pula Kerajaan Negeri Kedah. Berbagai isu-isu sensitif yang akan dibangkitkan bagi mengelirukan rakyat. Modus Operandinya hampir sama denngan apa yang dilakukan di Perak dulu. Bermula dengan "umpan wanita" seterusnya "rasuah". Inilah yang berlaku kepada dua ADUN PKR yang merupaka Exco Kerajaan Negeri Perak dulu. Kini mereka akhirnya tewas dengan pujukan, gertakan dan kemewahan yang dijanjikan oleh Najib sekiranya mereka sanggup bersama UMNO dan Barisan Nasonal Karat itu.
Khabarnya orang-orang Najib sudah mula menggempur Kedah sekarang. Bermula dengan isu exco membawa wanita bukan isterinya dalam majlis rasmi kerajaan negeri hinggalah ke isu-isu rasuah yang sudah pasti akan dibongkarkan dalam masa terdekat ini. Ini semua adalah perancangan jahat Najib Razak dalam usaha "membalas dendam" atas apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dalam dua pilihanraya kecil yang lalu. Najib sebolehnya mahu jadi Perdana Menteri dalam keadaan yang cukup selesa. Maka itu, kita tidak hairan bagi menjayakan projek beliau ini, kekerasan, paksaan, ugutan yang boleh mengamcam keselamatan juga bakal dilakukan. Ini semua adalah dengan kerjasama pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Namun, dek kerana mereka takut dengan ancaman Najib maka gerakan ini diteruskan. Terkini, kami mendapat maklumat dari Kedah Darul Aman yang mengatakan seorang Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Arumugan a/l Vengatarakoo, iaitu ADUN Bukit Silambau (foto) dari PKR telah meletakkan jawatannya malam tadi. Ini berikutan beliau tidak tahan lagi dengan tekanan dan ugutan supaya beliau melompat parti. Akibat bimbang dengan keselamatan keluarganya, maka beliau terpaksa mengundur diri dan meletakkan jawatan secara terhormat. Perkara ini telah disahkan. Ini bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan iaitu di kerusi DUN Bukit Selambau Kedah dalam masa terdekat ini. Tahnih kita ucapkan kepada YB Arumugan, biarpun beliau bukan beragama Islam namun atas dasar maruah dan harga diri serta tidak mahu mengecewakan para penyokongnya beliau lebih rela mengambil keputusan berundur dari menerima habuan "rasuah" dari puak-puak UMNO. Berbeza sekali dengan tiga ADUN PKR di Perak yang kononnya beragama Islam, namun sebenarnya mereka tiada maruah dan harga diri serta lebih rela dijual beli tanpa memikirkan impaknya di kemudian hari nanti.[Melihat kepada senario yang berlaku ini, ternyata memang tepat ramalan banyak pihak bahawa Najib memang kemaruk dan gila kuasa. Beliau sanggup membelakangkan undang-undang dan perlembagaann negara demi kuasanya. Tindakan memberi tekanan dan menggertak ADUN Pakatan Rakyat menyertai BN adalah satu perbuatan jahat. Ini berbeza dengan kenyataan Anwar sekiranya Wakil Rakyat BN menyertai Pakatan Rakyat. Mereka berbuat demikian atas kerelaan hati masing-masing dan tanpa ada ugutan serta tekanan hatta kemewahan yang dijanjikan. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh puak-puak mereka itu sebenarnya. Mereka menggunakan kekerasan untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat supaya menyertai mereka. Jika tidak berbagai musibah akan berlaku. Inilah yang terjadi kepada ADUN Bota, Datuk Nasaruddin tatkala beliau dilarikan untuk kembali bersama UMNO].
NajibRazak [55%] Sultan Azlan Shah [36%] SPR [6%] Zahid Hamidi [4%]
[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]
Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44,BEU77, BT56, WR71, WR81,WR61, WR76 dan WR67. Harga boleh dirundingkan. Berminat sila hubungi talian hotline 018-2206761 (Encik Azmie)
BENGKEL ASAS MEMBINA LAMAN BLOG: Penyertaan untuk anda yang berminat menyertai Bengkel Asas Membina Blog bersama Blogger Cucumatkilau masih dibuka. Peluang terbaik untuk anda mempunyai blog peribadi masing-masing sekarang. Jangan lepaskan !! Daftar segera, Yuran penyertaan hanyalah RM80.00 sahaja. Bengkel sehari ini akan diadakan di Kuantan (Feb) dan diikuti lokasi lain di seluruh negara mulai Mac 2009 ini. Kepada anda yang berminat, sila isikan borang pendaftaran dibawah dengan segera untuk dihubungi. Terima Kasih [Sila Daftar Di Sini]












6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
NAMPAKNYA ORANG YANG BERBANGSA INDIA DAN BUKAN ISLAM INI LEBIH MEMPUNYAI KEPERIBADIAN DAN KEJUJURAN YANG LEBIH TINGGI DAN MULIA DARI YANG BERBANGSA MELAYU DAN MENGAKU ISLAM SEPERTI KATAK BOTA,C.JERING DAN BEHRANG
SEPATUTNYA TIGA KATAK NI MENCONTOHI APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH YB ARUMUGAN INI...TERNYATA KEPUTUSANBELIAU HARUS DIBERI PENGIKTIRAFAN DAN PUJIAN SEBAGAI SEORANG YB YANG GENTLEMAN...SANGGUP MELETAKKAN JAWATAN DAN MENGOSONGKAN KERUSI DUN BKT SELAMBAU DEMI KELUARGA,MARUAH DIRI, PARTI DAN RAKYAT BUKIT SELAMBAU..SAYA DGN HUMBLE MENGUCAPKAN SYABAS DATO
Permainan politik Malayia makin dikotorkan. Mungkin inilah tanda - tanda akan hancurnya ketuanan Melayu. Setiap bangsa diberi peluang amanah untuk memajukan bumi. Tetapi apabila amanah telah dinodai, pemimpin menjadi zalim, maka bangsa tersebut akan pupus dan musnah.
Andainya ini terjadi, Najib dan UMNO yang bertanggungjawab memusnahkannya.
saya setuju Anonymous....
sedih sangat dgn apa berlaku..........
Dengar khabar Datuk Maznah Mazlan baru-baru ini meminta dilanjutkan jawatannya sebagai Pengerusi Pelancongan Pahang hingga April. Apa hal,ya?
Sepatutnya portfolio tersebut dah lama diberi kpd orang lain setelah Maznah jadi Timbalan Menetri. Apa tamak sangat ni? Atau ada apa2 ke?
Pelancongan Pahang memerlukan nafas baru dengan kepimpinan yang lebih proactive dan berkesan dan bukan bergantung kepada orang yang lama mempunyai kepentingan dengan Maznah.
Pencen saja laa...
Sepatutnya dalam Pakatan Rakyat mesti ada orang yang sama jahat sepert Najib Razak baru seimbang.
jgn lupa cita2 16 sept..masa tu kalu jd, semua halal kan..citer katak tak timbul..betul, tak?
jgnlah hipokrit sgt..
Post a Comment