PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, February 26, 2009

Eksklusif: Akibat Kecewa Dengan Hasil Siasatan Polis, Maka Blogger Cucumatkilau Akan Membuat Satu Lagi Laporan Tentang Kes Tangkapan Beliau

KUANTAN - Setelah menunggu lebih setahun kesnya disiasat dan dibicarakan, namun ternyata pihak polis didapati telah gagal membuat apa-apa tindakan berhubung kes tersebut. Maka itu Blogger Cucumatkilau iaitu salah seorang blogger yang paling senior di Pahang akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kes tersebut . Menurut maklumat, setakat ini tidak nampak satu pun kertas siasatan dibuka oleh pihak polis berhubung kes berkenaan, walhal laporan polis telah pun dibuat. Justeru itu, menurut blogger terbabit beliau berkemungkinan akan menfailkan saman terhadap semua anggota polis yang terlibat menceroboh, menggeledah, menahan, menampar serta memalukan dirinya setahun yang lalu. "Saya amat kecewa dengan perkembangan ini, ternyata laporan polis yang dibuat terhadap isu itu sengaja ditutup oleh mereka. Biarpun perkara ini telah terdedah kepada umum. Saya terpaksa menanggung kerugian akibat memperbaiki segala kerosakan dan menanggung malu akibat kejadian itu" kata Cucumatkilau. Pihak polis seramai lapan orang dipercayai telah memecahkan pintu rumahnya serta menceroboh tanpa waran yang sah. Beliau juga telah dituduh mengedar dadah dan dibawa ke IPD Kuantan untuk "urine test" walhal beliau tidak terbabit kes itu.

Polis juga dipercayainya telah menahan beliau secara membabi buta dengan menggari serta memeriksa seluruh rumah dan tubuh badannya. Paling memilukan polis terbabit juga katanya mengertak akan "meletakkan dadah dirumahnya" bagi mengada-adakan kes. Susulan daripada kejadian tersebut Cucumatkilau telah membuat satu laporan polis dan menamakan pegawai terbabit dalam kes tersebut. "Pegawai polis wanita yang dikenali sebagai Lans Kopral Nuraini Abd Jalil telah mengambil laporan tersebut telah menyatakan bahawa beliau akan melakukan siasatan secara telus dan adil. Namun setelah lebih setahun berlalu tiada apa-apa perkembangan yang dilihat setakat ini. Hanya sekali saya dihubungi oleh pihak IPK yang bertanyakan bagaimana saya boleh nampak nombor baju anggota polis yang terlibat, walhal mereka memakai pakaian preman ketika operasi tersebut dijalankan" kata Cucumatkilau lagi. Polis seolah-olah merasa terlalu hairan dengan "magic' yang berlaku, kerana beliau boleh nampak nombor anggota polis terbabit biarpun mereka berpakaian preman. Dalam laporannya juga dipercayai beliau turut menyatakan nombor anggota yang melakukan kekasaran ketika beliau ditahan dulu. Kami difahamkan, Cucumatkilau akan mengenakan tindakan saman terhadap anggota polis terbabit dalam masa terdekat ini. Justeru itu, demi keadilan beliau akan membuat satu lagi laporan polis di IPD Kuantan Jumaat ini.


Laporan polis dibuat, tapi sudah lebih setahun tiada apa-apa tindakan

Laporan Blog [ World Committee To Protect Blogger | Rocky Bru | Jeff Oii | The Stars | Kuda Kepang (Datuk Ron)| Free Media (Chinese) | Tranungkite | The Stars (Police report) | Eksklusif Video Berita Tangkapan Cucumatkilau] ]

Kes seperti ini sebenarnya memang banyak dialami oleh mana-mana rakyat Malaysia sekali pun. Ramai anggota polis yang cuba mengambil jalan mudah dengan menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan jenayah yang belum tentu beliau lakukan. Bahkan lebih parah lagi mereka terkadang menekan suspek tanpa memberi peluang untuk membela diri. Suspek disuruh mengaku untuk memudahkan kerja pihak polis. Akhirnya suspek yang tidak bersalah terpaksa mengaku setelah tidak tahan akibat didera dan dibelasah oleh pihak polis. Cuma dalam kes cucumatkilau ini ia berkait rapat dengan tulisan-tulisan beliau selama ini yang banyak mempertikaikan kewibawaan pihak polis sebenarnya. Masalah yang terjadi di sini ialah pihak polis tidak sepatutnya memanjat pagar, serta memecahkan pintu rumahnya untuk menangkap beliau tanpa "waran geladah" yang sah. Kerugian pastinya terpaksa ditanggung oleh untuk memperbaiki segala kerosakan yang berlaku].

ebulksms

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, WR81, WR61, WR76 dan WR67. Harga dari RM10K-RM20K (boleh runding). Berminat sila email pahangdaily@yahoo.com

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

hantu polis said...

Cucumatkilau,
Sebenarnya yang datang menyiasat anda itu bukan polis tetapi polis upahan bertindak menyerang anda atas arahan orang politik tertentu yang mungkin menyimpan dendam terhadap anda.

Polis upahan ini adalah orang yang berkhidmat sebagai anggota polis tapi telah terlibat dalam unsur jenayah dan rasuah. Operasi yang mereka lakukan mengikut cara polis tapi tindakannya ala samseng. Segala bukti yang melibatkan diri mereka akan dihapuskan. Dan mereka dilihat seperti tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

Geng polis upahan ini ramai, dari tiada pangkat hingga kepangkat paling tinggi dalam balai. Oleh kerana itu segala surat aduan atau lapuran dari mangsa akan dilenyapkan begitu saja. Cerita sebegini rupa lebih kurang sama dengan apa yang kita tonton di vcd atau tv.

Geng polis upahan ini boleh dikatakan juga sebagai mafia kerajaan kerana kumpulan ini terlibat dalam berbagai kes jenayah seperti samun, culik, peras ugut, bunuh, pelacuran, dadah dan seludup senjata api.

Pada kebiasaan orang politik yang melakukan kejahatan akan menggunkankan khidmat polis upahan ini untuk melindungi dirinya atau aktibiti haram mereka atau menyuruh mereka melakukan kerja berkaitan dengan jenayah.

Dalam pasokan polis terbagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah anggota polis yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan. Tapi kumpulan ini tidak besar dan mudah ditundukkan.

Kumpulan kedua adalah agggota polis yang munafik. Dihadapan rakyat mereka kata bahawa mereka adalah orang yang melaksanakan tugas pengaman. Bila berhadapan dengan penjenayah mereka kata, mereka juga ada kuasa untuk jadi penjenayah.

Dengan siapa kita nak mengadu...? satu cadangan pada sesiapa yang ingin membuat aduan atau lapuran pada polis....pastikan anda mempunyai peguam dan anda tidak boleh percaya pada semua polis ketika menyerahkan bahan bukti.

Anonymous said...

Nuraini Abd Jalil tu bukan ASP. Kat repot polis tu tercetak pangkatnya Lans Koperal je. Anggota polis pangkat rendah satu paku. Dia takde kuasa nak jalankan siasatan. Paling kurang pangkat Sarjan untuk jadi penolong pegawai penyiasat (AIO). Nuraini tu kelentong je. Sepatutnya pengadu akan dibawa berjumpa pegawai penyiasat dan akan disoal jawab berkaitan aduan. Kalau dah polis tu, dia nak cover kawan-kawan dia. Itu sebabnya mana ada polis buat repot kawannya ambil rasuah.