BERA - Kehadiran Mantan ADUN Guai (Penggal 2004-2008), Tn.Hj Hamzah Ibrahim (foto) di program ceramah PKR anjuran PKR Cawangan Felda Triang 3, Bera pada 21 Februari yang lalu benar-benar mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional Pahang. Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk berada bersama-sama dipentas penceramah pada malam tersebut telah menjadi satu tarikan kepada wartawan dari Sinar Harian, Nanyang Siang Pau serta China Press yang turut hadir ke situ. Berbagai spekulasi terhadap mantan YB Guai itu telah mula bertiup sejak April 2008 yang lalu terhadap minat beliau yang berkemungkinan akan bersama Pakatan Rakyat terutamanya di Parlimen Bera. Dengan kehadiran beliau ke program anjuran PKR tersebut menguatkan lagi spekulasi ini dan ini merupakan satu petanda kepada UMNO Bera khususnya bahawa rakyat di kawasan itu telah mula hilang kepercayaan terhadap UMNO serta Barisan Nasional.Saya yang mengenali beliau secara peribadi sememangnya mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam Pakatan Rakyat khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana beliau sememangnya seorang yang bertanggungjawab serta komitmen beliau ketika menjadi ADUN Guai suatu masa dahulu memang di akui keberkesanannya. Langkah UMNO dan BN menggugurkan beliau ketika di PRU 12 2008 lalu merupakan satu kesilapan yang besar kerana mengugurkan seorang Adun yang begitu dekat dengan rakyat serta selalu mengambil tahu permasalahan rakyat khususnya di DUN Guai apatah lagi untuk bermain politik wang di pemilihan UMNO Bahagian Bera sejak dahulu.Mungkin akan ada kata-kata sinis yang memperlekehkan tindakan beliau dengan mengatakan beliau sudah tiada tempat didalam UMNO Bera serta beliau seorang yang gilakan jawatan wakil rakyat serta mencari pangkat atau mungkin juga akan ada tuduhan yang mengatakan beliau seorang yang tidak setia kepada perjuangan UMNO. Ibarat kata-kata Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, MB Kelantan sendiri; "sekiranya kita beralih dan berubah haluan serta perjuangan kearah yang lebih baik apa salahnya?"
Keluar dari Umno yang sememangnya telah 'rosak' dan menyertai parti yang berada dibawah Pakatan Rakyat bukankah itu kebaikan yang perlu dicari? Namun begitu, mulut manusia tidak dapat lari daripada mencari kesilapan orang lain apatah lagi orang seperti Tn.Hj Hamzah Ibrahim, mantan ADUN daripada UMNO itu sendiri. Tn Hj Hamzah Ibrahim ketika ditanya oleh wartawan yang membuat liputan pada malam itu, kenapa beliau hadir ke program PKR ini dan apakah beliau telah menyertai PKR? "Kehadiran saya disini kerana untuk meraikan sahabat-sahabat lama saya seperti dato Fauzi Abd Rahman sendiri merupakan bekas Adun/MP Umno. Oleh kerana beliau sudah datang berceramah ke Bera, ini adalah peluang untuk saya berjumpa kembali sejak sekian lama" katanya. "Lagi pun Tn Hj Abas Awang (Ketua PKR Bahagian Bera), Ustaz Sulaiman Mohamad (YDP Pas Kawasan Bera) dan YB Leong Ngah Ngah (Adun DAP Triang) adalah merupakan kawan-kawan saya sejak kecil dan juga di DUN Pahang sendiri seperti YB Leong. Ini semua rakan-rakan saya sejak dahulu. Adakah menjadi kesalahan pada Umno untuk saya meraikan mereka semua ini? Tentang penyertaan saya kedalam PKR, Insya Allah sampai satu masa nanti saya akan beritahu tetapi perjuangan yang baik seperti Pakatan Rakyat ini tidak salah kita menyokongnya bukan? " Artikel Rizan Hj Ali (Bera)
[Bagi saya, Tn Hj Hamzah telah membuat perkara yang terbaik kini. Sekiranya pada suatu masa nanti beliau mengistyiharkan secara rasmi penyertaan beliau kedalam Pakatan Rakyat, itu merupakan petanda yang semakin jelas Umno dan BN bukan sahaja di Bera atau Pahang malahan diseluruh negara sudah tidak diterima bukan sahaja oleh ahli-ahli bawahannya malahan mantan Adunnya sendiri turut menolak].

7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Terima kasih Tuan Haji Hamzah! Selamat Berjuang untuk rakyat bersama Pakatan Rakyat!
Salam,
Mantan ADUN ni berubah bukan kerana apa, seperti lain-lain mantan ahli UMNO yg kecewa kerana gagal dapatkan kuasa. Seperti juga Dato' Fauzi tu. aya nak tanya jika dia ditawarkan jadi MB tetapi kembali ke UMNO apakah yang akan dia lakukan? Hik hik hik. Perjuangan penipu. Perjuangan peribadi tetapi atas nama perjuangan rakyat. Sama dengan Anwar Al-Jubri (pinjam kata-kata Mat Sabu)
saya sependapat dgn penulis bahawa beralih dan berubah haluan kpd yg baik apa salahnya... dan itulah yg dilakukan olih adun2 d Perak yg berubah & menyokong BN.
saya sependapat dgn penulis bahawa beralih dan berubah haluan kpd yg baik apa salahnya... dan itulah yg dilakukan olih adun2 d Perak yg berubah & menyokong BN.
Kehadiran Mantan ADUN Guai Tn Hj. Hamzah Ibrahim kedalam PKR bukan sesuatu yang boleh dijadikan satu kemenangan bagi pihak PR. Apatah lagi untuk meraikan kemasukan itu.
Peristiwa pahit di negeri Perak adalah satu pengajaran yang mesti diingat sampai bila-bila.
sekadar datang untuk melihat dan mendengar tipu helah yang buat masa ceramah pKR tidak mendatangkan mudarat pada kepimpinan UMNO di bera...
sebagai contoh, kenapa sukri kalah di bera masa PRU12 di dun kemayan..?
jawapannya..rakyat bera tidak suka pada PKR (parti kelentong rakyat).
Kenal sangat dengan Tn Hj Hamzah ni. Sejak 1982 lagi. Masuk UMNO sebab nak jawatan bukan nak berjuang. Bila tak dapat jawatan, melatah, merajuk, berdendam hingga sanggup menghianati parti yg telah menaikkannya. Cuma bekas YB ni perlu kaji prestasi beliau semasa jadi wakil rakyat dulu. BANYAK SANGAT KOMPLEN tentang sikap beliau. Mengapakah orang-orang seperti ini tidak boleh setia dan bertahan spt. pejuang dulu yg masih setia. Ambil contoh dpd pejuang ulung Mohd Noor JP dari Kerayong yg telah berada dlm UMNO sejak lebih 40 tahun yg. lalu. Banyak jasa beliau tapi beliau tak pernah komplen dan setia walau apa pun. Tak pernah nak kejar jawatan. Berjuang dan berkhidmat dgn jujur dan ikhlas utk bangsa dan agama. Contohi lah sikap pejuang ikhlas dan tulen Mohd Noor JP Kerayong ni, wahai Tuan Hj Hamzah!!
Post a Comment