PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, February 27, 2009

Eksklusif: Tradisi Mendera Rakyat, Dek Kerana Pilihanraya Kecil Akhirnya Kerajaan UMNO Dan BN Bersetuju Juga Menunda Kenaikan Kadar Tol

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed (foto) semalam. Dalam sidang medianya sebentar tadi, Mohd Zin berkata berikutan itu, kenyataannya semalam mengenai kenaikan kadar tol tersebut, dibatalkan. Katanya, kenaikan kadar tol itu ditangguhkan sehingga akhir tahun ini, ekoran reaksi negatif orang ramai serta keadaan ekonomi sekarang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara yang sama dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di Putrajaya. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. Semalam kalangan wakil-wakil rakyat kerajaan mempertikaikan tindakan mendadak kementerian tersebut. Semalam, Mohd Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol - antara 0.68 sen/km hingga 50 sen - bagi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

[Terkadang, kita naik hairan kenapa Menteri Kerjaraya membuat keputusan tidak melalui kabinet?. Malah beliau telah membelakangkan Perdana Menteri sendiri dalam mengumumkan perkara terbabit. Apakah ini menunjukkan bahawa Menteri Kewangan Najib Razak lebih penting dari Pak Lah sekarang? Tambahan pula Najib dikatakan bakal menggantikan Pak Lah tidak lama lagi. Kenapa isu ini dikeluarkan tatkala Pak Lah mahu meletakkan jawatan?. Apakah ia satu trick Najib untuk memudahkan beliau mengambil alih kuasa tidak lama lagi. Sebelum ini imej Pak Lah sedikit membanggakan, bila beliau mengumumkan penurunan harga minyak di pasaran. Keadaan ini menyebabkan rakyat kebali sayang dan tidak mahu beliau mengundur diri. Makanya, Najib perlu lakukan sesuatu agar rakyat kembali membenci Pak Lah. Lantaran itulah agenda kenaikan tol dircancang tanpa mengambilkira faktor tiga pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dan Pak Lah yang bakal menamatkan perkhidmatannya].

ebulksms

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

Tawaran Terbuka kepada anda yang berminat untuk menjadi usahawan dengan modal serendah RM50 sahaja. Hebat! Terbaru dan terhangat di pasaran sekarang. Program "Call Pun Dapat Duit". Jadilah usahawan kami , anda tidak rugi apa-apa bila sertainya. Agen berdaftar diperlukan segera di seluruh negara. Info lanjut klik SINI

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Seladang said...

Semasa Pemilihan Umno, rasuah disebut Politik Wang! Semasa Pilihanraya Umum ianya rasuah disebut bantuan rakyat! Adakah semasa Pilihanraya Kecil, tangguh kenaikan tol disebut Rasuah Tol?

ex tok 4 said...

PENGUMAN OLIH PAK LAH LAH LAH LAH

BAGI MENGAMBIL HATI SEMUA RAKYAT, TERUTAMA DIKAWASAN BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU, DENGAN INI DIUMUMKAN BAHAWA ANAK BULAN TIDAK KELIHATAN. DENGAN ITU KENAIKAN TOL DITUNDA SELEPAS PILIHANRAYA KECIL BAGI KAWASAN2 YANG SEWAKTU DENGANNYA.

SELEPAS PRK NANTI, KADAR TOL AKAN DINAIKAN SAPERTIMANA YANG TELAH DILULUSKAN OLIH KABINET

UMNO PEMBELA BANGSA DAN NEGARA

mosa said...

Penangguhan bermaksud harga tol tetap akan dinaikkan. Tutup dua tol tapi naikkan lima tol. Cerita ini seperti main silap mata. Sekejap ada sekejap lagi tukar rupa.

Mengikut cerita dari pekerja tol leburraya utara selatan, setiap hari ada orang baru dapat lesen memandu, setiap hari ada pemandu baru dengan kereta baru menggunakan leburaya itu. Setiap hari, setiap minggu, setiap tahun kereta yang menggunakan leburraya sentiasa bertambah. Dan kutipan tol sentiasa ada pertambahannya. Ini bermakna tauke tol tidak pernah rugi walau satu sen pun.

Oleh kerana itu mengapa kerajaan menyokong kenaikan harga tol...? Ini menunjukkan kerajaan hari ini bukan membela rakyat tetapi menyiksa rakyat dengan beban kenaikan nilai cukai yang tinggi.

Anonymous said...

Perbezaan tol antara Malaysia dan Thailand..... Di Thailand banyak SAMI tetapi tiada TOL, tetapi di Malaysia ada seorang SAMY, tetapi banyak TOL! :)