PDO [6.17 am] - Nampaknya senario politik Perak semakin bertambah panas sekarang. Ini berikutan penafian kedua-dua Exco ADUN PKR bahawa mereka sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri petang semalam. Bahkan, kedua-dua ADUN terbabit tiba-tiba berbicara soal saman pula. Anehnya mereka sebenarnya yang memulakan, kini mereka pula takut berhadapan dengan kenyataan. Amatlah wajar sekali jika mereka sudah tidak yakin dan hilang kepercayaan kepada PKR maka mereka harus berbuat demikian. Tindakan meletakkan jawatan adalah satu langkah bijak demi maruah mereka yang memang sudah tercalar sekarang ini. Namun langkah menafikan dan masih mengatakan mereka tidak pernah keluar parti, jadi calon bebas atau pun menyertai UMNO. Dalam hal ini Pakatan Rakyat dilihat lebih bijak sekarang. Kedua-dua ADUN terbabit kini seolah-olah terperangkap dek permainan politik mereka sendiri. Khabarnya mereka ditawarkan ganjaran RM10 juta jika menyertai UMNO. Bahkan Jamaluddin sendiri dipercayai pernah menghubungi isteri Datuk Nasaruddin Hashim (ADUN Bota) agar menasihatkan suaminya kembali semula ke UMNO. Kononnya selain ganjaran kemewahan, Datuk Nasa juga akan ditawarkan jawatan sebagan Menteri Besar Perak sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditumbangkan nanti.Namun, tindakan pantas Kerajaan Negeri Perak yang menerima surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN terbabit sudah pasti akan menyebabkan saham mereka turun. Ini akan merugikan kedua-dua "petualang rakyat" terbabit. Mereka yang sudah mengimpikan kemewahan jika bersama UMNO dan Barisan Nasional kini bakal kehilangan segala-gala yang dijanjikan sekirany sah perletakkan jawatan itu diterima. UMNO sebenarnya amat mengharapkan mereka "melompat parti" bagi mengukuhkan lagi kerusi BN dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Kini Pakatan Rakyat mempunyai 32 kerusi DUN, manakalan BN hanya 27 kerusi. Jika kedua-duanya melompat ke BN maka kerusi mereka akan bertambah menjadi 29 dan Pakatan Rakyat tinggal 30 iaitu perbezaan hanya satu kerusi lagi. Ini memudahkan UMNO dan BN untuk membeli satu ada dua orang lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk bersama mereka. Percaturan merampas Perak digagalkan setelah Datuk Nasaruddin bertindak menyertai PKR minggu lalu. Jika tidak sudah pasti segala yang dirancang pasti membuahkan hasilnya. Namun takdir penetu segalanya, kini kedua-dua ADUN itu bakal menjadi "hampas" setelah kehilangan jawatan. Pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula dalam tempoh 60 hari dari sekarang. UMNO amat takut dengan pilihanraya kecil kerana tidak yakin mereka boleh menang, tambahan pula majoriti undi yang diperolehi PKR dalam pilihanraya Umum Mac 2008 lalu melebihi satu ribu undi. Inilah yang menggusarkan mereka sebenarnya.
[Kasihan benar melihat nasib yang menimpa dua ADUN PKR terbabit. Akibat kesilapan dan kelewatan mereka mengatur strategi, kini mereka bukan sahaja kehilangan jawatan malahan juga ganjaran kewangan yang ditawar sekiranya mereka masuk UMNO. Ini semua akibat kesilapan teknikal yang telah memerangkap diri mereka sendiri. Dek kerana kecewa dengan apa yang berlaku akhirnya mereka berdua merayu dan masih pertahankan bahawa mereka masih ADUN PKR sedangkan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah memaklumkan perkara itu. Kini, gara-gara kerakusan kedua-dua pemimpin terbabit mereka bukan sahaja bakal kehilangan segalanya, malah maruah mereka juga sudah tercalar dan sudah pasti akan terperangkap pula dengan kes rasuah yang mereka hadapi itu nanti. Inilah nasib badan, akibat lambat buat tindakan kini mereka berdua yang merana sendiri. Tahniah! atas kebijaksanaan pimpinan PKR dan juga Kerajaan Negeri Perak dalam menangani perkara ini. Semoga ia menjadi pengajaran buat ADUN-ADUN yang lain pula supaya lebih berhati-hati dengan segala tindakan selepas ini. Apapun, kami yakin Pakatan Rakyat akan menang kedua-dua kerusi DUN terbabit sekiranya pilihanraya kecil diadakan dalam masa terdekat ini nanti].












5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
ini rayuan kali ke-2 dlm masa seminggu meminta agar pahangdaily mengurangkan iklan dan popup. sangat2 amat menggangu pembaca dan mengurangkan minat utk mengunjungi blog ini. asyik2 kena tutup window yg bercambah-cambah dgn popup. nak buka blog pun jadi slow. harap pahangdaily ambil perhatian sebelum pembaca meluat.
Perjuangan ini perjuangan rakyat untuk rakyat, itulah perjuangan PKR bersama PR, bukan macam perjuangan UMNO/BN, memperjudikan undi rakyat untuk menimbunkan harta anak isteri serta kroni.
Permainan UMNO semakin,jelas terlihat KE BURUKAN NYA.Najib masih tercari-cari sentuhan ghaib bagi menutup " Ke maluan " nya.Tahniah !! PR Perak dan Dato' Sri Anuar " HEBAT " bertindak !! meleburkan GILA KUASA UMNO !!!
Inilah masa sesuai rakyat Perak bangkit membantah segala tindak tanduk yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang terutamanya isu tanah melayu digadai.
“Kita Tidak Mahu Kerajaan Boneka DAP”
anomomous... bir lah PDOdapat duit sikit utuk tampung berita2 terkini panas macam pisang goreng. PDO terus kan dengan berita2 terkini lagi sesansi...op sensasi.
Post a Comment