KUANTAN - Seperti yang dijanjikan, malam esok bertempat di Hotel MS Garden Kuantan, satu mesyuarat Jawatankuasa Peguam Pahang (BAR Pahang) akan diadakan. Disamping pemilihan ahli jawatankuasa yang baru program pada malam ini juga dikhabarkan akan dibuat bagi menyatakan sokongan padu kepada bakal Perdana Menteri Najib Razak. Najib khabarnya akan hadir untuk merasmikan program berkenaan sebelah siangnya dan jamuan makan malam selepas itu. Dari pada risikan krew kami beberapa hari yang lalu, ternyata ramai peguam-peguam Pahang akan "memboikot" program malam ini kerana difahamkan usaha untuk "mengUMNOkan" jawatankuasa terbabit sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Menurut sumber, usaha sedang dibua bagi menaikkan peguam terkenal disini iaitu Julita Abd Jabar (anak bekas Timbalan Menteri Besar Pahang) sebagai pengerusi jawatankuasa terbabit yang baru. Usaha melobi masih terus diadakan dan yang pasti, semua peguam-peguam yang memihak kepada UMNO akan dicalonkan serta dipastikan kemenangannya malam ini. Seperti yang kami nyatakan terdahulu, bahawa pihak penganjur perlu berhati-hati dengan mesyuarat yang bakal diadakan kerana terdapat maklumat yang Najib Razak akan dibaling atau dihadiahkan "kasut" seperti yang berlaku kepada Presiden Amerika "Goerge Bush" dulu. Jika ini berlaku, sudah pasti bakal PM itu akan mendapat malu yang lebih besar sebenarnya.[Apapun kami amalah berharap agar usaha bagi melobi peguam-peguam yang berpihak kepada UMNO untuk memimpin badan itu dapat dihalang. Kita takut Jawatankuasa Peguam Pahang ini akan menjadi "Pak Turut" bagi mengiyakan segala usaha "buruk" kerajaan dalam menangani isu-isu rakyat Pahang selepas ini. Semuanya kini terletak di bahu para peguam yang hadir. Semoga mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas tanpa rasa takut dengan kekakangan daripada pihak penguasa. Jika peguam gagal melakukan amanah itu, maka sudah pasti integriti mereka akan dipertikaikan bahkan mereka akan dipandang hina].












5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tuan PDO,
Semak baliklah sumber Tuan tu... Ada bezanya antara acara ;
01. mesyuarat agung jawatankuasa peguam negeri Pahang, yang akan diadakan pada sebelah siangnya, dengan
02. makan malam pada tentulah malamnya. Dan Dato' Sri Najib hanya dijangka hadir pada acara malam.
Ini perkara asas. Janganlah dicaca-marbakan, kemudian ditimbulkan pula cerita 'half-truth' fasal hendak 'mengUMNOkan'.
Biar betul...
TUMPANG LALU
memanglah berbeza tumpang lalu...tetapi agendanya tetap sama iaitu MengUMNOkan Jawatan Kuasa Peguam Pahang... Itu Natijahnya..sumber yang tepat dan benar ...
kami barisan peguam-peguam muda Pahang amat terhina dengan agenda mengUMNOkan jawatankuasa peguam Pahang..maka itu kami akan memboikot program yang bakal diadakan..Hidupkan keadilan, jang campur adukkan dengan politik
Hebatlah Najib Rosmah tu! Peguam yang bijak pun dia orang boleh taruk kelikir dan heret masuk Umno atau berhaluan Umno.
Ini mungkin ada pengajaran dari Universiti Monggolia! Asas pengajiannya: Colek dan tentukan!
Satu lagi langkah terdesak Najib..
Post a Comment