PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Friday, February 27, 2009

Sensasi: Amaran Najib, Jika Rakyat Malaysia Yang Buat Laporan Dan Akuan Sumpah Palsu Dia Akan Terima Padahnya Jika Disiasat Oleh Pihak SPRM !!

Akibat ketakutan dengan dakwaan beliau cuba merasuh pemimpin Pakatan Rakyat di Perak baru-baru ini, maka bakal Presiden UMNO iaitu Najib Razak (foto) mengambil langkah drastik bercakap bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula. Media arus perdana melaporkan bahawa barang sesiapa yang membuat laporan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa. Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata tindakan serupa juga akan diambil terhadap mereka yang menyalah guna akuan berkanun. "Mereka akan terima padahnya," kata Najib. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak daripada Parti Keadilan Rakyat yang membuat aduan kepada SPRM semalam mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti. Baru-baru ini ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri, membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional dan pusat di pejabat SPRM Perak. Najib berkata kini terpulang kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat itu. "Saya tak tahu apa yang dia dakwa. Biarlah SPRM siasat," katanya. Mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib berkata "Tak ada, saya tak ada tawar-menawar sesiapapun." Mengenai dakwaan kedua-dua ADUN itu kononnya mereka memreka mempunyai bukti kukuh, beliau berkata "Sudah tentunya mereka kata begitu Tapi) biarlah suruhanjaya siasat. Seperti yang saya kata, jika mereka buat laporan palsu, mereka akan hadapi kesannya."tambahnya lagi.

[Kenyataan Najib ini jelas sekali menunjukkan ketakutan yang amat sangat terhadap dirinya dengan laporan yang dibuat. Kini beliau telah mendahului SPRM dan bertindak mengeluarkan kenyataan terbabit untuk menggusarkan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang kononnya cuba menjatuhkan maruah peribadi beliau. Walhal umum sudah mengetahui bahawa memang urusan pembelian wakil rakyat PKR sebelum ini diuruskan oleh pihak Najib. Bahkan kami juga mendapat maklumat yang memang Najib cuba membeli dan membuat tawaran sehingga RM50 juta kepada mana-mana pemimpin pembangkang yang ingin melompat parti dan menyerai UMNO dan Barisan Nasional. Soalnya sekarang, kenapa kenyataan ini boleh keluar dari mulut Najib dan bukannya Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri. Bukankah ini amat memusykilkan kita sebenarnya. Jelas sekarang bahawa terdapat arahan dan tindakan pemimpin UMNO yang mengugut serta memaksa SPRM bertindak. Maka itulah kita tidak hairan ketegasan SPRM dalam isu politik wang UMNO akhirnya terhalang tatkala isu dera dihebohkan. Masalahnya sekarang apakah ciri-ciri "laporan palsu" yang dimaksudkan oleh Najib sebenarnya. Apakah semua laporan yang dibuat pembangkang itu "palsu" dan hanya laporan yang dibuat oleh pihak "UMNO" sahaja yang benar].

ebulksms

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

Tawaran adalah dibuka kepada anda yang berminat untuk membeli plat-plat kenderaan seperti berikut :- WEM77, BBG14, WBN9, NCD4, AGE88, AGK88, AAL83,WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, WR81, WR61, WR76 dan WR67. Harga dari RM10K-RM20K (boleh runding). Berminat sila email pahangdaily@yahoo.com

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Seladang said...

Bagaimana pula kalau si penyiasat SPRM tu memalsukan penyiasatannya atas arahan Najib Rosmah?

Anonymous said...

Sama sama kita lihat setakat mana jagoannya SPRM....lembu dicucuk hidung atau jihad ?

Anonymous said...

Sama sama kita lihat setakat mana jagoannya SPRM....lembu dicucuk hidung atau jihad ?

Anonymous said...

SPRM = Tali barut BN