TAIPING - Kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang menjurus kepada isu krisis politik di Perak dengan memfokus kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) khususnya Umno malam tadi menyifatkan Nizar sebagai penderhaka institusi raja termasuk Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat pula dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Malah PAS didakwa menurunkan Nizar sebagai calon atas kehendak DAP. Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam berkata, Nizar merupakan calon yang dipilih oleh DAP dan melambangkan "satu penderhakaan kepada Sultan." "Kalau mengundi Nizar bermakna memilih orang yang mahu menderhaka dan menghina raja, kawan baik kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP)," katanya pada majlis pidato perdana di kawasan Changkat Jering dekat sini malam tadi.
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohamad Noor yang menyertai UMNO Jun lalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang serta Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Rosli pula berkata, Nizar bertanding "atas perasaan marah (kerana hilang kuasa sebagai Menteri Besar), bukan kerana mahu berkhidmat (untuk rakyat)." "Kalau dipilih, yang mana beliau akan berikan khidmat...yang tua (kawasan DUN Pasir Panjang) ataupun yang muda (Parlimen Bukit Gantang)," kata beliau. Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang. Dalam pada itu, Nizar berkata, beliau sudah menjangkakan pendekatan ini yang disifatkannya sebagai "pembunuhan karakter." "Ini bukan berlaku sekarang tapi dari awal lagi dah lama berlaku...ini sudah digunakan oleh UMNO sejak 5 Februari lalu (sejak kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir)," katanya ketika ditemui pagi ini. Justeru kata Nizar, beliau tidak tertekan dengan penggunaan isu berkenaan, "sebaliknya bersemangat dan terhibur." Di Bukit Gantang, Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas.
[Kami mendapat maklumat isu yang paling utama perlu digunakan oleh Pakatan Rakyat ialah isu pemberian tanah Kg.Baru Cina yang kononnya menunjukkan Nizar menjadi boneka DAP. Isu inilah yang wajar dipertahankan dan diperjelaskan kepada rakyat di Bukit Gantang. Isu lain termasuk derhaka kepada raja sebenarnya tidak memainkan peranan yang penting sangat kerana majoriti kaji selidik yang telah dibuat dikalangan 500 responden mangatakan bahawa Nizar tidak derhaka. Maka itu, jika UMNO dan BN menggunakan isu itu bermakna mereka sengaja cuba untuk menjerat diri sebenarnya].














10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
erm nizar tak derhaka cuma berlagak dia yg betul segalanya... cuma tak hormat aje..sebab gila kuasa punya hal... 500 responden tu pun dah nak ke arah dap dah tu.... tak nak jadi melayu dah
BN @ UMNO macam Si Luncai terjun dengan labu-labunya....Biarkan...biarkan....
Asalammualaikum...Kita semua merasakan hanya diri kita sahaja yang Islam, kita sahaja yang betul, kita sahaja yang ikhlas, kita sahaja yang berudi bahasa. Sebenarnya kita sendiri hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari salah dan dosa. Setahu saya antara seorang muslim dengan muslim yang lain ada sesuatu yang nilainya lebih berharga daripada 'DUNIA DAN SEISINYA'iaitu kalimah suci SYAHADAH. Setahu saya kebanyakan guru agama akan menyuruh kita memuliakan saudara seislam kita. Seandainya saudara seIslam kita mempunyai 10 sifat,9 daripada 10 sifatnya adalah sifat keji, maka pandanglah dan muliakanlah satu sifat baiknya agar sifat itu meresap dalam diri kita. Seterusnya banyak-banyak beristihgfar dan berdakwah,ingat-mengingat dan tegur-menegur secara hikmah agar kita sama-sama dapat membuang dan menghindari sifat keji itu... Mencari salah orang lain dan mendedahkannya memang mudah dan disenangi oleh syaitan dan nafsu
KOMEN BUKAN BOLEH TULIS PANJANG2 SANGAT. ORANG MELUAT NAK BACA.
TAK MENANG DAAAHHH. NANTI BG HABIS TANAH KAT ......, LEPAS 2 DOK KENA APIT KIRI / KANAN CINA / HINDU. BONEKA LAGI HEBAT.
tidak dinafikan lagi Nizar jamaluddin memang boneka DAP! memang hamba cina kafir laknat! kalau pilih Nizar samalah menyerahkan Nizar kepada Cina kafir untuk dikendurikan... Jika pilih UMNO, insyaallah barisan kepimpinan Islam akan memerintah Perak... kalau pilih Pakatan Rakyat..Barisan kepimpinan kafir akan diujudkan dimana hanya menteri besar boneka saja islam manakala pimpinan sebenar adalah kafir! Apakah PAs kini beralih kepada pemerintahan kafir???
nak jadi boneka ke patung ke pepatung ke...kita tengok keputusan pilihanraya nanti ...masa tu orang UMNO jangan nak meroyan pulak....
kalau dia menang tu maknanya peristiwa 11 bulan lepas akan berulang la... sebab menteri boneka DAP.. berucapa kat mana pun pasti diiringi dikiri kanan ngan mem DAP.... bodos nya melayu
kalau dia menang tu maknanya peristiwa 11 bulan lepas akan berulang la... sebab menteri boneka DAP.. berucapa kat mana pun pasti diiringi dikiri kanan ngan mem DAP.... bodos nya melayu
melayu sama melayu bergaduh,
orang jawo yang suko
Post a Comment