PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, March 29, 2009

Cyberita Harakah: Sejarah Tercipta, Pilihanraya Kecil Bukit Selambau Tampilkan 13 Orang Calon Bebas. Apakah Ini Strategi SPR Menangkan BN !

BUKIT SELAMBAU - Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya kecil seluruh Malaysia menyaksikan kemasukan terlalu ramai calon bebas untuk bertanding merebut kerusi N25 Bukit Selambau yang dikosongkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Arumugam yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Beliau memang atas tiket bebas dan kemudian mengistitharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) lantas dianugerahkan jawatan Exco Hal Ehwal Kaum India dan Siam berikutan beliau merupakan satu-satunya kaum India yang menang pada pilihan raya tersebut di Kedah. 13 calon tersebut ialah R. Loganathan berlogo kelapa sawit, Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Mohd Lazim (Kerusi), Mohd Fadzil Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abu (Jam), L.Sarala (Basikal), M.Moganakumar (Buku), Khamis Awang (Ayam jantan), Husaini Yaacob (Bas), Michael Venasan (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajan (Kapal Terbang). Kesemua calon tersebut memasuki pekarangan Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani Satu antara pukul 9.00 sehingga 9.30 pagi. Manakala calon Barisan Nasional (BN), Ganesan memasuki dewan sekolah berkenaan pukul 9.00 pagi sementara itu calon KeADILan, Manikumar 9.19 pagi.

Sejarah Malaysia, 15 calon bertanding pilihanraya DUN Bukit Selambau

Hari ini bukan sahaja orang ramai menyaksikan perkara yang tidak pernah berlaku dalam setiap kali pilihan raya kecil malahan tindakan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakan kedua-dua penyokong berjauhan kononya untuk menghindarkan perbalahan atau pertengkaran. Penyokong Pakatan Rakyat diletakkan berhampiran belukar bersebelah sekolah tersebut. Calon bebas dibenarkan melalui jalan tengah manakala BN dari jalan yang agak berjauhan. Pegawai Pengurus Pilihan raya Kecil Bukit Selambau, Abdullah Mohd Akhir mengisytiharkan ke kesemua calon berkenaan layak bertanding pada tepat pukul 11.50 pagi tadi.

Lebih 20 Ribu Penyokong Iringi Calon PKR



Kelihatan ribuan penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon PKR
BUKIT SELAMBAU - Lebih 20,000 penyokong Pakatan Rakyat iringi calonnya daripada KeADILan, S. Manikumar yang ditentang oleh calon BN, Dato' S. Ganeson dan 13 orang calon bebas. Pilihan raya Kecil Dun N.25 Bukit Selambau pada 7 April ini mencatatkan sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon KeADILAN, BN dan bebas. Manikumar merupakan calon ke-11 yang mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.19 pagi tadi. Terdahulu, kira-kira 20 ribu penyokong Pakatan Rakyat hadir mengiringi Manikumar ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1. Antara pimpinan Pakatan Rakyat hadir ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden DAP, Tan Sin Giaw, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub. Masa untuk penyerahan borang ditutup pada jam 10.00 pagi dan tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sembilan bantahan sehingga tempoh bantahan tamat.

[Penyertaan begitu ramai calon bebas dengan lambang yang mengarut dan tidak masuk akal sama sekali, jelas membuktikan kepada kita bahawa pilihanraya di Malaysia kini sudah menjadi seperti "satu komedi" yang paling menarik abad ini. SPR ternyata gagal untuk berperanan bagi membuat satu siasatan terperinci kenapa begitu ramai calon bebas bertanding. Bahkan calon Melayu mengenakan pakaian berwarna hitam yang melambangkan kepada sebuah gerakan dakwah di negara ini. Apakah calon-calon terbabit ditaja oleh UMNO dan BN bagi memecahkan undi untuk menghalang kemenangan PKR dalam pilihanraya kali ini. Ternyata inilah satu lagi strategi yang dilakukan oleh SPR dalam usaha untuk memenangkan BN dalam piliharaya kecil Bukit Selambau ini agaknya].

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

heran no..apa2 semua nya mainan BN/UMNo. Baik sgt ke Pakatan yg tak penah hampa rekodkan dalam politik ni.. sebab gilakan kuasa nak perintah pakat jadi pakatan bagi cukup kuota utk perintah... heran

Anonymous said...

KITA SOKONG PAKATAN (MB) YG JADI BONEKA CINA / HINDU/ . SANGGUP JUAL AGAMA / BANGSA. HIDUP DAP . DOGOL

Anonymous said...

KITA SOKONG PAKATAN (MB) YG JADI BONEKA CINA / HINDU/ . SANGGUP JUAL AGAMA / BANGSA. HIDUP DAP . DOGOL

==================

YG JUAL AGAMA, BANGSA TU UMNO.
51 MEDRDEKA DAN UMNO MEMERINTAH KO MASIH DUDUK KAT RUMAH MURAH, FLAT, RUMAH SETINGGAN DAN RUMAH PANJANG.

"HIDUP UMNO" MAMPUS MELAYU TERMASUK ANAK CUCU KO.

Anonymous said...

KITA SOKONG PAKATAN (MB) YG JADI BONEKA CINA / HINDU/ . SANGGUP JUAL AGAMA / BANGSA. HIDUP DAP . DOGOL

==================

YG JUAL AGAMA, BANGSA TU UMNO.
51 MEDRDEKA DAN UMNO MEMERINTAH KO MASIH DUDUK KAT RUMAH MURAH, FLAT, RUMAH SETINGGAN DAN RUMAH PANJANG.

"HIDUP UMNO" MAMPUS MELAYU TERMASUK ANAK CUCU KO.

Tasha said...

Kot pandai hang la anonym yang sama kat atas ni...org pr rilek je sekrg buat pe nak kecoh-kecoh lagi .. kalau dah menang, biaq pi la penyokong umno nak melalak cam monyet gurun pun...takut benarnya kasi hentam laa konon tu..

Anonymous said...

kali ni pakatan tak janji pula ke bila menang dapat la org tua-tua sorang RM100 sebulan, anak2 yg lulus periksa dapat tajaan utk ke menara gading... ada ke... kalau ada aku pun nak sokong la... kot2 boleh antar anak aku ke menara gading... syok nya

Anonymous said...

Kenapa asyik nak salahkan orang lain walhal dlm PR sendiri tak dapat kata sepakat tentang calon.. Inilah dia hasil keringat orang-orang yang berprasangka buruk terhadap sesiapa saja yg tak sealiran. Tak pernah rasional dan berfikiran terbuka mengenai satu-satu isu. PR saja yang betul..UMNO/BN je yg tak betul. Memang dah dasar PR busuk hati!!

Anonymous said...

HIDUP DAP. KITA BAGI BANGSA KITA KETUA PULA. MELAU TARAK SUKA MELAYU JADI KETUA. SUKA FITNAH/DENGKI. KITA JADI KETUA PULA. HAIYAAA BAGUS OOO DAP JADI KETUA. JK LIM

Anonymous said...

mmg la...apa2 semua BN/UMNO yg salah. PR semua betui... depa tiang kayu kot...

Anonymous said...

Memang la UMNO banyak salah...sikit-sikit duit..sikit-sikit duit..UMNO kan banyak duit..biasa la..duit tu taboq-taboq ja..janji dapat apa yang depa mau...