KUANTAN [2.45 pm] - “Ramai yang akan hilang deposit” itulah pandangan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) mengenai penyertaan 15 orang calon termasuk 13 calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah pada 7 April ini. Kenyataan beliau itu berasaskan kepada keghairahan mereka akan memakan diri sendiri bahkan mungkin juga akan ada diantara mereka yang bakal kehilangan wang deposit mereka nanti.[Kenyataan MB Pahang ini ada asasnya. Bahkan penyertaan begitu ramai calon bebas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau sebenarnya lebih kepada propaganda pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan masing-masing. Calon bebas yang bertanding pula bukan semua dikenali atau berjasa kepada rakyat setempat. Maka itu kenapa mereka tergamak memperjudikan nasib masing-masing untuk popular].
KUALA LUMPUR [2.35 pm] - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (foto) berkata proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku bila tiba masanya. “ Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya. “Peralihan akan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di sini hari ini. Pada penghujung Perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas, Abdullah berkata beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis ini bagi memaklumkan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan kuasa kepada Najib nanti.
[Sebelum pilihanraya umum ke-12 lalu, Pak Lah juga berjanji dan menjamin bahawa minyak tidak akan dinaikkan. Namun selepas pilihanraya minyak naik tinggi melangit hingga menyebabkan rakyat marah. Akhirnya diturunkan setelah rakyat memprotes. Apakah Najib boleh percaya dengan jaminan Pak Lah ini agaknya?].
SHAH ALAM [2.34 pm] - Seorang lelaki suku Suluk dari Sabah yang juga ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang lelaki Bajau. Irwan Amat, 32, sebelum ditangkap bekerja sebagai penarik kereta didakwa membunuh Jibal Salim, 34, buruh, pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2003 di ruang letak kereta antara blok Anggerik dan blok Cempaka, Country Homes Rawang dekat sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan. Dia didakwa menikam Jibal sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam hingga isi perut mangsa terburai. Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan serius. Doktor yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan bahawa tali perut, usus besar, salur kencing terpotong hingga menyebabkan berlaku kebocoran air kencing.
[Pekida adalalh sebuah badan dakwah yang sepatutnya menjalankan aktiviti kebajikan dan juga dakwah bagi menolong umat Islam terutamanya orang-orang Melayu di negara ini. Namun dek kerana sikap segelintir ahli yang bertindang "ala samseng" dan "ganas" menyebabkan nama pertubuhan itu sering dikaitkan dengan kegiatan yang tidak moral. Tambahan pula ada ahli-ahli mereka yang terlibat dengan aktiviti bonzer, tarik kereta, peras ugut dan politik. Malah ada ahli-ahlinya yang terang-terang berkempen untuk parti-parti tertentu. Justeru itu diharapkan agar pucuk pimpinan Pekida dapat memantau perkara ini bagi mengelak timbulnya selisih faham antara sesama ahli di seluruh negara].
PKR Bahagian Jerai Di Bubarkan !!
SUNGAI PETANI [2.30 pm] – Kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai dan Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah hari ini mengisytiharkan keluar parti itu. Pengumuman mengenainya dibuat oleh Ketua PKR, Bahagian Jerai, B. Kalaivanar yang juga Pengerusi jawatankuasa itu. Kalaivanar berkata, mereka mengambil keputusan membubarkan PKR Bahagian Jerai dan jawatankuasa itu kerana tidak lagi percaya kepada pendirian kepimpinan tertinggi parti tersebut.
[Adengan ini adalah sesuatu yang normal berlaku ketika menjelang dan kempen pilihanraya sebenarnya. Tiada sesiapa yang akan percaya mudah-mudah berita seperti ini. Namun, entah kenapa BN masih lagi menggunakan strategi yang sama sedangkan sebelum ini pemimpin mereka menyatakan bahawa tidak ada lagi kaedah lama digunakan termasuk projek "mee segera". Namun, kini projek itu masih juga berlaku].












8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Tiap kali ada pilihanraya mesti ada cerita ahli yang keluar parti tapi yang masuk parti pembangkang tak ada pulak cerita nya...ini semua nya propaganda BN @UMNO...jangan percaya bulat-bulat...
sapa kata tak ada citer wek... tu yg kata ahli keluar umno kat bukit gantang tu apa natang? hang dok nmpak salah kerajaan aje...yg parti hang dok hentam k'jaan tak mo mo tu apa kebendanya... tak leh caya bulat2 kat pakatan ni... omong kosong
sapa kata tak ada citer wek... tu yg kata ahli keluar umno kat bukit gantang tu apa natang? hang dok nmpak salah kerajaan aje...yg parti hang dok hentam k'jaan tak mo mo tu apa kebendanya... tak leh caya bulat2 kat pakatan ni... omong kosong
PDO ITU BUKAN AHLI PEKIDA. PEKIDA AKAN BANGKIT DAN BERSATU DAN TAK KIRA FAHAMAN POLITIK BILA AGAMA / BANGSA / KAMI DI CABAR. LA TAK SAMPAI DI SITU LAGI. LA BIAR MEREKA DOK MELOMPAT DULU. BILA KAMI DAH TAK TAHAN. BARU MEREKA TAHU LANGIT INI TINGGI ATAU RENDAH. AWANG TUAH
Alah...cite pasal ahli UMNO masuk PR tu ciput je..nak kelabu kan mata pembaca je...Cuba tengok tv3 dok cite apa???cuba baca surat kabar..depa dok cite apa....Wei..orang bukan bodo la.
ala kalau pemimpin pakatan masuk umno mcm2 hampa kata, haram la, apa la, tapi kalau pemimpin umno masuk pakatan hampa kata halal... itu ke? hampa tgk pakatan hampa halal erk... mca2 fitnah hampa buat halal apa. mmg hampa bodoh la wei
lai ni kita mai ramai2 masuk dap baru best. kita bagi cina pula ketua noooo. melayu jadi ketua pakat dok berdengki. la kita bagi dap nooo. depa sokong islam / melayu. dogol
Nasib baik aku keturunan Jawo,
klu tidak tak pasai2 kena sumpah
seranah, hiduppppppppp jawo
Post a Comment