TAIPING - Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar. Menurut PAS ia merupakan ketetapan pihaknya sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi. "Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Alwi di sini hari ini. Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP. Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry. Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian. Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN.
[Apakah Sultan Perak akan bersikap adil dalam isu ini. Memang wajar sepatutnya jika Nizar menang satu pilihanraya negeri wajar diadakan. Buletin Utama TV3 malam ini melaporkan bahawa gaji MB dan kesemua exco telah dipotong mulai 5 Feb 2009 lalu kerana peralihan kuasa yang berlaku. Malah Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mengkaji undang-undang untuk mendakwa Nizar kerana dikatakan engkar memulangkan kereta Camry yang kini digunakannya. Masalahnya, apakah MB engkar dan benar peralihan kuasa? Sedangkan apa yang berlaku adalah rampasan kuasa. Malah TV3 juga melaporkan bahawa Nizar tidak lagi menjadi MB kerana BN mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. Masalahnya ialah bila masa pula sidang DUN diadakan bagi membuat undi tidak percaya terhadap Nizar. Inilah dia sebenarnya kedangkalan yang berlaku dari sudut perlembagaan akibat manusiayang gila kuasa sebenarny. Maka itu Nizar masihlah MB yang sah].












7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Bubar, apa la tarak menang lah. Rakyat Perak dah takut. Bila naik jadi Boneka. dolah naik nyook
Isk ingat sebab dia sorang menang nak suruh bubar DUN... hai hebat mana la engko nizar.. mengaji dulu pun guna duit kerajaan ... kalau idak dok mengaji kat pondok tu je la..dengar2 la sama nasihat abang engko tu
duit kerajaan tu duit rakyat la mangkuk!!...ingat kerajaan tu tuhan ke? org2 umno blh la ckp cm tu, sbb rezeki dia kerajaan yg bg...haha!!
Memang Nizar masih MB yang sah,tapi oleh kerana media perdana dan dihebatkan dengan pelbagai dakyah umno,so nampaklah cam die yang bersalah...kan dah jelas tu rampasan kuasa di Perak...Sultan takde kuasa utk pecat Nizar,pas tu dia pun x letak jawatan...dan usul undi tak percaya pun takde....
Lu fikirla sendiri.............
ORANG UMNO BANGANG UNDANG-UNDANG..
UNDANG-UNDANG TU SENDIRI BIKIN PON X INGAT.. HAPA LAR..
TU LAR BILA DA KEMARUK KUASA SANGAT..
duit dah dapat,undang-undang campak buang la...nak buat apa lagi..
punya la bengong orang bagi komen kat atas tu....kerajaan tu rakyatla...paham ke dok apa tu demokrasi?.....kut kalo rezeki tu datang dari umno pasni pakat2 gi sembah umno la yerr.....kate bodo kang maroh....bagi jer la bangang sepam dua...
Post a Comment