
Beliau yang juga mantan Presiden UMNO itu berkata, hukuman yang dijatuhkan ke atas orang berkenaan tidak setimpal dan tidak adil "kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya, tidak dibenar bertanding". "Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai, dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. "Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno," tulisnya lagi. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pergerakan tersebut telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. "Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? "Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia," tambahnya. Dr Mahathir berkata, beliau juga hairan kenapa lebih enam jam diperlu untuk mengira hanya 790 undi. "Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri". Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.
"Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO. "Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah," katanya. Sebelum ini Lembaga Disiplin UMNO mendapati Khairy dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam bersalah selepas ejen-ejen mereka didapati terbabit dalam rasuah dan sogokan politik. Ekoran itu, Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden UMNO. Manakala Khairy hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda UMNO. Selepas keputusan pemilihan ketua Pemuda Umno diumumkan pada malam Rabu lalu, ratusan penyokong Mukhriz berhimpun di dalam PWTC kerana membantah pemilihan Khairy menerajui pergerakan tersebut. Hampir 100 anggota polis terpaksa membentuk benteng bagi memisahkan antara penyokong Mukhriz.
[Inilah yang dikatakan Mahathir bahawa "Melayu Mudah Lupa" sebenarnya. Dia lupa bahawa inilah cara pengiraan undi yang memenangkannya ketika pemilihan UMNO tahun 1988 dulu. Ketika itu Ku Li telah menang dalam kiraan undi yang pertama, tiba-tiba lampu di PWTC terpadam dan setelah dibuat kiraan semula akhirnya Mahathir menang tipis hingga mengheret kepada pengharaman parti itu. Bukankah Mahathir yang mendidik ahli-ahli UMNO supaya melakukan perbuatan seperti itu, dan kini bila terkena atas batang hidung sendiri mulalah beliau meracau. Apa yang dilakukan dulu, kini terpalit pula kepada anaknya sendiri].
Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia Berminat. Bengkel Akan Dijalankan Secara Teori Dan Praktikal. Anda Akan Memiliki Blog Peribadi Dan Tahu Teknik- Teknik Mengemaskininya Setelah Tamat Bengkel Ini Nanti.
Berminat ? Taip [Blog_Nama_Alamat] SMS 016-980 8900













5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
BIASALAH TUN M.
APA2 YG BERLAKU PADA TUN M, MUHKRIZ DAN KELUARGA ADALAH BALASAN TUHAN PADA TUN M.
MAKSUDNYA;
YG TUN M BUAT AIB PADA DSAI DULU
AKAN DI PULANGKAN OLEH TUHAN PADA TUN M SEMULA.
SALAH SATUNYA;
SEKARANG, TUN M TIDAK DIHORMATI LAGI DI PANDANGAN ORG2 UMNO YG MEMUJA TUN.
TUNGGU SAJALAH BALAK YG LAGI AIB TUN...
PASTI AKAN TIBA JUGA DAN TUHAN AKAN TURUNKAN
TIDAK DITUNJUKKAN DI DUNIA PASTI DITUNJUKKAN DI AKHIRAT.
WALAHHUALAM.
BIASALAH TUN M.
APA2 YG BERLAKU PADA TUN M, MUHKRIZ DAN KELUARGA ADALAH BALASAN TUHAN PADA TUN M.
MAKSUDNYA;
YG TUN M BUAT AIB PADA DSAI DULU
AKAN DI PULANGKAN OLEH TUHAN PADA TUN M SEMULA.
SALAH SATUNYA;
SEKARANG, TUN M TIDAK DIHORMATI LAGI DI PANDANGAN ORG2 UMNO YG MEMUJA TUN.
TUNGGU SAJALAH BALAK YG LAGI AIB TUN...
PASTI AKAN TIBA JUGA DAN TUHAN AKAN TURUNKAN
TIDAK DITUNJUKKAN DI DUNIA PASTI DITUNJUKKAN DI AKHIRAT.
WALAHHUALAM.
kalau tak kerana dasar tun dan umno buat hang tak dapat dok tang tuu dan mkn gaji dgn k'jaan. hang patut letak jawatan. makan gaji k'jaan haram oooo. aku malu tgk melayu yg bodoh. letak jawatan saja WALAH hooo. hang sok cina jadi ketua negara ka. dolah naik nyook
kata tak nak bergelumang dengan rasuah mak mau pegi PAU tapi pergi juga memang dasar flip-Flop......
Hidup umno. hidup . kita hapuskan parti yg bertopengkan islam dan bekerjasama dgn DAP. DAP parti yg terang2 menentang islam dan melayu. hancurkan mereka. dolah naik nyoook.
Post a Comment