KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob berkata beliau tidak begitu terkejut dengan kekalahannya dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetapi dapat mengetahui perasaan sebenar perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO. Adnan berkata beliau telah menggunakan kaedah yang diamalkan oleh pemimpin lepas seperti bekas Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak Hussein di mana mereka tidak berkempen apabila bertanding jawatan parti. “Saya tidak begitu terkejut kerana dari mula lagi saya tidak mahu bertanding. Ini kerana saya berasa jika saya tidak bertanding, presiden akan melantik saya sebagai anggota Majlis Tertinggi (atas kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang),” katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini. Bagaimanapun, Adnan berkata beliau memutuskan untuk bertanding dan mengikut cara Tunku Abdul Rahman dan Abdul Razak untuk melihat kemungkinan yang akan berlaku pada masa ini. “Jadi, terbukti bahawa apabila kita tidak turun ke bawah berjumpa rakyat, buat baik dengan mereka, kita tidak akan menang,” katanya.
[Kami ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob kerana jujur dalam keputusan untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Malah Adnan sebelum ini pernah menolak hasrat untuk bertanding kerana gusar dengan politik wang dan rasuah yang semakin parah dalam UMNO. Maka itulah akhirnya beliau dikatakan tidak berkempen secara agreasif termasuk menghulurkan habuan berbentuk wang kepada perwakilan untuk membeli undi. Jika amalan ini diteruskan maka kami yakin banyak perkara dapat diselesaikan nanti].












13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
ITU CAKAP2 ORANG2 YG KALAH...
NAK KATA APA LAGI??
ITU CAKAP2 ORANG2 YG KALAH...
NAK KATA APA LAGI??
SETIDAK-TIDAKNYA , DATUK NAN JUJUR MEMBERI KOMEN. TETAPI KAEDAH ARWAH TUN WALAUPUN TIDAK BERKEMPEN TETAPI SEMUA ORANG SAYANGKAN DIA BERDASARKAN PERWATAKAN DAN CARA PENAMPILAN BELIAU .
tahniah dato nan. mt yg tak ada jawatan tapi menang . kita tak perlu hormati. mereka ni memang hulur habuan kpd perwakilan yg bodoh untuk undi mereka. dato x perlu merasa kecewa semua mb akan di lantik secara automatik menjai ahli mt.
dia perasan dia punyai ramai penyokong, rasanya tak payah kepen pun boleh menang. rupanya ramai pemimpin umno nak minta beliau carikan jalan keluar dari rumah menteri besar Pahang.
Maksud dia tak berkempen secara agrasif maksudnya tak bagi duit banyak la....Tapi bagi duit sikit pasai tu kalah......
Mungkin dia dah fedup kot,
mungkin dia pun nak ikut
sharir samat jugak kot
Bab ni saya puji Dato' Nan. Mungkin sedikit cadangan, kalau dato' Nan dah tahu politik wang di dalam UMNO, rasanya elok keluar sahaja. Tak elok duduk bersubahat dalam kerja - kerja maksiat. Nanti kita termasuk dalam golongan tersebut.
Moga Allah sentiasa beri petunjuk kepada kita.
mb lain tak menang jugak kenapa nak balum mb pahang ni teruk2?? dah begitu kehendak perwakilan apasal koa orang nak sibuk2???
in pahang daily, bukan malaysia daily,tu sebab kita cerite pasai mb pahang, mb lain dia punya pasai.
Aku setuju dan bersependapat dengan mat terap.
Mat terap mana pulak tu?Klu Mat Turap aku tau le yang keja turap jalan tu yang bdn berkurap...Kih,kih,kih
tak apa melayu tarak suka melayu jadi ketua. kita bg kami punya bangsa cina pula jadi ketua. besst oooo. Haiyaaa lu mau kaaa. naik DAP kita bg hak sama rata / hapus semua. ohhh banyak seronokk ooooo. Robert
Post a Comment