PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Tuesday, March 31, 2009

Eksklusif: Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Apa Sudah Jadi Bila Markaz BN Kelihatan Lengang Dan Tiada Lagi Kelibat Petugas Seperti Biasa !!

TAIPING [11.05 pm] - Harapan cerah untuk melihat Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kian terserlah kini. Tindakan pemimpin UMNO mengarahkan polis Taiping menghalang kempen yang menggunakan isu Sultan Perak dan Altantunya jelas sekali menggundang kemarahan rakyat di sini. Malah rakyat dilihat akan bangkit membuktikannya menerusi kertas undi pada 7 April 2009 ini. Meraka sudah tidak sanggup lagi untuk melihat kezaliman dan tindakan yang jelas "double standard" dilakukan oleh kerajaan terhadap pembangkang di negara ini. Malah, larangan memasang bendera selain dari parti bertanding, ceramah dalam premis dan banyak lagi tindakan jelas bertentangan dengan amalan demokrasi yang telah sekian lama wujud di negara ini. Kami merasa agak hairan kenapa pihak polis mengeluarkan arahan baru dan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri. Sedangkan sepatutnya polis hanya ditugaskan untuk memantau kempen yang dijalankan oleh parti-parti yang bertanding dan bukannya mengeluarkan arahan yang bukan-bukan semata-mata untuk mempertahankan pemimpin yang sudah nyata akan kehilangan kuasa tidak lama lagi.

Bukti kukuh, ramai petugas BN kini meninggalkan markaz mereka
Berita terkini yang kami terima di Bukit Gantang ialah semakin hari semakin ramai petugas UMNO dan BN meninggalkan kawasan ini. Entah kenapa mereka tiba-tiba berbuat demikian agaknya?. Mungkin dek kerana mereka takut dimalukan akibat menerima kekalahan seperti di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu dulu, maka mereka awal-awal lagi sudah cabut. Jelas dapat dilihat markaz-markaz BN kini terbiar lengang tanpa kelibat para petugas mereka. Atau mungkin juga "Agung @ Fulus" belum tiba agaknya. Inilah yang sedang hangat dibicarakan oleh orang di sini. Khabarnya, majoriti penyokong Mukhriz Mahathir dan Rafidah Aziz yang kecewa dengan kekalahan mereka kini memboikot ketiga-tiga pilihanraya kecil itu. Paling jelas dapat dilihat di Parlimen Bukit Gantang sebenarnya. Malah kawasan itu dilihat sebagai lokasi paling panas dan hangat untuk dibicarakan kerana ia melibatkan "calon favourite" bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin.

[Harapan cerah untuk melihat Nizar menang besar kini kian terasa di mana-mana. Ceramah Pakatan Rakyat senantiasa penuh sesak dengan rakyat yang hadis, sementara itu jelas dapat dilihat ceramah-ceramah BN hanya bangku dan kerusi sahaja yang banyak. Mereka yang hadir kebanyakannya adalah penyokong dan petugas "fanatik" mereka sahaja. Jika keadaan ini berterusan sehingga menjelang tarikh 7 April ini, maka tidak syak lagi kerusi Parlimen Bukit Gantang akan tetap kekal menjadi hak milik PAS].

16 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

pro Umno said...

Bn ada kelebihan di 2 bukit 1 batang. sila layari http://proumno.blogspot.com/

Anonymous said...

Oii Pro Umno

Poorah...kami akan kuburkan UMNO.

cucutokgajah said...

sememangnya petugas2 BN tiada di markas masing2 kerana mereka menjalankan kerja mereka sendiri berbanding dengan petugas bangsat PAKATAN yang cuma tahu mengata dan mengupat...

Topeng Perak® Unmasked said...

Salam tuan blog... gambo2 tu kalau dah cilok orang punya, bagi la kredit... ape punya blogger da...

Anonymous said...

isk depa nak bagi nizar menang no...mintala DAP or PAS sediakan kereta BESAR utk nizar. cian dia dok gila ngan keta kerajaan baru neg Perak tu... sayang nak bagi keta tu balik.. belila satu kat dia ... malu la dok guna keta orang. kan org tak halal berdosa pula.... beli satu kat dia erk...bagi keta BMW pula mesti dia syok punya.

Anonymous said...

br kete camry, kerajaan t'ganu bl mercedes korang x bsg plak..biar la dia nk pakai, korang nk sibuk bt apa? gie jg korang punya parti la woi..rasuah bersepah2..

Anonymous said...

isk tak malu ke dok pakai keta k'jaan. katanya haram segala yg k'jaan buat. tu tak haram ke pakai benda org... malu la sikit oo..jgn kemaruk harta benda org.. sedar2 la sikit diri tu dah tak berkuasa

Anonymous said...

Nizar masih MB yang sah....Rampasan kuasa berlaku di Perak....kan dah jelas.........
Alah kalo setakat camry apalah sgt..yg kat sabah ni,kat sarawak rol royce,mercedez...tak bising pun....

Anonymous said...

harta org? sape ORG tu?..duit tu pn duit rakyat punya jgk la, ingat org KERAjaan je ke yg bayar cukai?..dia pakai pn utk kegunaan rasmi je..bkn bwk gie shopping malaun woi!!..

Anonymous said...

Oiii UMNO @ BN..kami bayo cukai tau..semua cukai kami tak kisah nak bayo..cuma cukai arak je yang kami tak bayo..itu mike yang bayo sebab mike yang guna....

Anonymous said...

petugas2 UMNO tak kerja sebab tak dapat duit lagi kut..kalu dapat duit karang dema pegi la tuh...jgn risau..ada duit ada kerja...

Anonymous said...

Woi...UMNO@BN & yg sewaktu denganya. Bila la kau orang nak sedar, mustahil orang UMNO tak tahu pasal RASUAH dalam UMNO... Sebab terlalu banyak makan RASUAH, orang UMNO buta hati... Sedarlah woi, anak bini pun di beri makan dengan duit itu jugak. Bila anak degil, marah anak.... Bodoh nak mampus... Itulah jadinya bila belakangkan Islam....Dulu aku pun HARDCORE umno tapi aku dah menyampah nengok RASUAH di semua pringkat UMNO. Sebab itu mustahil jika aku kata ahli UMNO tak tahu menahu pasal POLITIK WANG dalam UMNO.

Anonymous said...

Ambil gambar masa orang pergi solat/pergi berkempen dll. Blogger baghal ni tak tau strategi n perancangan..Kalu ramai-ramai kat bilik gerakan tu tak buat kerjalah namanya..asyik dok makan minum free je tak mau kerja, mengelamun sambil menadah tangan n minta dan minta sambil tunggu bulan jatuh ke riba..macam mana melayu islam nak maju! kalau nampak orang senang sikit, cepat2 kata orang tu RASUAH! Kenapa agaknya orang PR/PKR & Co. cukup pekat hasad dengki mereka..

Anonymous said...

PKR KATE UMNO PERASUAH,
UMNO KATA PKR HASAD DENGKI,
YANGMANA SATU BETOI NI,

TAPI LEMBAGA DISIPLIN UMNO
DAPATI RAMAI LAGI YANG AKAN
DIDAKWA KERANA POITIK WANG.

LEMBAGA DISIPLIN PKR TAKDE
PLAK KATA RAMAI AHLI DIA
YANG HASAD DENGKI, TAPI DURI
DALAM DAGING ADE LE.

MB TEGANU PAKAI MERS
MB PERAK PAKAI CAMRY
KM SERAWAK ROLL ROCYE
PAK LAH PAKAI WAJA JE..
KESIAN PAK LAH..

Anonymous said...

Tahun ni duit jolok banyak tak turun kat petugas BN kat bukit gantang.Ini trick paklah untuk menpsiko najib melalui perang rasuahnya. Itu pasal benda2 rasuah ni tetiba digembur2kan .If bukit gantang BN kalah bermakna atlantuya akan bersemadi dengan tenang..signifikasi besar ni pilihanraya kat sini.cabaran bagi najib sebenarnya..If tak der duit dalam BN dah lama BN berkubur...jangan nafikan ini kenyataan kerana aku juga petugas BN..

Anonymous said...

dia/beliau ingat dengan tabur duit dapat aper ajer yur..
ceh..
dia/beliau bagi kita amik..
tapi jangan ingat kita sokong..
bagi dia/beliau perasan jew..

masa pangkah bukan dia/beliau tau..
padan muka..
dasar Pemimpin rakus..