PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Sunday, March 29, 2009

Eksklusif: Sejarah Kini Tercipta Di Bukit Gantang, Lebih 30 Ribu Penyokong Telah Iringi Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Semasa Penamaan Calon Pagi Tadi

TAIPING - Hari ini merupakan hari yang bersejarah apabila lebih 30,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat telah mengiringi calon P059 Bukit Gantang dari PAS, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar ke tempat penamaan calon di Dewan Perbandaran Taiping. Bandar Taiping mula penuh sesak sejak tengah malam lagi apabila ramai yang tiba dari segenap pelusuk negara untuk bersama-sama Dato' Seri Nizar dihari yang bertuah ini. Ketiga-tiga masjid utama ditengah bandar Taiping penuh sesak hingga ke luar. Jam 7.30 pagi diadakan solat hajat di Masjid Jamek Taiping sebelum bertolak ke tempat penamaan calon. Oleh kerana terlalu ramai yang hadir, sewaktu Dato' Seri Nizar diiring ke dewan, berlaku sedikit kekalutan apabila ramai penyokong yang sedaya upaya merempuh rantaian pengawal keselamatan Pakatan hanya untuk bersalam dengan Dato' Seri Nizar. Walaupun hanya dapat menyentuh tangan beliau sekadar sedikit cuma, itu telah menjadi kepuasan bagi mereka yang begitu kagum dengan aura dan karisma Dato' Seri Nizar. Ramai pimpinan daripada Pas, Keadilan dan juga DAP peringkat negeri dan pusat telah bersama-sama Dato' Seri Nizar menuju ke dewan pencalonan. Manakala dari pihak BN pula, dianggarkan hanya sekitar 700 orang sahaja yang berjaya dihimpunkan.

Tiga calon di Parlimen Bukit Gantang, Ismail Saffian (BN), Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon Bebas Kamarul Ramizu Idris.




Jika jumlah penyokong dan juga gegak gempita sorakan diambil kira didalam acara yang berlangsung hari ini, ternyata Bukit Gantang masih milik PAS. Tetapi undi daripada penduduk tempatanlah yang akan menjadi penentu hala tuju masa depan Bukit Gantang. Sekatan dibuat polis dengan merentang kawat berduri serta deretan anggota FRU yang mengawal penyokong-penyokong Pakatan diluar pintu masuk dewan. Cuaca yang panas menyengat benar-benar menguji kesabaran apabila keputusan penamaan calon hanya diumumkan jam 11.20 pagi. Tiga calon yang layak bertanding untuk kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang. Mereka adalah Dato' Seri Nizar yang mewakili PAS, Ismail Sapian mewakili BN dan seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris (menggunakan lambang payung). Walaupun penyokong semua bersurai secara aman, namun deretan kenderaan yang bertali arus menuju keluar dari bandar Taiping merangkak perlahan sehinggalah jam 3.30 petang.



[Melihat kepada kehadiran penyokong yang begitu ramai, ternyata kini sememangnya sudah dapat disahkan bahawa Bukit Gantang adalah milik Pakatan Rakyat. Sungguh memalukan bila melihat tidak sampai pun ribuan penyokong BN mengiringi calon mereka dalam penamaan calon pilihanraya kawasan itu pagi tadi. Gambaran yang jelas kini bahawa kemenangan sudah boleh diramal, bahkan kemungkinan besar majoriti undi yang akan diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bakal melonjak dan memalukan UMNO dan BN kelak. Apapun buat semua rakan dan sahabat yang sedang membantu perjuangan di Bukit Gantang diharapakan agar dapat melakukan gerak kerja habis-habusan bagi menjamin kemenangan kerusi parlimen itu kelak. Sesungguhnya itulah sahaja cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan keegoan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional itu sebenarnya]. Info: Blog Ajijoi

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Melayu Sejati said...

Salam Tuan Blog,

1. Kebenaran itu tidak boleh disembunyikan dan kebenaran itu tidak boleh dihalang atau disekat.

2. Ketahuilah bahawa "Keadilan" itu adalah sebahagian daripada "Kebenaran".

3. Manusia tidak kira apa jua agama,bangsa dan warna kulit memerlukan kebenaran dan keadilan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

4. Kebenaran yang mutlak itu datangnya melalui perintah-perintah Tuhan dan bukannya daripada perintah-perintah manusia yang sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut peredaran masa dan zaman.

http://melayusesat.blogspot.com

Anonymous said...

Bagus la 1 juta pun x apa. Bangsa apa yang ramai . Melayu. Cina ada ka? Dapat apa dok bersorak ramai2 letih saja / berdosa saja. Melayu yg pandai dia akan p mengundi saja. Dolah naik nyoook.

Anonymous said...

UMNO pun bila berkempen tumpu la org melayu sama. Nampak2 sangat la ni dok tumpu kawasan pengundi cina saja. Ingat melayu marah macam mana pun dia tetap mengundi umno juga.ini tatang sangat dema 2 bila mengundi x umdi umno pun. sedar la sikit pemimpin umno oooo. jangan bagi pengundi melayu atas pagar bosan dgn perangai pemimpin umno. dolah naik nyoook.

Anonymous said...

cina pandai berpolitik
melayu je yg ikut politik bodoh umno.

Anonymous said...

cina pandai berpolitik
melayu je yg ikut politik bodoh umno.

Anonymous said...

megah betoi pakatan ngan kehadiran begitu ramai penyokong iring nizar erk... itulah org melayu...jadi pak turut... kalau org yg berfikiran dia tak pi ramai camtu...hanya nak bgi nama sebagai calon...buang masa je. Nak tau ramai tak ramai...masa undi je. yg sikit boleh jadi ramai yg ramai boleh jadi sikit. tak ke gitu!!!! Bangunlah org Melayu...Sedar sikit ke arah kebaikan anak cucu kita... tak usah dok buang masa ngan berarak sana sini yg tak bawa faedah pun.

Jebat said...

Aku kagum dgn Dato' Seri Nizar. Mari kita tggu dan lihat apakah pilihan rakyat Perak. PR @ BN yg mereka mahukan..

UMNOCINO said...

Memanglah bila ramai comfirm ada harapan. tgok kat Permatang Pauh dan Kuala Trengganu. Penyokong Paktan Raktay dtg guna duit sendiri tp penyokong BN kena bayar..siapa ada makan minum lagi...sampai bila rakyat nak diperbodohkan wahai UMNO?

Anonymous said...

Baguslah datang ramai-ramai dan ikut nasihat pulak tu, jadi takpayah lah polis nak guna belantan dan mandikan air meriam, buang duit rakyat je, natijahnya kalau kita aturan polis takguna kekerasan, tapi kalau sebaliknya jangan marahkan polis.undi jangan tak undi apa yang korang fikir baik, hormatilah polis yang bertugas ok,,, manusia ikut peraturan tapi kalau tak ikut korang fikirlah sendiri spesisnya, (b+n+t+n -a-a-g+=????

Anonymous said...

Orang UMNO @ BN memang dengki kalau orang PR lebih....

Anonymous said...

HIDUP DAP. KITA MAMPU JADI KETUA NAGARA. BIAR MELAYU SAMA MELAYU GADUH. KITA SENANG NAIK. KITA PERKUDA BETUI2 MELAYU YG BODOH2 NI. HIDUP DAP. MELAYU JADI KETUA PUN PAKAT RASA TAK PUAS HATI. KITA BAGI CINA PULA. BESST OOOO ROBERT

Anonymous said...

Dr. M dulu ader bagi harapan mungkin suatu hari nanti PM cina di lantik dari kalangan MCA..
ntah lar harapan kew bodek..
DAP bukan parti untuk bangsa cina shj.. ketua diorang KARPAL SINGK.. naib ketua pulak ader orang melayu..
hape lar..
MCA lain lar cap cina saje..

Anonymous said...

AKU MEMANG SUKA KALAU CINA MUSLIM
JADI PERDANA MENTERI. DARIPADA MELAYU ISLAM HADHARI.