TAIPING [9.53 pm] - Kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang kini semakin sengit dan panas. Seperti biasa ceramah Pakatan Rakyat dibanjiri oleh ribuan rakyat. Manakala ceramah BN hanya dihadiri oleh penyokong dan beberapa kerat rakyat yang dipanggil untuk mendapatkan bantuan atau sumbangan. Ini berlaku dimana-mana sekarang. Ternyata sokongan penduduk Bukit Gantang terhadap calon PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto) semakin menggalakkan. Ini membuatkan para pemimpin UMNO dan BN "tidur tak lena" dan bagai "cacing kepanasan". Isu utama yang menghangatkan suasana berkempen sudah pastilah isu "rampasan kuasa" dan "kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shariibuu". Malah di sana-sini dapat dilihat dengan jelas rakyat memang ingin mendengar info terkini berkenaan kedua-dua isu itu. Ini kerana kedua-duanya melibatkan Presiden UMNO yang baru dilantik Dato' Seri Najib Tun Razak. Tambahan pula isu rampasan kuasa bermula selepas Najib mengambil alih sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak manakala isu Altantunya pula jelas sekali melibatkan Najib seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa. Maka itulah, kedua-dua isu tersebut bagai menjadi "perencah kari" untuk menyedapkan makanan yang ingin dihidangkan kepada rakyat di Parlimen Bukit Gantang sekarang ini.Namun, entah kenapa agaknya tiba-tiba pihak polis Taiping mengeluarkan arahan baru untuk menyekat isu dimainkan dalam ceramah Pakatan Rakyat. Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak semalam mengeluarkan satu kenyataan bahawa "parti-parti politik yang bertanding" dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang tidak dibenar menyentuh keputusan Sultan Perak dan juga kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai bahan berkempen. Dengan syarat baru itu, keputusan Sultan Azlan Shah membolehkan BN membentuk kerajaan negeri Perak tidak boleh disentuh semasa ceramah kempen pilihan raya ini. Keputusan itu dibuat kononnya tidak mahu subjudis terhadap kes. Kes Altantuya bermula 2006 dan masih berlarutan manakala beberapa kes saman menyentuh krisis politik termasuk yang mempertikaikan pelantikan Datuk Zambry sebagai MB, menggantikan Datuk Seri Nizar juga sedang dibicarakan.
Menurut beliau lagi peraturan itu melibatkan kesemua parti politik. Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6. Menurut Syarat 3.5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata "tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan". Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, "kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan". Polis mengeluarkan permit berkempen di bawah Akta Polis dan berhak mengenakan syarat berkaitan tempoh kempen dan sebagainya. Kelmarin, PAS yang berhadapan dengan saingan calon BN berkata, polis telah mengurangkan tempoh berkempen selama sejam iaitu hanya dibenarkan sehingga 11 malam khususnya di kawasan luar bandar.
[Dengan syarat baru ini ternyata nampak benar UMNO dan BN semakin terdesak dan gusar dengan skongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat sebenarnya. Mereka tahu bahawa BN pasti akan kalah jika membenarkan dua isu itu dipermainkan. Namun begitu kita merasa agak lucu dengan perengan syarat baru yang dibuat oleh Ketua Polis Perak yang kononnya ditujukan kepada "semua parti politik" yang bertanding. Walhal, kita tahu benar bahawa arahan itu dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dan BN sendiri sebenarnya. Jika benar mereka mahu mengenakan syarat, kenapa tidak dibuat sejak awal-awal lagi iaitu sebelum hari pencalonan lagi. Bukan mereka tidak tahu bahawa isu itu telah mendapat perhatian rakyat bukan sahaja di Perak malah rakyat Malaysia seantero dunia. Maka itu mengapakah dibuat syarat baru yang ternyata untuk menghalang kempen Pakatan Rakyat. Apakah polis mahu penceramah pembangkang membicarakan sesuatu isu yang tidak mendapat perhatian rakyat. Justeru itu, kita amatlah berharap agar rakyat di Bukit Gantang dapat membuat keputusan 7 April ini. Biarlah mereka membuat berbagai-bagai syarat baru, namun "Rakyat Adalah Hakim Negara"]














17 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
KITA TAKUT NAIK JADI BONEKA LEBIH TERUK LAGI. RAKYAT PERAK DAH SERIK. BUKAN CERAMAH 2 . ITU MAKI HAMUN/ FITNAH / ITU YG POLIS TAK BAGI. TAKUT MELAYU DGN MELAYU BERGADUH. KALAU BANGSA LAIN MANPUH P LA. CINA DOK TIDUR SEDAP SAJA. MELAYU NI DOK YAK YEE SANA SINI. MOTONG PUN TAK G DAH ESOK PUNYA LA SEMANGAT. DOGOL
Isu Aminah, Perlembagaan, C4, Perundangan, Rasuah, Korupsi boleh kot?
Teruskan Nizar. Jangan dengar komen-komen dari pihak yg busuk hati dan dengki dengan kebolihan anda. Anda adalah pilihan rakyat kalau tidak masa kan ramai rakyat mendengar ceramah anda. Kalau nak bandingkan dengan puak-puak umno, tak kira sapa yg berceramah, PM ke atau sapa saja, kehadiran bolih dikira dengan jari..kalau sikit ramai pun sebab ada habuan, derma sana dan sini...kesian umno ditolak rakyat.
Apasal sempit sangat otak mamat ni... zaman dah berubah la. Jangan nak mainkan isu perkauman plak. kau ingat pemimpin kau sanjung tu 100% berjuang untuk bangsa melayu ka? "Rakyat Perak Dah Serik" katanya!!!! Bubar DUN PERAK baru tau Serik ke Tidak>>>>
Amat mengaibkan dalam pilihanraya negara demokrasi bila banyak halangan dan syarat di knekan pada phak pembangkang. Lebih dasyat bila pihak polis bertndak saperti sayap parti pemerentah untuk gempur pembangkang..
Dengan larangan itu juga akan mengkuburkan UMNO di Bt Gantang. Itulah pertolongan ALLAH untuk PR dalam PRK Bt Gantang. Alhamdulillah!
Salam tuan blog... kot ye pun cilok gambo orang, bagi la kredit... ape punya blogger da...
pemimpin camni ke hampa nak.. guna harta benda org. semua nak free.. tipu kata dia mb lagi. awat tak boh dalam jawatan tu sebagai mb bila serah borang pencalonan... tu la tipu cara Islam no. tu pun pengikut tetap cium bontot org camtu...org yg gila kuasa nak perintah...dah tak jadi mb tu serah balik la harta benda org.... kemaruk nak naik camry erk...beli sendiri la bro. minta derma kat pengikut2 yg ramai pi dgr ceramah tu..kan tu cara PAS dari dulu hingga kini ....
mintak dr org, lbh baik dr mencuri hak org...puak2 umno yg pakai kete dn bt rmh bsr2 tu, gn duit gaji bln2 ke?
hang tau ke depa guna duit apa? jgn dok buat fitnah yg bukan2 kalau tak ada bukti... hang tgk pemimpin pakatan tak ada keta n umah besar ke??? duit mana tu. duit minta derma dari hampa semua erk... hampa kat pengikut setia...bagi rantai emas pun tak pa kat pemimpin hampa...
ok...senang je sebenarnya,kita undi je parti yang berlandaskan dan mengangkat AlQuran dan Hadis dalam pemerintahan ....Memang jauh beza pemimpin Umno dan Pas...contoh yang jelas sekarang ni NIk Aziz,kehidupan dia,rumah dia...biase je...leh dijadikan pemimpin idola sekarang ni...
Takbir................!!!
korang ingat pemimpin2 PR duk dlm rmh br setahun nie je ke? itu rumah dia dh bt sebelum jd YB la banggang..kalo dia pakai duit derma org ramai pn kami x ksh, yg penting dia dpt berkhidmat utk rakyat dn x gn duit tu utk rasuah..kami bkn dipaksa utk menderma, dn kami jg x diajar utk bt sesuatu krn ganjaran..
UMNO guna polis lagi.. tu jew lar modal diorang dari dulu, kini dan selamanya..
kukuku..
cuba tengok polis-polis tuh..perut depa tu boyot tak...ei takutnye..eiii takutnye..
sAPE YAG TAHU DIMANA TERSIMPANYA
TEROPONG DALAM FILEM LAKSEMANA DO RE MI, TOLONG PINJAM JAB, SEBAB NAK
TENGOK SAPE YANG AKAN MENANG DALAM PRK DUA BUKIT DAN SATU BATANG.
SATU LAGI NAK TENGOK SAPE YANG
LETUPKAN ALTANTUNYA.
KLU ADA BOLIH HUBUNGI ADMIN PDO
KEH KEH KEH senang jew carik lar anak buluh betung..
abis cerita..
tapi nak cari bukan senang..
mereka/beliau telah disembunyikan oleh Raja Mahawangsa yang maha dhalim..
hehehe..
apabenda la yang merepek sangat ni....lantak dorang la...korang bising2 stakat dalam blog baik tak payah....tuuuu...tuuuu yang terer2 kat atas tu acer gi kat bk t gantang mintak jadik penceramah umno baru betui....nak tengok orang ramai ke kerusi ramai....kahkahkahkah...kalut betui!
Post a Comment