PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Saturday, March 28, 2009

Eksklusif: Isu Tarikh Keramat Peralihan Kuasa PM Terus Jadi Teka Teki, Apakah Pak Lah Serta Anwar Kini Bermain Silap Mata Dengan Najib !!

KUALA LUMPUR - Nampaknya bagai ada satu persoalan kini, bila Datuk Seri Abdullah Badawi masih berteka-teki berhubung dengan tarikh keramat peralihan kuasa bagi jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya diumumkan sekarang. Kenyataan terbaru Pak Lah yang akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian, jelas sekali bakal mencemaskan kem Najib Razak. Malah beliau secara tegas tidak membenarkan wartawan bertanya soal berkenaan, kerana beliau tahu yang bila-bila masa yang disukai untuk membuat pengumuman tersebut. Kenyataan terbaru beliau ini jelas sekali bakal mengundang kemarahan penyokong Najib Razak sebenarnya. Tambahan pula Najib sudah secara rasmi bergelar Presiden UMNO sekarang. Sebelum ini memang ada ramalan yang mengatakan Pak lah hanya akan melepaskan jawatan Presiden UMNO, tetapi bukannya Perdana Menteri. Apakah ia akan menjadi kenyataann kini, dan dapatkan Najib menerima ketentuan ini jika ia berlaku?. Semua ini bakal menghangatkan lagi politik negara. Biarpun Najib kini dilihat selamat dan selesa untuk menjadi Perdana Menteri, namun selagi Pak Lah tidak melepaskan jawatan itu maka selagi itulah beliau akan terus kempunan. Apakah Malaysia juga akan mempunyai dua orang Perdana Menteri selepas ini, jika berlaku "rampasan kuasa" seperti di Perak dulu. Orangnya tetap sama iaitu Najib Razak. Wajarkah beliau menggunakan pengaruhnya sekarang, sedangkan Pak Lah adalah Menteri Pertahanan dan beliau hanyalah Menteri Kewangan yang baru sahaja bergelar Presiden UMNO.


Apakah Pak Lah dan Anwar kini bermain silap mata dengan Najib Razak
Pertemuan sulit Pak Lah dan Anwar di Hulu Langat dulu juga boleh menjadi saksi perkara ini. Apakah ada pakatan baru antara kedua-dua pemimpin dari Pulau Mutiara itu dalam hal ini?. Biar pun Pak Lah menafikan bahawa ada rahsia yang dibincangkan antara keduanya, namun bagi pemerhati yang melihat pertemuan itu memang mengakui ada sesuatu perkara besar yang telah mereka bincangkan. Apakah ia berkaitan dengan "peralihan kuasa"?. Apakah Pak Lah memerlukan sokongan Anwar selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat untuk memastikan "undi tidak percaya kepada Najib" dapat dilaksanakan. Terdapat juga laporan yang Najib berusaha memujuk beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang untuk berpihak kepadanya. Apakah kerana beliau takut, Pak Lah dan Anwar berkompromi untuk membolehkan hasrat beliau menjadi Perdana Menteri terbantut?. Semua ini kini menjadi satu persoalan dan kemusykilan yang sukar dijawab. Hanya Pak Lah dan Anwar sahaja mengetahui apakah agenda pertemuan sulit mereka dulu. Najib harus berhati-hati jika tidak mahu terus kempunan merebut jawatan Perdana Menteri yang amat diidam-idamkan itu. Jika beliau tersilap, sudah pasti masa depannya akan terus suram. Tambahan kini, beliau mempunyai berbagai skandal yang amat menghantui dirinya dan menjadi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin tentang moral dan akhlak. Tidak mungkin Malaysia akan mempunyai serta diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang dipertikaikan keperibadiannya kelak.

[Apapun, kami yakin memang terdapat satu permain silap mata antara Pak Lah, Anwar dan Najib Razak sebenarnya. Kemenangan Khairy Jamaluddin adalah satu keputusan yang sudah dirancang untuk memastikan legasi Pak Lah terus berkuasa buat beberapa tahun lagi. Tambahan pula Khairy sendiri pernah bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling muda suatu hari nanti. Apaklah juga kemenangan Khairy itu ada kaitan dengan keputusan Pak Lah untuk tidak melepaskan jawatan Perdana Menteri. Jika tidak, sudah pasti harapan Khairy untuk menang tidak kelihatan. Tambahan pula majoriti pemuda bahagian sebenarnya menyokong kempimpinan Mukhriz Mahathir berdasarkan keputusan pencalonan yang dibuat tahun lepas. Tetapi, kenapakah akhirnya Khairy menang?. Inilah hakikat yang perlu ditelan oleh Najib dan Mahathir].

BENGKEL ASAS BLOGGER SIRI II & III
Terbuka Kepada Semua Rakyat Malaysia Berminat. Bengkel Akan Dijalankan Secara Teori Dan Praktikal. Anda Akan Memiliki Blog Peribadi Dan Tahu Teknik- Teknik Mengemaskininya Setelah Tamat Bengkel Ini Nanti.

Berminat ? Taip [Blog_Nama_Alamat] SMS 016-980 8900

10 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

POLITIK!! SEGALA KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU.

Anonymous said...

POLITIK!! SEGALA KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU.

dolah naik nyook said...

menang dgn membeli undi kita x perlu hormati. org yg tak ada pendirian x boleh menjadi ketua. patut dah lama lepas jawatan. tgk apa dah jadi dgn kemunculan hindraf/dan pelampuan2 cina. melayu / islam sedang tertekan pada masa ni.

Anonymous said...

Yang ana tau islam kat malaysia tak tertekan pun, yang tertekan adalah melayu dan melayu umno.

Anonymous said...

Sememangnya ISLAM tak penah tertekan or ditekan, sebab ISLAM adalah agama yg terlalu mulia di sisi Allah, yang tertekan adalah org2 yang sengaja mencari bala dalam politik ni... yg suka menyalahkan org lain... bukan melayu umno saja ... melayu pas pun sama je, jika jiwa tak cuci tertekan juga la!!!!!

Anonymous said...

doakan malaysia terus aman...amin.

Anonymous said...

Pak Lah takut kat Najib. Mesti bagi punya.
Tengok dah ada orang hantar kain jampi kat Pak Lah kan.

Anonymous said...

kita dah aman damai apa nak menyalak begitu? ke nak jadi macam indon suatu waktu dahulu?

Anonymous said...

Komen PDO ni adalah spekulasi dan buruk sangka semata-mata. Maklumlah bila tak puas hati, apa saja yg dibuat oleh UMNO semuanya tak kena, menyimpang, rasuah, pakatan sulit, dll. Wahai saudara-saudaraku, insaflah, bersihkan hati, tengok diri sendiri dulu..apa jasa anda pada ugama dan bangsa??

Anonymous said...

haiyaa itu bagus. Bagi DAP pula jadi ketua negara. Baru best. Kita jadi ketua kita bg sama rata / hapus semua kuota. Bagi melau jadi ketua. melayu suka dengki / fitnah sama melayu. skrg bagi DAP pula. Robert