SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK | SELAMAT BERPUASA DARI KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO)

Misteri: Aneh, Banduan Penjara Penor Kuantan Di Lawati Wanita Misteri, Apakah Ini Bermakna Satu Amaran Terakhir Buat Seseorang Agaknya!

KUANTAN - Ini satu berita gempar yang pasti menakjubkan telah kami terima. Satu kejadian aneh telah berlaku di Penjara Penor Kuantan pada 17 Mac 2009 yang lalu. Ia berikutan kes seorang banduan yang dilawati oleh pelawat misteri. Kes ini berlaku ketika para para banduan penjara berkenaan dibenarkan untuk menerima lawatan daripada keluarga dan saudara mara masing-masing. Namun, satu kejadian aneh telah berlaku melibatkan seorang banduan. Menurut laporan terdapat seorang wanita yang dipercayai mendaftar untuk masuk bertemu dengan banduan terbabit. Wanita itu telah mendaftar di pintu masuk (pengawal) Penjara Penor dan kemudiannya sekali lagi mendaftarkan namanya untuk sessi bertemu banduan terbabit. Kami tidak dapat memastikan apakah hubungan antara wanita itu dengan banduan terbabit. Dipercayai semasa mendaftar dikaunter berkenaan, beliau telah meninggalkan kad pengenalannya. Setelah beberapa ketika nombor banduan terbabit dipanggil untuk sessi bertemu dengan pelawat. Setelah lebih sekian lama menunggu, banduan itu agak hairan kerana tiada sesiapa yang datang berjumpa beliau. Hingga akhirnya menyebabkan pihak warden penjara menyiasat perkara itu. Setelah beberapa jam menunggu memang wanita yang dipercayai ingin melawat banduan itu tidak juga muncul-muncul. Hinggalah warden penjara memeriksa rekod pendaftaran pelawat dan menyemak kad pengenalan wanita itu. Anehnya kad pengenalan wanita itu tiada dalam simpanan, sedangkan semasa pendaftaran kad pengenalan itu diberikan kepada warden terbabit. Persitiwa ini mengejutkan pihak warden Penjara Penor dan juga banduan berkenaan. Difahamkan pegawai berkenaan yang mengambil pendaftaran wanita itu panik dan terkejut dengan perkara itu. Ramai yang tertanya-tanya, siapakah wanita misteri itu? Kenapakan beliau datang ke Penjara Penor untuk melawat banduan berkenaan?. Apakah hubungannya dengan banduan terbabit?. Ke manakah pula beliau menghilang sedangkan kad pengenalannya ada semasa pendaftaran itu juga turut hilang?. Banyak kemusykilan yang membelenggu Penjara Penor atas kejadian berkenaan.

[Untuk makluman Penjara Penor adalah terletak dalam Parlimen Pekan dibawah DUN Pulau Manis. Siapakah wanita misteri itu masih belum terjawab sehingga ke hari ini. Apakah ia ada kaitan dengan roh "Altantunya mencari pembunuh" agaknya, seperti kempen yang dilakukan oleh Chegu Bard dalam ceramahnya di Pekan malam semalam?. Atau mungkinkah juga wanita itu adalah "pengundi hantu" yang telah memenangkan Najib Razak di Pekan dalm pilihanraya umum lalu. Tambah mengelirukan bagaimana kad pengenalan yang disimpan oleh warden terbabit boleh hilang sedangkan ia tidak diambil oleh sesiapa pun. Apakah ini adalah satu amaran buat Najib Razak yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi, yang roh wanita monggolia itu sedang merayau-rayau untuk mencari siapakah pembunuhnya].

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

isk macam2 la citer yg dikeluarkan di sini. Nampak mcm nak jadi negara HANTU pula. kalo engko org yg perintah rasanya mmg berhantu la... mcm2 misteri nanti..

Merepek laa kau ni ...kalau yaa pun nak buat berita sensasi psl najib, tak yah ler dok cakap psl kisah2 mcm ni..x relevant kata augustine paul...

wanita misteri itu mungkin "big mama" yg mencari kambing hitam baru untuk dikorbankan.

wanita misteri itu mungkin "big mama" yg mencari kambing hitam baru untuk dikorbankan.

tak payah lah ko nak buat cerita menokok tambah..

altantuya lah itu lah inilah..

semua tahu bahawa altantuya tu agen perisik.

nak bukti...aku takde...

tapi ko ader ke bukti najib bunuh altantuya?

hahhh ini hah bukti...(sambil menunjuk jari tengah keatas,..dan jari lain dilipat..)..
kalau tak ada angin mana poko goyang bebb....
itu semua antu dalam filem keliwon yg selalu dok tayang dkt TV...tak pun antu yg dok ganggu sekolah tg lumpur...
semua altantuya panggil utk tolong dia...antu pun ada geng gak...mcm umno & parti lain lee..dia pun ada ketua..sapa yg kena bunuh terukkk..maka dilantik jadi ketua...semua antu tu berhimpun utk mengtekedarah darah rosmah yg dipenuhi botok...huhuuu...tak cayeee..tungguuuuuuuuuuuu.........

sapa nama antu tu. Ada tengok buku lawatan tu tak nama perempuan tu?

hahaha nama antu tu sharipdontuya heheheh.. dia nak hisap darah rosmah konon...caya sama antu... Allah ada la wei

tak habis habis lagi pdo ni, tunggulah tak lama lagi blog ni kena tutup dan admin kena seret ke mahkamah...tinggal lah semua anak bini merempat kat luar...masa tu baru tau langit tinggi rendah!

kakaka... antu ya...
kenape gi penjara lak..
gi lar gigit Pak Jib tu..

Per lar..

Apa yg korang susah2 sangat?Jin Islam & Jin Kafir laknat tu Allah yg cipta..Hanya DIA yang maha Mengetahui..

Kini sya nyatakan sayalah banduan terbabit.. memang benar hingga skrg x dpt dirungkai misteri ini...

EKCELI CITER NI BETUL... TGK CCTV PUN MMG ADE MAKCIK TU.... DAFTAR LAWAT DI BALAI PENGAWAL PUN ADA... MASALAH SI PENULIS NI HA... JALAN CERITA AWOK BUAT XBEST LALU... IKUT PADA NAMA YANG MENDAFTAR MERUPAKAN MAK SAUDARA BANDUAN BERKENAAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA....

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]