Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


March 17, 2009

Terbongkar: Penangan Ajaran Islam Al-Hadhari, Akhirnya Anak Menteri UMNO Nazri Aziz Sendiri Yang Semakin Hanyut Serta Tidak Sedarkan Diri

KUALA LUMPUR - Sungguh memalukan, berita paling menggemparkan telah terbongkar kini. Nampaknya pemimpin UMNO yang kononnya berjuang untuk mempertahankan Islam dan orang Melayu di negara ini "cakap tak serupa bikin". Sebelum ini kita digemparkan dengan foto-foto anak Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang begitu "sosial" tanpa melambangkan seorang Islam langsung. Banyak gambar yang dipaparkan di internet memaparkan anak kepada bakal Perdana Menteri itu berpelukan dengan gadis-gadis "mat salleh" dalam keadaan seksi dan mengiurkan di luar negara. Berita itu telah tersebar luas sebelum ini. Namun, kini satu lagi pembongkaran telah dibuat dan lebih "menyedihkan" kali ini. Ia melibatkan paparan tentang kelibat anak kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Apakah ini yang rakyat mahu saksikan sebenarnya?


Memalukan, apakah ini budaya Islam Hadhari yang ingin dibawa?

Aksi ghairah anak seorang menteri UMNO di negara Islam Hadhari
Ternyata, anak kepada Nazri Aziz ini langsung tidak melambangkan imej seorang pengamal Islam Hadhari sebenarnya. Paparan yang dibuat jelas sekali melambangkan betapa rosaknya akidah anak menteri terbabit. Sedangkan dalam masa yang sama ayahandanya begitu lantang bersuara di parlimen untuk mempertikaikan berbagai isu yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat. Maka itu dibawah ini kami paparkan beberapa paparan ngeri untuk dinilai sendiri oleh para pembaca budiman. Apakah layak mereka ini digelar pemimpin Islam Hadhari jika anak-anak sendiri gagal dibentuk dengan acuan Islam itu sendiri. Jelas sekali anak-anak mereka telah "rosak akhlak" dan terdedah benar dengan "sistem sekular" yang jelas bertentangan dengan adat-adat ketimuran dan konsep Islam Hadhari yang sering mereka laung-laungkan selama ini.

[Dengan bukti-bukti yang dipaparkan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita bahawa ajaran Islam Hadhari ternyata gagal membentuk akidah dan akhlak generasi muda hari ini. Jika inilah cara kehidupan anak para menteri Islam Hadhari itu sendiri, maka apakah kita yakin yang ibubapa mereka boleh memimpin rakyat ke jalan keredhaan dan ketakwaan Allah SWT agaknya. Justeru itulah, sebelum membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang akan memimpin kita sila pastikan dulu apakah mereka berjaya memimpin keluarga mereka sendiri?. Jika isteri dan anak-anak tidak menutup aurat dan terlibat dengan gejala sosial yang cukup parah seperti ini maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak mereka sebagai pemimpin kita. Jika tidak, sudah pasti segala dosa dan noda turut akan terpalit kepada diri kita di kemudian hari nanti. Buat rakyat Bukit Gantang, sila fikir-fikirkanlah. Lagi foto klik sini].

TAWARAN: PLAT CANTIK UNTUK DI JUAL
WEM77, BBG14, AGJ5, NCD4, AGE88, AGK88, WPC444, NBN44, BEU77, BT56, WR71, BBG60, BBP1234, JB111, ABU2121, BBE4444

Tel : 019 - 292 1111 (Cik Zura
)

9 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

haha! Kita saksikan drama-drama yg bakal berlaku nanti. siapakan directornya dan watak-watak utamanya.

Download Movies /
Apps

Anonymous said...

semuanya sama aje... BN ke PAS ke PKR ke...semua sama... cuma tak diselongkar seterusnya.. itu semua biar mereke2 sndiri yg tanggung ngan ALLAH. Kita sendiri tak payahla cari dan menambah dosa ngan mencari salah orang...

Tungaklangit said...

salam

saya nak ingatkan kalau saudara mahukan Allah menutup keaiban saudara di padang mashyar nanti maka tutuplah keaiban suadara islam kamu dan diri kamu dari pengetahuan orang lain..

kalau kamu mahu Allah mengampun dosa kamu maka kamu perlulah ampun dosa orang yang berbuat jahat kepada kita..

ingat perbalasan tuhan pasti akan datang (ikut senikata lagu saudara)

ingatlah pesanan saya ini..

salam

Anonymous said...

like father like son..
kikiki..

Anonymous said...

Buatlah kebaikan
Cegahlah kemungkaran

Budak ni memalukan saja
Mak Bapak dia

Tak salah ibu mengandung
Tak salah jugak bapa yang menyebabkan ibu mengandung

Budak ni yang salah
Kalau kat mahkamah syariah
denda rm1000 selesai masallah

Anonymous said...

Ni sape pulak dok fitnah anak
nazri aziz.

Kalau tak kenal Nazri tu, janganlah dok fitnah, dia seorang berpengaruh dan sentiasa membantu rakyat dikawasan dia diperak. Dia jugak sentiasa berulang alik ke masjid dan selalu menderma kepada fakir2 miskin.

Anak dia jugak seorang anak yang solleh dan sentiasa menjaga adap2 selaku anak kepada seorang menteri.

Anonymous said...

tak kesah laa dia anak sapa pon..
tetap manusia gak..
anak imam pon ade yg murtad..
takkan kita pakat tanak pegi masjid klu tau anak imam murtad??

Anonymous said...

Sape la anon March 17, 2009 7:01:00 PM nih?

Kok ye pun sayang sangaaat ngan nazri aziz nih, jangan la dok menipu. saya yang dok umah dekat ngan umah dia pun tau sume yang dikatakan oleh anon tu adalah TIPU SEMATA-MATA. Lain kali cek betul2 sebelum menulis.

Anonymous said...

haha..semua same ap,ak tengok banyak keburukan pada puak pembela melayu la konon ada lah,
aku hairan ad lagi puak2 fanatik duk sokong puak2 nie,
ada akal x pakaii ka.

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]