KUANTAN [3.03 pm] - Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dua disket mengandungi gambar bogel pelakon Linda Rafar, lima tahun lalu. Tertuduh, Foo Tip Hin, 56, dari Lorong Selamat, Jalan Teluk Sisek, di sini, membuat pengakuan terbabit selepas memahami pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa mahkamah. Majistret Nordiana Abd Aziz menetapkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM3,500 dengan dua penjamin. Kesnya disebut semula 14 Mei ini.
PAS Bincang Lanjut Isu Letak Calon Di Penanti
KEPONG [2.30 pm] - PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan PAS Pulau Pinang berhubung usaha PAS Permatang Pauh yang mahu meletakkan calon parti itu bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei depan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar (foto), berkata PAS Pusat pada asasnya sudah bersetuju dengan calon yang dipilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) berkata demikian selepas mengadakan lawatan PAC ke kolam takungan Air Jinjang, di sini, pagi ini.[Nampaknya, kini bagai sudah ada budaya ugutan pula dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini budaya itu dikatakan menular dikalangan UMNO dan Barisan Nasional. Tapi kini segalanya nampak sudah berubah. Apakah ini caranya pemimpin PAS kawasan mahu berpolitik secara ikhlas dan jujur. Keputusan untuk meletakkan calon di DUN Penanti, jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya. Jika tidak diberi, sudah pasti PAS kawasan akan mengarahkan ahlinya tidak keluar mengundi nanti].
KUALA LUMPUR [2.26 pm] - Mesyuarat biro politik UMNO yang dijadual hari ini, ditangguh sehingga Isnin depan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (foto), mengesahkan perkara itu ketika dihubungi di sini. Mesyuarat itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga naib presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Antara perkara yang dijangka dibincang pada mesyuarat itu ialah keputusan UMNO sama ada akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.[Apa sudah jadi?. Nampaknya UMNO semakin takut dan kecut dengan Pakatan Rakyat kali ini. Cakap sudah tidak serupa bikin. Dengan kekuatan jentera dan bantuan dari kroni "SPR", kini parti karat itu masih takut dan gusar untuk meletakkan calon di Penanti. Akibatnya mereka masih tertunggu-tunggu jawapan sama ada mahu bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil itu nanti. Jika BN tidak bertanding, maka sahlah mereka bukan "anak jantan" yang takut untuk bertarung dalam gelanggang terbuka. Mereka hanya pandai merampas kuasa dengan cara yang salah tetapi "menikus" bila menyebut tentang pilihanraya kecil].
PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian mereka untuk melaksanakan larangan kepada parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (foto) berkata, SPR tetap dengan keputusan mereka dan mahu semua parti politik dan penyokong parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. "Kita tetap dengan pendirian untuk kuat kuasakan undang-undang tersebut bagi mengelakkan wujudnya masalah terhadap pengundi dan petugas sewaktu proses pilihan raya diadakan," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara menggesa SPR agar menarik balik keputusan larangan tersebut dan bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan SPR esok bagi membincangkan mengenai isu berkenaan. Bagaimanapun Abdul Aziz memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai rancangan pertemuan tersebut.
[Inilah menunjukkan sikap sebenar SPR sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka lebih tunduk dan patuh kepada arahan kerajaan yang memerintah daripada mahu menjadi sebuah badan yang benar-benar bebas dan adil. Kami juga tidak yakin dengan tindakan SPR menghalang "pondok panas" itu. Kerana SPR berpendapatan pengundi boleh menyemak nama sebelum hari mengundi atau pergi ke kaunter SPR yang disediakan. Masalahnya sudah banyak berlaku kehilangan nama pada daftar SPR dan ada orang yang telah mengundi bagi pihak pengundi terbabit. Ini pernah PDO dedahkan di Kuala Terengganu dulu. Pegawai SPR sendiri terkejut dengan apa yang berlaku, mujurlah semakan di pondok panas membuktikan sebaliknya. Bayangkan jika dibiarkan hanya kaunter SPR sahaja dibenarkan. Mereka tidak telus, malah secara terang-terang menyuruh pengundi memangkah BN sebelum ini. Apakah kita akan kembali ke zaman kuno, bukankan polis ada ditugas untuk memantau andainya berlaku kekecohan atau pergaduhan. Maka benarlah SPR kini memihak kepada BN].
PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya. Justeru, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto) berkata, pihaknya menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad yang sepatutnya bersikap neutral dalam menjalankan amanah SPR. Kini SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru iaitu mengehadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding pada hari penamaan calon, menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung. "Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik. "AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihan raya kecil yang berlangsung, sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon," kata beliau dalam kenyataannya.
[Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh SPR itu menunjukkan yang mereka sudah kemaruk untuk memastikan BN menang pula dalam pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia. Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak, tidak mahu BN terus dimalukan oleh suara rakyat. Maka itu tekanan diberikan kepara SPR sebagai badan yang mengendalikan pilihanraya "adil dan telus" di Malaysia ini untuk memainkan peranannya. Maka terwujudlah satu tindakan dan peraturan baru yang jelas bercanggah dengan amalam demokrasi itu sendiri. Pemimpin UMNO dan BN sebenarnya takut untuk berhadapan secara "jantan" dengan Pakatan Rakyat. Biarpun mereka sudah ada segala senjata yang lengkap untuk "mengganyang" pembangkang, namun ia tidak cukup untuk meyakinkan rakyat yang ternyata mahukan perubahan sebenarnya. Malah akhirnya mereka ditolak dalam empat pilihanraya di Semenanjung dan hanya mengharapakan "talian hayat" SPR menang secara "runding terus" di pilihanraya kecil DUN Batang Ai Sarawak baru-baru ini].
[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]
[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]












7 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
awas!! peranng siber akan bermula, org umno makin takut..haha!!
PDO bersiap sedia lah dgn segala senjata dn kelengkapan yg ada...
utk keterangan lanjut, sila kunjungi blog dibawah in..
http://braveheart-blogger.blogspot.com
SPR atau BN yg Panas di Pondok Panas Penanti??
SPR atau BN yg Panas di Pondok Panas Penanti??
Yeee je.. entah-entah bila hari pilihanraya nanti, dah boleh pulak bukak pondok panas.. Bukan boleh caya diorang ni..
Pondok Jual Goreng Pisang Panas pun boleh janji awak org BN sokong BN. Yg lain sorry haram utk parti lain
Ada ke takde ke pondok panas tu tak menjadi hal. Sebabnya semua pengundi-pengundi taksub aljuburi dah bertekad hati nak undi siapa..Buat ape nak jadikan isu. Kalau dah yakin menang, apa nak bising-bising lagi.
sian aku tgk umno skrg ni, dpt pm baru pun x guna pengecut nk mampus..
Post a Comment