PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Wednesday, April 29, 2009

Eksklusif: Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman Sah Terpilih Sebagai Calon PKR Pilihanraya Kecil Penanti !!

PETALING JAYA - Sah! Sebagaimana diramalkan sebelum ini bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman (foto) akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat. Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang. Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi. Menurut Anwar, Mansor akan dicalonkan untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil ini. Pengumuman mengenainya dibuat Anwar di hadapan kira-kira 1,000 penyokong. Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini. Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memiliki tiga ijazah sarjana.

Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale. Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau. Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan. Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam. Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008. Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas. Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti. Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya. Pada Pilihanraya Umum tahun lalu, Fairus menewaskan calon BN.

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Tahniah & selamat bertanding. Berkempenlah dengan tertib, berhemah dan professional sesuai dgn latar belakang dan profile anda. Sbgaimana tesis dibuat dgn cukup fakta dan beserta dgn thepothesis logik, begitulah cara utk berhujah semasa berkempen nanti. Janganlah mengadakan teori yg tak masuk akal, janganlah mengadakan dan mereka cerita, janganlah memfitnah, janganlah memaki hamun dan menghina, janganlah mempromosikan keganasan dikalangan ahli (spt. yang berlaku disemua PRK oleh kebanyakan ahli PKR haprak tu). Selamat berjaya!

Anonymous said...

Salam dan salam sejahtera kepada semua pengundi Penanti. Selamat menunaikan tanggungjawab anda sekali lagi dgn mengundi calon yang betul betul cakap serupa bikin.

Penanti medan terbaik BN tamat muslihat pakatan rakyat. Apa muslihat PKR dan apa kebaikan UMNO BN yg memerintah sebelum 2008 berpuluh puluh tahun sebelumnya. Apakah pekan penanti terus jadi usang dan buruk mcm zaman jepun selepas dimenangi oleh Fairus PKR. ADakah penanti sebelum ini dibawah UMNO BN yg kaya pekan penanti seperti istana kayangan bandar moden ada bangunan pencakar langit. Sekali imbas pekan tu mcm tu juga dari dulu hingga sekarang.Cuma lepas PKR amik alih mulalah cerita pekan ni usang.

Sama jua yg dengan pekan PEKAN Pahang dibawah org no1 negara skrg.Adakah bandar Pekan skrg ada bngn KLCC ada.Yg ada cuma Kilang kereta mujur ada satu mercu tanda itu.

Kesimpulannya hanya BN UMNO saja lah yg hero dlm bab membelit melayu.Bab memberi kesenangan kpd bangsa sendiri munkin 2020. Apa yg rakyat perlu bkn belit pekan penanti sama mcm tu juga dibawah UMNO selama 40thn.Nk tanya ketua umno situ. Hang buat apa sebelum ni kat pekan penanti tk nampak apa pun yg maju pembangunan ka situ. Ni nk salah kat PKR pekan tu usang lepas 1 tahun dibawah PKR.

Apa ke jadah. Kerbau pun tahu menilai mana kaca mana permata.Kami manusia lg ada otak nk nilai antara UMNO dan PKR sudah tentu kami pilih PKR kerana bukti UMNO tk buat apa pun 40thn pekan penanti tetap usang.

Kami nampak mana kaca mana permata.Berita Harian kami baca saja utk nilaian. Kerana kami faham dan mengerti di PDO ini lah ruang kami menulis apa yg benar realiti kehidupan kami di penanti.

Selamat membuang undi kepada semua warga penanti. Anda semua tahu siapa kaca siapa permata.

Anonymous said...

Biar kami ikat perut biar kami susah asal kami tidak memangkah BN UMNO di penanti.Kerana kami tahu siapa yg lbh baik antara PKR dan UMNO.

Kami tahu dan faham siapa sebenarnya petualang bangsa.Kami akan realitikn nya nanti atas kertas undi.Walau apa pun hang tulis kat surat khabar hang kami tk amik tahu.Kami dah masak dgn perangai depa ni.

Kami tk sabar lg nk keluar membuang undi.

Penanti medan terbaik tamatkan muslihat Barisan Nasional. Rakyat inginkan perubahan. Pakatan Rakyat wadah terbaik kami khasnya juga rakyat Malaysia Amnya