PAHANG DAILY ONLINE (PDO) | SUARA KEADILAN UNTUK RAKYAT | PEOPLE'S JUSTICE VOICE (PJV)

Thursday, April 30, 2009

Eksklusif: Isu Saiful Saman Pahang Daily Online, Siapah Penulis Blog Yang Hendak Diberikan Writ Saman Oleh Peguam Beliau Itu Sebenarnya !!


Laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian bertarikh 24 April 2009
Susulan isu Saiful menyaman Pahang Daily Online baru-baru ini. Maka ramai yang tertanya-tanya dan mahu perkembangan lanjut isu berkenaan. Krew-krew kami di seluruh negara telah dihubungi bertalu-talu oleh pihak-pihak berkenaan untuk mendapat kepastian siapakah "penulis blog" yang dimaksudkan oleh Saiful Bukhari Azlan dalam kes saman RM2 juta itu. Buat masa ini pihak kami di PDO masih dapat beroperasi seperti biasa tanpa sebarang masalah. Dek kerana isu saman yang dimainkan oleh Saiful dalam banyak media baru-baru ini, maka kehadiran pengunjung ke blog ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Justeru itu, PDO merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua pihak atas perkara ini. Cuma buat masa ini pihak kami masih melihat isu "saman Saiful" dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Bagi kami Saiful mempunyai hak untuk menyaman mana-mana pihak yang dikatakan menfitnah dirinya. Soalnya apakah semua tohmahan yang dibicarakan itu adalah "fitnah" semata-mata atau sebaliknya. Jika Saiful berkata semua itu adalah fitnah, maka bagaimanakah pula kes beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga dikatakan fitnah itu. Kenapa tatkala Anwar membuat laporan polis tentang Saiful menfitnah dirinya, pihak polis tidak menjalankan siasatan isu tersebut. Malah, pihak polis lebih "berselera" untuk menyiasat laporan Saiful yang berbelit-belit perihal beliau diliwat oleh Anwar itu. Dalam masa yang sama pihak polis juga sepatutnya menyiasat "laporan perubatan" yang dikeluarkan oleh Dr.Mohammad Osman dan Hospital Pusrawi sebelum ini. Apakah ianya "benar" atau hanya sekadar fitnah semata-mata.

Laporan Perubatan Pusrawi Fitnah Saiful

Kerajaan sebelum ini juga telah mengumumkan bahawa "doktor pusrawi yang berbangsa Myanmar" terbabit bukanlah doktor pakar "liwat" dan beliau tidak layak untuk memeriksa Saiful Bukhari. Masalahnya di sini, ketika Saiful berjumpa doktor tersebut beliau hanya mengadu sakit dibahagian "duburnya" dan mengatakan ada benda tajam masuk ke dalam lubang duburnya. Beliau tidak pula mengatakan dirinya diliwat?. Maka tidak perlu dia dirujuk kepada doktor pakar sebenarnya. Laporan perubatan yang disediakan oleh Dr.Mohammad Osman telah jelas menyatakan tidak ada sebarang tusukan benda tajam ke dalam lubang dubur Saiful. Maka tidak ditimbul, doktor pakar atau tidak. Jika dia hanya pembantu perubatan, kenapa pula namanya bergelar "doktor". Rakyat menjadi semakin keliru sebenarnya kes ini. Kemudian, bila Saiful sudah mendapatkan rawatan beliau juga telah dinasihatkan oleh doktor terbabit agar membuat pemeriksaan selanjutnya di hospital kerajaan jika tidak berpuas hati dengan pemeriksaan yang dilakukan. Masalahnya, apakah Saiful telah pergi membuat pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan selepas itu. Jika benar, kenapa laporan perubatan daripada hospital terbabit juga tidak diketahui hingga ke saat ini. Apakah kes seorang doktor pakar "forensik" dari Hospital Kuala Lumpur ditukarkan gara-gara enggan menukar laporan perubatan bahawa Azizan telah diliwat oleh Anwar dulu berulang kembali kini?. Jika benar laporan perubatan Pusrawi itu salah, maka jelas ia telah menfitnah Saiful. Kenapa pula hingga sekarang beliau tidak berani menyaman doktor dan hospital terbabit?

Siapakah Penulis Blog Yang Mahu Di Saman


Dalam samannya Saiful menyatakan bahawa Pahang Daily Online mahu disaman RM2 juta. Namun, sesuatu yang janggal bila ditanya media kepada beliau "Siapakah penulis blog terbabit?", beliau menyatakan bahawa "itu kena tunggu writ saman diserahkan dan barulah beliau akan dedahkan kepada pihak media". Soalnya siapakah yang mahu disaman oleh Saiful sekarang?. Kenapa beliau tidak berani untuk buat "serkap jarang" kepada krew-krew kami yang berada di mana-mana sekarang. Mungkinkah krew kami yang paling panas dan sensasi iatu Blogger Cucumatkilau bakal menjadi individu yang akan dituduh?. Tambahan pula pihak polis sebelum ini telah mengambil masa yang lama untuk menyiasat beliau berhubung kes berkenaan. Namun, apa akan terjadi kepada Saiful jika Cucumatkilau bukanlah penulis artikel terbabit?. Apakah bukti yang mahu beliau kemukakan, jika sekadar mencetak keratan artikel berkenaan dan diserahkan kepada pihak polis sebagai bukti. Kemungkinan ada orang yang sengaja mahu menganiayai beliau. Bahkan, hari ini bermacam-macam teknik ICT yang boleh digunakan untuk memanipulasikan sesuatu. Inikan pula artikel yang berkenaan. Soalnya, benarkah artikel itu adalah tulisan Cucumatkilau atau lain-lain krew blog ini?. Cucumatkilau adalah sebahagian daripada kami dan beliau memang terlibat secara aktif untuk memantau blog ini sejak awal penubuhannya. Namun, tuduhan yang "rambang" terhadap penglibatan Cucumatkilau dengan artikel terbabit pasti mengundang padah di kemudian hari.

[Ramai pihak kini yang begitu tertunggu-tunggu perkembangan terkini isu ini. Pihak kami juga sedang dalam usaha untuk menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Saiful Lawan PDO: Fakta Atau Auta" yang akan berada dipasaran sedikit masa lagi. Dalam buku ini, semua artikel dan laporan berkenaan kes Saiful ini akan dikumpul untuk didedahkan kepada orang ramai. Buku yang akan ditulis oleh Blogger Cucumatkilau itu bagi memberi maklumat sebenar tentang perjalanan kes Saiful dari awal hingga sekarang, termasuk juga saman yang dibuat terhadap blog ini. Jika tidak ada aral melintang buku yang panas dan sensasi ini akan berada di pasaran mulai bulan Jun 2009 ini. Kepada anda yang berminat untuk membuat tempahan buku ini bolehlah menghubungi blogger cucumatkilau nanti. Sila baca juga artikel terbaru di blog cucumatkilau "Saiful Saman PDO, Kenyataan Cucu Mengundang Seribu Persoalan".]

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

8 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Apakah perasaan anda juga perasaan en saiful tika dan saat ini. Adakah saiful mampu menakluki rm2 juta atau PDO akan lesap rm2 juta marilah kita sama sama baca buku terbitan terkini Saiful VS PDO yg terhangat di pasaran sedikit masa lagi.

Perasaan hamba mcm biasalah meluat jijik loya busuk paling busuk dari bangkai manusia yg terbujur seminggu.

Ana tk sanggup la nk buat keje seumpama ini.terlalu laknat balasannya jika nk dibandingkan dgn duit rm2juta

Bujang Susah said...

Salam bro.. x boleh copy mcmana nak panjang2kan berita ni bro..

Anonymous said...

WSALAM..

P E R C A Y A L A H ... itu lagu siti nurhaliza. tapi bg kita mcmmana nk percaya benda atau perkara yg tidak masuk dek akal tk cerna dek perut tk lekang dek mata tk selera nk baca dek lidah.

Seumpama tahyol pocong vs pontianak. mana ada semua tu bro. syirik tu. jgn takut tu semua. takut ALLAH pencipta kita tuan besar kita.

Jangan takut pada yg lain selainNYA bimbang kita murtad wal syirik. nauuzubillah. mintak jauh

Kepada muslimin dan muslimat yg dihormati sekalian berbuatlah kebaikan seolah kita akan hidup seribu tahun lg tinggalkan lah kejahatan tu seolah kita nk mati la ni....

Bingkisan pengetuk hati buat saudaraku en saiful

pdo puchong said...

sila email pahangdaily@yahoo.com untuk mendapatkan artikel terkini dari blog ini. salam

Anonymous said...

Blogger PDO a.k.a cucumatkilau hanyalah nama samaran. Secara logiknya memanglah tak mungkin nak hantar writ saman kpd nama samaran. Tetapi setelah lapuran polis dibuat, empunya blog mesti dapat dikesan. Bila dah saheh, hantar je lah writ saman tu berdasarkan maklumat tuan punya blog yg berdaftar melalui IP. Ini semua terkandung dlm akta multimedia yg berkenaan. Oleh itu susah jugak cucumatkilau ni nak menghilangkan diri utk mengelak writ saman tersebut. Sebabnya sudah pasti Almarhum Pahlawan Agung Mat Kilau tidak mewasiatkan ilmu utk menghilangkan diri pada cucu-cucunya yg telah menyimpang. Tengok je lah nanti..

Anonymous said...

Kalau mat kilau masih hidup,
memang sah dia tak sokong umno

Anonymous said...

Mat Kilau tak kan sokong sesiapa pun. Dia mungkin konfius dgn keadaan sekarang. Lebih konfius lagi dgn selera sonsang de facto PKR tu.

Anonymous said...

salam... kalau buku ni kluaq "Saiful Lawan PDO: Fakta Atau Auta" aku rasa gerenti meletup... buat duit beb!!!

>>>BK<<<