pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kontrorversi: Kes Deraan Adi Anwar, Nampaknya Insiden Kugan Berlaku Lagi Bila Ibunya Mengadu Anaknya Itu Telah Dipukul Oleh Pihak Polis !!
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR [1.21 pm] - Semalam Ibu mangsa deraan terbaru iaitu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya ...
KUALA LUMPUR [1.21 pm] - Semalam Ibu mangsa deraan terbaru iaitu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan. Jiknah Harun (foto), 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya. Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang. Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap. Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital. Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi. Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar. Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jiknah berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan Adi Anwar secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan. Adi Anwar ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut dan terus tidak sedarkan diri.


Sedih, keadaan Adi Anwar yang masih tenat menjadi misteri setakat ini

[Nampaknya kes ini mirip kepada kes S.Kugan yang pada awalnya polis turut menyatakan beliau mati kerana penyakit lain. Namun setelah dibedah siasat kali kedua ternyata lain pula jawapannya. Malah, lebih parah lagi terdapat kesan-kesan lebam yang cukup mengerikan pada jasadnya. Mujurlah beliau meninggal dunia dan tindak mampu untuk berkata apa-apa sebagai saksi dan bukti. Namun bagi kes Adi Anwar ini, beliau masih boleh menjawab pertanyaan biarpun tidak boleh berkata-kata. Menerusi gerakan beliau itu, jelas sekali beliau mengaku dirinya didera oleh pihak polis semasa berada di tahanan. Apakah pihak polis masih tidak mahu mengaku kini, bila seluruh badannya menunjukkan jelas dirinya telah didera sebenarnya].

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, April 12, 2009 2:02:00 PM

Alangkah ironinya manusia kalau sudah tidak punya perasaan,hukuman yang di terima setimpalkah dengan kesalahan yang telah dilakuan?.Bayangkan kalau anak-anak anda diperlakukan bergini wahai anda yang punya perasaan?.

mohamad fauzi said... Sunday, April 12, 2009 2:42:00 PM

Kalau Najib bersungguh2 nk reform kerajaan BN, perkara pertama yg beliau kena buat ialah buat operasi pemutihan PDRM atau laksanakan saranan Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM. Sebenarnya Raja yg sebenar2nya berkuasa di Malaysia adalah polis dan bukannya Sultan Melayu. Saya sendiri ada 3 repot polis yg telah dibuat tapi tiada tindakan diambil walaupun bukti telah dikemukakan. Polis hanya akan bertindak jika ada kepentingan,akan sapu bawah karpet jika menjejas kedudukan anggota2 mereka. Berdusta dah jadi kebiasaan. Malangnya di kalangan ahli politik pembangkang tiada seorang pun yang memperjuangkan nasib orang awam yang dianiaya oleh pihak polis. Yang diperjuangkan hanyalah kuasa untuk memerintah. Agaknya bila dah dapat kuasa baru nak buat kerja kot. Setiap emel aduan mengenai PDRM yg pernah saya hantar kepada pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah berbalas. Adakah memangkah pemimpin pembangkang hanya memanjangkan legasi kebongkakan PDRM dan rakyat bawahan terus teraniaya?? fauziez@yahoo.com

mohamad fauzi said... Sunday, April 12, 2009 2:47:00 PM

kepada mereka yang pernah mengalami pengalaman berkaitan PDRM cth ketidakadilan, repot "tidak berjalan" sila luahkan disini agar kita sama2 ambil ikhtiar untuk buat petisyen dan serahkan kepada SPBYDP Agung.

Anonymous said... Sunday, April 12, 2009 5:44:00 PM

Buat apa rujuk kpd Pembangkang.Sepatutnya sdra rujuk kpd Menteri Dlm. Negeri.Barux nie kan Dato` Seri Najib dah janji utk pantau prestasi setiap Menteri setiap 6 bln sekali berdasar kepada KPI.So, seeloknya sdra rujuk kpd Menteri Dlm Negeri utk tanya tntg 3 repot polis yg telah sdra buat itu.Jika tak de juga jawapan,susul kepada PM sbg.mana beliau telah janji utk rungkaikan sebarang permasaalahan rakyat.Jgn merujuk kepada org atau pihak yang tidak berkenaan.Sdra boleh juga tulis didalam blog PM.

Anonymous said... Sunday, April 12, 2009 8:01:00 PM

betoi..betoi..betoi....

Anonymous said... Sunday, April 12, 2009 9:13:00 PM

Hampa jangan dok percaya sangat cakap2 Najib ni, berapa banyak lapuran rasuah, lapuran polis, akuan bersumpah dari pihak pembangkang,

jawapan nanti kita siasat,
tungguhlah sampai PM ke 7 pun
tak selesai.

Anonymous said... Sunday, April 12, 2009 10:09:00 PM

Wahai sahabat sahabatku sekalian.Janganlah kita membuang masa dan air liur bercakap pasal iblis dan syaitan kerana sesungguh mereka dua itu musuh yg nyata. PDRM Barisan Nasional musuh yang nyata jahat dan tidak berguna maka itu untuk mengembalikan keselamatan dan harmoni negara kita msia ini kita kena tukar kedua dua spieses BN dn PDRM juga SPR SPRM dan lain lain yg setugas dengannya supaya nanti mereka bekerja nawaitu kerana ALLAH bukan kerana KETUA A KETUA B. Fahamlah rakyat msia apa kerja polis sebenarnya.Tak perlu saya ulas panjang lebar. satu contoh saja.PDRM pakar menyuraikan perhimpunan halal parti pembangkang menembak tu perkara biasa krn mereka dilatih.Yang paling membakar jantung dan hati saya mereka selamba tembak org islam dalam surau di MEMALI. disini aku seru pada polis berkenaan jika anda berani apa kata kita jumpa satu lawan satu.aku amat menunggu saat ini wahai polis.ikhlas dari aku kerana agamaku

mohamad fauzi said... Sunday, April 12, 2009 10:28:00 PM

harap2nya mcmtulah. tadipun dah hantar emel ke enam ke perhatian Perdana Menteri. Siapa yg pantau emel ke website PM kita pun tak tahu.tah2 polis sendiri pun kita tak tahu. Jangan kata surat pada Menteri Dalam Negeri,Timbalan Menteri di JPM pun dah jumpa di Putrajaya dan dia sendiri pun bercakap dengan Ketua Polis Negara depan saya. Pun masih takde apa2 jugak. Kalau dah cakap menteri dan ketua polis negara, polis2 kat IPD tak ambil pusing rasanya baiklah mana yang berkenaan tu letak jawatan secara terhormat. Takan nak tunggu sampai kena pecat kot

Anonymous said... Monday, April 13, 2009 8:43:00 AM

Polis..anjing kerajaan BN/UMNO....

Anonymous said... Monday, April 13, 2009 5:49:00 PM

moga Allah bukakan hati-hati kalian wahai saudara berseragam biru

Anonymous said... Monday, April 13, 2009 9:05:00 PM

BARISAN NASIONAL PDRM SPRM SPR empat ekor ni kena bubar tukar lain baru kita rakyat malaysia boleh cakap pasal keamanan kesejahteraan keharmonian saksama demokrasi. korang tk reti reti lg ke.Ko orang dok buang masa buat report report jadah apa. tu semua bazir masa kertas dan dakwat.Nak yg elok kena tukar kepala yg elok cth ikan busuk bermula dari kepala..korang wajib kena beli dan masak ikan lain kalau nk makan nasi sedap..ok sahabatku sekalian

Anonymous said... Tuesday, April 14, 2009 12:56:00 AM

Aku pernah melihat mereka di seksa sebegini semasa aku di tahan dulu...sesungguhnya apa yang di khabarkan berlaku adalah benar.Ini cara mereka untuk membuat kita mengaku walaupun tak salah.Kita terpaksa menerima penderaan jika tidak mengaku salah.Di Malaysia kita di anggap salah sehingga boleh di buktikan sebaliknya.Aku alami secara 1st hand.Laporan di buat sampai kini tiada tindakan.

Anonymous said... Wednesday, April 15, 2009 12:37:00 PM

tak kira sesiapa pun..
walaupun firaun sekalipun selagi bergelar manusia, umat islam perlu bersikap adil..
adalah mengecewakan apabila pihak polis yang diberi tanggungjawab menjaga keamanan melakukan aksi kejam..
sangat-sangat memilukan..

 
Top