Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


April 19, 2009

Kontroversi: Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Mahu BN Bertanding Di Pilihanraya Kecil Penanti Dan Tidak Terus Mengaku Kalah !!

RAUB : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan nasional (BN) perlu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, di Pulau Pinang. Bekas Pengerusi BN itu berkata jika tidak ia bermakna BN sudah mengaku kalah. "Saya fikir kalau kawasan BN kita bertanding tapi bila kita ingat kawasan parti lawan sebab tu tak nak bertanding," katanya di sini hari ini. Kenyataan Mahathir ini jelas sekali bagi menempelak apa yang telah diungkapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuantan semalam. Najib, dalam program sambutannya di Padang MPK 1 Kuantan semalam menyatakan bahawa BN kemungkinan besar tidak akan meletakkan calon di pilihanraya kecil Penanti. Kenyataan ini mendapat reaksi berbeza daripada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Mereka melihat seolah-olah kenyataan Najib itu menggambarkan yang BN terlalu "takut" untuk bertandang ke Kubu Kuat Anwar di Parlimen Permatang Pauh itu. Sementara itu, Najib dalam satu kenyataan terbaru hari ini menyatakan bahawa BN akan mengadakan satu mesyuarat khas akhir bulan ini untuk menentukan sama ada akan menyertai atau tidak pilihanraya kecil DUN Penanti itu. Apapun, kami amatlah yakin yang BN tetap akan bertanding tetapi menggunakan lambang "bebas" untuk tidak memberi malu kepada Perdana Menteri itu sebenarnya. Mereka tahu, bahawa BN akan sekali lagi dimalukan dengan pukulan TKO jika meletakkan calon mereka di situ. Dalam hal ini, siapakah calon bebas atau BN itu nanti. Apakah mungkin Pirdaus Ismail, Ibrahin Saad atau lain-lain pemimpin yang seangkatannya dengannya akan dijadikan "mangsa ratahan" Pakatan Rakyat di situ sekali lagi jika mereka berani untuk bertarung!

[Apakah Najib akan mendengar kata nasihat oleh Mahathir agaknya. Sedangkan ramai yang kini mula mengikhtiraf Mahathir sebagai penasihat UMNO dan Kerajaan itu sendiri. Kemungkinan besar BN tetap akan meletakkan calon juga akhirnya. Ini kerana, sudah pasti puak-puak UMNO Pulau Pinang dan Bahagian Permatang Pauh amat mengharapkan "durian runtuh" wang berjuta-juta ringgit datang ke Penanti. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka akan kaya raya sekali lagi sebenarnya. Biarpun mereka tahu yang BN akan kalah, tapi mereka juga tahu jika BN tidak letak calon, bermakna semua projek dan wang ringgit tidak akan sampai ke Penanti. Namun, sesuatu harus diingat, banyak projek yang dijanjikan oleh Najib kepada rakyat Penanti dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu masih belum dibereskan. Inilah yang akan menjerat UMNO dan BN sebenarnya. Mahathir berada di Raub, mungkin kerana pergi ke rumah isteri mudanya di sebuah rancangan Felda dekat situ].

13 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Tak takut nak bertanding. Cuma tak nak pembaziran. Kalau utamakan rakyat berkhidmatalh dgn penuh rela dan jujur, tak perlu gentar dgn siasatan itu ke ini ke..tapi awal-awal dah cabut..Siapa yg takut sebenarnya!

Anonymous said...

Bukan takut.Strategi namanya

Anonymous said...

'Mangsa ratahan'? Alangkah takbur bunyinya.

Mujur blog favourite saya ini bukan suara rasmi Pakatan. Kalau tidak, jangan pelik langsung kalau Allah balas kita dengan kekalahan yang memalukan. Ingat iktibar orang2 terdahulu: jangan over confident, takbur jauh sekali.

Memanglah kubu kita. Tapi jangan lupa, Allah tak terikat dengan sebarang logik manusia. Jika Dia mahu, dibalik-balikkan-Nya hati manusia dalam sekelip mata sahaja.

Anonymous said...

x penah dlm sejarah ameno xnk bertanding prk, najib nk buat world rekod of ameno kot ..saper yg slalu membazir selama nii.. jgn guna wang rakyat klau nk bertanding guna wang tabug ameno sendiri.. teserlah kesengalan PM ke 6jahanam kite ini..kihkihkihh

Anonymous said...

Mahathir betul...BN wajar bertanding..kerana BN ialah kerajaan mana boleh kerajaan tak bertanding..ini pelik bin ajaib..
Hidup Mahathir..

udin said...

Sepatutnya setiap kali prk menjadi
kajian bagi pehak spr dan kerajaan untuk menjimatkan kos perbelanjaan, agar tidak membazirkan wang rakyat, kerana setiap kali prk terlalu bayak wang musnah begitu sahaja, terutama disegi periklanan.

Kegagalan umno membayar hampir ratusan juta kepada sebuah syarikat membekalkan bendera, kemeja t, topi dan sebagainya membuktikan betapa bayak wang rakyat dibelanjakan dalam pru atau prk.

dalam kes dipenanti, sepatutnya spr bolih mencadang agar mana2 parti yang bertanding hanya bolih menggunakan bendera lambang parti masing2 dengan ukuran yang ditetapkan dan gambar calun jugak dengan ukuran yang ditetapkan.
segala bentuk bendera gergasi dan jugak banner serta kain2 rentang dilarang digunakan. Pondok2 panas, dan perayu2 undi dlarang sama sekali.

Hanya ceramah dibenarkan dan permit dikeluarkan tampa pilih kasih diantara parti pemerintah dan pembangkang. Inilah masanya spr melihat kesan yang diambil dalam prk.

itu pun kalau berani

Anonymous said...

sejak bila pulak TDM ada isteri muda di Felda dekat Raub? hari ini baru saya tahu.. ada apa2 pengesahan tak?

mohdshariff said...

saya dari penanti dan anak jati penanti, masaalahnya kalau bn letak mana-mana calon pun akan kalah kerana yb bn yang lepas-lepas tk turun padang lepas menang . cakap tak serupa bikin

Anonymous said...

hampa penang kena bagi jadi cina ketua. baru hampa tau dan padan dengan muka hampa. nak tengok dia nak bela hampa sampai tang mana. melayu jadi ketua pakat dok berdengki / fitnah dan semua tak betul. la kami nak tengok. DOLAH NAIK NYOOK

Anonymous said...

da mahathir ckp mcmtu hangpa bertanding jer la.. dia kan sifu hangpa.. TAPI jgn dok guna wang rakyat,aku haramkn.. hangpa guna wang tabung umno hangpa.. ingat tu najib aku haramkn..

AnakMudaGopeng said...

tlng jgn guna alasan pembaziranlah.smua org tau dah pmbziran sbnrnye dari BN aka kerajaanpusat sendiri jgk..peruntukan utk polis shje dah berbelas juta.npe perlu sampai 9ribu-12ribu anggota turun pd setiap PRK?..PRK bkn peperangan!!xperlu sampai bgitu ramai anggota polis..buat takot pengundi utk kluar mengundi je..

tu blom termasok nk byr artis2 femes msia utk berkempen utk bn,bayar pengundi2 hantu lgi,ratusan ringgit stiap hari bg 1kpala petugas bn.kain batik,beras utk pancing pengundi,adoiyai..bnyk lagi yg bn hbiskan duit rakyat!!!

Anonymous said...

bagus perabih buang duit yang nak bagi peruntukkan untuk orang2 penanti. biar tak peruntukan apa2. buat la pilihanraya bayar elaun kat orang yg buat kerja. biar kawasan dema jadi pengemis di kawasan sendiri.

Anonymous said...

kah.kah kah.. kontroversi..
sapa bini muda beliau..
fuhh... panas tu..

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]