GOPENG [7.30 pm] - Terbongkar !! salah seorang bekas Exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (foto) ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO dan BN. "Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.[Ini satu lagi maklumat sulit yang pasti akan diakatakan sebagai "Fitnah" oleh puak-puak UMNO dan BN. Maka itulah, kini baru kita sedar kenapa tidak mahu diadakan sidang DUN khas bagi membuat undi tidak percaya kepada Nizar. Ini kerana mereka takut ADUN Bebas terbabit berpaling tadah setelah merungut tentang cara bayaran RM3 juta itu].
Kerajaan Tidak Benarkan Chin Peng Kembali
PUTRAJAYA [6.40 pm] - Kerajaan tidak akan benarkan bekas Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (foto) pulang ke Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, keputusan itu bagi mengelak timbul rasa tidak puas hati di kalangan anggota keluarga mereka yang terkorban ketika darurat dulu. Najib juga mengesahkan Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, yang ditangkap polis Malaysia awal bulan lalu dikenakan perintah tahanan di bawah Akta ISA baru-baru ini.[Kenapa Chin Peng tidak dibenarkan kembali sedangkan Samsiah Fakeh dibenarkan?. Walhal Kerajaan Malaysia dan PKM sudah pun memeterai perdamaian sebelum ini. Sewajarnya perkara ini dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memberi keadilan kepada semua].
Mufti Perak, Harussani Di Gesa Letak Jawatan
IPOH [5.12 pm] - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) mendesak Mufti Perak, Harussani Zakaria (foto) supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan beliau dalam sebuah majalah yang disifatkan sebagai berbaur perkauman dan tidak sensitif terhadap perasaan golongan bukan Islam di negara ini. Mufti yang dilihat sebagai pro-Umno itu dikatakan membuat kenyataan tersebut dalam satu temubual yang disiarkan dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82. "Rata-rata kenyataannya bersifat "racist" dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan bukan Islam. DPPN Pk ingin menegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan. Begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama dinegara tercinta ini," kata Setiausaha DPPN Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya.[Kemungkinan besar Mufti Perak akan sertai pilihanraya umum akan datang dan kemudiannya dilantik ke kabinet baru Malaysia jika BN masih lagi terus berkuasa. Ada juga kemungkinan beliau akan dimalukan oleh rakyat Perak sekiranya menjadi calon nanti].
Manek Urai, BN Ada Peluang Untuk Menang
KUALA KRAI [3.30 pm] - Parti PAS tidak perlu mendabik dada mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebagai kubu kuat mereka kerana Barisan Nasional (BN) pernah menang kerusi itu. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan (foto), berkata calon BN pernah menewaskan calon PAS di kawasan itu pada pilihan raya umum 1978 dan pilihan raya umum 2004, sekaligus membuktikan BN dan UMNO mempunyai peluang pada pilihan raya kecil kali ini. Saya melihat cahaya yang terang di hujung terowong. Kita dapat lihat respons positif daripada penduduk di sini, saya sendiri pun terperanjat. "Sebelum ini kita pernah menang di DUN Manik Urai, jadi kubu kuat Pas tidak pernah kukuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk miskin di Kampung Lela Jasa, Sungai Rek, di sini.[Kenyataan dan tindakan Ahmad Maslan ini nampaknya ada kebenarannya. Namun begitu beliau harus sedar bahawa sebelum pilihanraya umum ke-12 lalu, BN lebih angkuh bila mengumumkan Awang Adek Hussin sebagai Menteri Besar dan Kelantan akan diambil alih oleh BN. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya pula].
Pemimpin JI Akan Di Tahan ISA Dua Tahun
JOHOR BAHARU [3.10 pm] - Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari (foto), yang ditangkap polis Malaysia awal bulan lalu dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adalah difahamkan, turut dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di bawah ISA ialah Abdul Matin, seorang anggota biasa JI yang ditangkap oleh polis, juga pada awal April lepas. "Mas Selamat Kastari akan ditahan selama dua tahun di bawah ISA di Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping," kata sumber dalaman mengenai penangkapan pemimpin JI Singapura itu.[Kerajaan mahu mengkaji penggunaan ISA, namun dalam masa yang sama ISA terus digunakan terhadap mereka yang belum tentu bersalah sebenarnya. Justeru itu, kita mendesak supaya Mas Selamat dibicarakan secara adil dan saksama bukannya ISA].
Penyokong Parti Di Larang Kawal Lalu Lintas
GEORGETOWN [2.55 pm] - Penyokong parti politik atau calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangani Negeri (DUN) Penanti dilarang sama sekali bertindak mengawal dan mengatur lalu lintas. Pegawai Perhubungan Media PDRM bagi pilihan raya kecil itu, Superitenden Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata semua kawalan lalu lintas adalah dalam bidang tugas dan kuasa polis. "Penyokong juga dilarang mengiringi individu lain atau tokoh tertentu sehingga menyebabkan penutupan jalan dan tidak mematuhi lampu isyarat iaitu melanggar lampu merah. "Bila mereka bertindak sendiri sehingga menutup jalan, ia pasti akan menimbulkan masalah dan kesesakan lalu lintas," katanya.[Penyokong pembangkang memang akan dihalang, tetapi penyokong BN senantiasa diizinkan. Inilah bukti yang SPR tidak telus dalam melaksanakan tugas mereka. Biarpun BN tidak bertanding di Penanti, namun terdapat sumber mengatakan calon bebas adalah jelmaan BN sebenarnya].
Kemelut PPP, ROS Siasat Segera Status Parti Itu
PUTRAJAYA [2.52 pm] - Pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan segera berhubung status mesyuarat agung luar biasa (EGM) Parti Progresif Penduduk (PPP) dan kedudukan dua presiden parti itu. Pendaftar Pertubuhan, Datuk Md Alias Kalil (foto), berkata siasatan dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan laporan mengenainya diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum Mesyuarat Agung PPP pada 7 Jun ini. "Kita sedang siasat. Kena buat secepat mungkin. Seperti yang PM mahukan perkara itu diselesaikan segera," katanya.Pemuda UMNO P.Pinang Sokong Teng Di Singkir
GEORGETOWN [2.50 pm] - Pemuda UMNO Pulau Pinang menyokong saranan seorang pemimpin kanan Gerakan supaya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan (foto), disingkir kerana kebanyakan pendapatnya bercanggah dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional. "Kami setuju dengan pendapat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, yang mahu Dr Teng disingkirkan kerana mengeluarkan saranan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. "Kalau dilihat, kenyataan yang selalu dikeluarkan Dr Teng juga bercanggah dengan pucuk pimpinan dan kerajaan," kata Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Norman Zahalan.[Bila kenyataan pemimpin bercanggah mahu disingkir. Tetapi bila pemimpin UMNO Bukit Bendera membuat kenyataan bercanggah tentang isu perkauman hingga beberapa orang telah ditahan ISA ketika itu, apa Pemuda UMNO buat?. Inilah bukti yang mereka cakap tak serupa bikin sebenarnya. Teruskan perjuangan buat Dr.teng Hosk Nan].
Mufti Perak Berat Sebelah Dan Pro UMNO
KUALA LUMPUR [2.40 pm] - Sikap berat sebelah dan pro-Umno yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria terus menerima kritikan hebat. Penasihat Undang-Undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin (foto) berkata kenyataan menghentam langkah Pakatan Rakyat mengadakan kempen puasa sunat dan mogok lapar yang dibuat oleh Harussani menimbulkan persoalan sama ada Mufti tersebut benar-benar faham krisis politik Perak atau memilih untuk mendengar daripada pihak kerajaan sahaja. Beliau bangkitkan beberapa isu penting kemelut politik di Perak telah yang gagal difahaminya.[Ternyata Mufti Perak kini telah di"UMNO"kan oleh pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan beliau kini bebas mengeluarkan pandangan yang menyebelahi kerajaan. Apakah yang terjadi kepada Mufti yang cukup popular dengan kelantangannya ini dulu?. Segalanya telah berubah sekarang, setelah dikatakan mendapat habuan lumayan dari mereka].
AKIM Akan Bertanding Di DUN Manek Urai
KOTA BAHARU [2.33 pm] - Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu. Presidennya, Hanafi Hamat (foto), berkata beliau sekali lagi mempertaruhkan nasibnya untuk bertanding di Manek Urai selepas kecundang pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu. Hanafi hanya meraih 92 undi dalam pilihan raya itu yang dimenangi Datuk Seri Anwar Ibrahim.[Penyertaan AKIM dalam pilihanraya hanyalah sebagai pengacau undi yang tidak memberi apa-apa kesan sebenarnya. Lebih elok AKIM berusaha menambah jumlah keahlian mereka dan mempopularkan dulu parti itu sebelum berangan-angan untuk menang pilihanraya. engan jentera yang tidak cukup, tidak wajar AKIM letakkan calon sebenarnya].
Fitnah, Anwar Menfailkan Saman RM100 Juta
KUALA LUMPUR [1.50 pm] - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Kerajaan Malaysia. Anwar mendakwa beliau difitnah Anifah pada sidang media di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di Washington. Dalam pernyataan tutntutannya, Anwar mendakwa Anifah memfitnahnya apabila menyatakan beliau menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan wang untuk beliau melompat parti.[Langkah yang diambil oleh Anwar adalah wajar bagi memberi pengajaran kepada Menteri UMNO, Anifah Aman agar tidak berkokok terus diluar negara pada masa yang akan datang. Beliau sepatutnya menyatakan pandangan dan hala tuju kerajaan dan bukannya menyalahkan individu-individu tertentu di luar negara tambahan pula di Amerika yang selama ini dituduh mempunyai hubungan rapat dengan Anwar].
Sogokan, SPR Boleh Batal Kemenangan Calon
ALOR SETAR [1.45 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh membatalkan kemenangan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, jika terbukti calon terbabit bersalah melakukan sogokan supaya pihak lawan menarik diri daripada bertanding. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat kes itu secara bebas tanpa dipengaruhi sebarang pihak. "Kita bekerjasama dengan SPRM dalam hal ini dan jika didapati calon sendiri terbabit maka tindakan boleh sampai ke tahap membatalkan kemenangannya jika calon itu menang dalam pilihan raya nanti. "Bagaimanapun jika kesalahan itu dilakukan oleh pihak lain, ia mungkin tidak menjejaskan calon terbabit meskipun pihak yang melakukan perbuatan itu adalah dari parti yang sama. "Saya serahkan perkara itu kepada Penasihat Undang-undang SPR untuk meneliti kes ini dan kita akan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang selepas siasatan SPRM selesai," katanya.[Ini adalah satu kenyataan bahaya daripada Pengerusi SPR sebenarnya. Seolah-olah telah ada pakatan dan perancangan yang rapi untuk memastikan kemenangan calon bebas Aminah Abdullah di DUN Penanti. Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan konspirasi terbaru ini, jika tidak mahu berputih mata di sana 31 Mei 2009 ini].
Nafi Atur Pertemuan, Cabar PKR Beri Bukti
BUKIT MERTAJAM [1.30 pm] - Calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah (foto), menafikan beliau yang mengatur pertemuan dengan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 13 Mei lalu. Sebaliknya, katanya, pertemuan itu diaturkan seorang daripada mereka yang menghubungi beliau untuk menyatakan hasrat berjumpa di rumahnya di Jelutong, Pulau Pinang. Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut mencabar Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim supaya mendedahkan satu peristiwa berlaku di sebuah hotel di Nibong Tebal yang berkaitan soal maruah. "Saya beri masa selama 24 jam untuk menjawabnya," katanya.[Aminah Abdullah kini bebas mengeluarkan kenyataan seolah-olah ada pihak dibelakangnya yang sedang menjaga beliau. Apakah Aminah sebenarnya merupakan calon tajaan UMNO dan Barisan Nasional di DUN Penanti. Sila siasat siapakah jentera kerja beliau ketika kempen pilihanraya ini sekarang. Mungkin juga puak-puak UMNO sendiri].
Polis Minta Bantuan Interpol Jejak Raja Petra
KUALA LUMPUR [12.30 pm] - Polis akan meminta bantuan Interpol sekiranya diperlukan untuk mengesan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (foto), berkata polis sedang berusaha mengesan kedudukan penulis blog itu selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. "Jika diperlukan kami akan minta bantuan Interpol," katanya. Mahkamah Sesyen di sini semalam sekali lagi mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes fitnah Rosmah Mansor dan dua yang lain. Ini merupakan kali kedua dikenakan terhadap penulis blog itu selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya 23 April lalu.
[Polis begitu bersusah payah mahu menggunakan bantuan Interpol untuk menjejaki Raja Petra, tetapi gagal mendapatkan kerjasama untuk menjejaki Hilmi Malek seperti yang kami dedahkan sebelum ini. Apakah ini menandakan wujudnya konspirasi untuk kes Elizabeth Wong dulu].













17 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Teruskan cabaran tersebut kak Min. Banyak lagi pendedahan yg perlua kak Min lakukan. Kak Min mesti lawan, kuatkan semangat juang! Jangan hiraukan apa yg mereka nak buat, nak ugut ke, panggil kak Min Minah Ronggeng ke, Minah Karan ke. Benar tetap benar. Kak Min bukannya kerdil utk melawan puak-puak PKR yg kononnya nampak gah. Tapi apa yg tersirat, mereka ni penipu besar dan pengamal rasuah jugak..
oiii aminah..sudah-sudah la tu weii.macamni ke org yg nak jadi tkm 1 tuh???hamlau..tak malu ke???perempuan mcm ni pun ada ke???
Kak Min yang di hormati...bakal TKM1... nape dr dulu tak dedahkan?? lu org pikir la sendiri, 1malaysia he..he.. no komen!!!!!
siapa depa nak suruh mufti perak letak jawatan...terus jadi mufti yang baik,moga2 aku tukar menjadi malaikat bila mendegar ceramah mu.aku sokong mufti perak
"Sogokan, SPR Boleh Batal Kemenangan Calon"
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR sedang bekerjasama dengan SPRM yang sedang menyiasat kes Aminah Dollah secara bebas tanpa dipengaruhi sebarang pihak...
Sebenarnya tiada siapa pun peduli dengan cara apa penyiasatan yang dilakukan oleh SPR.
Satu Malaysia dah tahu cara SPR/SPRM buat kerja. Berkaitan dengan Pakatan Rakyat mereka akan bekerja seperti orang bijak. Tapi bila berkaitan dengan umno/barisan nasional mereka bekerja seperti orang bodoh.
Walau bagaimana pun kita harap SPR/SPRM akan cipta satu bukti auta jadi fakta agar mereka boleh membatalkan kemenangan calon PKR dalam pilihanraya itu nanti. Kalau tidak berjaya boleh bawa kes kemahkamah 5 minit, pasti berjaya.
sebelum ni polis buat dek je bila ada pemimpin datang penuh jalan raya, tak kira sesak ke, lampu merah ke, awat bila tang penanti lagu lain lak. tu yang kekadang saya keliru tang keja polis ni.
SPRM BILA NAK SIASAT KJ DAN KM MELAKA, APA CITO? KLU PR TINDAKAN MCM LEMBU KENA CUCUK HIDUNG BTINDAK DGN SEGERA!!!CAKAP TAK SERUPA BIKIN, SALAH SATU PUNCA AMNO/BN LINGKUP PR13!!!
Anonymous Anonymous said...
Kalau tak silap Gerakan adalah sebuah parti pembangkang sblum 13/5/69 dulu. Ideologi socialis lagi. Jadi tak heranlah kalau puak-puak Gerakan ni sokong DAP. Puak-puak ni jugak sokong DAP nak bawak balik tokki chin peng keparat tu. Berapa ramai askar/polis/SC/Home Guard/orang-orang kampung (termasuk kg baru cina sekali) mati dibunuh oleh komunis-komunis ni. Pilu dan sayu bila terkenangkan pengorbanan prajurit kita dulu. Dek kerana merekalah kita semua ada disini hidup aman damai. Aleh-aleh puak Gerakan/DAP yg muda-muda ni bela dan sanjung chin peng pulok..sungguh ce..ka!!
Penganut PR/PKR macamana? bersekongkol ke dengan DAP mengenai isu chin peng komunis ni?
May 26, 2009 1:36 PM
-----------------------------------
Itu komen anon semalam..Ulasan ulasan PDO mengenai isu tersebut ialah:
"Bila kenyataan pemimpin bercanggah mahu disingkir. Tetapi bila pemimpin UMNO Bukit Bendera membuat kenyataan bercanggah tentang isu perkauman hingga beberapa orang telah ditahan ISA ketika itu, apa Pemuda UMNO buat?. Inilah bukti yang mereka cakap tak serupa bikin sebenarnya. Teruskan perjuangan buat Dr.teng Hosk Nan".
"Kenapa Chin Peng tidak dibenarkan kembali sedangkan Samsiah Fakeh dibenarkan?. Walhal Kerajaan Malaysia dan PKM sudah pun memeterai perdamaian sebelum ini. Sewajarnya perkara ini dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memberi keadilan kepada semua".
***Oleh kerana sikap berdendam dan anti kerajaan semata-mata, PDO sanggup bersimpati dan menyokong komunis chin peng kembali ke tanah air..
Kelebihan dan kekuatan DSAI hanya terletak pada beberapa perkara spt kelicikan dan kepetahan dlm pembohongan dan putar belit alam. Saman menyaman adalah satu lagi menu dan resepi dlm hidupnya. Beliau akan mengambil apa saja kesempatan yg ada dlm kes-kes mahkamah yg dihadapinya utk kepentingan dan agendanya. Beliau juga akan memanipulasikan keadaan supaya dunia akan melihat sistem kehakiman di Malaysia boleh diragui dimana beliau akan mengatakan terdapat pengaruh kerajaan didalam proses dan keputusan mahkamah. Percayalah, semua yg disebutkan tadi akan berlaku i.e beliau akan membuat tuduhan dan memutar belitkan keadaan dengan mengatakan terdapat konspirasi yg konsisten dpd pihak kerajaan utk menjatuhkan dan menganiaya beliau apabila keputusan mahkamah nanti tidak memihak kpd beliau. Percayalah!!!
Raja Saman... UNTUK PR dan RAJA SESUMPAH RASUAH UNTUK UMNOBN...
>>>Budak kampung online<<<
I don't see any problem wit Chin Peng coming back 2 Malaysia
We hav no problem wit Mahathir who ordered the massacre of Memali where Ibrahim Libya n 15 of his followers becomin martyrs
As 4 Manik Urai,I was surprised BN want 2 contest after they chickened out from the Penanti polls
I was expecting Najib 2 come up wit this statement:
"BN will not dance 2 the tune of the opposition who schemed wit Allah SWT 2 impose another meaningless by election on the people while the country is bracing 4 an economic crisis
So, we decided 2 boycott this election 2 deny the opposition the pleasure 2 humiliate BN"
Harussani Zakaria,it's sad the once outspoken Muslim cleric has become subservient 2 UMNO's corrupted version of Islam
Guess he'll be the next Minister in Religious Affairs Department
Pemuda UMNO sure hav a problem wit Gerakan leaders uttering seditious remarks but they remained quiet when the bastard Ahmad Ismail calling Chinese n Indians "pendatang"
Human hypocrisy at its finest
What in the world is PPP?
What the hell is AKIM?
Never heard of them
BAGUS PDO. LO SOKONG KOMUNIS CHEN PENG INI. LEPAS 2 KELUARKAN DAN SIARKAN ISU-ISU YANG SENSITIF. BAGI MELAYU SEDAR DAN BERSATU . LEPAS BARU BEST. BILA MELAYU DAH INSAF . LA MELAYU DOK TENGOK SAJA ISU-ISU YANG SENSETIF DI MAINKAN OLEH PDO.
Perbezaan DSAI dan NIZAR..DSAI cuma nak Msia ni dan jd PM je..NIZAR nak kan Kuasa supaya PERAK dibg kat puok puok asal dia tuh..sah sah Chin PEng asal dri Sitiawan PERAK..korang paham2 lah anak cucu cicit PKM ni dah jd ahli politik dah..sebab tu huru hara PERAK dan jugak Sokongan Ketua Pemuda PAS yg kata Chin Peng ptut dibenarkan balik ke Msia tu korang pk pk lah apa sebenarnya perjuangan PR nih..walau insaf mcm mana pun korang kena igt hati kaudu PKM ni mmg dah Komunis takkan berubah..lg huru hara nt..jgn cari Publisiti Murahan dan sanggup gadaikan maruah bangsa dan mereka2 yg pernah berjuang menentang PKM dari 1948 ke 1989 dulu..aku pun pelik lahh dasar2 PR nih semua yg buruk2 belaka nak disokong dibawba masuk..ntah2 fahamn komunis dah meresap ke jiwa puok puok PR agaknya..mmmmmmmmmmmmmm..!!!..pk pk lah sendiri...
Atas dasar perjuangan utk keadilan, mereka ni memberi sokongan padu pada usaha utk membawa pulang komunis chin peng. Adil pada chin peng, adil pada bekas pengikutnya, adil pada pengikut-pengikutnya yg masih berkeliaran sekarang, adil kpd keluargan dan keturunannya. Tapi adil ke pada mangsa-mangsa keganasan komunis yg masih hidup sekarang? adil ke pada keluarga prajurit/polis/Home Guard/SC/Penghulu/Ketua Kampung/Tok Imam/Lebai/Orang-orang kampung (Melayu & Cina) yg telah disiksa dan dibunuh oleh komunis chin peng ni? Adil ke? Pada PDO itu adil, barangkali dia bersimpati mungkin kerana dia ada pertalian keluarga dgn Ketua atau anggota Rejimen 10 PKM yg ditubuhkan di Kerdau Temerloh pada 21/5/1949. Yg lain macamana, apakah rasional/sebab musabab sokongan utk membawa pulang chin peng? Jangan semata-mata kerana gilakan kuasa, sampaikan komunis pun mereka sokong. Jika begitu, objektif perjuangan asal PR/PKR telah tersasar dan terpesong. Jangan sampai ia memudaratkan.
isu PKM ini moleklah dikaji semula nilai sejarahnya.Seorang pejuang tidak akan berhenti berjuang selagi hayat masih ada utk menegakkan idealogi masing2 anggota PKM adalah pejuang kerana mereka berasal dari pegerakan menentang penjajahan Jepun dan British di Tanah Melayu.(Mereka digelar pejuang kerana tiada imbuhan wang ringgit)Mereka juga digelar pengganas kerana menetang sebuah Kerajaan yang Merdeka.Sebelum kita mengupas tentang sesuatu fahaman politik itu moleklah dikaji apa itu komunis.sosialis demokrasi republik fasis dll baru kita bisa berbicara tentang politik.
aku syor semua pejuang otai negara keluar ramai2 yang kudung tangan,yang hilang kaki, yang cacat anggota,yang hilang mata,dan sebagainya keluar ramai dan tunjuk keaadaan anda,kepada orang macam zakwan,pemuda pas dan pdo sendiri supaya mereka ni lihat keadaan anda.kerana mereka yang mahu chin ping balek,semuanya buta hati dan jahat,semata2 kerana politik sunggup menyakiti hati otai2 yang berjuang untuk negara...jahat sunnguh jahat ,jahat budiperkerti
sokong, aku,sokong jangan lupa mana2 otai yang disumbat kat jubur dengan peluru kominis tujuk kat zakwan...ni betul melayu jahat,,,aku setan pun tak sejahat dia,aku setan memang dibenci,aku harap orang melayu akan membenci kamu ZAKWAN,JUMPA AKU DINERAKA
Post a Comment